Wanita maut dihempap jiran
DUA wanita yang hidup berjiran - seorang di tingkat 11 dan seorang lagi di tingkat 15 - ditemui mati di bawah blok mereka kelmarin.
Cik Lau Fong Kien, 55 tahun, dipercayai meninggal dunia akibat dihempap tubuh jirannya, Cik Ng Sock Luan, 48 tahun, dalam kejadian sekitar 11 pagi itu di Blok 179 Bishan Street 13.
Mayat mereka ditemui dalam jarak sekitar 1 meter antara satu sama lain.
Mendiang Lau, seorang pesara, tinggal di tingkat 15, manakala mendiang Ng, seorang pembantu pentadbiran, di tingkat 11.
Namun, mereka tidak mengenali satu sama lain meskipun telah lama mendiami blok yang sama.
Polis dimaklumkan mengenai dua mayat yang ditemui di bawah blok tersebut sekitar 11.20 kelmarin.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba sejurus kejadian menyayat hati itu.
Beberapa ubat-ubatan dan makanan ditemui di sebelah mayat mendiang Lau.
Saudara-mara mereka menyatakan bahawa kedua-dua wanita itu mempunyai perawakan dan kesihatan yang berbeza.
Mereka percaya tubuh mendiang Ng mungkin telah menghempap mendiang Lau sebelum mencecah lantai.
Mendiang Lau pernah menghidap penyakit barah payu dara tetapi telah sembuh.
Mendiang Ng, ibu dua anak, pula menghidap masalah kemurungan sejak dua bulan lalu.
Kakak mendiang Lau, Cik Lau Gang Choo, 59 tahun, berkata: 'Kami tentunya terperanjat dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba. Kami baru saja mengadakan keramaian pada Ahad lalu dan mendiang begitu ceria.
'Ini satu kemalangan. Mendiang sebenarnya dalam perjalanan pulang apabila tubuh wanita lain menghempapnya. Sungguh kesian kerana mendiang pergi selama-lamanya dengan cara begini.'
Suami mendiang Ng, Encik Ting Thiam Ho, seorang pengurus berusia 49 tahun, menyatakan bahawa isterinya memang menemui pakar sakit jiwa dan memakan ubat bagi masalah kemurungannya.
'Selepas saya telefonnya lima kali baru dia jawab. Dia kata dia penat dan perlu berehat di rumah. Dia juga kata nak makan ubat dan pergi tidur,' kata beliau ketika menyingkap perbualan terakhirnya dengan mendiang isterinya sebelum kejadian itu berlaku kelmarin.
Merasakan ada sesuatu tidak kena, Encik Ting pulang sekitar 3 petang tetapi mendapati isterinya telah meninggal dunia - di bawah bloknya.
Polis, yang menyifatkan kes tersebut sebagai kematian luar biasa, masih meneruskan siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan