Kes nusyuz (ingkar) yang difailkan seorang jurutera terhadap isterinya iaitu Exco Wanita Umno, Senator Datin Paduka Norhayati Onn akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada 24 Januari depan.
Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin menetapkan tarikh itu selepas peguam Muhammad Buruk yang mewakili Mohd Suffian Abdul Aziz, 52, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tetap meneruskan permohonan nusyuz.
Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 25 November ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Mohd Suffian bagi membatalkan permohonan cerai taklik yang difailkan Norhayati, 47.
Pada 18 Februari 2008, Mohd Suffian memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya mengikut Seksyen 60(2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Sementara itu, di luar mahkamah, Mohd Suffian memberitahu, beliau akan memberikan keterangan secara lisan dalam prosiding perbicaraan dengan menzahirkan segala perkara yang berlaku dalam rumah tangganya.
Pada prosiding semalam, Mohd Suffian hadir ditemani dua anaknya, Ahmad Razali, 26, dan Siti Hasmah, 23, hasil perkongsian hidup bersama Norhayati.
Norhayati bagaimanapun tidak hadir dan dia diwakili peguam Rubiah Jaafar. -metro

6 ulasan:
Kenapa la mcm ni...kalau tk malu kt tuhan pun...tk malu ke kt anak2 ....anak2 dh besar panjang dah...geng UMNO memang sgt suka jenih2 ni..bini org lagi depa suka...
sbabny yg haram tu dema suka
Perangai buruk..!!? Semuanya 'buruk'..
Macam mana boleh diangkat jadi senator..!!??
Masya-Allah pengikut-pengikut jahil UMNO nih betul-betul 'buta disiang hari' dan 'rabun diwaktu malam'. Dahlah gitu, diangkat lagi jadi exco wanita umno. Dek nila setitik, rosak susu sebelanga.
Atau memang para spesis umngok sukakan hal-hal semacam itu..??
Lalu serang yang sesebegitukah nak disandarkan amanah mengurus orang ramai termasuk pak-pak aji dan lebai-lebi UMNO tuh...!!??
Lazimnya seorang yang seperti itulah nanti akan menyetujui apa sahaja yang menjauhkan orang daripada tuhan dan mendekatkan orang kepada kemungkaran. Jika pun berkelakuan seperti 'tok/mak alim', ia hanya lakonan atau dalam syariat Islam diistilahkan 'bersifat munafik'. Orang umno jugak yang sesenangnya jadi mangsa tipu.
Natijahnya kita beri je kepercayaan kepada kumpulan orang yang ingin dan komited hendak buat kebaikan seperti Pakatan Rakyat...
Akhir kalam,
BERTAUBATLAH.
Aku bertaubat, engkau pun bertaubat. Sama-sama tempoh jalan selamat.
Abih story.
Apa yang dipaparkan kepada pengetahuan umum adalah Exco Wanita Umno yang disebut sebagai Senator Datin Paduka Norhayati Onn.
Kalau Exco Wanita Umno ini begitu berani mengambil kesempatan menjalang ketika melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat... apakah exco lelaki Umno akan menjadi lelaki lurus bendul tidak menaburkan benihnya merata ditubuh perempuan jalang..?
Kes seperti ini menyebabkan perdana menteri begitu serious ingin menyediakan hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan disamping menghiburkan para wakil rakyat dari Umno....
Sehingga kini ada suara dari ahli Umno yang membantah cadangan untuk menyediakan hub hiburan malam itu..?
Sunyi sepi.....keculi PERKASA yang mewakili melayu bangang... yang pada mula menyokong kemudian setelah tersedar dari maboknya ditukar pendirian membantah perlaksanaan hub hiburan malam itu.
Bila ahli Umno tidak membantah apa yang dicadangkan oleh perdana menterinya dalam Program Transformasi Negara itu maka dengan sendirinya ahli Umno memang suka kepada agenda maksiat. Memang sesuai dengan bajet seluar dalam.
Hello ahli Umno... jangan pandang belakang... ada hantu DAP.......
pemimpin UMNO tak bermoral bagaimana rakyat nak bermoral?
Pemimpin UMNO ni takde kerja lain, kalau tak berzina, mereka minum arak, kalau tak rasuah, mereka bunuh diri. Para Melayu masih nak menyerahkan nasib hidup di tangan pemimpin2 UMNO seperti ini?
Catat Ulasan