7 Jun 2009

Kerana Nak Sangat ke UMNO, PAS Tolak Nik Aziz? Baguslah!

Keputusan perwakilan menunjukkan kemenangan kepada calon-calon pro Pakatan Rakyat dengan 12 orang dari mereka memenangi pertandingan bagi 18 jawatan AJK PAS Pusat. Keputusan Naib Presiden memihak kepada Husam Musa bila ketiga-tiga yang dikatakan menjadi pilihan Husam menang.

Mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim juga menang dengan undi besar.

Jika dilihat analisa itu, seharusnya Husam telah menang. Tetapi Husam tewas besar.

Bagaimanapun, Husam (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan) tewas bersama Dato’ Mohd Amar (yang disebut bakal MB Kelantan dan seorang Ulama, Ahli exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Dato’ Takiyuddin Hj Hassan (Ahli Exco dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Dato’ Anuar Tan (Ahli Exco dan Bendahari PAS Kelantan). Keempat-empat mereka adalah pembantu-pembantu Nik Aziz dan mereka tewas bersama 3 lagi tokoh PAS Kelantan.

Hanya Dato’ Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agung PAS yang disebut sebagai sahabat baik Anwar Ibrahim adalah calon dari Kelantan yang menang.

Analisa jelas menunjukkan tidak berlaku trend menolak calon Ulama, Pro Pakatan, Profesional atau Pro UMNO. Yang jelas menjadi mangsa ialah kesemua orang kanan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apakah yang berlaku adalah manifestasi penolakan atau undi tidak perjaya kepada Nik Aziz oleh Perwakilan PAS atau ianya hanya satu kebetulan. Para perwakilan harus bertanya, apakah mereka memang berniat menolak calon-calon dari Kelantan?

Ini bagaimanapun adalah petanda baik bagi Kelantan. Setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin kanan PAS Kelantan boleh fokus kepada mempertahankan Negeri Kelantan, sama ada melalui sudut kewangan maupun tenaga kepakaran mereka. -kickdefella


9 ulasan:

Keylee Daud berkata...

PAS KELANTAN DAN PAS AKAN PEGANG MALAYSIA INSYLH

Pak Brahim berkata...

Jika tidak di tangani dengan bijak dan berhemah, saya kuatir Pas akan berpecah dan dihingapi penyakit yang parah dan sukar diubati.

Ini adalah ujian dari Allah pasca kemenangan yang sedikit.

Sebilangan ramai ahli PAS juga orang-orang MELAYU seperti dan serupa ahli-ahli UBN. Maka genetik hasad dengki tetap tumbuh didalam tubuh mereka kecuali yang berpegang teguh kepada AJARAN AGAMA ISLAM, mereka akan selamat dan berjuang sepenuh jiwa untuk kemenangan ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

bi satu lagi pro-husam yg xdapat terima kekalahan Husam,Husam kalah hbis satu kerajaan PAS Kelantan diburukkan..Jika Husam & pro-Husam masih dalam keadaan macam ni..Insya_Allah karier politik Husam akan berakhir dgn secepat mungkin..kickdefella,hg berhentilah mengadu domba dlm PAS..jgn wat pandai al-quran ngan sunnah,biarlah syura ulama PAS yang tentukan halatuju PAS

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pemimpin PAS yang di pilih masih bermimpi dan berkhayal untuk berdampingan dengan UMNO, maka alamat nya nak cari masalah besar.
Saya bukan orang PAS tetapi kalau nak berbaik dengan UMNO saya tidak akan mengundi PAS di tempat saya dan rasa nya ramai lagi teman teman yang serupa akan hilang minat mengundi PAS. Ini bukan soal Melayu tetapi keadilan sejagat yang berlandaskan Islam.
UMNO itu Melayu tetapi UMNO bukan Islam sebab itu dia terus pertahankan ISA. Apakah PAS pun sama yang masih bercita cita mempertahankan ketuanan Melayu? Ingat lah bahawa kalau sekadar mempertahankan Ketuanan Melayu elok lah masuk UMNO sahaja dan tukar wadah perjuangan dan teruskan menghancurkan negara ini. PAS di cadangkan elok lah kikis tanggapan yang ada sekarang sebelum terlambat apabila PRU 13 muncul dengan tiba tiba. AWAS PAS don't fool the rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

pkr dan umno adalah dua parti berfahaman sekular.pkr dan umno tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti.ideologi nasionalis yang dibawa kedua-dua parti adalah jelas bertentangan dgn ajaran islam kerana memisahkan agama dari politik.kenapa pkr masih berdegil tak mahu masuk pas sedangkan mengaku islam??..kenapa pkr tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti??..apa agenda perjuangan pkr sebenarnya??..sekarang adalah tanggungjawab pas untuk berdakwah kpd kedua-dua parti ni...SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - PAS diingatkan jangan terlalu ghairah bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil pemerintahan negara tetapi mula lupa untuk menjadi pembela dan berada di barisan hadapan untuk pertahankan isu-isu agama...perlunya berdakwah kpd pkr dan pas agar metakkan alquran dan hadis sebagi perjuangan hidup

Tanpa Nama berkata...

Setiap pertandingan telah ditetapkan ada yang menang, ada yang kalah dan ada yang seri iaitu tidak menang dan tidak kalah.

Setiap calon yang menawar diri untuk bertanding dalam sesuatu jawatan dalam parti pasti ada penyokongnya. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan, jika seseorang calon kalah dalam pertandingan maka penyokongnya akan merungut dan mengeluarkan berbagai alasan atau kenyataan berkaitan dengan kekalahan itu.

Dalam pandangan pemerhati, pertandingan merebut jawatan timbalan presiden memang Husam dan Mohd. Sabu kalah tapi dari segi moral mereka tidak kalah. Dan pada perkiraan pemerhati pengaruh mereka akan lebih kuat dan perjalanan politik mereka dimasa hadapan akan lebih cerah kerana ketrampilannya dalam muktamar PAS ke55 mencerminkan kewibawaannya.

Tanpa Nama berkata...

Tak kan ada mana ahli2 dari PAKATAN samaada PKR atau DAP yg akan benarkan pemimpin PAS yg suka melalut dgn UMNO utk sisihkan Nik Aziz..saya percya majorit ahli PAS pun macam tu!!!
Nik Aziz adalah sebenarnya Tok Guru kepada Pakatan Rakyat!!Bukan PAS saja..so sendiri mau ingat especially Presdiden dan Timbalan dia..kalu nak join UMNO boleh..letak jawatan dan jadi kawan Nakhaei!!

tok iskandar berkata...

Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2 tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur disebabkan ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai apabila tercetus konflik di antara PAS dan PKR.
Sekali tengok macam plan Yahudi je.Nak menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik atau One Malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan Melayu.Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Ingat pesan TG Nik Aziz semalam di stadium Melawati,UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah Inggeris yang menetas satu persatu dan ianya perlu dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

harap permilihan pas jangan melibatkan dato sri anwar ibrhim...kami PKR tak terlibat dg mana dalam pas ..maklum.