Zul Noordin dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.
Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.
“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.
“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.
Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.
Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.
Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.
Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.
“Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.
Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.
“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.
Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.
Ulasan GB
Lebih UMNO daripada orang UMNO sendiri.

6 ulasan:
Pandai sungguh zul mereng ni buat lawak pagi jumaat ni.... wakaka
Ini pun jenis katak jugak.Tak usah nak percaya sangat cakap katak.Perut katak dah kembung dengan duit UMNO.Bila perut dah kembung,pandailah buka temberang.
Semalam aku menghadiri ujian bertulis GDL/PSV. Soalannya lebih kurang begini:
A - Orang amanah masuk politik mahu berjuang untuk negara. Rahsia tersimpan kukuh.
B - Orang cerdik masuk politik mahu berjuang untuk rakyat dengan balasan mendapat upah. Rahsia terlondeh semua.
C - Orang nasionalis masuk politik biar berkecai tulang dari daging. Semuanya dapat.
D - Semua orang yang masuk politik itu betul-betul amanah dan cerdik.
Jawapannya dah bocor, tapi soalannya belum lagi !. Itu yang terkedu kami nak jawab.
Nordin,kareir politik katak mu akan berakhir kau sabar aje tuah2 pm najis buat projek tandas bergerak,kau tak payah merepek,semua org tahu siapa jembalang belakang kau..sabar ya mudah2an projek ini akan membina kantung kau yg dah tinggal sekotak mineral tu...itu lahle dulu aku kata jgn keluar PR kau tak dengar,skrang dah tinggal botak,paksa selindung kopiah,rezeki kau dikopiah tu org dah tahu...kesiannn..
YB Nordin ,
terimakasih diatas keprihatinan tuan menyukong UMNO/BN,aku ni ahli BN tapi kenapa kau buat pembohongan itu,PR telah mentertawakan kau dan ahli bn ,cara tuan buat malu je politik zaman sekarang dah tak main cerita mcm tu,betui buat menghempit diri,kau ni songkok je tinggi tapi banyak dosa,munafik pada rakyat sendiri lebih2 lagi pada UMNO/BN yg kau anggap keramat tu....sekarangni pembangkang dah semakin kuat,semua org tahu dan diakui ahli2 umno/bn,tua tak sedar lagi,ubah caralah dinnnn...
Bila Najib tersepit dengan hub hiburan dan bangunan menara warisan 100 tingkat maka Zulkifli akan digunakan untuk menyelamatkan keadaan.
Catat Ulasan