19 Ogo 2016

PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS

Kita ada hubungan berterusan dengan Pas, akui AMK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian parti diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, tidak benar dakwaan bahawa PKR hanya mempunyai hubungan dengan Amanah sahaja.


“Keutamaan sekarang berhubung dengan semua pihak, tidak mengutamakan Amanah. Kita mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat.

“Untuk katakan PKR hanya ada hubungan dengan Amanah pun tidak betul. Kita ada hubungan berterusan dengan Pas sekarang ini,” akuinya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas forum berkaitan masa depan Pakatan Harapan di pejabat Malaysiakini malam tadi.

Ditanya keutamaan PKR sama ada Amanah atau Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, semua parti pembangkang perlu duduk semeja berunding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

“Keutamaan pada masa ini semua parti pembangkang perlu ambil antara dua sempadan sama ada mahu ‘reform’ iaitu hendak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo iaitu masih mahukan perdana menteri yang korup,” jawabnya.

Mengulas tentang sikap kepimpinan Pas yang dilihat berjinak-jinak dengan Umno, Dr Afif yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, tanggapan itu terpulang pada tafsiran masing-masing.

“Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita berhubung dengan parti bukan dengan individu saja.

“Dalam kenyataan rasmi Pas dan muktamar mereka pun musuh utama mereka adalah Umno. Saya sendiri dengar ucapan (pemimpin Pas). Kita meneruskan hubungan dengan pimpinan Pas kemudian parti akan tentukan keputusan,” tegasnya lagi.

Ditanya lagi tentang had masa untuk PKR masih meneruskan hubungan dengan Pas ketika tempoh PRU14 semakin suntuk, beliau gagal memberi tempoh bagi tujuan tersebut.

“Kalau kita ada tarikh bila pilihan raya, kita boleh lagi deadlinenya bila. Kalau minggu depan (pilihan raya), saya nak kata macam mana?” soalnya pula.

Menurut Adun Seberang Jaya itu, beliau percaya masih ada harapan untuk parti pembangkang duduk berbincang.

“Saya masih baru dalam politik jadi Adun pada 2013. Mereka lebih maklum situasi politik dan faham sentimen di bawah. Rakyat mahu menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Berbanding dengan parti Amanah, ujarnya, hubungan bersama parti yang bakal genap berusia setahun September depan sudah jauh ke hadapan.

“Kita dah tandatangan perjanjian dengan Amanah. Walaupun ada usul dari pimpinan akar umbi Pas untuk memutuskan hubungan (dengan PKR) tapi keputusan muktamar masih meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Sekarang apa lebih penting gabungan pembangkang itu lebih kuat untuk berdepan BN,” katanya ketika menjawab nisbah keutamaan PKR lebih kepada Amanah atau Pas.

Menurutnya, pertandingan banyak penjuru perlu dielak pada PRU14 nanti dan keadaan itu hanya dapat dicapai dengan menggunakan logo PKR sahaja sebagai satu lambang blok pembangkang.

“Boleh duduk sekali (parti pembangkang). Satu lawan satu (dalam PRU14). Tentang Hadi tidak patuh (pada keputusan rundingan), itu sebab saya cadangkan pakai satu lambang saja,” ujarnya lagi sambil ketawa.

ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang kerana ini akan lebih menyulitkan hubungan pihak-pihak di dalam Pakatan Harapan.

Gb sudah ulas sebelum ini dimana GB kata kewujudan kartel tertentu di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Perjanjian Pakatan Harapan yang telah ditandatangani sebelum ini dikhianati.

PKR dilihat bersifat opportunistik dan individualitik, hanya mementingkan partinya sendiri.

Jika DAP boleh menghormati rakan-rakan di dalam PH dengan mengambilkira pandangan PKR di dala isu PRN Pulau Pinang, mengapa PKR tiidak boleh "membincangkan" terlebih dahulu hubungannya dengan PAS?

Itu sebab mengapa seorang pemimpin DAP Selangor, YB Ronnie Lui melahirkan kepelikan dengan pendirian PKR di atas.


Sebelum ini juga GB telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan yang mantap. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, GB berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.

Ia adalah penting supaya ungkapan ‘government-in-waiting’, tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.

Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan. Tanpanya anda mengundang kekalahan di balik kehancuran.



FEATURED ADS


43 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Apa kata Majlis Presiden Pakatan Harapan? Tido

Kak Wan, LKS dan Abang Mat Sabu tolonglah bangun....tegaslah!!!
Pii lah buat keputusan dan sidang akhbar secepat mungkin!

Tanpa Nama berkata...

Nak dikatakan pelik tak jugak kerana dari dulu lagi (ketika penubuhan PH dan PKR Azmin Ali berkeras untuk masih menjalinkan hubungan dgn PAS) sdh aku agak barisan pembangkang ni tak ke mana, hanya setakat nak main politik je. Nak jadi tempat rakyat berharap tak nampak bayangnya.

Nak dikatakan biasa dan tak pelik pun tak boleh jugak kerana org-org politik ni jenis bijak pandai jugak la....takkan tak paham bila PAS buat blok ketiga, maknanya dia dah tak mau blok kedua la tu. Takkan dah akad laki bini main dengan orang lain pun ok jugak.

Apa pun ingatlah barisan pembangkang tak kira PH ke, GS ke, kamu ni belum ada rekod perintah negara. Paling tinggi pun negeri je. Apa yang kamu boleh offer kat rakyat utk perintah negara hanyalah HARAPAN, tak lebih dari itu. Kalau tak boleh nak tunjukkan bahawa barisan pembangkang ni SOLID, takde harapan la nak ganti yang sedia ada kerana rata2 rakyat walaupun susah sekalipun...sudah terbiasa dengan keadaan skrg. Takde sbb besar untuk mereka tukar kerajaan.

Wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

Ada eloknya pkr disingkirkan dpd ph. Biar pkr bersama pigs (pas ikatan gagasan sejahtera) dlm blok ke3.

Biar ph tdiri dpd dap+amanah sahaja. Ph bergabung dgn bersatu membentuk gandingan pembangkang yg betul2 lawan bn.

Bukan acah2 mcm pkr dan pas! Individu dlm pkr yg betul2 konsisten dgn pembangkang...masuk aje ke dlm dap...amanah atau bersatu!!

Ph+bersatu...kena ada satu lambang!! Buat le apa2 lambang pun. Lambang pokemon pun kami akan pangkah!

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak GB senaraikan nama2 dlm kartel Azmin dan paparkan secara kekal dlm blog ini. Ini membolehkan kami pengundi2 memberi tekanan kpd gerombolan ini.

Tanpa Nama berkata...

Ph dianggotai pkr dap dan amanah..so skrg pkr khianati amanah dan dap.kalau secara sifir logik..2 lawan satu maka satu akan kalah..so amanah dan dap lawan pkr maka pkr kalah...amanah dan dap perlu bersatu sepakat beri kata dua pada pkr..kalau pkr masih mahu pas,bermakna bubar saja ph.wujudkan phr (pakatan harapan rakyat) kerjasama amanah dap dan bersatu..jangan layan pkr lagi..kasi pkr sedar diri sikit..dia bukan bos dlm ph...dlm ph skrg yg bermasalah besar cuma pkr...xlayak pun wan azizah jadi ketua pembangkang kalau hanya sbg puppet shj/patung atau tunggul dlm pkr.mmg pahit utk dinyatakan tp itulah kenyataan sebenar.cuba lihat segala keputusan pun bukan wan azizah tp azmin lebih dulu membuat keputusan...pada pendapat aku kita kena bersungguh dgn parti yg besungguh lawan bn iaitu Amanah dap dan bersatu...pkr xperlu wujud pun xmengapa...sekian nukilan kekecewaan rakyat marhaen.

Tanpa Nama berkata...

Uniti Gomen (Umno/Pas) sahaja pilihan org Melayu utk terus berkuasa. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Buang aje si azmin tu..buat menyemak ajer..

Tanpa Nama berkata...

Seriously,klau gini la gayanya aku tak akan bg undi kt pkr pru14 nnt. Aku hntr kertas undi kosong.

Tanpa Nama berkata...

Aku yakin PRU 14 akan datang banyak calon calon PKR Bungkus.aku rela Pangkah DAP yang konsisten hala tuju politik nye walaupun aku bukan ahli DAP.

ismail abdul rahman berkata...

Betul Gb. Pemimpin pembangkang nampak lemah sangat terutama pemimpin Pkr spt pentingkn jawatan MB saja.

ismail abdul rahman berkata...

Betul saya setuju. PKR sombong betul dgn rakan sepasukan. Baik fokus pd Amanah, DAP dan BERSATU

Tanpa Nama berkata...

betul la tanggapan org umno suatu ketika dlu yg mengatakan pkr ni tiada keyakinan diri, tiada kekuatan diri hanya bersandar pd individu saja iaitu dsai yg kini sedang dihukum penjara.... nampak gaya sejak kelibat dsai dihalangi pagar besi partinya ini spt hilang arah dan hilang keyakinan diri dgn kekuatan sendiri sehingga terpaksa berpaut pd parti yg hanya memberi masalah dlm kesepatan pembangkang sebelum ini iaitu pas..... mgkin jika pru13 dlu pas yg mengkhianati pkr sehingga berlaku pertembungan 3 penjuru, pru14 nti tidak mustahil pkr pula yg akan jd pengkhianat.... kat prn sarawak baru2 ini pun pkr dh menunjukkan siapa mereka....

ismail abdul rahman berkata...

Saya setuju. Kita tolak PKR yg tak ada pendirian mcm Pas. Kita sokong DAP, AMANAH dan BERSATU.

Tanpa Nama berkata...

pkr, dap dan amanah adalah dlm satu pasukan. yg jadi huru hara sbb pkr tidak mementingkan pasukan. kalau dh nama satu padukan bawa lah sama fap dan amanah utk berbincang dgn pas. kenapa sorang2 ja yg dipanggil. semua huru hara sbb pkr yg tak setia pada pakatan

Tanpa Nama berkata...

Pegi mampos lah pkr dan pas. Percayalah kalau pas joint PH jawabnya huruhara lah pembahagian kerusi PRU14 nanti. Yang paling baik Amanah+DAP+BERSATU. Dimana Amanah nak bertanding kalau Pas bolot semua kawasan dia, awal2 pas tak benarkan Amanah bertanding di kelantan. Pas parti Islam tapi tamak haloba macam syaitan. Saranan saya ucap good bye kepada pkr dan pas

omar daud berkata...

salam:

saya setuju anom 10:27

Pemuda parit kings berkata...

Alhamdulillah dan cintanya kita pada Allah memang tiada taranya...perit untuk ditelan...jelas pkr tiada hala tuju...jika tiada kesepakatan dalam pH yg ada skrg ni...cepat bertindak ubah plan...tiada masa untuk bercerita remeh temeh...pemimpin PH yg berkuasa cepat buat bincang hal ini...jangan buat perkara bodoh yg menghampakan rakyat!!!walaupun ini salah Satu dugaan pH..namun jangan cepat melatah...setiap parti dlm pembangkang ada wakil Dari bn..percayalah...mudah untuk mengenal manusia sebegini...apapun yg pembangkang buat...tetap bermasalah saat akhir.fikirkan...APA yg komponen pH tunjukkan...semua ada yg tak kena...kerna dlm setiap parti pembangkang ada pengintip kerajaan...jadi kita kena hati2...cantas cepat2 org mcm ni dlm parti...bekas2 penggerak pas komited menolak umno bn...bersama amanah...ejen2 umno takkan terima penggerak tanpa gerun pada umno bn.seperti mana Pimpinan yg ada dlm pas skrg.termasuklah dlm pkr.kecuali dap...tapislah org2 yg perosak harapan rakyat...klu terpaksa..buat solat hajat seluruh nya moga Allah beri petunjuk.setiap Tempat harus buat.tunjukkanlah ya Allah manusia yg khianati rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Mana yang buat kenyataan untuk teruskan hubungan dengan PAS dan senada dengan Azmin...itu lah kartel Azmin. Tak susah nak kenal. Kalau Wan Azizah buat kenyataan menyokong, dengan Wan Azizah jadi kartel Azmin. Kalau Mat Sabu, dengan Mat Sabu jadi kartel...

Selain blok 3, selain RM90 juta, selain mainkan hudud, PAS telah membawa perjuangan rakyat 10 tahun kebelakang !

Tanpa Nama berkata...

Untuk kehadapan lebih baik AMANAH dan DAP yang bergandingan sebagai satu regu.

PKR ingat semua orang suka dengan logo PKR sampai begitu yakin PKR kata untuk mengelak pertandingan banyak penjuru ialah dengan mengguna logo PKR.

Sedangkan rakyat dah meluat dengan politik PKR.

Jika PKR sudah bahagikan kerusi dengan persetujuan PAS, terpulanglah PKR nak bagi pada AMANAH atau tidak? PAS dah dapat banyak mana yang dia punya.

Jadi yang tamak ialah PKR. Sebab untuk pertahankan jumlah kerusi kepunyaan PKR, PKR kena minta lebih. Lalu bagi alasan guna logo PKR.

Kena kencing lah jawab nya.

ada lagi..

Tanpa Nama berkata...


PKR kata usul memutuskan hubungan dengan PKR datangnya dari akar umbi, yang datang muktamar ialah pemimpin dan ketua dalam PAS. Dan sejak bila Presiden dengar cakap akar umbi ?

Yang usul bukankah pemimpin PAS dan yang tidak setuju ialah akar umbi kerana itu lah PAS takut kehilangan ahli dan penyokong. Dan yang memegang jawatan di Selangor begitu kuat pertahankan jawatan sebagai Exco bukan hubungan dengan PKR.

ada lagi..

Tanpa Nama berkata...

PAS jadi teruk kerana berbaik dengan UMNO.

PKR jadi teruk kerana berbaik dengan PAS.

PAS kata tak memusuhi ahli tapi benci pada UMNO.

PKR kata "Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita berhubung dengan parti bukan dengan individu saja."

Macam itu lebih baik status quo sebab bukan semua orang UMNO yang makan rasuah. Mereka cuma membiarkan orang lain makan rasuah.

ada lagi..

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap lah samada nak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo..

Sistem dalam Pakatan Harapan pun PKR tak ikut.. Ikut kepala kau orang aje.

PAS guna sistem cai pun PKR terima.
PAS guna sistem menterbalikkan pun boleh.
PAS guna sistem berkecuali pun kira sistem jugak ke?

ada lagi..
last.

Tanpa Nama berkata...

Bila tidak ada deadline dan tidak tahu bila pilihan raya, siapa yang untung? Orang yang tahu lah yang untung.

Apa plan sekiranya pilihanraya bulan November tahun ini ? Sedangkan rundingan macam yoyo.

Kalau dengan Pakatan Harapan sudah pasti. Kalau dengan PAS, banyak kerusi terlepas sebab semuanya tergantung.

Yang ini memang bangang sebab berhubung dengan parti bukan dengan individu ( Hj Hadi) Tak payah tunggu pemilihan, esok pagi Hj Hadi boleh pecat orang yang konon nya mewakili parti dan putuskan segala rundingan dengan PKR tidak sah atau tidak ujud.

sekian.
habis dah.

Tun Perak berkata...

PKR want to please everybody. It's not going to happened in politic. It's just like a whore where you need to sleep with everybody but you cannot do it one style because each have different taste and eagerness. At the end lunyai le bro. Hancur.so Amanah let's focus and do your job,strategies,and execute winning plan, then pray hard, tawakal...jgn buat kerje Allah...because Allah plan is final

Tanpa Nama berkata...

Masa sudah sekian suntuk dan rakyat masih terkeliru dan gerakkerja parti masih belum berjalan..agak2 kalau pilihanraya 14 diadakan dlm masa terdekat,PH boleh menang tak??? Silalah PH ambil keputusan segera utk memantapkan PH dan pastikan parti2 PH berjuang semata mata utk PH dan tiada yg lain2..JIKA ada parti yg tidak komited,keluarkan dari PH..berjuanglah walau tidak jadi kerajaan(selangor) sbb rakyat selangor@malaysia boleh melihat dan nenilai gelagat politikus2 korup agar dpt mereka dapat buat keputusan dlm p-raya nanti...dulu pun sebelum dpt selangor pun, PR berjuang dgn kekuatan sendiri...percayalah jika pkr dicantas dari PH,pkr akan berpecah belah dan ramai ahli2nya akan lari ke PH bila tiba waktunya (mungkin selepas dun dibubarkan utk elak kerjaya masing2 dlm kerajaan negeri)...Ayuh PH bertindaklah sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Boleh berunding tetapi mengapa mesti ada hubungan? Bila ada hubung tentu orang nak tahu yang mana satu menjadi pilihan utama.

Memang PKR bersifat opportunistik dan individualistik. Dulu MIC berpecah dan tertubuh parti lain dan sampai Pemimpin Parti tersebut hampir mati baru Sammy Vellu benarkan parti tersebut menjadi komponen BN.

Semua parti macam itu termasuk PKR dan AMANAH.

Jalan mati. Nak berunding apa ke bendanya..?


Cukup persoalan mengenai mengapa PKR ada hubungan dengan PAS. Sekarang persoalan mengapa AMANAH dan DAP tidak buat usul kemungkinan keluarkan PKR dari Pakatan Harapan.?

Sekurang-kurangnya bukan bila PRU yang dijadikan ukuran had masa tetapi AMANAH dan DAP yang bagi had masa pada PKR.


Tanpa Nama berkata...

Cantik...saya setuju.

Fairul Azuwan berkata...

x semua org dlm pas masih sokong hj hadi...

Tanpa Nama berkata...

boleh pkr jalin hubungan dgn pas bagus,bagus, bagus tpi kena kerja kuat pujuk atau paksa pas terima amanah dn bahagi kerusi kpd empat.itu sj klu mau menang pru14, klu tidak semua balik kg tanam kacang.

Tanpa Nama berkata...

Rata2 komen semua xsuka pkr dah..kalau mcmni abisla pkr next election will say good bye to pkr..rakyat xsuka bn tp jgn smpi rakyat pangkah bn sbb meluat dgn karenah pkr.tuan gb tlg sampaikan.rata2 70-80% pengundi pkr dh mula berfikir 2 kali sama ada nk sokong atau nk tumbangkan. Rakyat xkisah dah mmg kena zalim bn tp rakyat lebih tertekan dgn masalah ph. masalah ph pula xlain xbukan dr pkr..jgn smpi kami buat kempen besar2an tolak pkr..bkn sbb kami sokong bn tp kami lebih meluat dgn pkr...

Tanpa Nama berkata...

apa yg aku nampak. tiada harapanlah nak turunkan parti umno milik MO1. pakatan pembangkang kini celaru dan belum cukup solid. org yg ikut perkembangan politik akan nampak yg pkr itu hanya nak jaga jawatan dan periuk nasi mereka saja. tuntutan mereka lebih didahulukan dari tuntutan rakyat. walaupun kita tidak nafi mereka dapat mentadbir selangor dgn baik. tapi jika mcm ni la sikap pkr, tidak hairan jika aku katakan yg pkr juga akan ikut perangai buruk umno jika lama berada di atas tampuk pemerintahan. sebab mereka berbaik dgn pas hanya kerana nak kekal berkuasa. sepatutnya pas sudah lama dilePAS kan.

tidak cerdik bila dia kata " kita berhubung dgn parti bukan dgn individu". sedangkan apa yg ketua parti kata, semua ahlinya wala' tanpa berkata "Ah" sekalipun. lihat setiap perkara dan keputusan yg berlaku semuanya atas restu presiden. timb presiden pun boleh U-turn. rakyat dah muak dgn permainan politik pas. rakyat hari ini bukan bodo mcm dulu. sejak dr kisah amanat hingga ke reformasi DSAI, segala selok belok politik dan perangai pemimpin rakyat ketahui. rakyat tidak buta dgn permainan politik pkr ini. rakyat juga tidak tuli dgn apa yg berlaku dlm pas.

sudah sampai masanya amanah dan dap bertegas dlm isu pkr ini. kita mahu pemimpin dan pejuang sejati. kita tidak mahu pemimpin yg hanya nak jaga periuk nasi sendiri. kerana pemimpin dan parti mcm ini adalah parti yg selfish. rakyat sanggup derita walau tidak mampu tumbangkan parti milik MO1, janji pakatan harapan wujud adalah yg benar2 solid dan kuat atas kekuatan sendiri. pakatan yg benar2 ingin memperjuangkan kesejahteraan rakyat. bukan parti dan pemimpin yg hanya ingin jawatan dan mencapai kesenangan dlm arena politik ini.

buat apa hendak dirunding satu lawan satu dgn parti yg sedondon dgn parti MO1. ia umpama kita berunding dgn MO1 sendiri. pkr sendiri tidak berunding dgn rakan pakatan dlm membuat keputusan dan kesepakatan dlm memutuskan calon pru sarawak. sekarang ini dap dan amanah wajib bagi kata dua pada kepimpinan pkr. bersama kami atau bersama mereka. pemimpin2 pkr yg benar2 pejuang sejati lebih baik angkat kaki dari pkr. sama ada bersama dap atau amanah. rakyat dah muak dah tgk permainan politik pkr.

Tanpa Nama berkata...

tuan GB, saya tak rasa perbuatan ini adalah satu kesalahan yang amat besar. Bahkan, saya berpendapat yang mesti ada pihak yang masih berkomunikasi dengan PAS, even UMNO sebagai satu cara untuk mengetahui bagaimana musuh kita berfikir. makna kata, AMK mestilah pandai memahami strategi politik, gaya bahasa mulut dan tubuh, mempunyai fikiran yang cerdas untuk check dan countercheck setiap infor dari sumber yang lain (independent check), etc etc etc

begitu juga, pihak pengurusan PKR mesti meantau AMK agar AMK tidak terjerumus.

makanya, salah satu perkara yang paling penting adalah kebijaksanaan akal dalam memberi komen, pendapat di media massa samada dalam bentuk yang bercetak atau dalam bentuk oral/verbal. AMK mesti di latih untuk tahu bagaimana menghadapi semua ini

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan masalah ph..tapi kerana azmin sekor..lebih sudu dpd kuah..buang azmin..settle problem..

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
Menyuloh TERANG..."musuh" Didlm LIPATAN
Menyuloh TERANG..."musuh" yg Ber SANDIWARA
Menyuloh TERANG..."musuh" yg Men JIJIKKAN
Menyuloh TERANG..."musuh" Bejat lg CILAKA
Yg Terang dan NYATA...Hoi! Setan BAJINGAN


Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
"musuh" Di LIPATAN...WAJIB Di Bongkar
"musuh" Di LIPATAN Lah...Yg Paling BAHAYA
"musuh" Di LIPATAN Lah...Yg Paling Sukar

DAN

Itu lah sbnr7 "musuh"...Yg "PERTAMA" Di CANTAS!
Wajib Di CANTAS..."Brutal" Dan PANTAS!!
Takde Dan TIADA Samaskali...Ehsan Dan BELAS!!!
Krn Merekalah "musuh" UTAMA...Rakyat Keliru dan LEMAS!!!!


Wahai Rafizi...Guan Eng Mat Sabu
TEGUH Lah Kamu...Jgn Sesekali KELIRU
Buat Lah KEPUTUSAN "Tuntas"...Kpd sbnr7"musuh" ITU
Jgn Lah lg KELIRU...Jgn Lah Lg "TOLOL" Menunggu2

Keputusan Yg PANTAS-Tuntas...Ter Sangat2 DiTunggu2
Keputusan PANTAS-Tuntas...Melenyapkan SAMAR-Jerebu
Keputusan PANTAS-Tuntas...Kan "SOLID" Melegakan KALBU
"musuh" Di LIPATAN Itu...Pasti GABRA Gelap-Buntu

DAN Percayalah Bhw Majoriti RAKYAT..."SOLID" Setia Dibelakang Keputusan Kamu Itu!


Wahai Rafizi...Guan Eng Mat Sabu
Adakah Kamu Juga TAKUT...Kehilangan "privilage" STATUS-Quo mu Itu!?






Zakitech Solutions berkata...

Kalau ada rakyat yang undi bn sebab menyampah dgn pkr, orang tu memang bodoh, layak disimbah dengan air longkang & diludah ramai2. Dlm objektif kita nk jatuhkan bn, mengundi bn bukan pilihan. Banyak cara lain. Yg bodoh je x boleh fikir.

Tanpa Nama berkata...

Pkr masih tiada pendirian...masih kluk klek sama mcm tuan adi...masing2 takut kalah dan nak jaga tembolok...jika yea pun, adakah lepas pru nanti sekali pun pas itu boleh dipercayai????

Tanpa Nama berkata...

Antara sebab utama kenapa PH nampak masih tidak padu dan terkial kial adalah kerana wujudnya hubungan songsang antara PKR dan PAS...mcm siallll....stop.

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurangnya dapat dedak. PKR menyampah.. UMNO pun menyampah.. dedak juga jadi pilihan.

Orang yang sangat keciwa akan buat apa pun. Dan ini lah cara UMNO memujuk bukan mengunakan menyampah itu untuk menghasut.

Masalah lagi teruk jika PH menang dengan persetujuan PAS untuk satu lawan satu.

Tanpa Nama berkata...

Itu boleh dibuat bukan dengan cara official.. se belum ini pun banyak pendedahan kesalahan rasuah pemimpin UMNO didedahkan oleh orang UMNO yang ada hubungan peribadi dengan pemimpin lain. Apa yang terjadi antara Najib dengan Zahid pun akan sampai juga kepada pemimpin PH.

Strategik yang paling utama sekarang untuk lawan UMNO ialah kukuhkan dan satu kan hati dalam PH.

Tanpa Nama berkata...

Punca PR terkubur ialah kerana PAS. Itu pun PKR nak lagi mempunyai hubungan dengan PAS seolah-olah yang salah ialah pemimpin AMANAH dan parti DAP.

Yang hampir menyebabkan Selangor dirampas oleh UMNO apabila PAS cuba mendapatkan majoriti tetapi di gagalkan oleh DUA ORANG ADUN PAS. Dua orang sahaja.

Kalau yang memberi sokongan pada PR pada ketika itu 5 atau 6 orang Adun PAS menasabah juga PKR berdegil meneruskan hubungan dengan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya kalau berpadu dgn pas ari ni, adakah lepas pru nanti pas itu boleh dipercayai perangai kluk klek dan uturnnya itu? Kukuhkanlah PH tanpa mengharap pas lagi selagi hadi awang yg jadi kepalanya....

azren berkata...

Tidak ada istilah khianat utk PKR sbb mereka berpolitik.hanya yg tidak pandai berpolitik dan obses terhadap satu parti saja yg akan kata kianat dgn apa yg dibuat oleh pkr.org pandai berpolitik akn makan keliling yg tak pandai akn tengok saje.tahniah pkr

Tanpa Nama berkata...

PRU 14, BERSATU + PAN + DAP, kita tumbangkan UMNO BN. Jgn toleh blkg lg... kipidap, dongibab