21 Jul 2016

Iskandar Tempelak Ulama PAS Duduk Dalam Perigi Buta

Mereka duduk dalam perigi buta, kata Iskandar kepada ulama Pas

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad menyifatkan pihak yang membuat kenyataan kononnya wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu melalui facebooknya menulis, ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.


"Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008," tulis beliau dalam facebooknya.

Iskandar dipercayai menjawab dakwaan ulama Pas yang mendakwa ada pihak yang 'sayangkan jawatan' di Selangor.

Ini ekoran tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan gencatan serangan di kalangan pembangkang bagi melawan Umno dan BN.

Iskandar sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong saranan Tuan Ibrahim itu namun tidak disenangi oleh banyak pihak dalam Pas yang mahu kekal tidak mahu berbincang khasnya dengan DAP dan Amanah.

Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."

"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."

Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripadajawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.

Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib yang juga Exco kerajaan Negeri Selangor mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.

Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun sebelum ini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.

Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.

Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.


ULASAN GB

No komen. Cuma gambar ini agak menarik.





IKLANKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA DI SINI

Iklan ini dinamakan FEATURED ADS berada di bawah artikel yang disiar di blog ini.
Ia membolehkan pengiklan mendapat respons yang lumayan dan pantas dari pengunjung blog kami.

Banner berukuran 355 x 100 px.

Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan perigi buta lagi.... depa ni yang kolot duduk dalam perigi t**i. Golongan kolot ini harus sarangkan Pas menjadi NGO.

Islam itu indah. Pas yang merosakkanya. Kerana golongan yang jahil yang memimpin Pas.

Tanpa Nama berkata...

Apa payah semua yang tandatangan masuk sahaja AMANAH... bukan sapa2 saudara sejemaah kau orang semua juga satu ketika dahulu. Kalau malu... tiada apa yang nak dimalukan kerana mereka hanya tahu lebih awal dari kamu tentang apa yang berlaku di dalam pas... sedangkan para malaikat apa bila ditanya Allah tentang perkara yang diajar kepada Adam as.... mereka menjawab mereka TIDAK TAHU. TIDAK TAHU tak apa, namun bila SUDAH TAHU maka bertindaklah untuk memperbetulkan keadaan.

Unknown berkata...

Dah tahu dewan ulama tu duduk dalam perigi buta hati, buta kayu...tu..

Tunggu apa lagi Iskandar Samad...
Angkat kaki lah...blah dari parti
Yang cakap tarak serupa bikin..!

Buat malu Islam aje.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS sememang OTAK UDANG tau makan gaji buta saja tanpa ada nilai ekonomi sebenar

Budak Bahalol

Tanpa Nama berkata...

Para ulamak Jebon tu sebenarnya menjalan agenda yang telah ditentukan oleh UMNO di Selangor. Cuma para Jebon tu tak berani berterus-terang. Kalau diperhatikan dengan teliti, cara para jebon tu mirip tindakan munafik ketika perang Uhud.

Tanpa Nama berkata...

Doa bg mampos je greenboc. Bukan ulamak pun nak hina ulamak. Sekadar manusia biasa yg cetek bab hukum.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya saya berasa sangsi dengan title "ulamak" yang digunapakai oleh geng lebai dalam PAS. Kita tertanya-tanya layakkah mereka diberi gelaran ulamak. Pada saya ulamak tidak hanya dirujuk kepada ijazah, diploma mahupun sijil lulusan sekolah agama tetapi juga akhlak, sikap, moral, tutur kata, perwatakan, pragmatik, bijaksana, berstrategi dalam melaksanakan tugasan dan yang paling penting rendah diri. Melihat kepada kriteria ini, tiada satupun dikalangan pemimpin PAS yang patutnya memakai gelaran ulamak hatta tuang Presiden PAS. Tidak layak digelarkan ulamak sekiranya suka menfitnah, menuduh tanpa fakta, ego, sombong dengan pendapat orang lain, terlampau menyanjung diri sendiri, terlalu tamak dengan sanjungan, menggunakan fakta agama untuk menyokong pandangan pribadi, caci maki kerana berbeza pendapat dan gagal membezakan antara rasuah dengan derma, sumbangan, saguhati, ikhsan dari kawan-kawan. Jesteru itu geng lebai PAS jangan belagak dengan title ulamak, serban, jubah dan janggut jika sikap tak melambangkan akhlak.

Unknown berkata...

Salam:


Sejak PAS diambil alih oleh Hadi dan Haron dan halfpastsix AJK, saya dapat rumuskan PAS.

Pertama:Apa sebenarnya Direction/ARAH parti PAS.Nak hudud semata-mata,janji hudud tercapai(matalamat menghalalkan cara)?.Nak BERDAKWAH?.Ataupun tak tahu nak memimpin,President kata A,timbalan kata B,bila tak untung kat parti U-TURN.

kEDUA: Prisip. Apa sebenarnya prisip PAS. Islam ikut cara Nabi Muhammed s.aw?Islam ikut universiti Azhar?Islam ikut syed kuttub?Islam ikut parti awal Erdogan?Ataupun Islam IKUT ACUAN HAdi dan Haron?(tak pangkah parti tak dapat pahala)


Trustworthy/Amanah: Aamanah,Perbuatan/Amalan ulamak PAS,yANG SELALU pONTENG parliment bila diberi Amanah oleh rakyat!!bILA berkawan ,bersama dgn parti politik bila dimeterai perjanjian walaupun bertulis tapi dikhianati hanya berdasarkan pada janji hudud,untuk mencapai tujuan membenarkan fitnah,untuk menjatuhkan lawan,semata-mata demi hudud.

YANG CONFIUSE AHLI-AHLI KAT BAWAH NI............KEMANA SEBENARNYA HADI DAN HARON NAK BAWA AHLI2NYA....Yang jelas sekarang TERBUKTI (BUKAN FITNAH)..hADI/NAK BAWA PAS..dgn cara Membuat KEBAIKAN SUKU,MEMBUAT KEMUNGKARAN PUN SUKU,BERSAMA BN suku,BERSAMA PH pun suku,15pimpinanan dedak Najib suku,berdakwah suku,LAST-LAST PARTI PAS JADI 3/4.

wallah'ualam.;

Dol berkata...

fenomena perasan ulamak ni bermula setelah pas menubuhkn dewan ulamak...dari pusat membawa ke peringkat negeri.

maka ust2 pas yg menanggotai dewan ulamak negeri merasa diri mereka sudah ulamak.

even azli taliban yg lari dr medan jihad afghan itu pun pernah berkata..'KITA ULAMAK telah berbincang..bla bla' dlm satu ceramah beliau.

sebegitu mudah merasa diri ulamak hnya dgn menjadi anggota dewan ulamak negeri pun.

hal ini sama dgn pasukan bolasepak Malaysia la. ada byk kategori pasukan mewakili malaysia.. ada bawah 12 tahun.. ada belia..ada utk piala tertentu saja..ada utk asian sahaja dll.

tapi mereka semua digelar pasukan bolasepak Malaysia. bg yg perasan tu mereka dh rasa mcm jd pemain bolasepak pasukan utama Malaysia kempen piala dunia la.

begitu juga dgn anggota perasan ulamak dlm dewan ulamak negeri pun

sahak berkata...

Saya setuju jwp najhan..patut berhenti skrg juga..br ikut kitab haraki pada kehidupan realiti nie..

Hash NA berkata...

PAS sudah mula diresapi pemikiran pemikiran "melampau" oleh ustaz-ustaz muda yang baru habis belajar dari kitab kitab haraki;mereka ini 'syok' sendiri dengan keilmuan mereka dan 'perasan' mereka dah boleh berkata-kata dan bertindak seperti alim ulamak sedangkan mereka hanya tidak lebih menghafal apa yang di baca dari kitab -kitab yang mereka baca.Mereka ini memang bersikap 'kurang ajar' dan tidak menghormati pemimpim-pemimpin PAS dan ahli ahli PAS yang sudah lama dan berjaya mengharungi ranjau -ranjau duri dalam perjuangan PAS.

Mereka ini sebenarnya belum di uji atau memang sedang di uji dengan 'nikmat dunia' yang sedang di hulur oleh 'musuh' mereka.Saya yakin Umno telah menanam sifat 'kecintaan' mereka kepada habuan yang dinikmati oleh pemimpin UMNO sejak di pusat pengajian lagi.Sekarang mereka berada bersama PAS dari dalam untuk menjadi tali barut UMNO dengan 'kunonnya' mendukung kepimpinan ulamak, tetapi dalam diam mereka akan melabel dan mendendang keluar dari PAS sesiapa saja yang tidak selari dengan pemikiran mereka samada mereka ulamak mahupun bukan ulamak..dan jamham terkejut sekiranya satu hari nantilebih ramai pemimpin PAS yang masih bersama PAS waima TGHA pun akan di 'sepak' keluar dari PAS oleh mereka.

Tanpa Nama berkata...

Cuba bagi jawatan bergaji kat selangor kpd ulamak pas, mati hidup balik mereka pasti sokong 100% saranan timbalan president pas. Mereka pun mata duitan gak, lagi dasyat pelahapnya.

Saiful berkata...

Keluaq la ..masuk Amanah ..senang cita

Tanpa Nama berkata...

Olamak jadian pas pon gile duit pangkat harta juga wanita. Tengok harun hadi dll. Harun ketua kluster dakwah bwh zahid tpm. Org bawah lg lah ikut contoh pimpinan atasan. Hanya walaunta melopong. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Pkr la lembut sangat.kasi kata dua je pada pas selangor.displin kena tinggi baru berjaya.kalau pkr lembik mcm ni kena main2 je la.ulamak pas xda nilai pun.lihat ucapan2 mrk lebih hina dr org biasa.fitnah dah jadi makanan harian mrk.ulamak apa mcmtu.layak dipanggil ulamak sampah sj

Tanpa Nama berkata...

Mereka bukan ulamak tapi mereka ulamak pas yang mengikut acuan mereka.... boleh fitnah, boleh mengkafirkan orang lain, sombong, ujub.

Tanpa Nama berkata...

Doa bg mampooos ularmak dedak pedigree allah bless u greenboc=orangeboc..

Tanpa Nama berkata...

Cukup cukup sudah...jangan dipanggil ulamak tapi panggillah cikgu yang belajar agama. Itu pun dah dikira gelaran kehormat. Malu wehhh..mengaku diri sendiri sebagai ulamak agama.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh sedih apabila rakan satu parti cakap macam itu. Bila tak setuju atau berbeza pandangan terus di cop

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripadajawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

Tidak bersetuju dan berbeza pandangan dengan Presiden bererti tidak wala. Tidak wala pada Presiden terus di tuduh dengan kesepuluh puluh perkara tersebut.

Bukannya mereka kata Presiden kaki ponteng, suka buat U-turn, kaki cai ke atau munafik.. cuma berbeza pandangan.

Adakah kerana 13 orang terlalu ramai ?Tetapi jika satu dua orang Presiden akan sanggah dengan hujah dan terus melabel sahaja. Tuan Ibrahim perlu di pertanggungjawabkan kerana dia yang mencadangkan genjatan senjata tetapi yang menyokong pulak yang di hukum.

Tergamak sungguh mereka di hentam sebegitu. Jangan kata jasa dan pengorbanan malah mereka terus bersama PAS selepas rakan-rakan mereka keluar dan tubuh AMANAH. Mat Sabu dan Khalid Samad memang lah patut kena hentam sebab kedua-dua mereka agak keras menghentam Presiden tapi ke 13 orang ini ... apa lah salah mereka sehingga kata mereka "Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia"

Lagi pun samada peribadi atau tidak, cadangan tidak di tarik balik. Selagi itu mereka tidak bersalah kerana menyokong.

Teringat perpatah kata "Keldai yang banyak membawa kitab"

Tapi apa nak heran. Erdogan itu pun mereka perlekehkan..


Tanpa Nama berkata...

Dah di bagi tahu dah ...

Jangan masuk lubang yang sama sebab ada ular ...

Tanpa Nama berkata...


En Omar Daud 7.18pm,

Orang2 paspispus nak masuk suku.

Orang lain semua masuk penuh.

Pelik orang paspispus.


Tanpa Nama berkata...

Dia seorang atau semua dalam Dewan Ulamak termasuk Presiden yang duduk dalam perigi buta. Kerana dia Pengarah Penerangan ..maka rasanya semua yang duduk dalam perigi buta.

Jangan selepas ini kata itu hanya kenyataan peribadi saya sudah lah..

Apa pulak pendirian MP dan Adun PAS yang lain selain dari Selangor ? Tak kan turut sama duduk dalam perigi buta.

Unknown berkata...

Depa masuk perigi buta utk amalkan isim.
Hai mambang putih, mambang hijau , mambang bulat, mambang bulan. Mambang mabuk minum brandi. Begitulah isimnya yg diajar oleh pendekar mustar pada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masanya Tuan Presiden menggunakan kuasa veto untuk memecat semua ADUN PAS termasuk Timbalan Presiden kerana tidak walak. Tuan Presiden mesti mencontohi rakan sejawatnya dalam UMNO.

Malaysiabaru berkata...

Pas merosakan islam ya

Manakala

Anak rosmah bt mansor dan nanib razak telah melarikan diri setelah terlibat dlm skandal terbesar Amerika..

Di mana haramjadah ni sembunyi atau lari masuk tandas ... Rakyat Malaysia tahu..

Hanya Allah Najib dan pIS saja tahu

Tanpa Nama berkata...

Lembu masuk dalam perigi buta, orang tengok kesian nya ..
Tapi orang yang duduk dalam perigi buta lima enam orang.. bodoh nya!

Jika Iskandar guna gua.. mereka masih boleh keluar dan jalan-jalan dalam hutan.. So mmacam-mcam mereka tahu dan boleh buat. Kira otak berfungsi juga lah tapi duduk dalam gua.. cuma pandang langit je lah.

Pemikiran dan penglihatan cuma satu arah.

Tanpa Nama berkata...

Betul.

Ke semua 10 perkara yang di kenakan atas Kumpulan 13 ini sama dengan perkara-perkara yang di kenakan ke atas Kumpulan Professional yang di halau oleh Tuan Presiden.

Malah kumpulan 13 ini lebih jauh tindakan mereka jika di bandingkan dengan Kumpulan Professional, mereka berani mengeluarkan kenyataan bertulis.

Islam itu adil..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang yang untung nya UMNO.

PAS sekali lagi berpecah.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS sememang OTAK UDANG tau makan gaji buta saja tanpa ada nilai ekonomi sebenar

Budak Bahalol

### sampai hati hangpa kata Ulamak PAS sememang OTAK UDANG. Hihihihi

tapi aku setuju 200%. Hahahahahaha


Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sekarang ini jumlah bilangan Adun Pas di Selangor ialah 13 orang. Dari jumlah tersebut hanya dua orang sahaja yang mempunyai kelulusan berlatar belakangkan agama, iaitu YB Salehin Muhyi dan YB Shafie Ngah. Baki lagi sebelas orang adun Pas Selangor mempunyai latar belakang pendidikan akademik dan profesional. Mereka tidak menyertai geng Mat Sabu menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), kerana sifat walaq yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan ulama. Perubahan politik begitu pantas menyebabkan Pas Selangor berada dalam persimpangan delima. Jika menuruti sahaja kehendak Presiden Pas, Hadi Awang, mereka terpaksa menjadi pembangkang di Selangor.

Jika menuruti pula saranan Timbalan Presiden, TITM, maka mereka boleh lagi menyumbang khidmat bakti kepada kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali. Menjadi pembangkang di Selangor, bermakna Pas terpaksa melepaskan tiga jawatan exco, ahli-ahli majlis daerah, penyelaras-penyelaras pusat khidmat, pengerusi JKKK, dan jawatan-jawatan dalam GLC kerajaan negeri. Jawatan-jawatan ini menjanjikan kuasa, penghormatan, gaji, elaun, pencen, tender-tender kerajaan dan banyak lagi. Menuruti kehendak presiden, bermakna periuk nasi mereka tergugat. Mengingkari arahan presiden akan menyebabkan mereka dipecat dan dilavel dengan pelbagai panggilan yang menjijikan. YB Hasnul dan YB Saari Sungip yang menyertai Amanah sudah cukup tersiksa dengan gelaran-gelaran yang memualkan.

Apa yang jelas, Pas kini terbahagi kepada tiga blok. Blok pertama ialah kumpulan presiden yang anti Pakatan Harapan dan pro BN, dan blok kedua pula kumpulan timbalan presiden yang pro Pakatan Harapan dan anti BN. Hadi Awang juga telah menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Rakyat (Ikatan) pimpinan Kadir Sheikh Fadzair dengan membina Blok ketiga. Kita berandaian apabila golongan profesioanal berjaya diusir dari mendominasi, Pas akan menjadi kukuh dan mantap kerana bebas dari cengkaman JIM, rupa-rupanya blok harum manis muncul dengan tidak dirancang. Lantaran keadaan Pas sudah menjadi kucar-kacir, tidak menghairankan ada beberpa orang Adun Pas akan menjejaki langkah YB Saari Sungi dan YB Hasnul Baharudin menganggotai Amanah. Jika inilah yang berlaku, Pas dan BN akan menghadapi kerisauan yang sama. PH akan kekal mentadbir Selangor selepas PRU 14. Noh Omar dan segelintir walaqun Pas akan gigit jari.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka olamak muda yg masih menyusu dada. Ayuh komen lagi. Label lah dgn jebon barua broker bahalol munafik haraki dll yg byk terdapat dlm kitab haraki atas belakang keldai. Mereka masih dok baca mentera dlm perigi buta. Hahahaha

Unknown berkata...

Betul hujah saudara.... balik dari belajar di tanah arab saja gelar diri sendiri ulamak. Belajar sekolah pondok dan tahu bahasa arab sepatah dua dah mula berfatwa....

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah....azli taliban tu penakut rupanya....cakap bukan main berdegar-degar....

Tanpa Nama berkata...

Olamak muda najhan ayoh kenapo diam. Dah bisu kelu ker. Ayuh jawab kalo masih ado telor. Dio ni anak kpd halim arshat bekas setiausaha agung pas semasa ust. Fadzil noor. Tunjukkan hebat ilmu haraki anda. Iskandar tu bukanlah hebat sangat. Tapi pengalaman panjang berjuang dlm pas. Munkin sejak tahun 1980 an. Orang lame. Hihihi