Nasaruddin Mat Isa yang menang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar kali ini terus mempertahankan gagasan Kerajaan Perpaduan sekalipun beliau hanya mendapat undi sekitar 46% dari keseluruhan jumlah perwakilan.
Apabila ditanya wartawan tentang pendapatnya terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menganggap Kerajaan Perpaduan sebagai mengarut, Nasha tergagap-gagap menyatakan ia hanya pandangan peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menyatakan dengan angkuh bahawa ia akan dibawa ke mesyuarat tertinggi parti.
Kita ingin menjelaskan bahawa pandangan Tuan Guru Nik Aziz bukan pandangan peribadi beliau, tetapi adalah suara hati majoriti ahli dan perwakilan. Buktinya, Nasharuddin hanya menerima 46% undi perwakilan sedangkan 54%nya mengundi Husam dan Mat Sabu yang kedua-dua lawannya adalah penentang kepada gagasan Kerajaan Perpaduan. Nasha keterlaluan dengan seolah-oleh menganggap kedudukan jawatan Mursyidul Am itu jawatan peribadi TG Nik Aziz dan apa-apa yang diucapkan oleh Nik Aziz sebagai kenyataan peribadi beliau dan tidak mewakili parti.
Hujjah bahawa kenyataan Nik Aziz bukan sekadar kenyataan peribadinya dapat dilihat sewaktu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan:
"Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,”
Ia telah disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.
Di mana kebenaran kenyataan Nasharuddin menyatakan ia hanya pandangan peribadi Tuan Guru Nik Aziz?
Malah sehingga kini, Presiden PAS yang mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan sendiri BELUM memperincikan konsep gagasannya itu tetapi sebaliknya hanya mempersalahkan ahli yang kononnya tidak banyak membaca.
Saya telah menjawab tempelakan Hadi melalui tulisan saya sebelum ini.
Abd Hadi menyalahkan ahli-ahli kerana "kurang membaca" yang menyebabkan gagasan itu ditolak dan rasanya tuduhan itu agak keterlaluan dimana kita tidak dapat untuk mengukur berapa banyak bacaan yang perlu dilakukan semata-mata untuk memahami gagasan KP berkenaan. Apa tah lagi setiap orang mempunyai bidang dan skop pembacaan yang berbeza, seperti Abdul Hadi sendiri yang mungkin telah banyak membaca mengenai konsep Unity Government BJ Habibie tetapi sebagai seorang ahli parlimen, sya berpendapat beliau tidak banyak mengulangkaji buku-buku mengenai pembentukan Perlembagaan Malaysia serta undang-undang negara yang sepatutnya menjadi bacaan wajib untuk setiap ahli parlimen. Jika tidak masakan beliau mengutarakan gagasan KP di saat dan ketika kekuatan Pakatan Rakyat masih lemah di Parlimen.
Begitu juga kepada penyokong-penyokong gagasan ini. Sehingga kini TIDAK ADA SEORANG pun yang tampil untuk menerangkan secara terperinci gagasan tersebut sekalipun berdegar-degar menyokong sehingga kita pun tak tahu apa yang disokongnya.
Kita ingin menjadikan muktamar yang baru lalu sebagai medan untuk bersatu padu, tetapi Hadi dan Nasha masih terus ingin perpecahan itu berlaku.
Dan pengampu pro-muqabalah menuduh blogger seperti GB sebagai pemecah belah? Common on, get real!
Mengapa GB menolak Kerajaan Perpaduan - boleh baca di:
93% TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN
UNITY GOVERNMENT - BARAH UMNO YANG ADA DALAM PAS
UNITY GOVERNMENT : PANGGILAN YANG MELECEHKAN KEMENANGAN ISLAM
3 ulasan:
suruh nasya letak jawatan sebagai ahli parlimen bachok. dpt jadi ahli parlimen pun dgn ihsan tg nik aziz yg benarkan dia bertanding di negeri kelantan....
balik ler n9 bertanding kalau dah x nak dgr tok guru.
Sebelum pemilihan cakap lain. Konon takde hubungan dengan UMNO. Dah menang cakap lain. Dasar pembohong!!!
Assalamualaikum,
Sebelum berlangsung muktamar, jawatankuasa pas pusat menerusi yb. dr dzukifli ahmad mengumumkan idea dan gagasan kerajaan perpaduan hanya satu lontaran idea presiden dan perkara itu tidak perlu diperpanjangkan dan telah tinggal sebagai satu cetusan idea semata..dan telahpun DITUTUP setakat itu sahaja. Selepas sahaja selesai muktamar dan pemilihan maka kedua dua presiden dan timb. presiden yang memperolehi semula kedudukan kerusi jawatan masing masing mula melontar dan mempertahankan idea dan gagasan kerajaan perpaduan yang diwarwarkan.
Dari sudut itu beberapa kesilapan yang dipandang kecil tapi berbekas telah nampak kesannya.
Apakah gagasan dan idea tersebut setakat ini boleh dikongsi dua tiga atau empat kerat pimpinan atasan sahaja ?. Apakah keperluan dan kepentingannya sekadar menjadi teka teki di kalangan pelbagai pemimpin dan pengikut bawahan.
Tapi sayang ucapan dan ajakan ajakan itu cenderung dan khusus kepada musuh politik sendiri iaitu umno, seperti mata dipejam tangan melambai lambai umno.
Apa dah jadi ?. Kemaruk ke apahal tuning serta merta jadi 180 darjah. Sebahagian besar jadi serba tidak kena, semakin ramai jadi derhaka tidak wala'.
Dan seperti ketegasan Allahyarham ustaz fadhil nor, kalau tidak lupa sewaktu umno beiya iya mengajak pas bertemu dan berbincang satu ketika dulu, Allahyarham mengatakan tidak boleh mengadakan perbicangan dalam ' suasana yang tidak kondusif ' , dalam suasana ketika itu pihak umno kuat menekan dengan pihak polis yang menangkap dan menghalang sesi sesi ceramah pas. Apabila kita membuka pintu rundingan kepada semua pihak untuk berbincang maka parti beroleh bonus kerana telus dan terbuka. Sebaliknya bila kita seperti membuat jemputan khusus untuk umno dalam masalah kerajaan perpaduan parti akan dilanda musibah. Pihak umno sendiri nampak tidak gusar dan terdesak memanggil parti politik dalam kalangan pembangkang untuk mengadakan sebarang perbincangan. Dalam isu kerajaan perpaduan, semua pimpinan tinggi umno telah beri respon, maka nyatalah umno yang kena lambai. Pas seperti sangat kemaruk masuk meminang meski umno tak pernah jeling jeling. Jadilah seperti ibrahim ali yang mahu masuk meminang umno round kedua.
Dengan nada yang lurus bendul perbincangan pas-umno kearah kerajaan perpaduan akan menjadi sisipan akhbar dan media saban hari dan berterusan sehingga tidak pasti akhirnya. Pimpinan umno pusat setiap hari mengulas isu ini disambut pula pimpinannya diperingkat negeri, pemudanya, wanitanya, puterinya, bayangkan hari hari duk cerita pasal isu tersebut...maka apa cerita pula dalam pas sendiri.
Mendedahkan parti ke kancah fitnah dengan mengejar sekelumit tuntutan perpaduan yang belum tentu terhasil. Ungkapan fitnah barangkali dikira terlalu berat tapi perpecahan sesama sendiri sudah tentu tidak mampu dibayar ganti. Sedikit sebanyak bibit sudah mula nampak tersemai , apakah mula tuning 180 darjah itu memperkasakan lawan dan membinasakan saudara seperjuangan , di mana keutamaan sebenar ?.
Seperti ada kebenaran dari kata yang dilontar dalam muktamar bahawa kalangan agamawan adakala menjadi liabiti kepada parti. Dan sikap sedemikian tidak sekali kali ada pada ahli parti yang terkebawah dari kalangan jahil pula!.
Maaf GB, terpanjang skit..akhir sekali disaran pimpinan perlu menilai pendekatan, sesuatu yang merugikan jemaah sendiri sebaliknya menguntungkan lawan menjadi nilain dan pertimbangan. Hanya berbekal modal kosong yang dipalu ke hulur ke hilir kerajaan perpaduan pas-umno boleh meresahkan pimpinan pertengahan, mengkucar kacirkan pemimpin bawahan dan seterusnya mengharu BIRU pendokong parti tidak berjawatan yang tegar mengharungi liku liku perjuangan di jalanan. Ingatlah juga model kerajaan perpaduan yang ingin di bina perlu di diberi ukur bahan dan rangka yang jelas kepada parti sendiri terlebih dahulu sebelum diangkat menjadi modal kepada umno untuk dijaja seluas luasnya dan parti sendiri bisa menjadi istana pasir.
Dan apakah sejarah umno terbuka mendengar pandangan pihak lain, apakata rakan sekutunya ?.
Catat Ulasan