12 Jan 2011

Aksi Remaja Melayu Bercium Di Khalayak Umum - updated

Rakaman aksi remaja Melayu bercium di khalayak ramai ini amat menjelekkan.

Ia bukan saja petanda jelas betapa gawatnya akhlak remaja Melayu beragama Islam dewasa ini malah ia juga adalah fenomena keruntuhan agama dan budaya yang berlaku disebabkan oleh sistem yang rosak yang dibiarkan melanda kehidupan rakyat.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya melalui hadith Rasulullah saw iaitu “Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka”.

link

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro GB,
gambar pelakuan tak senonoh remaja tu bukan kat sini bro..tu kat singapore..gambar ni dh penah kuar kat blog di internet...tu mamat dan minah singapore..bkn islam pun..

Unknown berkata...

Saya percaya perlakuan itu di Malaysia bukan Singapore berdasarkan kepada teksi-teksi dag kereta myvi, kancil dan sebagainya yang terdpt di jalanraya berkenaan.

Kedua, samada mereka beragama Islam ataupun tidak, Melayu atau pun tidak, perlakuan sumbang itu jelas sudah mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara.

Apa anda mempertahankan mereka?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam

sblm ni sy ada tgk dlm FB, ada 2 kes remaja bergaduh n kemudian bercium di dpn khalayak ramai

yg sy kesalkan, mereka remaja islam, memalukan, tp inilah hakikat akhir zaman

pd sy isu ini kita kena bendung secara kolektif, di mana semua pihak ada peranan masing2, bkn sahaja institusi rumah tangga, sekolah, pihak berwajib, kerajaan, media massa dan media elektronik, tp semuanya patut bersama2 membanteras masalah ni yg dah makin melampau

pensel kayu berkata...

http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2010/11/kalau-la-najib-macam-hitler.html

kembara putih berkata...

Zaman Najib ni macam2 hal...hari2 ada berita buang bayi.

Remaja yang runtuh akhlak adalah aset kepada BN yang akan menjadi pengundi tegar BN.

Tanpa Nama berkata...

najib dan rosmah macam sokong saja?

domino berkata...

salam. memang video anjing 2 ekor tu ambik kt KL. kaki lima antara pavillion dengan 7 eleven ( sebelah KFC ) Jalan Bkt Bintang. sakit benar hati tengok kelakuan bertaraf binatang ni. maruah letak kt dalam loji taik agaknya. terutama yg perempuan tu.bagus2 kerajaan malaysia halalkan lagi hub hiburan. teruskan..teruskan..

p/s: ya Allah selamatkan zuriat dan keturunan kami.

Tanpa Nama berkata...

Tidak boleh menyalahkan total pada kerajaan yang memimpin, tanggungjawab sesama masyarakat juga perlu dalam membendung gejala sosial ini. Jelas didalam clip video tersebut, ada orang dewasa diseberang jalan, hanya memerhatikan perbuatan mereka, bagaimana pula dengan kenderaan yang lalu lalang,orang awam yang lalu lalang? Kebebasan internet haruslah digunakan kearah kebaikan, Ibubapa perlu pantau pergerakan anak. Turut sama celik IT, supaya tidak diperbohong anak sendiri.