29 Okt 2010

Ng Yen Yen "Kena Gerudi" Oleh Ong Tee Keat

Ng "digerudi" oleh bekas bos dalam parti

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen, yang menerima kritikan kerana berbelanja mewah ketika melawat ke luar negeri, kini kembali mendapat tumpuan, kali ini "digerudi" oleh bosnya dalam MCA, Ong Tee Keat.

Dalam jawapan bertulis kepada Menteri Pelancongan, Ong (BN-Pandan) menyoal perincian lawatan rasmi Ng sejak beliau mengambil alih tugas daripada Azalina Othman Said pada 2009 dan apa kesannya yang beliau bawa kepada industri.

Menurut kementerian berkenaan, Ng membuat 16 lawatan rasmi, melibatkan 26 buah negara dan 61 bandaraya sehingga Oktober 2010. Secara keseluruhan, kesemua lawatan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.25 juta.

"Dan jumlah perbelanjaan lawatan beliau pada 2009 ialah RM1.67 juta dan RM1.58 juta di antara Januari hingga Oktober 2010," kata kementerian itu.

Walaupun melibatkan kos yang melambung tinggi, kementerian itu berkata usaha beliau untuk meletakkan kedudukan negara ini pada tangga ke 10 dalam "10 Tertinggi Negara Yang Dilawati" berbanding di tempat ke 11 pada 2008.

"Ini sesuatu yang membanggakan kerana Malaysia merupakan salah sebuah dari dua negara yang masuk dalam senarai tersebut," kata kementerian itu.

Minggu lalu, Ng mempertahankan dirinya dari kritikan mengenai lawatan rasminya dengan menyatakan usaha peribadi beliau pergi menemui para pelancong membawa kepada peningkatan jumlah ketibaan pelancong pada kos promosi yang lebih rendah.

Brosur Pavilion Expo di China memalukan

Serangan ke atas Ng tidak terhenti di situ saja apabila dua ahli parlimen pembangkang mendedahkan hari ini bahawa brosur yang mempromosi Pavilion Malaysia di Expo Shanghai 2010, telah menarik perhatian daripada para pelancong, tetapi dengan pandangan yang negatif.

Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen hari ini, Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata brosur dua muka surat itu diedarkan pada September lalu mengandungi beberapa kesilapan ejaan.

Mereka memberitahu perkataan yang mudah seperti "multicultural", "Taman Negara", "invite", "country", "development", "pavillion" dan "visitors" dieja dengan salah pada muka depan brosur itu. Sebaliknya perkataan-perkataan itu dieja dengan "nulticultural", "Taman Nerara", "incite", "ctry", "decelopment", "pacillion" and "visitous", yang telah mencemar imej negara pada mata dunia.

"Matlamat expo itu ialah untuk mempamer apa yang boleh disumbangkan oleh negara ini kepada ekonomi dunia. Malangnya tidak ada apa yang diperlihatkan oleh Pavilion Malaysia bagi tujuan ini," kata Loke.

Ulasan GB

Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet kerana telah memalukan negara akibat kecuaiannya mempastikan brochure yang diedarkan mengandungi kesilapan-kesilapan ejaan.

3 ulasan:

sudirumusibarat berkata...

Petikan 1

Hi Malaysian,
Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada kerajaan malaysia setingi tiggi terima kasih kerana mempromosikan rumah MINANGKABAU (asal dari Indonesia)… Read More
di World Expo China 2010 di tapak kepunyaan Malaysia.
Dengan itu saya turut berterima kasih kepada Dr Ng Yen Yen kerana mempromosikan budaya Indonesia(MINANGKABAU) di negara China .
Oleh yang demikian, Indonesia tidak akan membelanja dalam World Expo ini kerana Malaysia dengan sebesar hatinya menderma 19 juta untuk mempromosikan Indonesia pavilion.
Bah kata ….ini semua memanfaatkan seluruh asia
…design dari china, pelarasan dari Taiwan,dibina oleh China,dibayar oleh Malaysia dan manfaat kepada Indonesia.SYABAS MALAYSIA!
SYABAS INDOMAS!
Sekian terima kasih,
MINANGKABAU INDONESIA

“http://weechookeong.wordpress.com/2009/07/21/the-minister-of-tourism-why-venturepharm-asia-sdn-bhd-so-special/”

Petikan 2

Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.

“Dr. Maza mempersoalkan bagaimana Melayu dan Islam Malaysia tercicir daripada dipamerkan di pavilion Malaysia pada Expo Shanghai 2010, iaitu salah satu ekspo terbesar di dunia yang berlangsung baru-baru ini.”

“Beliau yang turut menghadiri ekspo tersebut atas tiket VVIP begitu kecewa apabila perihal orang Melayu, iaitu kaum terbesar menghuni Malaysia dan agama Islam yang juga agama rasmi Malaysia tidak dipaparkan di pavilion Malaysia di ekspo tersebut. Sebaliknya ia lebih mengutamakan bangunan gereja, seni budaya Hindu dan keturunan peranakan Cina (baba-nyonya).”

Maka bagi saya, ketidak tonjolan Islam sebagai sebuah agama besar di Malaysia, amatlah tidak adil kepada penduduk majoriti sebuah negara bernama Malaysia. Jika tidak banyak, sedikit pun tetap perlu dinyatakan.
“Saya rasa kita patut berbangga dengan keindahan Bandar Putrajaya. Di sudut seni bina dan keindahan, ia adalah salah satu kejayaan. Patut ditonjolkan kepada dunia. Demikian juga binaan-binaan canggih lain dalam negara kita “

“ Lebih mengejutkan, gambar pusat perjudian dan peranginan Genting terpapar di sana. Sebagai seorang muslim, saya tentu rasa rendah diri jika saya ditanya oleh pelawat asing mengenai hal perjudian itu kepada saya. Memang kita tidak nafikan ia wujud, dan saya sebagai muslim tidak pernah meredhai perkara itu. Tetapi, untuk tatapan dunia, tidakkah kita mempunyai banyak pilihan yang lain. Saya makin bingung dengan konsep 1 Malaysia ini!”

http://drmaza.com/home/?p=1230

(Oleh itu bolehkah kita berbangga .Berbaloikah dengan wang rakyat yang dihabiskan sedangkan Malaysia Kehilangan Diri?)

Awanama berkata...

berapa pula najib dan rosmah belanja keluar negara?

Awanama berkata...

sudirumusibarat

- maka saudara sendiri sedar bagaimana perasaan KAUM MAJORITI SABAH n SARAWAK namun di perkecilkan OLEH MELAYU yg boleh diibaratkan mengaku MALAYSIA ini kepunyaan MELAYU semata-mata....

- maka oleh itu, ambil lah yang positif dan bermuhasabah dirilah... disebabkan kita semalaysia maka ertinya MALAYSIA ini BUKAN HANYA DIDIAMI oleh MELAYU sahaja....

sekian...
Borneo man