Banjir: 20 kampung putus hubungan
KUCHING: Lebih 5,000 penduduk dari 20 kampung sekitar Bau terputus hubungan selepas satu-satunya laluan keluar melalui Jalan Bau-Serikin ditenggelami air sedalam hampir satu meter akibat hujan lebat sejak malam kelmarin.
Berikutan itu, kerajaan negeri meletakkan Kuching dan Sibu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemungkinan lebih banyak kawasan dinaiki air berdasarkan laporan kaji cuaca yang menjangka hujan lebat berterusan.
Sehingga jam 7 malam tadi, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Masyarakat Jalan Stephen Yong dan Surau Kampung Sinar Budi, Batu Kawah, membabitkan 83 keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata banjir kini melanda kawasan sekitar Batu Kawah, Batu Kitang, Siniawan, Bau, Serikin serta beberapa kawasan lain, namun keadaan masih terkawal.
Katanya, berdasarkan laporan Stesen Jabatan Kaji Cuaca Sarawak, Kuching menerima taburan hujan kira-kira 300 milimeter (mm) dalam tempoh tidak sampai 24 jam, sehingga mengakibatkan air Sungai Sarawak naik setinggi 6.6 meter.
"Jumlah hujan yang terlalu tinggi berbanding taburan hujan sepanjang Disember iaitu kira-kira 700 mm mengakibatkan Sungai Sarawak melimpah di beberapa kawasan.
"Hujan lebat dijangka berterusan dua hari lagi namun kita agak bernasib baik kerana air laut tidak pasang membolehkan pintu baraj di kuala dapat dibuka bagi mengalirkan air hujan," katanya pada sidang media di Tambak Sungai Sarawak, Batu Kitang di sini, semalam.
Dr Chan sebelum itu meninjau beberapa kawasan yang dinaiki air termasuk melihat sendiri keadaan tambak yang dinaiki air lebih enam meter seawal jam 6 pagi semalam selepas hujan lebat sejak kelmarin.
Tinjauan Berita Harian di Bau mendapati puluhan kereta penduduk terpaksa ditinggalkan di kawasan Kampung Titon, selepas Jalan Bau-Serikin ditenggelami air.
Antara kampung yang terputus hubungan ialah Serikin, Duyuh, Bogag, Suba Buan, Stass, Grogo, Setasat, Opar dan Tundong dengan penduduk terpaksa bergantung kepada bekalan makanan sedia ada sementara menanti bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 2008, Daerah Bau yang didiami kira-kira 50,000 penduduk terputus hubungan selama tiga hari selepas semua jalan dari Kuching ditenggelami air.
Di KOTA BHARU: Hanya daerah Tumpat yang masih dilanda banjir di negeri ini, dengan 1,439 mangsa banjir daripada 456 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sehingga petang semalam.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, hanya lapan sekolah yang masih ditutup dengan jumlah pelajar terbabit seramai 2,175 manakala 13 lagi sekolah yang ditutup sejak empat hari lalu, akan dibuka untuk sesi persekolahan hari ini.
Katanya, lapan sekolah yang masih ditutup itu ialah dua di Rantau Panjang, empat di Tumpat dan dua di Gua Musang. -BH
Berita Terbaru

Banjir Di Kuching Dan Samarahan Semakin Pulih
KUCHING, 12 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir di bandar raya Kuching dan Samarahan yang melanda semalam selepas hujan lebat berterusan sejak Isnin, kini semakin pulih dengan empat pusat pemindahan ditutup pagi ini.
Jurucakap bilik gerakan banjir berkata keempat-empat pusat pemindahan itu yang terletak di Batu Kawa ditutup setelah kesemua mangsa balik ke rumah masing-masing hari ini.
"Secara keseluruhan ada empat pusat pemindahan masih dibuka dan dianggarkan 400 mangsa masih berada di sana,"katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka kembali melanda dalam tempoh terdekat.
Jurucakap itu berkata antara kawasan tumpuan ialah Bau, Samarahan dan Batu Kawa.
Semalam lebih 1,000 orang daripada 250 keluarga di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Sinar Budi, Dewan Stapok, Balai Raya Taman Desa Wira, kawasan tanah tinggi di Kampung Batu Kitang dan Kampung Tengah Sungai.-- BERNAMA
1 ulasan:
insyaallah Pakatan Rakyat akan mengesuai Sarawak
Catat Ulasan