7 Jun 2009

Urusetia Muktamar Berperangai Macam Ahli UMNO Terhadap Blogger

Pada blog GB yang lalu, GB ada mengutarakan mengenai penghargaan Presiden PAS terhadap sumbangan blogger selama ini membantu perjuangan PAS melalui "media baru", tetapi rupa-rupanya lai kisah yang berlaku di muktamar.

Golongan pro-muqabalah yang dilihat menguasai urusetia muktamar kali ke 55 tiba-tiba menjadi golongan yang tidak mesra-blogger mungkin kerana blogger dilihat kebanyakannya tidak menerima idea dan gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh pimpinan utama parti.

Berikut ialah catatan ummi anni:

Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.


Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni.. tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'... kalau benar seperti yang TGHH sebut.. blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

'' kami tak berikan pas media kepada blogger.. hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''.. alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.. " susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media.. ? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat.. dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS.. tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf.. blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana.. apa ni...

bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke.. ?... "ha'ah ada password.. hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni.. orang lain tak boleh.. "hangin tol ummi bila dia jawab macam tu... tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar... takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih... bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri.. cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti.. satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam... dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55... 2 parti yang besar.. ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS .. berbanding dengan PKR.. kami blogger mendapat tempat bersama media perdana... memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS.. untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat.. nak mintak letak recorder pun tak kasi.. hina sungguh blogger ni rupanya..

ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri.. tapi tetap tak diiktiraf..

"akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.. "kata petugas

"ni pas dari kerajaan PR Perak .. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri.. Nizar ke siapa ke.. tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media".. aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu... kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh.. tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri.. seperti bukak pekung di dada la pulak...

tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri.. kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger... sendiri tanggung la... kalau Topeng Perak pulak cakap.. blogger ni dapat apa.. dapat maki aje.. kalau Cenangau kata pulak.. blogger ni macam daun kari.. untuk menyedapkan bau masakan hang buh la.. masa nak makan hang kena tolak ketepi...

ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan.. permintaan blogger tidaklah besar sangat.. tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah.. jangan dihalau terus jauh2.. sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutnya kalau blogger nak di hormati pada hari ni. Kena sokongan Nasharuddin atau Hadi. Cuba cek MSO datang tak hari ni. Kalau dia datang dan dapat pas masuk, pasti itu lah alasan kenapa blogger perak tak dapat masuk muktamar.

Tanpa Nama berkata...

ajer gila pro-muqabalah ni. tak sedar diri siapa bantu pas masa pilihanraya lalu. umno ker rakan2 dalam pr

Tanpa Nama berkata...

Hoi Hadi..kalu nak kerjaan perpaduan aku cabar jgn letak calon kat Manik Urai dan bagi UMNO menang percuma..jangan lidah bercabang empat!!buatpa nak berlawan dengan UMNO dah..kalu sekrang riunh macam janda dapat duda!!!

Tanpa Nama berkata...

kalu Ustaz Fadzil ada lagi..aku rasa dah lama dah Hadi dgn Nazarudin kena penampor 2 bijik!

sabar2lah.. berkata...

apa dh jd kat laman gb ni! tempat hentam menghentam sesama jemaah..

Tanpa Nama berkata...

bagus per blog gb, semua dpt suarakan pandangan. tk mcm blog pro muqabalah. kena sensor mana2 yg tak setuju dnegna kerajaan perpaduan.

cuma jaga bahasa, setahu saya gb cukup peka dgn mereka yg menggunakan bahasa keras dan kasar. selalu beliau umumkan kat radio.

Kelana berkata...

Saya sedih ler, korang dah mcm org UMNO plak suka maki2... Hilang kredibility PAs ler kalau mcm ni...

plzzz lah, musuh2 kita dlm blog UMNO sentiasa cari peluang..

Tanpa Nama berkata...

GB sepatutnya meniru tranungkite dgn tidak meluluskan sebarang artikel yg bleh menyebabkan perbalahan sesama ahli PAS..UMNO akan senyum kambing nanti

Tanpa Nama berkata...

tapi TKO dipimpin oleh Pro-Muqabalah, byk menyiarkan artikel mengenai kerajaan perpaduan. artikel yg menentang kerajaan perpaduan sahaja yang diblok. saya rasa blog kelab gb telah mengimbangi hal ini.

bukankah pro muqabalah nak bermuqabalah dengan musuh kita dalam blog umno?

serupasekala berkata...

PERKEMBANGAN BLOGGER BARU SAJA JIKA DIBANDING DENGAN AKHBAR ARUS PERDANAN.INI MUNGKIN KESILAPAN TEKNIK YANG BERLAKU.SEBAB BLOGGER ADALAH KEBIASAAN NYA MILIK INDIVIDU TAK BERDAFTAR BEBRANDING ARUS PERDANA.

WAHAI BLOGGER BLOGGER TAK USAHLAH BERKECIL HATI , KERANA MUNGKIN SATU KETIKA NANTI MEREKA KAN SEDAR JUGA BAHAWA BLOGGER BLOGGER INI LAH YANG BANYAK MEMAPARKAN BERITA SEMASA POLITIK TANAH AIR DAN MENYEBABKAN RAKYAT CELIK POLITIK.
TETAPI KENA INGAT TIDAK SEORANG PUN DIDUNIA INIYANG TAK BUAT SALAH. SAYA RASA INI CUMA DARI SEGI PERANCANGANNYA SAHAJA TAK BETUL.
MUNGKIN ORANG ITU TAK TAHU SEBENAR SIAPA BOLGGER INI . APA KHIDMATNYA . APA MATLAMATNYA. SEBAB BLOGGER TERDIRI DARI ORANG PERSENDIRIAN DAN TAHU MANA SATU SEBENAR BLOGGER PRO PAS. KITA JANGAN SALAHKAN ORANG ATASAN SAPERTI PRESIDEN ATAU SEBAGAINYA. INI HANYA KERJA ORANG BAWAHAN SEBAGAI URUSETIA SAHAJA.KADANG KADANG DIA ORANG MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI TANPA RUJUKAN. DAN LAGI MUNGKIN DIA ANGGAP BLOGGER INI BUKAN MEDIA MASSA UNTUK PAS ATAU SEBALIKNYA.
MAKLUM SAJA LAH INI KALI PERTAMA PAS MENGADAKAN MUKTAMAR YANG PALING BESAR JIKA DIBANDING SEBELUMNYA.
NAMUN DEMIKIAN SATU HARI NANTI ANDA PIHAK BLOGGER BLOGGER TIDAK AKAN DIPERSIAKAN.

SETIAP SATU MAJLIS ADA SEDIKIT SEBANYAK KEKURANGAN NYA ALMAKLUM MUNGKIN SI URUSSETIA ITU DALAM KEADAAN KELAMKABUT UNTUK MELAYAN KERENAH KERENAH ORANG RAMAI DAN PARA PERWAKILAN.

SAYA CADANGKAN SEMUA BLOGGER KITA ADAKAN SATU PERTEMUAN DENGAN JAWATANKUASA PAS PUSAT BAGI MENERANGKAN KEADAAN SEBENAR.

SEMUGA PERKARA INI TIDAK BERLAKU LAGI.

SAYA AMAT SANJUNG TUGAS MURNI BLOGGER BLOGGER YANG ADA . NAMUN DEMIKIAN SAYA HARAP JANGANLAH BERKCIL HATI, JANGAN LAH MEMUSUHI MEREKA .KITA SAMA SAMA DALAM SATU PERJUANGAN CUMA JALANNYA SAHAJA BERBEZA.TUGAS MASING PENTING UNTUK SEMUA KHUSUSNYA MEMBERITAHU RAKYAT APA YANG SEBENARNYA TANPA DIPUTAR BELIT OLEH PIHAK LAIN.

PERCAYALAH ANDA AKAN DIRESTUI SATU MASA NANTI.

DAN KEPADA PEMIMPIN PAS SAYA HARAP JADIKAN RUNGUTAN PIHAK BLOGGER INI SATU KESILAPAN DAN PERBETULKAN DIMASA HADAPAN.
WALAU PUN BLOGGER INI TIDAK TERDIRI DARIPADA YB YB PAS AKAN TETAPI HASRATNYA SAMA , SATU MATLAMAT.SATU TUJUAN .

KALAU BOLEH BLOGGER SAPERTI CINA ISLAM ANDA PATUT SEDAR AKAN PERKARA INI KERANA SAYA NAM[PAT BLOG ANDA SELALU RAMAI ORANG KUNJUNGI.

WAHAI BLOGGER CINA ISLAM,MUTAR LIGAT,ALBANJARI, DAN LAIN LAIN SAYA CADANGKAN ADAKAN SATU PERJUMPA KHAS BERKAITAN DENGAN PENTINGNYA BLOGGER KEPADA PARTI PAS KERANA IA BOLEH MENYUMBANG JASA DAN BAKTI UNTUK TUJUAN YANG SAMA.

SAYA HANYA SEKADAR MEMBERI PANDANGAN .

BERSABAR ATAS APA YANG BERLAKU. TUHAN MAHA MENGENTAHUI APA HASRAT KITA . DAN KITA MINTAK TUHAN KABULKAN DEMI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

WASSALAM.

PEMINAT BLOG.

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya pihak urusetia terlalu skpetikal dan busuk hati kepada golongan penyokong tuan guru nik aziz terutama roslan sms yang telah tewas di peringkat kawasan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa senang enak menuduh urusetia begitu?saya setuju kata2 seruapsekala..kita blogger adalah individu..sudah cukup baik kita boleh masuk ke dalam stadium dan dengar muktamar..apa lagi?akses dah ada..nak interview lebih2..kalau sorang dua dpt, tak adil lah..mana tahu yang dpt tu, blogger UMNO tapi ckp org PAS..kita tak tau..tak pasai2 buat kacau..blogger bukan sorang dua..beribuuu...takkan depa nak bg pass media beribuuu.....

dan betul Kelana..kalau org UMNO baca semua komen2 hang pa ni..dgn artikel2 ni..supp!terus diorang ckp org PAS sedang gaduh..pecah belah..kacau bilau..retak menanti belah..
hak bersuara pun, kena jaga aib pemimpin..rahsia parti..:-t

don't worry la bloggers..tak dpt full appreciation skang, pahala menyebarkan kebenaran tu ada jugak..

GB jugak patut bertindak, bertanggungjawab jaga isu dalaman parti dgn isu2 mcm ni..sekian..

Tanpa Nama berkata...

Org klate

kalau pas nak tengok kemenangan berterusan dan menumbangkan bn-umno dlm pru 13, jangan biarkan isu kerajaan perpaduan ini isu yang seumpama tikam keris dibelakang sendiri.

DS TGHD, tuan guru tak tengok ke macam mana bn-umno buat kepada PR di perak,demokrasi dipermainkan oleh mereka,

Ingatlah tuan guru org-org muda spt saya, hanya mahu PR perintah Malaysia dlm pru 13 nanti, jgn cacatkan momentum ini.

saya rasa TGHD belum lg teruji hebat macam MB kelantan yg sudah banyak menderita dipermainkan oleh puak umno dlm pentadbirannya. jika nak dibandingkan apa yg TGHD alami masa pegang terenganu pada th 1999 hingga umno-bn mainkan isu muzakarah pada masa itu utk menjerat PAS sehingga pas tumbang diterenganu.

ingatkah TGHD adakah sampai skarang umno dah tamatkan isu amanat haji adi. jadi buat benda yg boleh memberi kekuatan dan kebaikan kepada PR dan rakyat.

TQ