8 Jun 2009

HADI DAN UMNO : ANTARA DULU DAN SEKARANG

Berikut ialah kata-kata keramat seorang pemimpin tertinggi PAS yang semua orang telah mendengar dan mengetahuinya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Perkataan sekarang : Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Perkataan sekarang: Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka

Perkataan sekarang: Jika mereka mahu atau tidak mahu kepada Islam kitalah yang perlu pergi kepada mereka, bukan mereka datang kepada kita!


19 ulasan:

yes berkata...

Hadi dulu dan Hadi sekarang. Yang mana jadi pilihan kita. Cuma bolih pilih satu sahaja.

Amat memeningkan bila ketua tidak tetap pendirian.

Saya mahu pemimpin yang berfikir dalam dalam sebelum mengeluarkan pendapat dan paling tak suka mereka yang lidah bercabang.

Unknown berkata...

fikir2 kan lah dahulu sebelum berkata apa2.. saya tidak menyokong mana2 pihak... tetapi saya bersetuju untuk duduk berbincang dgn UMNO sekiranya mereka mengajak untuk berbincang.. biarpun komunis mengajak kita berbincang,perlu untuk berbincang dahulu.. buka lah hati dgn lapang nya.. islam itu adil,terbuka,sempurna dan untuk semua.. ketika berbincang,apa yg salah boleh kita perbetul kan,apa yg dia jukan,tidak semestinya kita akui.. apa yg ditawarkan tidak semestinya diterima.. malah kita dapat berdakwah secara terus ketika berbincang.. hidayah itu milik ALLAH,dan bila2 boleh diberikan ALLAH,kerna ALLAH itu MAHA BEERKUASA.. biarlah dia musuh kita yg pernah menzalimi kita dgn teruk,tapi apabila ingin dibawa berbincang,usahlah ditolak..

berbincang atau berunding jauh sama sekali maksud nya dengan bersetuju,bersetongkol,'satu kepala'... setiap yg kita ucapkan smua nya ad balasan,bercakap dan berfikirlah atas landasan islam,bkn atas faktor emosi semata2..

Insan biasa berkata...

Saya bukanlah ahli mana2 parti politik. Saya juga bukan seorang yg arif mengenai agama. Tapi saya terfikir, jika PAS berjuang untuk bangsa melayu, maka bergabung dengan UMNO mungkin satu perkara yg sepatutnya. Jika PAS berjuang demi Islam ikhlas kerana Allah SWT, maka pada pendapat saya hamba Allah yg lemah ini, gabungan tersebut bukanlah jalan yg terbaik. Adakah Nabi Muhammad SWT berjuang untuk bangsa Quraisy, atau kerana agama Allah SWT? Mohon maaf kiranya amat ketara kelemahan pemahaman agama saya melalui ayat-ayat diatas.Terima kasih.

Green Home i-Healty berkata...

Saudara Ahmad adakah kita perlu berbincang dengan penjenayah yang telah merompak dan merampas harta benda kita. Semua rakyat tahu bahawa UMNO itu penjenayah kerana merampas hak rakyat sesuka hati. Rampas tanah rakyat, rampas rezeki rakyat, rampas kerajaan rakyat. Perlukah kita berbincang dengan mereka. Jika perlu perbincangan kenapa tak lakukan secara terbuka. Kenapa mesti secara tersembunyi. Kenapa intipati perbincangan tidak dinyatakan secara umum dan kenapa keputusan perbincangan disenyapkan. Jangan nanti perbincangan tersebut boleh disama taraf dengan perbincangan najib dengan 3 YB Perak hingga Perak runtuh. Pada saya tidak perlu kita berbincang dengan UMNO, jika nak bincang juga bawa sekali wakil PKR dan DAP.

Tanpa Nama berkata...

apa yg didedahkan oleh GB amat berguna untuk pemimpin kita muhasabah diri.

web admin berkata...

saya sokong kamu gb!

Tanpa Nama berkata...

Ucapan TGHA betul belaka. Kita semua tahu beliau seorang yang amat warak.Biasanya ulama akan mengeluarkan kenyataan berasaskan sesuatu zaman. Lain zaman lain pendekatannya. Mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik hati TGHA sehingga menimbulkan kenyataan Kerajaan Perpaduan. Kita yang diluar ni tak usahlah terlalu memikirkannya kerana saya yakin TGHA ada alasan beliau sendiri. Kita tak usah cepat melatah. Beliau telah memberi jaminan kerjasama dalam pakatan rakyat akan diteruskan.

Perbezaan pendapat antara TGHA dan TGNA perkara biasa dalam Islam. Ianya bukan kelemahan tetapi kaya dengan Idea.

Yang pasti, di dalam Pakatan Rakyat sememangnya PAS merupakan parti yang paling berpengalaman dan lengkap serba serbi dengan kekuatan jenteranya. Apakah TGHA sudah terhidu sesuatu? Teruslah menyokong TGHA sebagai wala' kita kepada pemimpin walaupun saya tahu tidak semua blogger yang merupakan ahli PAS.

Kita tunggu dan lihat. Kita merancang dan mereka merancang. Semoga perancangan Allah jua yang akan menyelamatkan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Alangkan wali Allah boleh disesatkan syaitan inikan pula hadi awang dan nasharuddin isa..

tunjang berkata...

hanya pro-muqabalah dan pro umno sokong hadi dan nasya

Unknown berkata...

saudara othman,jawapan saya,YA,perlu untuk berbincang...
dari awal saya tekan kan aspek perbincangan @ rundingan.. tetapi saya tidak bercakap saya bersetuju dgn mana2 perbincangan sulit yg diadakan,kerna perkara ini jelas akan menimbulkan fitnah.. sepatutnya golongan yg terlibat dgn perundingan sulit perlu meminta maaf secara terbuka kepada semua..

saudara insan biasa,ini bkn soal penggabungan atau tidak... ini soal perbincangan.. dalam islam,kita tidak boleh menutup terus peluang untuk berbincang,kita harus bersifat keterbukaan dalam aspek perbincangan.. Rasulullah sndri mengadakan perbincangan dgn kaum quraisy ketika episod pembukaan semula kota mekah... adakah Rasulullah tidak pernah dihina oleh mereka?adakah Rasulullah tidak pernah dizalimi oleh mereka?bkn kah kaum quraisy sndri menyiksa umat islam sebelum itu?mengapa Rasulullah masih sanggup mengadakan perbincangan dgn suku kaum quraisy??
seperti mana yg kita lihat,selepas perjanjian termeterai,lbh ramai kaum quraisy memeluk agama islam.. tetapi Rasulullah tidak 'bergabung' dgn mereka,cuma perbincangan yg dilakukan..

Unknown berkata...

sebenarnya apa yg berlaku.. kita cuma dilagakan sesama sendiri oleh UMNO.. apabila masing2 tidak mahu berlapang dada untuk mendengar penjelasan kedua2 pihak,apabila masing2 mengeluarkan pendapat mengikut halwa pemikiran tanpa atas rasional pemikiran berlandaskan islam.. maka berlaku lah tuduh menuduh sesama kita,hina menghina sesama kita,jatuh menjatuhkan sesama kita atas satu perkara yg cepat untuk kita melenting tanpa berfikir terlebih dahulu..

Tanpa Nama berkata...

nak risau apa, PAS takkan biarkan tengkuknya disembelih UMNO... baca ucapan penangguhan Presiden nih..

*
Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah
*
Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam
*
Islam Memimpin Perubahan Islam yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.
*
Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala.
*
Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
*
Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan.
*
Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam
*
PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.
*
Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.
*
Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
*
Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.
*
Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh.
*
Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
*
Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
*
Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala.
*
PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

serupasekala berkata...

SAYANG SERIBU KALI SAYANG.
ANDAIKATA DATO PRESIDEN PAS BERHAJAT DENGAN KERJAAAN CAMPURAN DAN KALAULAH IA BERLAKU MAKA SEKALI LAGI PERPECAHAN DALAM PAS AKAN BERLAKU.
SAPERTI SEJARAH SEMASA DATUK MOHD ASRI DULU JADI PRESIDEN PAS.
LAMBAT LAUNG PAS AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI.
WAHAI AJK YANG BARU DILANTIK NASIHATLAH KEPADA YB DATO PRESIDEN . ABAIKAN SAHAJA NIAT DENGAN KERAJAAN CAMPURAN BERSAMA UMNO DEMI KEHORMATAN PAS.
SUDAH CUKUP DENGAN SEJARAH DIMASA LAMPAU

Tanpa Nama berkata...

Pandangan yang diajukan dua ulama iaitu antara Tg. Nik Aziz dengan Tg. Hj. Hadi berbeza pendapat berkaitan dengan kerajaan perpaduan memang mengelirukan. Sebahagiannya menyokong pendapat Tg. Nik Aziz dan sebahagian yang lain menyokong pendapat Tg. Hj. Hadi. Dan ahli UMNO jadi tukang sorak.

Oleh kerana kita tidak pernah merasai dihina dan disingkir oleh UMNO dari Barisan Nasional dimasa yang lalu maka kita lupakan soal sejarah.

Ramai orang luar berpendapat kita perlu berlapang dada dan menerima cadangan Tg. Hadi berkaitan dengan penubuhan kerajaan perpaduan dengan hati yang terbuka.

Apa itu kerajaan perpaduan...? Ada yang faham, ada yang keliru dan ada yang tidak faham langsung.

Apa kebaikan kerajaan perpaduan...? tiada siapa yang bersedia tampil kehadapan untuk menerangkan kebaikannya.

Jika PAS bertemu dengan UMNO untuk berbincang berkaitan dengan islam... Tidakkah kita lihat ulama PAS cuba mengajar itek berenang...? Semua orang tahu ahli UMNO juga memperjuangkan kebenaran agama islam. Atau pemimpin PAS ingin menghampiri ahli UMNO kerana mereka belum cukup islam...?

"Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain". Kata-kata ini yang paling disukai oleh pemimpin UMNO kerana setiap kejahatan mereka yang lakukan, pemimpin PAS akan membalas dengan kebaikan. "Tak paa..., tak paa... sabarrr!!??

"Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala". Dalam kes rampasan kuasa dinegeri Perak, musuh sudah pijak kepala atas dan sudah terajang kepala yang ada dibawah... masih lagi dengan kata-kata "Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham"...?

Jika dibandingkan antara kata-kata Tg. Hj. Hadi dengan masaalah yang dihadapi sekarang sungguh mengelirukan. Kita mesti pantau setiap gerak Tg. Hj. Hadi berkaitan dengan cadangan yang penuh dengan kontrovesi... apa sebenarnya muslihat Tg. Hj. Hadi..?? Jika baik mesti disokong, jika buruk dia mesti disingkirkan.

qurtubyy berkata...

Ahmad said...
sebenarnya apa yg berlaku.. kita cuma dilagakan sesama sendiri oleh UMNO.. apabila masing2 tidak mahu berlapang dada untuk mendengar penjelasan kedua2 pihak,apabila masing2 mengeluarkan pendapat mengikut halwa pemikiran tanpa atas rasional pemikiran berlandaskan islam.. maka berlaku lah tuduh menuduh sesama kita,hina menghina sesama kita,jatuh menjatuhkan sesama kita atas satu perkara yg cepat untuk kita melenting tanpa berfikir terlebih dahulu..

UMNO melagakan? Bukan! Pemimpin PAS yang melagakan ahli2nya.

qurtubyy berkata...

Anonymous said

.... PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

PAS tidak lagi profesyenal, calon ulamak yang tidak telus dipilih... melakukan pertemuan dengan UMNO secara sembunyi2.

Orangkelantan berkata...

beware of Mustapha Ali...

Orangkelantan berkata...

kalu style PAS Trg..sampai bila PAS takkan menang..

Tanpa Nama berkata...

berdoalah...mudah-mudahan segala kekusutan ini akan terlerai...bukan mengutuk untuk menambah lagi kekusutan...