"Bagi Pemuda Umno, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua," tulis Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.
Menurutnya, muzakarah seumpama itu menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak.
"Sehubungan itu, Umno-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan bersangka baik bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara.
"Umno-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya," tulis Khairy.
Dari itu, beliau menegaskan bahawa Umno tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan 'kerajaan perpaduan' hasil muzakarah yang dijalankan.
"Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan Umno - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat.
"Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia.
"Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak.
"Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.
"Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda Umno berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah," katanya.
6 ulasan:
TG Hadi ngan Ust Nash ni kepingin nak jadi menteri kot..maklumla bila dah bepadu,dapat la dorg jadi TPM1 & TPM2 nanti..bedebngung betui la idea nak bekawan ngan penyamun,penyangak dan seangkatan dgn nyer!!bodoh pi melukut kat UMNO yang dah nazaKKKK..selama ni buang masa aku jer pi ikut reformasi,pi ceramah kene halau ngan polis,mujur aku xpenah kene ISA..cube deme pikir persaan mangsa kezaliman UMNO selamani..dorg xpeneh kene masuk lokap bleh eksen lar..yang kita pejuang bawahan ni kene pukul FRU bagai dulu2 ade deme pikir..haram jadah nyer Leader..aku dah hilang hormat kat dua makhluk Allah ni..maafla..Boleh blah kalo nak join UMNO..aku sendiri akan pi kempen hancurkan PAS kalau usul pepaduan UMNO ni jadi Kenyataan..serupa MOU dengan Yahudi!!
Reformis 98
Teruskan usaha kutuk isu bergabung nie...KUTUK sekerasnye..Blogger sila kasik kau2 punyer..tubuh persepakatan sesama blogger..ntuk tolak abis2 ...kalau kalah perak pon takper
salam...
awalnya saya tidak mempeduli segala labelan yg diberi oleh media/bloggers kepada pimpinan PAS.Tapi tak sangka blogger yg sy respect ni pun terperangkap dgn dakyah UMNO Lahanat utk pecahbelahkan pimpinan PAS.
Khairy Jamaludin siapa tak kenal...dgn rasuahnya...dgn tipu muslihatnya...dgn niatnya yg jelas ingin menjahanamkan PAS/Gerakan Islam...tiba bertukar baik/ingin bermuzakarah dgn bersangka baik..Poraahhhh Cittt!!!.Dia ni tidak pernah dgn ikhlas ingin menyokong agenda Islam, dia ni hanya ingin mendapat kredit dlm survival politiknya saja selepas mertuanya dilucutkan jawatan oleh pemimpin UMNO Lahanat.
wahai pencinta Islam atau penyokong Gerakan Islam..Percayalah...pimpinan PAS ulama/professional tidaklah sebodoh yg saudara percayai...aku percaya..mereka ini merancang/memutuskan sesuatu dengan berpandukan QUran/Sunnah cuma barangkali furu' nya yg berbeza pandangan.Kita sebagai ahli/penyokong/pendukung Islam mesti wala' kepada pemimpin selama mana mereka ini dibawah garis panduan yg ditetapkan oleh QUran dan SUnnah Rasul SAW (Islam). wallahua'lam
Apa guna saya sokong pas.Lebih baik saya sokong umno kalau nak kerjasama dgn umno.
aku tak suka.aku tak setuju.aku tak mau pas bergabung ngan umno..nasa ngan tg hadi memang ketegaqqqq...mat d
dah la... dalam pas sendiri pun ade jugak berpecah belah!!! bawak-bawak la bertaubat wahai pengikut yang taksub!!!
Catat Ulasan