18 Okt 2017

Hebat PAS Pertahankan Najib dan Hentam Mahathir


Hanya pemimpin 'otak senget' hina Bugis, kata Nik Abduh

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menghina masyarakat Bugis dalam kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anti-Kleptokrasi minggu lalu.

Beliau berkata, gelaran menghina seperti 'lanun' terhadap Bugis berasal daripada penjajah, dan hanya diteruskan oleh orang yang "berotak senget".


"Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

"Bila sebut Bugis, saya ingat 'pahlawan'. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir dalam ucapan penutupnya Sabtu lalu dipetik menggesa Najib agar pulang ke Sulawesi, tempat asal masyarakat Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Najib yang berkuturunan Bugis sering dilihat bangga dengan salasilahnya itu, dan pernah memetik pepatah masyarakat itu dalam ucapannya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata lagi, beliau tidak hairan dengan kenyataan Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

"Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

'Kalau tukar Bugis kepada Cina'

Sementara itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat Muhtar Suhaili semalam menggesa Mahathir ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily hari ini, beliau mengakui kecaman ramai pihak terhadap akta itu, dan malah muktamar PAS 2014 sendiri meluluskan usul memansuhkan akta itu.

"Saya cuma tidak setuju dengan kenyataan perkauman Tun Mahathir, sebagaimana saya juga tidak setuju dengan pihak yang menyentuh asal usul beliau.

"Cuba bayangkan jika perkataan 'Bugis' dalam ucapan itu ditukar menjadi 'Cina', pasti gegak gempita DAP dan sekutunya," katanya yang mengaku berketurunan Bugis.

Katanya, sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu ketenteraman dan keharmonian awam wajar diadili dengan undang-undang sedia ada, dengan syarat ia tidak disalahgunakan. -mk


Pemimpin PAS mahu Mahathir ditahan bawah Akta Hasutan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu di Padang Timur, Petaling Jaya.

Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi adalah melampau dan kurang ajar.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan!



“Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di Harakahdaily.

Muhtar merujuk ucapan Mahathir yang juga adalah pengerusi Pakatan Harapan yang dipetik sebagai menggesa Najib supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk Najib.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Menurut Muhtar yang juga adalah bendahari Pemuda PAS, sikap Mahathir itu tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang negarawan.

“Ini bukan ajaran Islam! Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!

“Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis,” katanya.

Himpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" diadakan bagi memberi penerangan mengenai skandal kewangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

1MDB yang adalah cetusan ilham Najib. Ia kini menjadi siasatan di beberapa negara termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion diselewengkan dan sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan negara itu.

DOJ telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan "Malaysian Official1" (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

MO1 didakwa merujuk kepada Najib, tetapi perdana menteri itu berulang-kali menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.
-mk




ULASAN GB

Sungguh hebat nampaknya pemimpin PAS mempertahankan Najib dan menghentam Tun Dr Mahathir.

Pertama Nik Abduh yang tiba-bangun menjadi tokoh moral dan mendakwa Tun Mahathir telah memberi gelaran menghina seperti 'lanun' terhadap Bugis dan mendakwa gelaran itu berasal dari penjajah dan kini diteruskan oleh orang yang "berotak senget".

Macamlah otak Nik Abduh itu lurus sangat sehingga boleh menempelak Tun Mahathir sebagai berotak senget.

Sewakyu TPM Datuk Seri Zahid Hhamidi menghina Tun Mahathir dengan memanggilnya Mahathir a/l Kutty, Nik Abduh berdiam diri seolah-olah mengiyakan penghinaan Zahid Hamidi terhadap Tun Mahathir.


Kedua mengenai gesaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ini lagi pelik. Pelik kerana sebelum ini salah satu perjuangan PAS adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Tiba-tiba semenjak dua menjak ini iaitu selepas ketiagdaan Almarhum TG Nik Abdul Aziz dan ketika ada "taawun" PAS-UMNO, pemimpin PAS seperti Muhtar Suhaili mahu Akta Hasutan digunakan untuk menangkap Tun Mahathir. Hebat PAS!

Rakyat sedang melihat telatah dan gelagat terkini PAS. Sekalipun terdapat pemimpin PAS menafikan adanya kerjasama PAS dengan UMNO, tetapi ternyata apa yang berlaku melalui ucapan-ucapan pemimpin PAS di atas adalah disebaliknya.

Nampaknya kedua-dua pemimpin PAS tersebut layak untuk menerima dedak tambahan, kata seorang pemerhati politik.

VIDEO BERKAITAN








20 ulasan:

Nobody berkata...

Adakah lanun bugis tu bermaksud lanun bugis atau orang bugis tu lanun???

Kalau Tun Mahathir cakap Najib lanun bugis maksudnya Najib tu yang lanun bugis bukannya semua orang bugis tu lanun!!!

Nik Abduh dah kena penyakit bodoh agaknya!!!

Hari tu dia cakap hijau warna Allah!!! Habis tu warna merah, biru, pink dan sebagainya tu bukan warna cipataan Allah ke???

Bodoh sangat di ni sampai macam tu sekali!!!

Tanpa Nama berkata...

Maaf lah tapi aku sangat simpati dgn arwah TGNA kerana ada anak mcm Nik Abduh ni. Semoga arwah tok guru sentiasa dirahmati Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Panggil lanun tau pulak marah. Kalu boss dan geng dia panggil orang Islam lain "barua, babi, anjing, tokong, kafir, tokey pil kuda dan sebagainya yang lebih hina, dia akan diam seribu bahasa malah kadang kala takbir 3 kali sebagai tanda sokongan.

Manusia apakah dia ini?
Adakah benar ahli syurga 100 peratus?

Saadun Sulaiman berkata...

Yang "SENGET" itu bukan Tun Dr. Mahathir tetapi puak puak lebai yang berada di dalam PAS. Tujuan Tun M ada lah untuk memperbaiki kerosakan yang telah di laku kan oleh Najib. Kerana fikiran sudah senget maka puak puak "LEBAI SENGET" di dalam PAS tidak nampak walau pun kebobrokan yang di lakukan oleh Najib telah pun terbongkar. Bukan kah setiap kemungkaran itu perlu di perbetul kan, banyak ayat ayat di dalam Al-Qur'an menjelas kan perkara itu. Qur'an mana yang di baca oleh puak puak "LEBAI SENGET" ini?

Sebelum ini ada seorang ketua PAS yang belum cukur umur mencadang kan agar Tum M di tangkap kerana mencerca Najib. Hoi bahalul kau tahu tak bahawa Najib bukan sahaja menjahanam kan ekonomi Negara dengan menguna kan si "CINA TEMBAM", FELDA juga sudah di hancur kan. Yang terbaru dia akan menjual Negara ini kepada Negara Komunis China. Setelah Negara Komunis Cina di mana kah agak nya "LEBAI LEBAI SENGET" ini?

Tanpa Nama berkata...

Cari berita lain bro issue Judi berlesen atau black Markit magnum toto kuda damacai lagi afdal dari mengulas pas

Tanpa Nama berkata...

Penyakit bodoh tak sedar diri sedang melanda PAS berkat ratib dan zikir lutut siku mereka diafdalkan lagi dengan pil kuda yang dijampi tok guru dan ostad ostad penjual agama mereka. Bodoh punya parti pengguna agama ni

nick berkata...

Rakyat dah sedar bahawa PAS ni dah jadi UMNO "lite". PAS ni dah jadi parti kebangsaan yang bertopengkan agama. Islam tu hanya digunakan oleh PAS untuk kelentong umat Islam supaya menyokong pemimpin2 PAS yang "lemah, mati pucuk dan pengecut". Lihatlah sekarang RUU355 pun dah nak ditunda sehingga lepas PRU 14. Itu adalah dalil jelas bahawa PAS hanya mempergunakan Islam sebagai "loceng ais krim" dan amat jelas PAS bukan parti Islam atau yang lebih tepat, PAS adalah parti2 orang2 yang jahil agama tetapi perasan bahawa merekalah alim ulamak yang arif tentang Islam. PAS memperjuangkan Islam sama seperti UMNO memperjuangkan "Melayu". Kedua2nya adalah parti yang penuh kemunafikan. Islam tak memerlukan PAS sama seperti orang Melayu tak memerlukan UMNO! Keluarkan PASU dari Parlimen!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Nik abodoh melalak cari dedak nk makan..org kampong dia pun tolak mamat ni..

Tanpa Nama berkata...

Lanun kelantan adalah berbeza dengan tak sama perkataan orng kelantan lanun...sbb org kelantan adalah baik2... Tp klu berpilihan nak jd lanun atau bersahabat dgn lanun, sendiri mau ingat la... Lu jawab la ostat suuk...

Lu tak bley nak handle kaum majmuk, lu buat cerita banyak.. lu sokong la org lu yg reti control kaum majmuk, baru betul...

Tanpa Nama berkata...

Orang politikus setakat tu je pandai,lebih elok tukar ngo

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS berlumba pertahankan Najib itu tandanya UG dah berlaku. Lagi mahu nafi ke...

Tanpa Nama berkata...

Seorang politikus yang langsung tidak mencerminkan tokoh yang berkaliber

Tanpa Nama berkata...

ape dahhh... pemimpin2 pas ala ust hadi berlidah cabang pulakkk... kolompok ni makin mirip menteri2 umnoo yg setiap jalankan konspirasi mencaci PH... ni parti islam ke... salah kot..!!? kelantan tumbang takpe asalkan sendiri jgn terdedah makan dedak le wooiiii.... tak lama nanti kes bicara saman rm90juta akan mula di London... jeng jeng jeng....

klu pemimpin2 pas ust ug hadi mengritik ppbm pkr dap amanah takpe le.... ni pertahankan najib pule..... memang ade yg tak kena....!

Kaw kaw berkata...

Ibrahim Ali menyatakan Ada pemimpin batil makan gaji buta Dan tak hiraukan hak rakyat bawahan,

Mohamed Noor berkata...

nik buduh betul la mamat ni betulnya low class..

Tanpa Nama berkata...

jgn berlagak lebh dpd pemuda umno. sehingga pemuda umno dilihat lebih baik dpd pas. berlebih2 dlm membela najib.

tun menggunakan nama bugis sebb najib sendiri yg dgn bangganya menggelar diri pahlawan bugis. pahlawan adalah org yg membela rakyat dan sangup berkorban utk rakyat. bukan org yg mengkhianati rakyat dan sanggup menyusahkan rakyat. itu lanun namanya bukan pahlawan.

katanama lanun sesuai kerana wang rompakan dikatakan byk disimpan diluar Negara seberang laut. termasuk digua lanun di pulau caymen.

kalau najib tk gelar diri pahlawan bugis, tidaklah tun memulangkan kembali paku buah keras guna nama bugis.

hamba sebagai seorg bugis tidak terasa hati dgn tun malah merasa malu dgn perangai bugis najib.

budak2 pas ni jgn berlebih2 membela najib. kita sedar pulangan membela najib mungkin bernilai jutaan ringgit. tp jgn lupa jgn sampai hj hadi merasa terpinggir pula tidak mendapat pembelaan serupa najib dr orgnya sendiri.

jgn sampai hj hadi kt pemuda pas telah dibeli oleh umno dan menjadi barua umno. ketika hj hadi juga diserang tidak pula ada sesapa pas nk saman penyerang.

tidak ada apa yg boleh diharapkan dpd nik beduh, kerana iman dan fikrah itu tidak boleh diwarisi. silap2 nik beduh lebih gembira bila bapanya dh takde.. yahuuu bebaaas! ikut bapanya satu sen pun tkde dapat. sokong najib untung besar.

dulu ketika tgna dihina dgn pelbagai cara oleh umno, tidak pernah kita dgr nik beduh bersuara membela. ketika foto tgna dihina dgn imej babi dll. jauh sekali nk saman bawah akta hasutan. bila Amanah nk ambil tgna sebagai idola perjuangan, mulalah sibuk kunun itu bapak dia jgn guna nama bapak dia.

Amanah ambil legasi perjuangan tgna sebagai mursyidul am pas dan MB kelantan, bukan sebagai bapak kepada beduh. bukan atas nama nik aziz bin nik mat. ketika menjadi pemimpin umat, tgna adalah hak umat, bukan hak beduh sorang. kalau bab harta pusaka boleh lah jadi hak beduh dan waris2 sahaja.

muhtar suhaili budak mentah yg cuba menonjol utk mencari seketul tulang. lebih umno dr umno. mungkin terkilan tk dpt merasa 90j, maka mencuba nasib kot2 dpt sikit dedak.

pas semakin jahat dan mungkar. malah semakin bahaya apabila agama berada ditangan org begini yg akan menjual agama semahu2nya demi tulang.

Tanpa Nama berkata...

Si ABODOH berpolitk.... cakap tak pernah nampak cerdik. Macam ni nak jadi pemimpin? Lingkup.... lingkup.

Tanpa Nama berkata...

Si Petola bercakap... ini mencerminkan ketohoran akal. PU nanti pasti hilang deposit.

Tanpa Nama berkata...

.... ini makan gaji buta. apa sumbangan badut ni pada rakyat kelantan? sambal belacan? duit pembayar cukai dibazirkan kalau macam ni lah jadi mp.

Tanpa Nama berkata...

Pas tidak profesnal lagi.
Taknamapak langsung utk mengambilalih pemerintahan malah sekadar
untuk jadi pembangkang saja.
itu sebab dia selari dgn BN.

Kalau ikut cara dan apa yg pas perjuangkan lebih baik tak perlu ada PRU.