7 Jun 2009

UMNO ADALAH NAJIS

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.

"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.

"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.

"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN. -harakahdaily


4 ulasan:

dap kafir berkata...

Dap tu kurma ke? madu ? Antara makan rasuah, zalim tanpa ada bukti (fitnah) dengan makan daging babi. minum arak, kaki perempuan jalng,siam yang manakh pilihan anda. Tebntulah dap kafir laknatullah...sebab ada yang melantak duit haram dap di perak walaupun baru 11 bulan memerintah!

Tanpa Nama berkata...

calon umno (ismail sapian) yang selalu ke manok tu apa cerita? mca dan mic tak makan babi?

jamaluddin jarjis yg kena tangkap raba betina dan minum arak apa hal?

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS nak join juga dalam kerajaan perpaduan dengan umno/bn PAS kena ambil jawatan PM...Menteri Kewangan..Menteri dalam negeri dan Menteri Palajaran baru perpaduan umno bagi Tim sudahlah ...kalau setakat nak jai balaci ..entahlah habislah pupus PAS dimuka bumi ini..sebenarnya melayu tak berpecah..yang berpecah parti2 dimalaysia.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Hj. Hadi dan timbalannya bersungguh-sungguh untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional...?

Sebelum ini kita dihiburkan dengan cerita profesional dan ulama. Kemudian melalaklah sekumpulan manusia yang kononnya jawatan tertinggi dalam parti mesti diserahkan pada ulama. Setelah jawatan tertinggi diserahkan pada ulama maka timbul pula cerita penubuhan kerajaan perpaduan.

Sebagai ahli yang tidak berpeluang menyertai muktamar ke55 di Shah Alam tempohari tertanya-tanya mengapa "PAS for all" mesti dipimpin oleh ulama kemudian ulama pula bercita-cita tinggi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan yang disertai oleh UMNO-BN...?

Jika benar kerajaan perpaduan itu bagus mengapa TG Nik Aziz menolak cadangan itu. Bukankah Hj. Hadi dan Nik Aziz adalah ulama, mengapa mereka berbeza pendapat..?

Sekarang kita sudah mempunya dua ulama mempunya hala tuju yang berbeza. Dan disinilah bermulanya titik perpecahan dalam parti PAS yang membentuk dua kumpulan antara pro Pakatan Rakyat dengan pro UMNO-BN. Dan pro ulama atau pro profesional tinggal gimik saja.

Jika ini benar-benar berlaku, bermakna dalam parti PAS sudah ada "musang memakai serban, berjubah dan berjanggut." Menyamar dan berpura-pura dalam semua pekara. Tiada siapa yang boleh dipercayai kerana puak yang berbeza sokongan akan memudaratkan puak yang memusuhi mereka.

Kalau Hj. Hadi dan kuncu-kuncunya menganggap bahawa diri mereka sudah hebat kerana menerima sokongan dari perwakilan dalam muktamar yang lepas. Ditambah pula dengan pengaruh politik PAS sudah berkembang dalam beberapa negeri, maka mereka boleh buat apa saja keputusan tanpa mempedulikan PKR dan DAP, itu tindakan yang silap. Orang tua-tua kata perangai seperti itu "Lupa diri namanya. Dan tak tahu mengenang budi..." Sama seperti melepaskan anjing tersepit. Apakah Hj. Hadi seorang Ulama jenis ni...?