"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau.
DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional.
PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.
Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.
Kelab GB akan terus berusaha untuk mendedahkan kebenaran mengenai Kerajaan Perpaduan ini yang diputarbelitkan kononnya telah diterima oleh banyak pihak walhal ia telah ditentang oleh banyak pihak.
Nak pecat GB dari keahlian PAS kerana menentang gagasan Kerajaan Perpaduan? Silakan! Pecat semua yang menentang termasuk TGNA. Nak rekomen kepada Menteri Dalam Negeri supaya GB ditahan di bawah ISA kerana anda berdua sudah ada hubungan baik dengan menteri UMNO? Silakan! tangkap semua 55% perwakilan muktamar yang menentang gagasan Kerajaan Perpaduan dan 5,000 ahli yang bertepuk gemuruh apabila TGNA menyatakan Kerajaan perpaduan adalah menngarut!
5 ulasan:
saya kagum dengan perjuangan akhi GB dari dulu sampai skrg. teruskan. allah bersama dgn org2 yg benar.
"Nak pecat GB dari keahlian PAS kerana menentang gagasan Pakatan Rakyat? Silakan! Pecat semua yang menentang termasuk TGNA. Nak rekomen kepada Menteri Dalam Negeri supaya GB ditahan di bawah ISA kerana anda berdua sudah ada hubungan baik dengan menteri UMNO? Silakan! tangkap semua 55% perwakilan muktamar yang menentang gagasan Kerajaan Perpaduan dan 5,000 ahli yang bertepuk gemuruh apabila TGNA menyatakan Kerajaan perpaduan adalah menngarut!"
TAKBIR!!!!
saya dah sepuluh kali review ucapan dasar presiden, tak jumpa pun pasal kerajaan perpaduan ni. boleh bagi reference. yang banyak sebut pasal issue ni UM, BH, TV3, RTM dan blog, itu pun reference pada media lain
fahaman sekular adalah musuh islam yg sebenar.selagi ada parti-parti yg mendokong fahaman sekular seperti pkr dan umno,selagi itu umat islam terancam dgn amalan-amalan korup,kerana perjuangan parti yg tidak berlandaskan alquran dan hadis.pkr masih dilihat "umno in disguise" kerana masih berfahaman sekular dan parti ini dari masa ke semasa akan terancam oleh amalan korup samaada dr kalangan ahli mahupun dikalangan pemimpin.so ahli-ahli yg bergama islam yg masih dalam pkr dinasihatkn masuk pas berjuang bersama-sama menegakkan alquran dan hadis.pkr perlu yakin sepenuh hati pada islam kerana islam yg akan diberikan kemenangan mentadbir dunia pada akhir zaman
azmie said...
saya dah sepuluh kali review ucapan dasar presiden, tak jumpa pun pasal kerajaan perpaduan ni. boleh bagi reference. yang banyak sebut pasal issue ni UM, BH, TV3, RTM dan blog, itu pun reference pada media lain
PENIPU NAMANYA. DALAM UCAPAN DASAR TAK SEBUT, SEMASA UCAPAN SPONTAN KOMAIN GALAK MENYEBUTNYA. INI SAMA SEPERTI HAKIM MAHKAMAH RAYUAN, TIADA PENGHAKIMAN BERTULIS.
ITU CARA BAGAIMANA HADI MENIPU JEMAAH.
Catat Ulasan