7 Jun 2009

Najib Altantuya Sambut Hadi Dalam Isu Kerajaan Perpaduan. Nik Aziz Tentang.

Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

"Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadi di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke55 di Stadium Malawati baru-baru ini sekali lagi mempertahan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

Mengulas lanjut Najib berkata, beliau juga tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu secara bersendirian kerana ia merupakan satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Walau bagaimanapun Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.

“PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.


Tokoh veteran itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS.

“Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan.

Banyak pihak mempersoalkan gagasan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS yang telah mengiakibatkan perpecahan yang parah berlaku di dalam PAS sehingga menimbulkan polemik yang hebat di peringkat akar umbi dan pimpinan.

"Perpecahan yang berlaku ini begitu mengecewakan. Ustaz Hadi tidak sepatutnya mengutarakan gagasan tanpa idea itu di seminarkan atau dibincangkan secara mendalam di kalangan ahli," tegur seorang perwakilan yang ditemui hari ini.

"Kita khuatir PAS akan dilihat sebagai parti yang hipokrit di dalam perjuangan. Semata-mata kerana gopoh nak jadi Perdana Menteri, beliau melupakan semangat kesetikawanan yang telah dipupuk sekian lama di kalangan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," tambahnya.

"Ustaz Hadi perlu tunjukkan kebolehan untuk mentadbir sebuah negeri sebelum bercita-cita mentadbir sebuah negara. Di Terengganu beliau telah diberi peluang sebagai Menteri Besar selama sepenggal, namun gagal mempertahankan kerajaan tersebut seingga ia dirampas oleh UMNO BN pada 2004. Walaupun beralasan penipuan berlaku, namun jika Tuan Guru Nik Aziz boleh mempertahankan Kelantan mengapa Hadi gagal di Terengganu sedangkan di Kelantan juga berlaku penipuan? Ini kerana kehebatan Nik Aziz menggembelengkan ahli PAS Kelantan di dalam program munajat, bermohon kepada Allah untuk selamatkan pemerintahan PAS di Kelantan. Menagapa tidak dilakukan di Terengganu?" ujarnya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok najid dah suka nak join pas sebagai kerajaan perpaduan...selamat berjaya pas ..umno..lepas ni kena tikan dri belakang...orngx pas yg tak berminit kerajaan pas mai masuk PKR ramai..keluar dari pas..berhijerah ke PKR pulak kita lawan kerajaan perpaduan..selamat tinggal pas