22 Okt 2016

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri, MP Pakatan & PPBM Keluar Dewan

Semuanya bermula apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pertanyaan siapa yang main sandiwara dan siapa yang tak ada substance.

Pertanyaannya itu dijawab dengan spontan oleh Wakil rakyat pembangkang (kecuali PAS) yang bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.

Suasana Dewan Rakyat hingar bingar ketika itu.

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.


"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini. Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya?," ujar Najib.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.

Akhirnya speaker mencabar pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.

Wakil rakyat pakatan Harapan bersama Tan Sri Muhyiddin dari PPBM bagaimanapun benar-benar keluar dewan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belanjawan.

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS.

Ahli Parlimen Semporna, YB Shafie Apdal dari parti Warisan pada awalnya masih berada di dalam Dewan Rakyat, tetapi turut keluar selepas itu kerana menurutnya beliau menunggu keadaan pintu yang sesak menjadi reda.

Sewaktu di luar dewan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ia adalah bajet yang tidak dapat dipenuhi kerajaan dan ia dilaksanakan untuk 2017.

"Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana?

"Apa yang bersandiwara? Bukan kami. Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan," katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula berkata, ahli parlimen pembangkang keluar dewan kerana orang yang membentangkan bajet itu tidak layak untuk bercakap mengenai bajet. Beliau (Najib) adalah ketua kepada kerajaan kleptokratik.

"Kita tidak akan dengar apa-apa yang sia-sia (nonsense)," tambahnya lagi.

Sementara bekas timbalan perdana menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik.

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik.

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya lagi.

Sementara itu, wakil rakyat PAS kekal berada di dalam dewan bersama-sama dengan wakil rakyat BN.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Pas enggan untuk keluar dewan kerana bantahan boleh dilakukan melalui perbahasan secara ilmiah.

"Pas mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet 2017 dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut menyifatkan terdapat perkara positif dalam pembentangan belanjawan tersebut.

Sikap Pas terkini yang bercanggah dengan pendirian parti pembangkang lain menguatkan tanggapan banyak pihak bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengamalkan pendekatan politik berbaik-baik dengan Umno-BN. Wakil rakyat Marang itu, bagaimanapun seperti biasa, tidak hadir.

Najib berkata rakyat menilai tindakan wakil pembangkang, namun di media sosial ramai yang menjawab bahawa rakyat kini menilai tindakan Najib yang tidak menyentuh isu 1MDB dan gentar untuk mengakui beliau sebagai MO1 dan juga tindakan PAS yang nampaknya sudah mengkhianati amanah rakyat untuk menjadi pembela rakyat untuk menentang UMNO BN.





FEATURED ADS


56 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PIS = UMNO . CELAKA BETUL Parti Islam Semalaysia

Tanpa Nama berkata...


PERGHHH KELUAR DEWAN......

SEMUA RAKYAT DAH TAU NAJIB DAN BN TAHIII..RASUAH...
MP PAS RELAKS JEE LAA BRO....
SELEPAS NIE NAK TAWAN KELANTAN, TERENGGANU N KEDAH...
TAK PERLU NAK KALUT PUN....
KERUSI UMNO ..LEPAS NIE BAKAL DIRAMPAS OLEH PAS...AFTER PRU 14
TAK PERLU NAK TUNJUK KELAM KABUT PUN....
SEMUA ORANG DAH TAUUU......

KALO BRANI....SILA SIAR.....

ANAK MUDA SOKONG PAS

Tanpa Nama berkata...

Belanjawan Pil Kuda

Jiwa Kacau berkata...

Cabar admin siar tapi diri sendiri tak berani nak kenalkan diri.

Anak muda yang bangang sokong pas

Tanpa Nama berkata...

PAS/PIS bukannya badan Islam tetapi adalah badan Dajjal. Zaman nabi tak ada sistem kepartian. Cara nabi adalah macam orang Tabligh ikut Sunnah ( bermesyuarat - duduk berkeliling, masing masing sebut nama nak lantik ketua. Perlantikan bukan atas undi siapa majoriti dan siapa minoriti. Setelah dilantik org yg cadanganya diterima ( dia beristigfar kerana takut takut kerana cadangannya membawa kemudaratan dan org yg sorkan nama tapi nama itu tak dipilih, mereka bersyukur kerana tak dipilih sebab takut jika nama yg dipilih itu membawa kemudharatan ). Aku dengar Ustaz Auni Mohamad didalam ceramah diyoutube sebut samaada kita nak terima tau tak terima kita dah ikut sistem kepartian adalah istem Dajjal ). Dari itu pas/pis x layak mendbit dada sebagai Islam.Pas dah mirip macam kafir syiah.

Tanpa Nama berkata...

hadi sendiri ponteng belanjawan..

Tanpa Nama berkata...

anon 4.30

anak muda sokong PAS??? berapa kerat?? aku anak muda tak sokong PIS...meluat sungguh dengan PIS....next PRU aku dan seisi keluarga aku seramai 20 orang tak akan bagi undi kat PIS lagi di kelantan...membalak bersama ularmak...mengaku parti islam...akhlak mengalahkan yahudi...tertutamanya tuang presideng...

selamat berkubur PIS....adios...

Tanpa Nama berkata...

Sapa lagi wakil parlimen Pas yg nak bahas psl budget,duduk dengar psl tak faham bukan tahu pun pasal macro eco,yg pandai ekonomi dlm budget dah keluar dr Pas.selama ni pun apa yg wakil pemuda n penerangan bahas psl budget.

Tanpa Nama berkata...

Hoi bangang..kelantan dah mmg bawah pas..

Tanpa Nama berkata...

Pas parti setan..bersekongkol dgn kerajaan zalim kleptokrasi..memeras duit rakyat..dasar lebai dedak..

Tanpa Nama berkata...

Makin lama, pas makin kalut. Entah ape yg nak diperjuangkan. Aku dan beribu ribu ahli pas dah menyampah dengan pemimpin pas ni. Semua org x betul, hanya mereka aje yg betol. Selagi harta dunia dan nikmat dunia yg dikejar, serbon besau dan kopiah putih yg di pakai x jamin syurga. Contohilah arwah TG N.AZIZ.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah dapat 90 juta kena dengar ape pun kepala kepala perompak cakap..

Tanpa Nama berkata...

Itu sebab dia orang boleh duduk dengar sampai habis. Sebab dia orang tak faham.

Bajet 2016, dibentang dua kali dan banyak perkara dalam bajet yang perlu di perbaiki tetapi Najib cuma buat bajet yang menumpukan pada mengulakan rakyat.

Rakyat sengsara dengan bajet 2016... 2017 belum pasti. Bajet Najib 2017 adalah mengambil kira keadaan 2017 (termasuk) pilihanraya) sedangkan kegagalan bajet 2016 dan kesengsaraan rakyat terus di heret sekali ke 2017.


Tanpa Nama berkata...

Pas enggan untuk keluar dewan kerana bantahan boleh dilakukan melalui perbahasan secara ilmiah.

Tetapi PAS takut apabila Husam ajak berdebat dan bersemuka.

Tanpa Nama berkata...

Setuju pembangkang keluar dewan. Kita tidak mahu dipertanggungjawabkan di kemudian hari.

Biarkan UMNO dan PAS yang meluluskan bajet tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun bajet Najib mengarut ada juga lah buat bajet.

PH menawarkan bajet yang lebih baik untuk rakyat bukan untuk pemimpin atau keluarga pemimpin.

PIGS ???

Tolong jawab !

Isaac berkata...

Ingat Umno bodoh mcm PAS

Tanpa Nama berkata...

1MDB melibatkan duit rakyat. Kesan salah urus 1MDB menyebabkan negara berhutang namun di tolak oleh speaker.

Apabila pembangkang keluar dewan, pembangkang di kata tidak menghormati demokrasi sedangkan proses demokrasi tidak berjalan dengan adil.

Dalam pada itu PAS menunjukkan kebodohan dengan berada di dewan kerana bertanya adakah ini kerajaan BN atau kerajaan Malaysia apabila logo BN di tayangkan di skrin. Tapi barangkali PAS akan diam jika logo bulan ditayangkan juga.

Tanpa Nama berkata...

PAS setakat tambah rotan denda boleh lah.

Ini ekonomi. Nak guna ayat apa ?
Nak kaitkan yang Nabi saw bwrniaga, ada brani nak sebut AMANAH !

KASI HABIS BERYANI KAMBING BOLEH LAH !!

Malaysiabaru berkata...

Umum sudah tahu Malaysia akan tergadai atau bankrap dalam masa dekat jika perbelanjaan melebihi pendapatan.

Deficit yg tinggi dan hutang yg tak mampu di bayar akan percepatkan bankrap negara

Hasil minyak hamphr kosong. Kutipan gst akan hanguskan rakyat dalam masa terdekat. Semua dimpanan rakyat habis d gstkan oleh kerajaan sehingga tiada utk d gstkan lagi

Mana wang collection pergi?

Utk bayar gaji kakitangan kerjaan yg tido dan pemalas dan di ambil kerja sebab dia melayu baru kluar menara gading takde kerja dok depan internet kutuk kerajaan

Tak.bankrap? Eloo hutang dah cecah 1trillion. Ringgit tak de nilai rm4.20

Tak.bankrap? Lu pikir sendiri

Greece pun boleh bankrap... Laos pun dulu bankrap.. Myanmar pun dulu hancus

Ini nalaysiaL laaa. Sikit aje lagii

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik Hang Cangkul dah kena tangkap.

Pasal bajet Najib lah mereka marah air di potong !

Tanpa Nama berkata...

MP pas yang ada sekarang tak tahu apa2 pun pasal bajet ini. Mereka tak akan ulas atau komen sebab tak reti. MP pas yang bijak dah belah yang tinggal dungu, walaun pun dungu. Tengok pemimpin pas pakai jubah, serban bagai walaun setia membabi buta. Yang masih pas semua dungu, tapi bab dedak ok pulak. Serban jadi topeng membodohkan walaun. Nasib ko la walaun, tak sedar2 kena tipu.

Tanpa Nama berkata...

Pas barua umno..pengkhianat rakyat..lebai bodoh nak berpolitik..

Tanpa Nama berkata...

Cakap pasal Al Quran ni teringat kisah Nabi Musa dgn firaun. Allah tak suruh pulak pi jerkah & psiko, tapi dakwah dgn bahasa yg baik. Sama jugak kisah antara Nabi Muhammad dgn puak munafik. Tak pulak serang, ejek & sakiti hati mereka... Tapi ingatkan dgn azab Allah. Mmg org yg mengaku Islam skrg ni dh terikut dgn cara org yg ingkar dgn Allah. Lebih suka sifat mazmumah tu dlm hati. Hilang akhlak mahmudah dlm diri. Jadi org yg hilang pedoman.

Unknown berkata...

anak muda hok bodo supo lembu saja yang sokong PAS.
MEMBALAK BERSAMA ULARMAK!

Tanpa Nama berkata...

Habis yang Presiden PAS selama ini memaki hamun dengan perkataan "barua", "tolol" dan sebagainya bagaimana pulok?

Tak ingat azab Allah kah?

Tanpa Nama berkata...

Jgn mcm tu tuan. Yg tak betul pemimpin dlm pas. Politik kepartian itu wadah. Takkan la semua nak ikut zaman dulu. Kalau mcm tu, solat atas kenderaan zaman kini tak sah la. Sbb zaman dulu naik kuda,keldai & unta. Jgn jumudkan pemikiran kita. Jgn pula asyik taksub perihal dajal & kafir yahudi. Bukan semuanya agenda dan perancangan mereka saja. Tanpa izin Allah, takkan berlaku walaupun sedikit pun. Sekarang ini yg pasti pis sudah tidak boleh diharapkan lagi. Nak harapkan mereka pulih mungkin mustahil dah sebab penyakit umno dah berjangkit pd pis. Jadi sama2 lah kita tunggu siap dulu yg akan rebah. Biasanya yg berjangkit tu yg rebah dulu.

Kalau ikutkan apa yg mo1 kata. Duit gst stakat bulan ni utk thn ni dah dpt 30b. Dan pendapatan petronas yg berkurang adalah 30b. Jadi sepatutnya bajet kerajaan takkan menguncup. Kemudian dgn penarikan dan pengurangan subsidi, bajet2 tertentu akan menambahkan lebihan perbelanjaan. Tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. Jadi lebihan yg ada semestinya demi agenda meraih undi rakyat sblum pru. Kump B4 mendapat berbagai manfaat kerana merekalah golongan sasaran utk diraih undi. Gol M4 terbiar dan terpinggir dr bajet. Kerana M4 adalah golangan berilmu dan celik politik. Apa pun benar utk kita katakan ini hanya bajet sandiwara. Kerana dgn htg yg byk, mana mungkin utk sebuah kerajaan berbelanja mengikut apa yg dirancangkan. Bajet hanya atas kertas. Kemudiannya kita akan dengar, bajet kementerian ini dipotong. Bajet ini dibeku. Subsidi dikurangkan dan mcm2 lagi hal akan berlaku dlm diam. Sebab itulah awal2 lagi mo1 dah pesan suruh berjimat cermat. Suruh mkn nasi lemak anak dara dan makan nasi vanggey. Tapi pemimpin negara boleh saja bermewah dan boros. Jadi pru akan dtg kita ramai2 menolak umnobn dan pis(broker).

Tanpa Nama berkata...

Oleh Faisal Ahmad.

ku ingat lagi aku bertekak dan tegang-tegang urat ngan Mat Sabu. Points yang kitorang bergaduh tu, sama saja aku rasa dan masih relevan macam diorang gaduh kat Parlimen tadi.

Antara points tu, "kenapa pembangkang buat benda yang bercanggah dengan idea yang mereka imani sendiri? Ini tidak akan berjaya!".

Yani yadi yada Mat Sabu balas.

Hari ni, pembangkang keluar ramai-ramai dari Parlimen.

Untuk apa gimik bodoh camni? Aku terang-terang menolak politik berparlimen ini, tapi aku tau, untuk orang yang imani politik berparlimen, kau mestilah ikut cara berpolitik berparlimen. Apa yang kau dapat dengan angkat poster "siapa MO1"? Bodoh-bodoh pun si Trump pun, dia tak angkatnya poster maki Clinton.

Tak der nye gimik-gimik murahan.

Lepas tu, pembangkang2 ni keluar ramai-ramai sebab kononnya dah ade transcript. Apa bezanya diorang ngan kita kalau alasan begitu? Download je nanti. Semua orang ade. At least duduk la dulu. Buruknya "anarkis" pada mata Mat Sabu, dia duduk dengar kritikan Mat Sabu depan-depan sampai habis dan lawan kemudiannya. Ini tak, duduk dengar pun tak, nanti ramai-ramai time nak lawan nanti, baru lah nak duduk? Baik jadi YB Marang, ponteng terus dia.

Point aku adalah, imani idea-idea yang kita percaya betul-betul. Bukan sekerat-sekerat.

Nak demo protes, demo betul-betul. Nak politik berparlimen, politik berparlimen betul-betul (walaupun banyak kelemahannya).

Tanpa Nama berkata...

bila faham dlm dewan dudk bercakap baru kita boleh ulas mcm ni:

1. Dia bagi BRIM sebab nak bantu keluarga susah.

2. Lepas tu dia suruh guna buat beli kereta. Tambah hutang. Keluarga susah = tambah hutang? Ehh bukan kau ke yang suruh kawal perbelanjaan, mulai makan ikut kemampuan diri kat Parlimen tadi?

3. Menteri kewangan apa neh? Cepat sangat lupa.

4. Dah la bayar BRIM ansur-ansur.

5. Sembang macam 1,200 tu 12,000 ja.

ada MP yg keluar tu buat ulasan mcm ni tak utk kita faham?

Tanpa Nama berkata...

Nak menulis jugak...

Ada beberapa kepincangan dalam bajet Najib yang mana aku boleh pertikaikan ketika ini. Pertama. Najib sebut subsidi bersasar. Tapi dia tak sentuh langsung bab janji2 kerajaan yang mahu laksanakan sistem subsidi bersasar bagi petrol ketika mahsuhkan subsidi tersebut pada akhir tahun 2015. Mana dia pelannya? Kenapa tak bentang? Ada tak bahas bab peruntukan beras untuk famili miskin? Aku dengar dari awal memang takde. So sistem itu masih akan diteruskan ke tidak pada tahun depan walaupun dah 2 kali tangguh pada tahun ini.

Kedua. Tak dengar Najib sebut yang topup akan bebas GST. Tahun 2016, kita tak bayar GST untuk prepaid kerana pengecualian GST. Bukan kerana prepaid termasuk dalam kategori GST berkadar sifar.

Ketiga. Peruntukan pendidikan bagi universiti-universiti awam menyaksikan 'budget cut' untuk kali kedua (dua tahun berturut-turut). So Najib indirectly membayangkan yang government has no money. You no money you pulangkanlah panda itu. Banyak lagi benda2 tak penting lain yang kau boleh potong. Jangan kacau pendidikan punya dana.

Keempat. My Beautiful Home. Skim baru katanya. Aku tengok sebijik rebranding dari program Rumah Mesra Rakyat under SPNB. Aku tak pasti lagi keistimewaan rebranding neh apa dia tapi aku nak bagitau ianya tak membantu golongan berpendapatan rendah yang tak memiliki tanah untuk memiliki rumah. Untuk usul-usul lain, bahas lain. Tu pun kalau aku rajin.

MP yang keluar tu buat kajian tak?

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu duduk pis pus sedara. Berbicara ilmiah bukan begini caranya. Hanya org hati sakit saja yg dendamnya tak sudah2. Elok lah pergi berubat hati dgn byk dengar perkara baik memandu kita utk bertemu Ilahi nanti. Duduk cap slogan pada org lain tanpa faedah & munasabah umpama tiada langsung kualiti ilmu dalam perjuangan baru ini. Sama saja macam yg lama. Ke ada agenda baru dari tuan SU?

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang sentiasa ada alasan. Kenapa dorang masuk dewan. Kenapa dorang keluar dewan. Kenapa dorang ponteng dewan. Alasan. Alasan. Alasan.

Dorang punya alasan. Boleh dipersetankan. Rakyat undi bukan nak dengar alasan atau terima tengok propganda mereka.

Yang kita tahu. Ko ahli parlimen. Buat cara ahli parlimen.
Ko adun. Buat cara adun.
Wayang korang neh dah over sangat.
Dah masuk tahap meluat.

Tengok Wan Azizah. Lemah jiwa aku. Ketua Pembangkang paling lemah. Senang gila kena pijak. Jangan kata orang luar. Parti sendiri pun tak hormat. Azmin macam boss. Wan Azizah neh macam alat perhiasan buat pelengkap barang ja. Bukan kerana dia wanita. Seperti juga lelaki. Menjadi ahli politik atau leader kena ada ketokohan, pengalaman, gaya, ketegasan dan intergriti. Tak payah nak up2 sangat la. Benda takde aura tetapla takde aura. Cakap terus terang ja. Main dengan kipas pandai la kot.

Apa pun aku percaya tahun depan PRU. Dalam bajet Najib tadi. Ada bahas isu ;

1. Elaun siak, bilal, naik.

2. Kawasan kampung diberikan penekanan.

3. Elaun JKKK naik.

4. Lampu baru, jambatan baru, repair rumah.

5. Sekolah tahfiz terima dana

6. Brim naik 1200 terus

7. Focus Sabah, Sarawak.

Najib tackle mood orang melayu.
Najib tackle mood Sabahan, Sarawakian.
Bajet 2017 ialah bajet kempen PRU.
PTPTN pun ada rebate.

Dalam belanjawan PH pula. Aku baca dorang minta naikkan riba PTPTN. Aku baca review ekonomis kat Telegram tadi. Ini klu BN guna modal, mampus la korang pembangkang. Dengan gagal settle masalah dalaman within sesama parti, within parti2 komponen, gagal settle masalah dgn pas, gagal nak 1 lawan 1. Lagi nak buat belanjawan yang makan diri. Kenapa tak konsisten dgn free education? Uturn neh penyakit berjangkit politician ke apa. Choii.

Tanpa Nama berkata...

Bagi hanya yg berani keluarkan post2 Ilmiah:


Untuk perkara pertama. Kalau rasa tersindir memang cepat terasa. Sandiwara tu memang ya pula. Korang partisan semuanya kaki sandiwara. Tak payah wayang tunjuk lakon suci. Propaganda sampah.

Yang kedua. Bajet PAS (Dokumen Hijau), PH dan Najib. Bagi aku untuk hurai realistik ke tak, aku suka nak banding dengan cara baca, faham dan analisa. Yang neh aku taknak komen. Aku reserve bila aku dah tahu segala fakta, aku kemuka pandangan aku.

Yang ketiga. Suka aku nak imbas kembali. Ketika habis PRU ke 13. Yang pembangkang kata Najib main tipu. BN menang dengan cara salah. Pembangkang pada ketika itu menegaskan mereka perlu masuk dewan dan melawan dalam parlimen. Ini respon pembangkang bila penyokong kata takyahla masuk dewan angkat sumpah. Kita lawan satu kali sekali harung bagi habis semua. Dah BN menang tipu kan. Rakyat plak semangat nak memberontak. Revolusi kononnya.

Habis tu kenapa tak buat je seperti mana yang dikatakan. Ini kejap2 keluar buat perangai monyet buat apa. Bila kita ajak melawan, taknak. Sombong. Menolak. Beralasan. Sekarang kau semua sendiri sikit2 keluar dewan. Memberontak. Pirahh mabuk. Berlagak. Ego nak mampos. Orang bagi idea tolak mentah2. Last2 kau juga keluar dewan. Sebab tak boleh melawan dalam dewan. Kekangan peraturan dan macam2. Nampak? Kebodohan ialah, bila kau sombong tak bertempat. Kau tak raikan emosi rakyat. Sekarang apa yang kau ludah, kau telan. Aku suka nak mengajar parti2 politik neh untuk dorang mengenal realiti. Rakyat juga akan melalui proses kematangan. Akan sampai satu tahap, kau dan BN tidak akan mampu lagi memperbodohkan marhaen.

Tanpa Nama berkata...

aku nak bahas pasal belanjawan mmg fail
Badi Last year, bentang lain tanya lain masih membuat muka aku setebal 14cm
jadi, nak dengar kalau tahun ni ada peruntukan PAY PER VIEW untuk MP yg ke German

Kalau ada, boleh buat alasan demam duk dalam bilik hotel
member pun tak payah nak payung kalau duit balak belum ditebang belum dapat

presdieng tak datang ke?
jangan buruk sangka, dia ke Jepun kut ngidam ramen

Tanpa Nama berkata...

Yang kempen fitnah malaysia negara muflis..failed state bertempiaran lari bila najib beri penjelasan sinis.
Yang kutuk br1m pon bukan main.Bila memohon sanggup bersusah payah isi borang.Apatah lagi bila menerima.Kejam2 pon kerajaan...bukan shj kktgn awam jer dpt bonus @ wang ehsan ttp rakyat biasa pon merasa juga br1m.Semakin bertambah pulak tu.....hihihihi

Tanpa Nama berkata...

Beza komen kita dengan komen tanpa nama 12.21 adalah satu berbayar dan satu lagi sukarela. Maksudnya free le. Untung tanpa nama 12.21. Komen macam sampah pun dapat duit. Harap jangan bagi makan sanak saudara takut tak berkat. Cuma nak tanya apa perasaan tanpa nama 12.21 apabila dengar penyamun bagi ceramah pasal akhlak. Kita rasa itulah juga perasaan ahli parlimen PH dan Bersatu bila dengar PM bentang bajet yg masuk angin keluar asap. Bajet berbunga biar wangi bukan bajet berbunga tapi ada bau tahi.

Tanpa Nama berkata...

Ada org bercakap pandai kat atas tu, wekkkk

Tanpa Nama berkata...

http://www.kedahlanie.info/2016/10/keluar-dewan-bukan-isu-baru-cuma-mp-pas.html?m=1

Tanpa Nama berkata...




Jalan Yg LURUS Itu...Cahaya Yg TERANG
Cahaya Menerangi...Universe UNIVERSAL
Miracle INSPIRATION...Bercambah Ber KEMBANG
Mnuju Spiritual Demensi...Yg Absolute n TOTAL
Matematik Saintifik Audit...Yg Genius TerBILANG
Genius Talent-MERIT...The Utmost FUNDAMENTAL
Telus Kudus-AMANAAH...Wajib Di JULANG


Jalan Yg LURUS...Jalan Ke PASRAHAN
PASRAH Kpd TUHAN...Ber Amanah-INTEGRITY
PASRAH Kpd TUHAN...Menolak Ke MUNGKARAN
PASRAH Kpd TUHAN...Tak FITNAH-menCURI



Pasrah Kpd TUHAN...Yg Maha7Kaseh Mem-BERI
Pasrah Kpd TUHAN...GIVIN Sharing Caring In-LOVE n Harmony
Pasrah Pd Yg Maha7Kaseh Mem-BERI itu...Itulah FITRAH Syurgawi


"Sibghah" Maha7Kaseh Mem-BERI "NYA" itu...Mnjd SOLUSI yg Pasti










Tanpa Nama berkata...

Hmmm, duduk marah2 dlm ni kita dpt puas ja kan? derang MO1 & gang tau ke apa yg kita bahas dlm ni bros?

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pas pon tak dtg budget,klau aku jadi pemimpin parti dlm parlimen malu dok dalam parlimen..bukan sekali bepuluh kali.buat apa jadi ahli parlimen klau tak hadir..
Amanah terima elaun ahli parlimen tak kesah ke.janji dah sedekah kot..

Tanpa Nama berkata...

INI SHAH GENG AMENO dedak sampai kat sini.Tahniah tuan dapat juga tuan lolos kat sini.Tapi bila masuk website tuan hampess,tak diberi.

Tuan kami rakyat,sudah mmeluat berketuakan'PENYAMUN/KETUA GENGSTER'Terkenal seantaro dunia.Dia boleh buat apa sahaja,bole arahkan bunuh altantuya,morailles,owner ambank dan menyamun berbillion-billion duit rakyat.Dia pegang hakim/polis/jentera kerajaan.Dia ada media perdana,bertulis dan elektronik.Nak tunjuk baik konon.Sape-sapepun boleh jadi PM,kalau dah lepas habis samun duit negara,nak naikkan ekonomi negara kenakan GST pada semua rakyat.Di corong TV/surat khabar tunjuk baik konon,bersila bersama rakyat,bagi dedak dekat rakyat dari duit yg disamun dari rakyat.Panggil ustaz2 upahan dari indon,ber YAHANA..YAHANA..Yahana..pakai jubah putih nak tunjuk alim konon.

Najib..cukup-cukuplah kamu nak bersendiwara,masa kamu berkuasa sekarang ramai pemakan-pemakan dedak datang membela kamu.Bila kamu dah tua ganyut nanti..siapa yg nak tolong kamu.Allah maha kuasa,mungkin hari ini ,tahun ini,taun depan,kau terlepas dgn kes altantuya dan 2.6 billion...bergembiralah kamu selagi nyawa kamu masih ada.Allah dah buktikan Mahathir cukup punya GAH,BERKUASA selama 22tahun,sekarang ni dia kembali pada rakyat juga.

Tanpa Nama berkata...

Parlimen pun dah tak berfungsi. Speaker pun dah banyak kali tolak usul yang ada kepentingan awam.

Trump tu pun kalau duduk dalam parlimen malaysia bukan setakat angkat poster MO1 malah dia akan tunjuk punggung dia.

Dulu lagi orang dah panggil parlimen kangaroo. Bertahun asyik dengar.. Bajet 2016 bantah tapi dia orang tak peduli..

Ada dia orang nak dengar ambik tahu bajet alternatif..

Ini bukan cerita sebulan dua tapi dah bertahun.

Tanpa Nama berkata...

Habis yang bajet alternatif tu apa cerita ?

Sekarang tak ada duit. Habis duit rakyat di korek.

Pokok nya tak berduit.

Itu lah yang jadi macam apa yang tuan komen.

Naazar berkata...

Ana aidhan.....
Aku dgn lebih/kurang 215 suku sakat aku tobat lahum.....takkan adenye nak pangkah PIS lagi

Unknown berkata...

Jawapan ketua penerangan pis ni sengal..bantah bajet melalui perbahasan la sgt..setakat ceramah pas boleh la..
Itu hari org bahas pasal institusi kewangan asing dia tanya kebanjiran pekerja warga asing..kelaut..

Tanpa Nama berkata...


AF Global,

Betul ke Dewan bahas lain, Tontonwi al Germany tanya benda lain ?

Mungkin dia teringat pelakon dlm pay per view.

Olarmak sorban berjubah. Sorban tapi dalam kepala ingat benda lain.

Ptuii....

Tanpa Nama berkata...

Sebab nak ponteng RUU.

Dah tahu tak sihat dan asyik semput, bagi lah orang lain jadi Presiden dan dia jadi Mursyidul ..


Tanpa Nama berkata...

Kalau tak buat kajian pembangkang tak buat lah bajet alternatif ..

Tanpa Nama berkata...

Banyak kali usul 1MDB dan usul duit rakyat yg lesap ditolak dlm parlimen. Sedangkan itulah perkara yg jadi tanda soal dalam kepala rakyat Malaysia.

Rakyat tunggu jawapan tentang dalang 1MDB dan ke mana wang yg lesap tu pergi? Tapi bila perkara ni dibangkitkan di parlimen ia akan cuba dipotong, dicantas pendek dan dinoktahkan dengan pantas.

Kenapa tak imani cara berparlimen sebagaimana yg sepatutnya?? Bukankah kalau nak berparlimen buatlah cara berparlimen yg adil, tak gitu??

Tanpa Nama berkata...

PAS ( Parti Agama Selam ).Dipermukaan air nampak biasa saja tapi dalam selam cerita lain ngan umno. Daripada dok undi pas (pus) piss (kencing) lebih baik ambik umno. Sial tonton youtube "PANAS- Sistem Dajal - Kepartian dalam Negara Satu Bidaah - Ustaz Auni 2016. Selain pas parti lain tu memang dah macam tu ( dunia ) tapi pas bertopengkan ugama dok makan dedak 90juta Dajai.

Tanpa Nama berkata...

Perkara 2 dan perkara 4, melibat kan 2 atau 3 kampung untuk kempen pilihanraya. Ingat tak ada pak cik menangis sebab setelah 30 tahun baru dapat letrik. Itu pun sebab tertubuh nya pakatan rakyat.

Dengan menaikan elaun jkk dan bilal tidak dapat menyumbangkan apa-apa untuk kos sara hidup rakyat.

Dana untuk tahfiz atau dana untuk PAS ?

Bajet Najib indah rupa seperti tanam tebu dibibir yang merah.

Tanpa Nama berkata...

Nak ilmiah pun pertimbangkan keadaan semasa.

Kali ini ada BERSATU. Ada Muhyiddin sekali. Anwar dan Muhyiddin termasuk Mahathir tahu sangat 'trick' belanjawan ini.

Selagi BN dan Najib yang berkuasa selagi itu rakyat di perbodohkan. Sepatutnya 2020 rakyat dah bijak dan menikmati kemajuan negara tapi di tunda ke 2030. Itu pun belum tentu jika PM seterusnya bermusuh pulak dengan Najib.

Tanpa Nama berkata...

Dan hutang negara pun terus meningkat. Apa akan jadi seterusnya ?

Kalau pendapatan tak cukup, bank tetap akan beri pinjaman jika ada cagaran.

Malaysia tidak ada kemampuan mwbayar hutang kalau tak Husni Timbalan Menteri Kewangan tak letak jawatan ler.

Tanpa Nama berkata...

Lebih pandai dari Abduh dan Nasarudin..

Tanpa Nama berkata...

Ada macai Najib jadi spy.

Tapi sekurang-kurang nya 500 ahli PAS yang follow..