9 Jul 2016

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.

Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.

********************************

Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.

Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.

Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.

***************************

Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.

Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.

Selamat berbuka.

Mohammad Agus Yusoff


ULASAN GB

Demikian satu status yang diperolehi dari FB Prof Mohammad Agus Yusoff beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Raya. Dihantar oleh seorang rakan.

GB tak mahu ulas panjang tapi demikianlah apa yang ditulis oleh Prog Agus tersebut adalah kebenaran yang perlu didedahkan bahawa pentaksub tegas PAS suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik.

Bagi mereka kerajaan PAS Kelantan tidak boleh dikritik kononnya kerana kerajaan Kelantan adalah kerjaan Islam.

Demikian taksubnya pegangan ahli-ahli PAS.

Sedangkan jika kerajaan Kelantan itu kerajaan Islam sewajarnya ia telus dan terbuka untuk dikritik oleh sesiapa juga.

Segala kelemahan, segala penyelewengan dan segala unsur rasuah perlu ditutup semata-mata kerana kononnya ia kerajaan Islam.

Jika demikian, yakinlah kerajaan Kelantan pasti tumbang kerana anai-anai yang merosakkan kerajaan dibiarkan tanpa pembetulan dengan pandangan bahawa segala kelemahan itu tidak boleh dikritik.

Memang tepat kata Prof Agus: pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa belaku juga, ulama pas tetap tersuci termulia. Yang jahat mesti dap kapir yang menentang agama

Mari kita wala' kepada ulama pas tersuci termulia. Mereka adalah pengaja Nama agama supaya Cina kapir tidak dapat jatuhkan agama.

Harap Ahki pas rasa suka dengan kata-kata atas dan maafkan Cina kapir. Ok?

Tanpa Nama berkata...

Serban dah berat 5 kilo.Otak kat kepala terpaksa letak kat Kepala Lutut.Aku setuju bebenor dgn Komen Prop Agus ni.Pentotok Pas Memang Bodoh tak boleh Diajor.Perosak Parti.

otaiblues.blogspot berkata...

mereka dah anggap pas itulah islam..islam tu pas..
hebat sangat ke ? sampai tak boeh di tegur...anggap semua perbuatan betul belaka?
ye..dulu memang aku taksub dengan aruah TGNA.org yg menaikkan mertabat pas...org yg berpesan jgn masuk kelubang ular untuk kal yg ke dua...
saidina abu bakar..saidina umar berpesan kepada penduduk mekah...nasihatkan dan perbetulkan jika mereka salah..
berapa hebat nya khalifah itu...
ini tak sehebat mana..tegur je nk melenting...
orang tegur nk bg baik...itu pun salah ke?

Tanpa Nama berkata...

Yang paling menakutkan ialah kerajaan negeri (belum negara..) tidak boleh di kritik kerana kerajaan Islam.. ini cukup menakutkan.. begitu juga IS, sesiapa yang menentang atau mengkritik akan jadi sasaran pengebom berani mati..

Kerja menasihati Kerajaan Pusat bukan kah kerja Presiden PAS? Mengapa minta Prof Agus kritik Kerajaan Pusat ? Lain lah kalau Kerajaan Pusat tidak ada Penasihat bertaraf agama..

Apa ke benda suruh balas teguran Prof Agus dengan minta dia baiki air dan kutip sampah.. Macam itu baik bagi jawatan MB selama 6 bulan kepada Prof Agus dan tenguk dia mampu atau tidak ?

Nasib baik Prof Agus bukan ahli PAS? Kalau tak jadi macam Husam.

Ini cara PAS. Husam di serang dan di perlekehkan oleh pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban... Ingat walaun mana yang ajak dan tunggu Husam yang ketika itu berada di luar negara untuk berdebat?

Prof Agus terasa terhina kerana taraf kedudukan dia sebagai Prof di lekehkan oleh pemimpin PAS dengan membiarkan pentaksub tegar yang sememangnya bangang tahap gaban menyerang Prof Agus.

Kita yang level biasa ini pun tak sanggup menerima dengan baik pandangan bangang tahap gaban pentaksub PAS.. apa lagi orang seperti Prof Agus.

Ini kerana dari Presiden sampai lah Ketua Pemudanya adalah orang 'gila' yang di maksudkan oleh Husam ..

Wallahualam.

Lelaki Dicermin berkata...

Aku teringat salah satu komen di blog pro pas..SESIAPA YG MENENTANG ULAMAK HIDUP TAKKAN TENANG.. aku senyum je baca komen tu..dlm hati..selama mata ku berbulu tgk wajah dan ucapan tuang presiden.. tak pernah lah pulak aku tak tenang..segala keperluan kehidupan boleh buat dan sediakan.. tak tenang apanya.. tp kalau TGNA aku mcm yakin ianya ada.aku ingat di opis aku..seorg tu.. memperlekehkan gambar TGNA..selang dua tiga hari motornya hilang.. yg seorg tu.. memperkecilkan TGNA..boleh jatuh pokok buah.sebenar aku tak sedar.. tp bila kwn aku bg tahu kes2 yg menimpa kekwn yg memperlekehkan TGNA.. baru aku sedar.. lagi satu ingat tak kes Allah pun mencarut .seorg pengendali sebuah rancangan pun masuk sekaki bg ulasan tanpa memberi fakta.seolah2 apa TGNA kata itu salah.kewibawan TGNA di pertikaikan.. tahu tak akibat nya selepas itu.. rancangan kendaliannya turun sedikit demi sedikit..tidak lama rancangan itu di tukar konsep sedikit.. masih tak meningkat penonton.. padahal rancangan dan pengendali rancangan itu pernah menang rancangan tv terbaik asian pasifik..bukan calang2..tp sbb terlebih benar nak tumpang sekaki..sampai skg suam2 kuku dah pengendalinya. Buat rancangan jgn lupa lirik..tak menjadi..skg kendalikan rancangan bdk2 je..jauh taraf TGNA dgn tuang presiden ...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Negeri.. Kerajaan Islam.
Kerajaan Singapura .. Kerajaan Republik.

Islam menekankan kebersihan. Ramai ulamak berjubah putih sebagai imej kebersihan. Mendirikan solat perlu menyucikan badan. Mesjid mesti sentiasa bersih. Kebersihan adalah sebahagian iman..

Jadi mana salah nya teguran mengenai kerajaan negeri yang kononnya Islam itu ? Kalau negeri Kelantan itu betul bersih nya, buat lah kenyataan Negeri Kelantan adalah negeri yang terbersih. Buat papan tanda gergasi bertulis 'Kelantan Bersih'

Bersih ini bukan sahaja mengenai sampah dan air longkang berbau tetapi infrastruktur bangunan juga mesti teratur. Sedap mata memandang.





Tanpa Nama berkata...

Aku dah beritahu dah dulu lagi hingga kan puak tu gi sekat tulisan aku.

Kalau diperhatikan betul-betul; Cuba baca kenyataan aku kali ini;

"Kalau aku terberak kat tepi jalan, orang kata aku gila.
Kalau ada uztaz yang terberak kat tepi jalan orang akan kata, "Apalah ustaz tu buat perangai macam itu."
Tetapi kalau Hadi Awang terberak kat tepi jalan, puak totok PAS (sebagai mana dalam tulisan Prof ni) akan kata bahawa Hadi Awang telah menyumbang baja untuk kehijauan alam."

Kamal Ismail berkata...

Nampak-nya PAS sudah jadi penjaga pintu2 Shurga.
Jadi pada PAS orang2 yang menentang (penyelewengan) PAS akan terhumban ke-dalam neraka, dah jadi police Shurga-kah sekarang?

Zhuge Liang berkata...

Semalam (raya ke 2) ada sorg pentotok pas yg rasa dia ustad kerna mentang2 mengajar di YIK dah kena sepak dengan sorg abang OKU sebab cop kawan tu menyokong perjudian kerna kawan tu tengok semifinal euro. Cikgu sekolah YIK Pangkal Jenereh, Machang... hahHaaa. Malu syioottttt....

Tanpa Nama berkata...

Yang jawab prf agus tu jenis tak habis sekolah..yang baru pandai mengeja dan tulis komen...

otaiblues.blogspot berkata...

islam yg suci itu adalah ugama allah dan rasulnya nabi muhammad..
pas sekadar golongan agamawan yg bertoping agama islam.pas bukan mazhab islam cuma golongan yg memperjuang kan ugama untuk mendapat kuasa.
tak perlu nk berlebehan dalam melebel orang yg tak terima pas..
mengapa semakin hari perjuangan pas semakin menipis?
sebabnya...presideng boleh jawab kot..

Tanpa Nama berkata...

Masaalah kebersihan Di Kelantan ni dah lama. Saya pun hairan kenapa masaalah ini masih tiada perubahan sekian lama seolah-olah penonjolan tidak bersih itu sinonim dengan pentadbiran Islam. Malu sebenarnya kita yang pulang ke Kelantan melihat sampah sarap, bau busuk, bangunan yg tak teratur. Pandangan Prof Agus tu sebenarnya pandangan kebanyakan ramai rakyat yang inginkan penampilan Islam sepatutnya daripada semis aspek.

Pencolekhangek berkata...

Kadang-kadang orang macam profesor ni pun kita kena nasihat juga. Sebagai orang berpendidikan profesor kena banyak bersabar. Dalam masyarakt bukan profesor tak tahu ramai manusia yang bebal tetapi berlagak bijak, berlagak alim, berlagak warak dan sebagainya. Jadi bersabarlah. Kalau dunia ini luas, ugama Islam ini lagi luas. Jadi apalah nak hairan kalau ada sekor dua kerbau yang tak pernah keluar kandang kata kandangnya yang bersih atau pun tuan dia saja yang betul. Bersabarlah profesor dengan kerbau-kerbau seperti itu. Oh ye, janganlah profesor berasa serik pula dalam menegur untuk kebaikan masyarakat. Mohon maaf.

Abu Muhammad el-Merbawiy berkata...

Islam ini sebuah ad-Din; agama dan tata kelola kehidupan berdasarkan prinsip2 murni dlm al-Quran danas-Sunnah serta ijtihad para ulamak mujtahideen dan menguasai faham Islam sbg ad-Din yg hakiki. Sebarang penafsiran yg menyimpang dari faham tasawwur Islam yg murni, bermakna merosakkan Islam dan keadaan umatnya sekali gus. Maka itu, sama-sama kita menjaga ketulinan da kebakuan Islam ini dari disalahgunakan oleh individu2 yg berkepentingan duniawi dgn Islam. Jgn perlakuka Islam sedemikian, kerana Islam risalah rabbaniah untuk semua umat manusia aqaid, syariah & muamalat serta dakwah dan jihadnya dan yg paling baku ialah manefestasi praktik Islam yg menyeluruh itu menghasilkan anugerah Akhlak Islamiah kpd para penganut. In syaa' Allah swt ianya akan menjadi jembatan pembuka atau mengundang hidayah dari Allah swt hasil kebaikan Islam yg terlaksana dl urusan agama dan kehidupan...ISLAM ITU MILIK BERSAMA. ARILAH BERTANGGUNG JAWAB TERHADAPNYA.

Tanpa Nama berkata...

PAS adlh Parti IS di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Apabila macai macai Presden menguasai Parti/Jamaah ini lah jadi nya....
Perangai dah jadi macam Umno, jilat menjilat mereka yg ada jawatan dan kuasa dalam parti serta pasang angan angan nak jadi calun YB dalam PRK/PRU.

Hancusss!!! Slogan PGU=PAS GENG UMNO

Tanpa Nama berkata...

jangan dok anggap diri sendiri ulamak tak boleh ditegur kalau dah permainannya politik kena terimalah hakikatnya . Rakyat sekarang bukan macam dulu ini zaman IT dan bukan kebal kerana pakai serban & jubah . Wrong is wrong right is right . Harap jangan kerap dok makan dedak buat malu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku, BABI aje yg tak boleh ditegur. Harap penyokong pas totok gembira dgn kenyataan ini.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.
Mereka sebenarnya golongan unta dan keldai yg telah dikasi telo mereka oleh tuan guru hj Baghal

Tanpa Nama berkata...

Yup..
Tapi ahlak unta2 dan keldai2 pas tak menunjukkan mereka mengamalkan akhlak itu. Mereka cuma menunjukkan bonggol di atas badan mereka.

Abu Loqman berkata...

Masalah di kelantan adalah gambaran sebenar sikap sebahagian besar masyarakat kelantan sendiri walau dimana mereka berada, begitulah sikap mereka.tanggongjawab kebersihan khas nya, ada lah tanggongbjawab mereka semua. tidak boleh di persalahkan kpd pemerintahan Pas sahaja sbb yg memerintah tu juga 100% org kelantan jugak. Jika mereka ingin berubah lihatlah seperti negeri jiran mereka, setiap tahun dapat anugerah Bandar terbersih di malaysia. kalau nak jadi macamtu rakyat kelantan kena banyak berkorban lah. Cuba singgah sekali di Kuantan. Cuba lihat ada tak gerai bertaburan sana sini ? Syarat menjaja amat ketat dan koata bilangannya amat terhad. Kerana hal ini lah yg banyak menyumbang kpd masalah kebersihan. Jika perkara begini di kuat kuasakan di kelantan, agak2 rakyat kelantan suka kah. Seluruh rakyat kelantan bantu negeri mereka sendiri, bukan hanya balik membantu untuk mengundi tetapi untuk mengubah kelantan. Kalau ubah pemerintah pun, yg naik baru tetap org kelantan jugak.

Norzahirah Norizwan berkata...

Saper pentaksub tu jangan main tuding jari pada pas jer. Kalau orang menyamar pun prof Aziz tahu ker. Saper pun boleh ngaku dia pas ada bukti. Jangan jadi professor persepsi jer. Marilah sama sama pikir jalan penyelesaian

Anti Fitnah berkata...

Setahu aku, Islam bukan menjaga hubungan antara manusia dengan Penciptanya malahan juga wajib menjaga hubungan antara manusia dengan manusia.
Jangan kita amalkan agama suku-suku sahaja, takut nanti tak jadi satu tapi hanya tinggal 3 suku.
Khalifah Islam pun suruh orang ramai menegur jika ada kesilapan dan kesalahan. Ini hanya Parti PAS shj. Negara Malaysia bukan negara Islam dan sudah kerajaan negeri Kelantan pun bukan negari Islam sebab perlembagaannya masih di bawah perlembagaan Negara.
Ada benarnya Prof Agus. Tak usahlah Prof Agus berhujah dengan puak ini sebab depa berhujah bukan guna nas mahupun logik akal. Lebih baik Prof Agus berbincang dengan keldai lagi baik sebab dah pasti Keldai tak akan jawab yang bukan-bukan. Kalau tiada keldai di Malaysia, pi sembang dengan KARIBOO @ kerbau.
Kepada Allah swt kita kembali.

Tanpa Nama berkata...

Bila kena tang btg hidung barulah kata itu penyamar pas. khaaak tuiii.
Jalan penyelasaiannya ada: Bubarkan PAS dan sertai parti islam yang baharu yang bersama dengan rakyat iaitu Parti Amanah negara.

Tanpa Nama berkata...

Setuju, walauntakaldai dah mkn dedak pedigree overdose..

Tanpa Nama berkata...

pentaksub adalah para walaOnta yang dah mula berjinak2 dgn dedak taburan umNO. juga atas persetujuan big boss - 2H

Tanpa Nama berkata...

Sdr lelaki Dicermin, aku setuju dgn pandangan " sesiapa yg menentang ulamak tidak akan tenang hidupnya " tapi kita faham ulamak macam mana? Kalau setakat ulamak yg nak jaga kepentingan diri sendiri lebih utama ni bukan taraf ulamak dah tu. Tak kan nak tegur permasalahan rakyat pun tak boleh. Mereka ni akan kata tegurlah secara molek. Teguran tentang permasalah air, sampah, longkang dsb ni dah pun ditegur lebih daripada molek dah tapi pegawai dan kepimpinan dipelbagai peringkat buat deerk je. Sebenarnya perkara spt ni tak perlu ditegur pun kerana mereka sendiiri alami dan lihat. Contoh air. Tapi kerana mereka mempunyai sumber kewangan yg tinggi mereka boleh menyediakan pelbagai jenis penapis air yg bermutu tinggi jadi bagi mereka rakyat biasa lantak mu lah nak guna air karat. Ada pegawai Air Kelantan apabila ditegur masaalah air berkarat jawab mereka " ada air tu pun mujur dah " apalah jawapan sebangang ni. Masalah penyokong totok tegar ni aku tak heran kalu dia dari org2 tua dan yg tidak berpelajaran, yang aku herannya kalu penyokong totok tegar ni adalah dikalangan anak muda dan kaum2 cerdik pandai. Kalu golongan ini juga menjadi penyokong totok tegar ia menjadi satu yg amat malang bagi Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dah 3 kali PRU aku undi PAS, tp utk PRU akan datang aku tak akan undi pas. Adakah aku bukan lagi islam. Pas hanyalah sebuah platform politik tidak lebih drp itu. Tiada lagi sebaran dakwa h dlm pas hanya mewujudkan lebih banyak musuh dan kekeliruan dlm masyarakat. Yang penting jgn lah jd pentotok dlm sesebuah organisasi politik

cikmatgelap berkata...

sapu balak pun boleh ngaku kerajaan islam ke

benartetapbenar berkata...

Prof tegur krjan negeri.... dosa besor wooo.... ttp hjadi maki org dgn gelaran anjing & babi.... halalan toiyiba???

Tanpa Nama berkata...

Yang boleh tegur berupa nasihat kepada pemimpin yang bertaraf ulamak dalam PAS ia lah yang setaraf dengan ulamak PAS.

Dr Maza pun tak layak .. kerana dia pun akan di serang oleh pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban.

Ulamak yang layak ialah yang berahli kan PAS. Yang lain tertolak.

Tetapi dalam PAS, hanya dua orang ulamak yang hebat dan disanjung ilmu nya.. selagi mereka berdua hidup selagi itu lah jangan ada yang berani nak beri teguran dan nasihat.

Tanpa Nama berkata...

Khalifah Ar-Rashidin yg dah dijamin surga pon di kritik. Sambil hunus pedang lagi...

Kepimpinan PAS lebih mulia dari Kalifah Ar-Rashidin ke? Sampai tak boleh ditegur.

Unknown berkata...

Tanda-tanda awal kerajaan ini bakal diajar pengundi. Ambo tak sabar.

Tanpa Nama berkata...

Marah betul prof kali Ni. Sabar lah prof, Dia orang memang nampak semua masalah Ni, tapi disebabkan Dia orang keliru dgn haji Hadi jadi terpaksa lah Wala walaupun benda yang ditegur adalah betul. Mereka Ni perlu di selamatkan Dan disedarkan. Kalau tak sampai bila2 pun Dia orang Tetap Wala

Mohd Rusli Hasbullah berkata...

Msalah yg diutarakan tu bkn msalah baru pun, yg dh brtahun lmanya...tp dulu sbb golongan2 yg mgkritik kjaan negeri adalah org2 umno sahaja, dan pada msa tu golongan yg kononnya hari ini mmberikan pelbagai kritikan pd kjaan negeri kelantan sbgmana di atas tu adalah juga merupakan pentotok pas, mereka juga la yg mmbela kjaan negeri dan meletakkan semua kesalahan tu pd org lain...Allhamdulillah hari ini lps Pas trbelah dua, dpt memberikan kesadaran yg Pas hanya lah sebuah parti politik yg mnjadi kjaan di klantan adalah kjaan yg lngsung tidak efektif, bkn hari ini sahaja, bahkan dan hmpir suku abad...semoga kali ini di pru14, rkyat klntan mmpu brfikiran dgn rasional, bkn lgi dibayangi oleh rasa Pas itu Islam dan Islam itu pas, InshaAllah kelantan akn brubah arah.

I-CLIC SOLUTIONS berkata...

Mengkritik PAS guna agama sebagai benteng, kritik UMNO guna kemelayuan sebagai benteng, jadi dua dua parti ini tidak boleh diharapkan untuk menaikan martabat ISLAM dan MELAYU, jadi kedua dua parti ini rasis jadiny tidak membela apa apa pun dalam keadaan sekarang dunia maju kehadapan

Tanpa Nama berkata...

Khalifah Saiyidina Umar al khatab merupakan pemimpin yg sudah di janjikan masuk syurga Allah swt pun masih sanggup menerima teguran dari seorg wanita. Tak kan kita ni yg masih berusaha nak masuk ke syurga Allah swt tak dapt menerima teguran utk kebaikan dan kesejahteraan rakyat yg menjadi tanggung jawab pemimpin n yg akan d persoalkan oleh Allah swt d akhirat nanti. Ingatlah kita ni bukannya maksum walaupun kerajaan yg memerintah adalah Islam. Adakah kerajaan yg memerintah tu telah mengamalkan semua prinsip2 Islam seperti yg telah d anjurkan oleh junjungan nabi kita Muhammad saw. Renung2 kan lah

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg sebenarnya tak boleh di kritik nih.. profesor kah.. pencacai kah atau kerajaan negeri kah.. kah kah kah... lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Rasa2nya pemimpin2 Dap lebih islamik dari pas ..inilah hasil pas yg menjaja agama sekian lama.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 totok tegar ni,tahi hadi pun dia orang makan kononnya dapat pahala..sahlah puak2 ini perlu dihantar ke tanjung rambutan.

Tanpa Nama berkata...

Mereka dah macam dajal..hadi lah bapak dajal.

Tanpa Nama berkata...

Macam baru keluar dari tempurung jer...pentaksub2 itulah yg selalu dilabel oleh natizen sbg walakontol,walakeldai,walakerbo,walaunta,walajubo...

Tanpa Nama berkata...

Jadi dewa cina pun ada dlm kerajaan islam kah? Kerajaan islam boleh tonton porno german ker?