13 Nov 2014

Fahmi: Biasiswa Adalah Wang Rakyat, Bukan Milik JPA Atau Umno


Pemimpin mahasiswa, Fahmi Zainol mempersoalkan cadangan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa yang diterimanya.

Menurutnya, biasisiwa yang diperolehnya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti Umno.

“Sekarang saya lihat kerajaan syok sendiri. Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut.

“Saya tak hina kerajaan malah itu adalah fakta. Saya juga cerita ranking rasuah negara ini paling tinggi dan itu juga fakta, kenapa kerajaan rasa terancam kalau tak betul,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya ekoran menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu.

JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan beliau sebagai Ketua mahasiswa yang dilantik berperanan untuk mengkritik perbuatan salah kerajaan.

“Saya rasa bersalah kalau saya tak buat kerja. Saya dilantik oleh mereka yang mengundi saya, mereka mengharapkan saya untuk menentang kezaliman, saya mempunyai peranan yang besar jadi saya rasa ketika saya ada kuasa ini saya perlu jalankan tugas saya dengan sebaik mungkin.

“Saya akan disoal di akhirat nanti, ini masa saya untuk melakukan apa yang telah diamanahkan oleh mereka yang mempercayai perjuangan saya,” jelasnya. -KD

Pas jangka kutip derma biaya Fahmi

SHAH ALAM - Satu kutipan derma akan dilancarkan di seluruh negara jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menarik balik tajaan pendidikan aktivis pelajar Fahmi Zainol yang didapati terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pengutipan derma tersebut akan dilancarkan demi membantu Fahmi yang merupakan pelajar di universiti berkenaan bagi meneruskan pengajiannya di pusat pengajian itu.

“Ini inisiatif Pemuda Pas untuk membantu dia (Fahmi). Setakat ini kami masih tidak bincang dengan rakan PR yang lain. Tetapi mereka (biasanya) ada usaha dan cara mereka tersendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Aktivis Fahmi Zainol, kini berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Menerusi laporan berita sebuah portal semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum menghubungi pihak JPA bagi membincangkan status biasiswa pengajian Fahmi.

“Ini masih diperingkat perancangan kami. Kita tunggu dulu apa keputusan JPA, selepas itu baru kita buat bincang dan buat keputusan,” jelasnya
-SH




IMBAS KEMBALI




38 ulasan:

otaklunyai berkata...

Ada org yg baru dapat jawatan dah mula komen isu penarikan biasiswa Fahmi... dgn membuat perbandingan yg kurang cerdik. beliau bandingkan perbuatan telanjang di khalayak ramai dgn isu kebebasan bersuara dan hak mahasiswa beraktiviti. Perbuatan telanjang di khalayak ramai itu adalah melanggar bukan hak kebebasan tapi dah melanggar hukum fitrah manusia dan semua org yg waras tidak akan bersetuju menterjemahkan itu sebagai kebebasan...

Itu lah jadinya bila dah masuk kelompok taghut... ilmu yg ada pun tolak ketepi... mapu...ampu..ampu... bak kata sdr. hisamuddin YA AMPUUUNNNNNN...

Unknown berkata...

Bodoh betul kau ni...sebagai rakyat aku tak bagi kau biasiswa ..walaupun seposen..apa kau nak cakap..belajar bagi habis dulu..duit yg kau dapat sebagai biasiswa tu bukan duit kau..kena bayar balik ..jng jadi org mabuk..segala cukai yg dikutip oleh sipemerintah adalah hak sipemerintah..dan hak rakyat yg wajib dituntut pada sipemerintah.. dilindungi keselamatan jiwa harta dan keturunannya..keperluan asasnya (menuntut ilmu..peluang ekonomi..jaringan sosial..keperluan beragama..dll)..frasa "kuasa rakyat..harta rakyat" "student power". dll..adalah tipu daya golongan atasan yg berebutkan kuasa pemerintahan..digunakan oleh golongan yg berfahaman komunis..di seluruh dunia..tahukan kamu getirnya bumi melayu ini..telah berpakat antara puak khawarij PAS ..puak fahaman komunis PKR ..dan golongan bersifat kafir harbi DAP..dan hampir berjaya kawanan serigala ini membaham pada golongan yg sombong dan jahil...khawarij PAS membawakan kamu jualbeli qalam Allahswt (alquran)..puak komunis PKR ..membawakan kamu fahaman " kuasa rakyat".. dlm semua urusan..sedang menurut syariat para pemimpin adalah golongan yg terlebih dahulu dicampak ke neraka atau syurga ..kerana mulianya kedudukan mereka bersebabkan( kelebihan ilmunya) ..dan kafir harbi DAP..tidak mahu ketinggalan membawakan keadaan "samarata" tanpa batas( hakikatnya mereka bermaksud menguasai kuasa pemerintahan demi survival bangsanya)..aku tau siempunya blog tak mampu untuk menyiarkan apa yg ingin disampaikan tetapi sekurang2nya ia terpaksa membacanya terlebih dahulu..semoga ia mampu bermuhasabah dan menyedari betapa PR merupakan kecelakaan yg besar kepada bangsa melayu..tatkala ada yg merasakan ia telah berjaya menghinakan @merendahkan islam atau merasa agama ini telah dihina ketahuilah islam telah sempurna dan dilindungi oleh Allahswt..sehingga agama ini diangkat sebagai tanda telah tiba hari pembalasan..sesungguhnya mereka (musuh islam) hanya dibuai tipu dayanya sendiri..ingatlah siempunya blog.. semoga berjaya

Tanpa Nama berkata...

Bila org bodoh mengomen...pandai sebut khawarij...klu ditanya khawarij tu apa..kompom tak blh jawab..

Tanpa Nama berkata...

Mmg LA betul.kalau gitu Tak payah pilihanraya

Tanpa Nama berkata...

Yang di maksudkan hak rakyat ialah jangan sesuka hati menarik balik biasiswa Kerana biasiswa diberi kepada anak muda (rakyat jugak tu) yang perlukan bantuam kerana memcapai tahap akedamik yang bagus di samping nilai tambahan seperti memiliki sifat kepimpinan dan bakat

Mana mungkin masuk kepala otak kita bila sialfol yang drop boleh terus memohon biasiswa dari Najin PERDANA MENTERI MALAYSIA

UM tak rugi sesen pun sebab duit tersebut kena dibayar balik lain lah ianya di beri secara percuma seperti pinjaman kepada Lembu Lembu NFC

Dalam membenci kepada Komunis Kerajaan UMNO BN lah di angkat oleh parti Komunis dan kerana hubungan baik tersebutlah sampai hilang pesawat di laut china selatan

Suara Mahasiswa membela melayu Kg Cubadak tidak di beri perhatian yang serious oleh UMNO sendiri Kerana UMNO lebih sayangkan taukeh taukeh cina

Hujah yang berkenaan sama dengan hujah bontot sialfol !

Terima kasih GB kerana menyiarkan komen sebelas:kosongtiga am

Anti Fitnah berkata...

Unknown 11.03. Kesian dok tengok hang seekoq ni. Hang kalau nak tulis, pakai otak dalam kepala di atas bahu dan bukan dengan otak yang dok di kepala lutut. Hang bukan sedaq yang hang bukan saja memalukan Melayu dengan hujah hang yang kualitinya "rendah" atau "low class". Awat hang beriya sangat nak tunjukkan yang orang Melayu ni bodoh-bodoh belaka? Berhujah dengan fakta yang bernas la. Malu Melayu saja.
Kalau hang sayang Melayu sangat, hang cadanglah pada UMNO supaya depa tu mendirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU agar hang bila mati boleh disimpan kat sana. Inilah sifat bodoh sombong yang sukan ditunjukkan oleh Melayu UMNO ni.
Ingat, duit kerajaan Malaysia bukan duit mak bapa hangpa. Duit kerajaan dengan duit mak bapa pun tak boleh kenal, ini ada hati nak cakap pasal khawarij la, student power la, .... Entahlah ... bila Melayu nak jadi cerdik? Jgn dok marah orang Cina atau len-len, depa lebih cerdik daripada kita sebab depa tahu pemimpin mana depa nak pilih. Bukannya bodoh macam kita.
Islam untuk KEADILAN bukan untuk Melayu sahaja.

asal bukan umno berkata...

Sendiri tulis sendiri masuk dlm bakul.. kak jat byk duit lembu .. buat 11.03 bayar tnet

Tanpa Nama berkata...

apelah nak tarik2 biasiswa si fahmi ni...daripada habis duit untuk bayar kes jubo saiful..baiklah bg org yg menuntut ilmu..siapalah suruh bayar si shafee tu pakai duit rakyat

Tanpa Nama berkata...

ramainya badigol kat sini. apa pasal nak kaitkan saifullah, shafieelah dan segala bagai yang tak berkaitan. JPA adalah pemegang amanah. tujuan biasiswa adalah untuk keperluan menuntut ilmu. menjadi presiden PMUM bukan ada dalam sukatan, melainkan untuk mengasah bakat menjadi pemimpin. maka ianya tiada kaitan dengan biasiswa. penglibatan mahasiswa dengan sesuatu organisasi, ngo dan persatuan di luar sukatan bukan di bawah tanggungan JPA. merujuk kepada kegiatan fahmi, kemana dominasi masa dan tenaga digunakan? adakah kepada bidang akademik atau organisasi bukan akademik? sendiri boleh nilai sebenarnya, namun sebab sentimen politik yang menebal, kebenaran akan dilempar ke belakang. yang benar adalah sentimen sendiri! yang aku tka faham, jika orang yang tak berhenti2 menghina saiful cubalah fikir sejenak. sekejap sahaja berfikir. saiful telahpun bersumpah laknat, jika saiful berbohong sudah tentu dia akan dimakan sumpah. anwar ada melakukan sumpah yang sama? jika anwar mempertikaikan bahawa dna 'lelaki y' bukan dna dia, kenapa tak buat ujian di luar negara bagi membuktikan dna 'lelaki y' tidak sama dengan dna dia. kalau buat dalam negara nanti ada yang suka2 tukar pulak, ye tak. masa bicara, anwar tak mahu memberi keterangan secara bersumpah dan tak mahu pendakwa menyoalnya. anwar juga sudah menyediakan berbelas2 saksi alibi, namun satupun tidak dipanggil untuk memberi keterangan. maaf, tersasul cerita anwar pulak dah. sori...sori..hehehe

BaDiN berkata...

sudah tidak sesuai lagi disebut duit rakyat sebab dia kurang memberi kesan kpd sanubari rakyat,Lebih baik disebut DUIT PEMBAYAR CUKAI.Dtg dari poket rakyat,penat lelah rakyat,jerit perih tulang empat kerat rakyat mencarinya dgn titik peluh kemudian pemerintah mengutip cukai.kalau cukai tidak dikutip mustahil kerajaan boleh mentadbir negara ini.Negara2 maju memanggilnya Wang Pembayar Cukai dan kerajaan diberi amanah mentadbirnya dgn sebaik mungkin.Jgn sesekali Wang tersebut dipolitikkan kerana yg berhak harus diberikan.dari rakyat kpd rakyat tanpa mengira fahaman politik,agama,bangsa dan non partisan.Kerana umnolah menyebabkan segala hasil mahsul negara haru biru.segala teguran oleh Audit Negara dipandang enteng,rakyat merdeka seharusnya memiliki sifat bertanggungjwab dan berkewajipan menegur kerajaan tanpa rasa takut dan gentar.Syabas saudara Fahmi berani kerana benar.

Unknown berkata...

Maka bertempik juga golongan yg sombong dan jahil tatkala diperlihatkan pada mereka akan sifat sombong ..jahil..kufur nikmat..yg tertanam jauh di lubuk hati mereka..fahamilah terlebih dahulu apa yg aku cuba sampaikan..karl max..stalin..lenin..moe zhe dong..kim jong dong..adalah nama besar dlm komunis yg berjaya menjadi pemerintah dengan membawakan fahaman "people power" ..yakni pemimpin duduknya dibawah golongan yg dipimpin..nauzubillahiminzalik..tetapi hakikatnya para pemimpin tarafnya lebih mulia dari golongan yg dipimpin..lihatlah kamu wahai manusia yg sombong..fahaman ini hanyalah salah satu cara untuk berkuasa..adapun PAS itu menyerap sifat puak khawarij..kerana khawarij bukan merujuk pada sesuatu kaum..walaupun ia banyak dari kalangan arab badwi ..pada mulanya...mereka sempat membunuh khalifah ustman r.a dan khalifah ali r.a kemudian membina sistem kerajaan sendiri..dan memerangi..memfitnah..mengkafir..pada sesiapa yg membantah pada mereka ..Baginda saw sempat menahan khalid al walid dari membunuh seorang lelaki yg mencelanya supaya berlaku adil dlm pemberian kerana lelaki itu berasa ia lebih layak kerana banyaknya amalan yg dilakukan..bersabda baginda saw..dari keturunan lelaki ini akan muncul golongan yg banyak amalannya tetapi tidak lepas dari halkumnya sebagaimana tidak lepasnya anak panah dari busurnya ..inilah permulaan khawarij..bukankah PAS sangat yakin puaknya yg paling banyak amalan ?..adapun DAP merupakan golongan non muslim yg masih berkhiblatkan negara asalnya (china)..kerana itulah ia menuntut sifat samarata tanpa batas..kerana terdapat keuntungan yg melanggar hak bangsa melayu sebagai pemilik@kaum yg dirahmati dan diamanahkan Allahswt secebis tanah yg digelar tanah melayu..inilah sebabnya DAP itu jatuh kepada non muslim yg bersifat kafir harbi..apakah bangsa melayuku ini bernadikan assobiah jika ia menyatakan dan mempertahankan secara jelas dan nyata akan hak yg berhak keatas tanah ini..sebagai memenuhi amanah Allahswt terhadap bangsa melayu..inilah fahamanku..tidak sedikitpun aku memaksakan kamu supaya menurutku

bat8 berkata...

Anon 1:29

Cerita liwat 2 tak ada kaitan dengan N3 kali ini. N3 pasal liwat 2 masih ada. Dimana sdra semasa N3 ters3but dibahaskan dulu. Ini cerita tertinggal keretapi atau masih tak puashati dan tak sabar menunggu keputusan mahkamah.

Lagipun isu mengapa Anwar tak buat sumpah laknat, mengapa Anwar tak buat ujian DNA s3ndiri di luar negara, sudah dibahas paniang lebar semasa N3 liwat 2 dibincang. Hujah sdra mengenai kedua diatas adalah ulasan basi yang dah disebut dan dibincang dipelbagai blog semasa perbicaraan di mahkamah federal sedang berjalan tempohari. DIMANA SDRA?

Kom3n sdra sebenarnya mengenai isu liwat 2 yang sudah dibincang bukan hendak memberi komen tajuk s3karang. Ia hanya menunjukkan sikap tak puashati sdra kepada perbicaraan tersebut. Kalau itu motif sdra...apasal sdra tak je ganti Shafee sebagai pendakwa tempohari memandangkan sdra lebih hebat drp shafee. Shafee ada ijazah sarjana undang2. Agaknya sdra lagi tinggi kelulusan dari shafee kot?

Tanpa Nama berkata...

Pelajar yang ada potensi untuk jadi pemimpin negara lu cuba sekat disana - sini, pelajar yang bakal jadi perompak negara lu beri bantuan di sana sini.

JANGAN MENYESAL NANTI PELAJAR YANG BAKAL JADI MEROMPAK AKAN MEROMPAK LU NANTI DI MASA AKAN DATANG SEKALIGUS MENGKHIANAT LU HANYA KERANA HARTA YANG BANYAK. PERCAYALAH.

asal bukan umno berkata...

Mamat khawarij berhujah.. belajar kat tok guru mna nii..

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:43 PM kalau nafsu dah berumno di hati tukar lah apa nama pun dari duit rakyat ke duit pembayar cukai sekali tak memberi apa apa kesan kepada ummo

Duit dalam tabung amanah pun boleh buat macam mak bapak punya sampai duit atas nama zakat pun boleh suka hati dia orang guna

Bila raya ada peruntukkan duit untuk anak yatim dan miskin sebanyak RM 200 Bila buka envelop hanya RM 150 yang RM 50 katanya kemudian datang jumpa dia Ini bukan 'nama' seperti yang kita bincang di sini dah sah sah tu anak yatim dan miskin

Kalau mereka amanah mereka tak tarik biasiswa Fahmi dan mereka sedar duit tersebut duit dari pembayar cukai

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:29 PM

menjadi presiden PMUM bukan ada dalam sukatan, melainkan untuk mengasah bakat menjadi pemimpin. maka ianya tiada kaitan dengan biasiswa. penglibatan mahasiswa dengan sesuatu organisasi, ngo dan persatuan di luar sukatan bukan di bawah tanggungan JPA.

adakah kepada bidang akademik atau organisasi bukan akademik?

Komen Balas

JPA nak tarik balik atas kapasiti Fahmi sebagai Presiden Mahasiswa Kalau biasiswa tak ada kena mengena dengan kegiatan PMUM apa alasan JPA nak tarik biasiswa Fahmi
Terang terang kerana Fahmi bawa Anwar masuk UM kenapa pulak UM tak benarkan PMUM menjemput Anwar masuk UM Kalau ceramah Anwar menghasut Polis boleh ambil tindakan ke atas Amwar

Jelas UM dan JPA tidak amanah kerana apa yang Fahmi buat tidak ada kena mengena langsung dengan hal hal akademik yang menjadi keutamaam UM dan JPA

Samada Fahmi tumpu pada akedamik atau tidak bergantung pada keputusan semester dia Tarik lah kalau keputusan dia tidak memuaskan dan beri pada majasiswa yang mendapat keputusan yang baik

Anwar semasa mahasiswa telah bertindak membela penduduk Baling Dan nilai kan lah Anwar sekarang Kerana itu UMNO takut pada Anwar yang boleh membangkitkan kesedaran Mahasiswa

Tanpa Nama berkata...

Bodoh betui 2.25...itu takrifan khawarij pd dia...mana ke dia belajor..saper ke gurunya..ke main taram ikut suka jer..klu tak tau baik belajor...nnt org tau kita ni jahil...baca balik sirah ...zaman nabi hidup mana ada khawarij...

Tanpa Nama berkata...

klu gitu kerajaan sipemerintah ni dh mcm gangstar la ye? kutip wang perlindungan, pas 2 ikut sesedap hati nk bg perlindungan @ x.. klu memberontak kena gertak, xmkn gertak, henyak selagi mau.., ok tq 11.03 sbb bg pencerahan.. HIDUP UMNGOK!! HIDUP PEMERINTAH JAHANAM!!!

abu berkata...

2.25 karang ayat ikut buku.. dah tu tambah tambah khawarij..m ulasan ikut sedap mulut.. guna hukum akal.. kalau bercampur dgn org surau tak jadi mcm ni.. Kawan kasim ahmad mungkin

Unknown berkata...

terpulang padamu...fahaman khawarij terlebih dahulu muncul sebelum munculnya syiah..benar aku wajib belajar.. kerana itulah aku tidak memaksakan kamu supaya menurut...kamu punya akal bukan ?...

Tanpa Nama berkata...

Lanntaakk ngko la unknown ooiii...org tegur ngko x nak dengor...1+1=5 tau tak?? Tak caye?? Terpulang padamu..kamu punya akal bukan??? Kah..kah..kah..kah..

Unknown berkata...

adapun bukan soal aku yg kamu wajib ambil berat soalnya segala sifat para pemimpin kamu yg kamu wajib pertimbangkan ...benarkah segala apa yg mereka dakwa kepada sipemerintah..ingatlah jng kamu membuang akalmu kerana taasub kepada mereka ...padaku mereka hanya mengajarkan kamu supaya bersifat kufur pada nikmat yg masih tinggal buat kamu ..dengan membuatkan kamu sibuk bertempik pada nikmat yg telah terlepas dari kamu...mereka juga mengajarkan kamu supaya berkhianat..mengadu domba..berprasangka buruk..mendoakan azab pada sipemerintah ,.menyemai fahaman yg melampaui batas..mengajarkan juga kepada kamu dengan segala macam gelar yg buruk lagi aib..akhirnya mempersoalkan akidah pada sesiapa yg membantah kepada puak kamu..satu soalanku ..siapakah diantara kalian yg mampu berkata apa yg aku tuliskan ini adalah fitnah kepada para pemimpin kamu ? tak lupa juga siapakah ketua pada gabungan 3puak ini yg mengaku sedang bertahaluf siayi ?

Tanpa Nama berkata...

Unknown

Ur long rotheric but short on substance and facts of wat ur saying.

Just dont bare ur shallowness to all to seem. Keep some when u need it.

Tanpa Nama berkata...

Anda telah membuktikan yg anda mmg macai tegar..tahniah unknown...lps ni blh la cium tgn kak mah...

Tanpa Nama berkata...

anon 11:04 AM melalut lalut dah suruh pulak orang kata dia fitnah Dia sendiri sepatutnya tahu yang dia buat fitnah Dan bila orang balas kōmen (pendapat) dia dah cabar orang kata yang dia fitnah Dia baca dan dia tulis balik Tambah khawarij dan dia mati mati dia ingat tu lah fahaman dia Sedang kan dia sebenarnya tak faham

Macamana dia kata orang taksub Kalau taksub macamama ramai yang benci kan UMNO Senang senang dia kata khianat ngadu domba sehingga gelaran buruk Kalau pun kata orang taksub orang tu berakal Yang dalam UMNO taksub sampai dah tak berakal Disini di beri contoh Bekas MB Sgor

Ni pasal mempersoalkan akidah dan pulak dia tahu ke tak pasal PASMA tak ada pulak dengar kata terpesung akidah Ingat di sini dia gunakan perkataan 'membantah'

Rupa rupa nya seseorang yang ingin kan perubahan demi kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik ada lah orang bersifat kufur Pendekata berhûtang berbillion billion itu nikmat

Unknown berkata...

Para pmimpin kamu..melakukan pelbagai usaha untuk "perubahan" ..turun dijalanan..menyertai setiap PRU ..membawakan segala macam khabar pada "kemungkaran" yg diperbuat siperintah yg ada sebahagiannya terbukti bersifat fitnah dan prasangka buruk.. Sangat kreatif memberi segala macam gelaran yg aib lagi buruk ..ditambah dengan doa yg jelik..seolah kamu benar2 tersiksa rohani dan jasmani ..sehingga ditahap ada dari kalangan kamu yg "bertanya apa kebaikan sipemerintah kepada bangsa melayu dan apa syariat islam yg telah dilaksanakan"..alangkah peliknya sifat kamu...ada juga yg sanggup dipenjara..dibuang dari pusat pengajian..berpanas@ berhujan..berguling dijalanan.. ada juga yg mengibarkan bendera palestin...sebagai simbolik keadaan kamu sama dengan mereka..ironinya kamu tidak pernah bimbang akan keselamatan nyawa kamu dan keturunan tidak risau juga pada segala harta warisan kamu..lebih malang masih mampu mencongak dan merancang masa hadapan walaupun ditakdirkan kamu masih dibawah pemerintahan yg kamu sangat bencikan itu....inilah antara sebab " perubahan" yg kamu usahakan menyebabkan kamu itu masuk kedalam golongan yg kufur nikmat ..boleh faham tak saudaraku sekalian

Unknown berkata...

Mungkin juga aku melampaui batas pada apa yg aku ingin sampaikan...maka dengan itu aku minta maaf seadanya...niatku hanyalah supaya kita dikurniakan kepimpinan yg lebih menurut pada syariat islam..tanpa bersyaratkan ia mestilah dari PAS atau dari UMNO..tetapi ketahui juga jln yg ditempa oleh kepimpinan PAS diracuni oleh sebahagian dari sifat puak khawarij...tatkala kita sebagai umat melayu yg beragama islam jatuh kedalam sifat khawarij dan kufur nikmat..maka kita didampingi oleh golongan non muslim yg bersifat kafir harbi..sejahat2 UMNO..masih lagi ia berakidahkan islam dan kekal ia sampai kiamat berbangsa melayu ..ingatlah kita tidak hidup mendongak langit selamanya..jng kita menyemai sifat jelik ini kepada anak cucu..kerana pastilah mereka akan berbunuhan sesama mereka kelak..hentikan celaan kepada pemerintah..sebaliknya doakanlah seketul hati setiap para pemimpin kembali menurut pada syariat islam..PAS tidak benar semua dan UMNO tidak mungkin salah dlm setiap urusan..pada siempunya blog jng kamu menjadi batu neraka ..sebaliknya jadilah permata syurga ..ingatlah kita sedang menempa kecelakaan yg besar buat anak cucu kita dengan sifat permusuhan ...aku bukan macai UMNO..bukan juga tunggangan PAS..aku menurut pada ilmu yg ada padaku..aku juga bukan UG..frasa "ABU" jelas menunjukan sifat kufur ...asalamualaikum .the end

Tanpa Nama berkata...

Sudah la unknown...makin bnyk ko bercakap makin nmpk kejahilan ko...klu ngko anggap tanah reserve melayu yg hilang,penipuan yg kata minyak takkan naik harga,cukai gst yg mengarut,skandal penyelewengan pkfz,perwaja kerugian mas dan lain2 tu antara sebahagian dari nikmat dan kemudahan yg diberi oleh k,jaan..terpulanglah pd ngko...yg penting kami tak nak jd org bangang...

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:57 PM

Skg dia cakap pulak sejahat jahat umno Tu satu dia ngaku jugak UMNO jahat sejahat jahat nya Dan satu lagi kekal ia sampai khiamat berbangsa melayu Hello alam kubur tu dah beratus ratus tahun nak tunggu kiamat Dan kiamat pulak tak terkira lama nya Kalau khiamat sebagai bangsa melayu maka tak berkesudahan lah perjalanan kamu di hari kiamat

Yang pada dia bukan nya ilmu Kalau ilmu cucu cicit dia tak akan berbunuhan dan yang dia kata membunuh ni ialah khawarij Sekarang dia lah khawarij

Berbelanja sampai tahap hutang hingga negara boleh tergadai menurut syariat Islam ke Ilmu dia ilmu sesat sah sah ni

Dah cukup kita doakan untuk pemimpin pemerintah tapi bila dia suruh kita makan kangkong jadi sia sia doa kita Patutkah orang yang kita doakan saran kan kita makan kangkong Giler ke apa dia ni ?

Ada masa masa nya kita tertulis sesuatu yang tidak kita sendiri maksudkan dan macamana tiba tiba yang kita tuliskan itu datang dalam fikiran kita. Dari mama datang nya ? Dan kenapa di datangkan nya pada kita ?

Apalagi apa yang kita katakan terkena balik pada kita

Dia memilih kepimpinan yang menurut syariat Islam Dia kata UMNO berakidah Islam dan dia jugak yang minta doakan pemimpin kembali pada syariat Islam

Dia kata kita sedang menempa kecelakaan yang besar Kecelakaan apa yang lebih besar dari hutang lebih banyak dari hasil pendapatan Hutang yang akan diwarisi oleh cucu kita Hutang yang membuat cucu kita dipandang sebagai warga bangsat oleh negara negara maju

"ABU" jelas menunjukan sifat kufur? Kufur pada siapa ?

Biarlah jadi batu neraka sebab memang hakikat nya panas dari jadi dia (8:57 PM) yang kepanasan kerana batu neraka

THIS IS ME
THIS IS ALL ME

Unknown berkata...

Ya Allah ...dipujuk pun tak mau...jika kamu lahir sebagai islam belum tentu kamu mati sebagai islam..tetapi jika kamu lahir sebagai melayu matinya kamu pasti sebagi melayu...apakah k tidak terdapatnya pahala tatkala kamu memelihara hak yg berhak keatas bangsamu?..ketahuilah urusan ini termasuk dlm urusan fardhu kifayah.".Asal bukan UMNO"..apakata jika puakmu masih gagal menjadi pemerintah ..kamu boleh menerima hatta binatang menjadi pemerintah kepada kamu?...nauzubillahhiminzalik..kekal lah kamu dengan sifat sombong dan jahil kamu ..aku pun bukan baik sangat ..

Unknown berkata...

sedikitpun aku tidak merujuk segala macam kemungkaran..penyelewengan..rasuah..ketirisan sebagai nikmat...bagaimana pula pada segala macam nikmat yg kamu perolehi tatkala hampir semua hakmu dlm urusan( fardhu kifayah dan fardhu ain) sebagai golongan yg diperintah yg telah ditunaikan..inilah sandaranku supaya kamu bersyukur..jng sibuk pada hakmu sebagai rakyat tetapi berkhianat pada hak sipemerintah yg wajib kamu tunaikan..cth kecil adakah seorang anak yg ditunaikan haknya sebagai anak ..tidak wajib mendoakan kedua orang tuanya ..apakah lebih mulia untuknya berpegang pada segala kemungkaran org tuanya sebagai sandaran untuk menolak ..atau sekadar berpaut pada ungkapan " apa yg kamu tunaikan adalah hak ku sebagai anak" dan syukurku hanya pada Allahswt..ambil maklum tidak bersyukur seseorang pada Allahswt atas segala nikmat yg ia perolehi sebelum ia bersyukur sesama mereka..yakni dengan mendoakan kebaikan ..pengampunan..serta ucapan yg baik lagi berkah..kerana fitrahnya alam ini dijadikan berjalan buruk atau baik bergantung pada setiap apa yg hidup dan apa yg ada didlmnya..tidak boleh kamu memperoleh sesuatu atas usahamu semata2 (secara tunggal) ..fahamilah hakikat..jika kamu berani mencela ..mendoakan azab..mengapa sangat keras hatimu mendoakan kebaikan dan ucapan yg baik...aku tertanya juga andai kamu hidup sebagai minoriti dan beragama islam di negara non muslim ..adakah lagi celaan dan doa azab yg lebih tajam dan keras untuk kamu kalungkan pada mereka..? cukuplah ..tinggallah kamu dengan sifat jelik ini..aku takut ..nanti aku pun tersampuk macam kamu dlm mempertahankan sipemerintah..pendek kata sama2lah kita bermuhasabah ..jgn pula kita menjadi musuh kalau tidak boleh berkawan ok ..sahabat

Husaini Ayu berkata...

Ya allah..kau bagi la hidayah pd si unknown ni...bg la dia melihat masaalah negara ni dr kacamata yg sebnrnya...kau pelihara lah dia dr berkata2 yg blh menampakkan kebodohannya...gerakkanlah hatinya supaya berkeinginan menuntut ilmu agar dia tidak lg berpihak pd pihak yg tidak sepatutnya...amiiinnn...

bat8 berkata...

Husaini

Dia memang tahu masaalah negara. Dia j7ga xde hujah untuk mempertahankannya. Ini satu teknik saikologi untuk mengelak pembongkaran demi pembongkaran dibuat dengan mengalih ketopik merapu. Kedua, tektik ini adalah untuk buat orang menyampah untuk mengunjungi blog ini.

Jadi macamana nak handle mamat seperti ini? Ban kan sahaja! Admin ada IP dia jika dia menyamar guna ID lain.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih GB kerana memberi ruang walaupun komen komen kita berdua ni benar benar lari dari tajuk

Wahai Anon yang empunya komen 11:03 AM 2:25 PM 5:39 PM 8:57 PM 9:34 AM 10:05 AM

Dah bagi asalammuailaikum .the end Masih tak berambus lagi HaHaHa!

Itu lah fitrah manusia mengikut hasil pembawaan masing dari perjalanan hidup ini dan pandangan nya mana yang lebih baik Bukan nya mana yang betul dan mana yang salah Jadi mengapa disekat Mahasiswa bersuara Dia sendiri tidak dapat menahan diri dari memberi komen dan besuara walaupun dah ucap kan salam dan the end

Anon 9:34 AM ini bukan tempat pujuk memujuk Sentimental jugak dia rupa nya ya hihihi

Kita yang berpegang pada khalimah syahadah tetap mati sebagai Islam selagi kita tidak menduakanNya Zalim macam mana pun lah Sejahat jahat macam 'siapaa' pun tetap mati sebagai orang Islam Makan lah rasuah berjuta juta tetap mati sebagai orang Islam Tak silap ada komen minta buat kubur untuk orang melayu sebab yang kita nampak mana mana pun perkuburan orang Islam Mana ada perkuburan orang melayu Pakai kain kapan pun semua nya sama tak ada pulak yang nak bersamping dan berkeris kontot

Dalam memelihara hak yang berhak hendak lah berlandaskan kepada keadilan Memelihara hak bangsa lain pun mendapat pahala selagi hak tersebut tidak bertentangan dengan Islam Seperti membenarkan pengunaan khalimah dalam gereja yang di hebuhkan walaupun dilarang dalam penerbitan

Sudah tentu lah sebagai manusia kejadian kita lebih baik dari binatang Adam sampai di bumi dia lah satu satu nya manusia Tidak pulak masa itu ada kerajaan Lembu

Dan sekarang Anon punya komen 10:05 AM Setiap orang tidak sempurna dan kerana hakikat ini lah kita ingin kan perubahan dalam hidup Dalam mana mana segi pun berlaku perubahan pada kita kerana yang kekal hanya Tuhan yang Maha Kekal Dia tak perlukan perubahan Tapi manusia perlukan perubahan untuk kesempurnaan

Kita gunakan mesjid dan sekolah Perlu kah kita berterima kasih Sebab dengan mengunakannya itulah tanda kita berterima kasih

Katakan kita di jamu oleh dia yang bersusah payah menyediakan makanan untuk kita cukup kah sekadar saya ucapkan terima kasih tanpa menjamah makanan ?

Pemerintah jangan lah megharapkan sangat terima kasih dari kita dan jangan lah memaksa terima kasih itu di terjemahkan dengan undi Sebab manusia perlukan perubahan kerana kehidupan manusia ini menuju kepada kesempurnaan Di Jepun pemimpin letak jawatan kerana rasa tanggung jawab untuk mencapai kesempurnaan hidup

Kalau Kerajaan tidak buat perubahan seperti yang di tuntut oleh kita maka kita patut ubah kerajaan Apalagi yang nak kita terima kasihkan amat sedikit

Contoh si anak dengan si ayah kita pun se orang ayah jika terjadi macam tu ke atas diri kita maka kita salah kan diri kita bukan salahkan si anak
Dan ketika itu tak guna pun kita paksa si anak mengenangkan jasa kita Masakan tanamnya lalang yang dituai padi

Di negara non muslim pun jika pemimpin tidak adil terlibat rasuah naikkan minyak sesuka hati adakah mereka yang muslim yang minoriti dan non muslim nya berterima kasih pada pemimpin tersebut

Tanpa Nama berkata...

Dan patut awal di atas dia kata 'aku tau siempunya blog tak mampu untuk menyiarkan apa yg ingin disampaikan '

Tapi sebelum tu ada satu soalan Puak khawarij mana kah yang membunuh penduduk kampung memali?

Sang Penguasa dikabarkan tidak ada dalam negara semasa peristiwa tersebut tapi akhir nya didedah oleh Timbalan nya pada masa itu yang Sang Penguasa berada dalam negara

Tanpa Nama berkata...

Dasyat, dasyat.... Panjang betul komen. Penat juga nak baca semua.

Kalau kita tengok fakta:
"Fahmi Zainol mempersoalkan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa"

Jadi dia persoalkan "duit rakyat".

Dalam kes ni, ada tiga jenis rakyat.

1."Setuju dengan Fahmi, tak setuju dengan kerajaan"
2."Tak setuju dengan Fahmi, setuju dengan kerajaan"
3."Tak setuju dengan semua pihak"

Jadi, dalam kes ni kita semua tak boleh capai sepakat.

Itu sebabnya kita mengundi, pilih orang politik. Kalah atau menang, semua ikut adat yang menanglah.

Ikut syarat JPA, bacalah https://www.psdwdc.net/pdfed/contract_jpa.pdf

Ikut 5.5 dalam syarat, "Hasutan dan tunjuk perasaan", (d) "membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan"

Dah KERAJAAN tu siapa agaknya. Maksud perjanjian itu, mereka ada hak tarik biasiswa.

Jadi, maksudnya, kalau nak teruskan biasiswa silalah Fahmi ikut KERAJAAN.

Kalau yang tidak puas hati, cara dia tentulah cuba "TUKAR" KERAJAAN. Dari situ, barulah Fahmi boleh selamat.

Husaini Ayu berkata...

Ini br lah perbincgn ikut topik...bkn nk label org lain sbg khawarij bagai sedangkan maksud khawarij itu sendiri pun tak faham sebnrnya...pd anon 11.28 am...aku hargai pendpt ko wlpun ada bbrp perkara yg aku kurang setuju...tp x pyh lah aku huraikan lg kt sini...komen yg ada pun dh berjela dh ...silap2 org pun dh naik menyampah dh..tp apapun...seronok klu dpt berbincg dgn org yg berfikiran terbuka mcm ko...hrp dpt bertembung dlm topik yg lain plk...

Tanpa Nama berkata...

Pro Aspirasi tu kalo buat program bawah lambang parti ameno dan BN boleh pulak....tp kalo bab sokong pembangkang main tarik2 plak...dah die layak terima biasiswa tu atas kapasiti pencapaian akademik dia, jadi kenapa nak tarik pulak?