8 Mac 2016

Isu Najib: Presiden PAS Bercanggah Dengan Timbalannya


Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

KUALA TERENGGANU - Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui usaha dibuat menerusi Deklarasi Rakyat, Khamis lalu.

“Kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah proses demokrasi di antaranya pilihan raya (yang diadakan) lima tahun sekali mengikut perlembagaan.

"Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Ke-13, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. -SH

ULASAN GB

Membaca kenyataan presiden PAS di atas, JELAS ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan presidennya iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini meminta Najib meletakkan jawatannya sebelum raya (tahun lepas) lagi, lebih jauh dari tarikh pilihanraya akan datang.


jadi, percanggahan amat jelas bukan sahaja di kalangan ahli biasa PAS malah di kalangan pimpinan tertinggi PAS. Yang sebahagian ke timur sebahagian ke barat.

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. PAS akan terus bertelingkah dan bercanggah yang akhirnya akan meletakkan parti itu sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi di dalam arus politik negara.

Kuat sangat memfitnah, memakihamun dan melabel, maka itulah sewajarnya yang menimpa PAS.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadoila GB..lagi2 berita PAS.. sakitnya hati baca berita2 PAS ni.. parti ni sepatutnya dah tak wujud lagi di Malaysia ni..

Biarkan ostat2 ni terus bebal.. takde sapa boleh tolong..

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali ulasan tuan GB, di akhir zaman, ulamak pemula fitnah dan Allah swt mengembalikan kepada mereka semula.. tetapi sedarkah mereka? Moga Allah membuka pintu hati mereka yg lain dan menerima kebenaran yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Apabila penyakit hati sudah bernanah itulah jadinya. Maka bersaranglah segala keangkuhan, sombong, dengki, ego tanpa disedari.
Penyakit ini tidak memilih ulamak atau pemimpin hebat..
Dr Mahathir melayan penyakit ini dengan mengajak gerombolannya menentang Najib dengan apa cara saja. Ustaz Hadi Awang melayan penyakit hatinya dengan menolak segala saranan walaupun terdahulu bagai nak rak menentang UMNO.
Penyakit hati ini senang menyelinap dalam manusia yang merasa dirinya hebat dan selalu dipuji oleh pendukungnya.
Tidak lupa juga, Najib melayan penyakit ini dengan menggunakan apa cara untuk menangkis segala ancaman kepada pentadbiranya. Tidak menerima apa apa cadangan dari orang lain melainkan ianya menjurus kepada kemahuannya.
Penyakit hati ini mudah dilihat melalui tindakan dan perbuatan.... Ubatnya muhabah diri, cerminan dari orang sekeliling kita.. Terima kasih.. Ancient Mariner.

lelaki dicermin berkata...

Kekadang aku fikir...ckp lintang pukang pimpinan pas seolah2 bala yg dia org terima..rasa benda asyik berulang2 kali di lakukan..kalau sekali dua org boleh terima.. agaknya semua nak tonjolkan diri..takde seorg pimpinan pun yg berckp...nanti sy akan ulas... atau pun presiden akan ulas.. semua nak mengulas..hantam je pas..

Tanpa Nama berkata...

Hadi agen umno. Hadi agen umno. Hadi agen umno.

Tunggu pilihan raya konon. Padahal kau tahu macam mana jenis pilihan raya kat malaya ni. Satu donia dah tahu. Tipu yang amat2 tipu. Termasuk kau sekali main peranan. Kat India pun tak macam ni!

Oi ahli2 PAS. Cabot le. Tunggu apa lagi. Pilih Bang Mat pulak jadi tok ketua kita.

Timnajib Jomfikir berkata...

Sudahlah TITM! Masa Muktamar lepas....nak dicalonkan sebagai Presiden...malu-malu kucing! tidak, mungkin sekarang ini..PAS tidak retak seribu.

Tanpa Nama berkata...

Ini juga bererti kalau nak tukar Presiden kena tukar semasa muktamar. Selagi itu Tuan Ibrahim perlu taat dan patuh pada Tuan Presiden.

Timbalan kena bantu Tuan Prediden. Jika tidak kena lah lepas jawatan.

Keadaan tidak mengizinkan kita menunggu sehingga pilihanraya. Jangan haraplah dengan memberi masa sehingga pilihanraya, Najib akan buktikan semua masalah dia yang akan selesai sendiri.

Sedangkan masalah bukan hanya pada Najib tapi pada TH, MARA, 1.5 juta Bangla, menganggu tugas SPRM .. sehingga campurtangan pembantu Isteri Perdana Menteri...

Kenyataan Tuan Ibrahim hanya untuk mengelirukan ahli PAS seolah-olah PAS tolak salah-guna kuasa.

Antara kenyataan Hj Hadi dengan Tuan Ibrahim, tidak antara mereka yang menyanggah kenyataan antara mereja. Kedua-duanya betul. Hanya ahli PAS sahaja yang faham apa yang tersirat.

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah, baca anon 8:22 PM
pewala dan pascai punya ulasan.

kedua-duanya betul katanya. kahkahkah. gila punya pascai.

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM... Jalah Yg LURUS
Wajib Di BACA...Di Setiap SOLAT
Wajib Di HAYATI... Dengan NIAT yg KUDUS
Wajib Di BUKTI... Tanpa Onar dan MUSLIHAT
Wajib Di Pamer... Tak Ber BELIT2 Merapu Bagaikan PENYAMUN Tarbus
Tak Wujud Tunggang LANGGANG... Percanggahan dan Samar KELIRU yg Sesat


Siratol MUSTAQIM... Siratol MUSTAQIM
Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
Jalan Yg LURUS... Adalah Se Jujur7 "HAKIM"
Se Jujur7 "HAKIM" Yg AMANAH... Tak Meminta NOBAT @pun LABA Apa2



Siratol MUSTAQIM... LURUSS Ber CAHAYA
Oleh Itu Siapakah Yg AMANAH?... Dan Sapekah yg Ber BELIT2 sbg Pendusta??



Ritchie Blackmore berkata...

Paham toknek kau.....

Tanpa Nama berkata...

Macai walakontol mmg begitu.apa yg dibuat pesideng semua betul xda salah atau cacat celanya..bg mrk hadi maksum mcm nabi..."sehinggakan keluar pas jd kafir " apa punya bengap macai2 walakontol yg percaya...tp hakikatnya mmg begitu.. Kalau hadi kata die adik bradik nabi pun walakontol2 pas semua pcaya.hihihihi

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah jauh tersasar...biarkan pas dan umno tenggelam bersama labu2 nya...

mat yeh berkata...

sebagai ahli PAS yang menjujung perlembagaan PAS, saya menuntut Tuan Ibrahim Tuan Man meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.
jelas sekali TITM tidak dapat membantu Presiden parti dan menuruti kehendak presiden parti.
Tuntutan ini sama dengan tuntutan MP UMNO ke atas Muhyuddin Yasin apabila beliau tidak dapat membantu presiden parti mengurus parti.

Tanpa Nama berkata...

haji hadi nie dah jadi Pope dah kot..bersekongkol dan menyokong najib yg amat zalim..blh ke org mcm nie nak pimpin islam..jadi pope lagi baguih

Tanpa Nama berkata...

Pas jika bersendiri, dia hanya buat program utk parti dan penyokongnya saja..tgklah program ketua pemudanya...bersama anak muda di ganu candat sotong dok atas bot...xberani bdebat...ketua pemuda ape..

Tanpa Nama berkata...

Dua dia ulama pas suci mulia yang ilmu tinggi.. Yang mans satu lebih suci lebih mulia ilmu lebih tinggi?

Yang lantik jadi penasihat penerima derma billion tu adalah ulama pas tersuci termulia ilmu tertinggi

Tanpa Nama berkata...

DENGAN AGENDA PM NAK BAWA BANGLA KESINI WHICH OVIOUS NAK BUAT PROJECT IC. DO U THINK WE CAN WAIT SAMPAI PRU BARU NAK GULING.? WE ALL VERY CONCERN ABT THE ATTEMPT NAK BAWA BANGLA MSK SINI SAMPAI KEMENTERIAN LUAR BANGLADESH BUAT PENAFIAN CKP ZAHID HAMIDI NAK HOLD KEMASUKKAN BANGLA KE M,SIA. THIS IS A GOOD INDICATOR ADA TENDENCY UTK BUAT I.C PROJECT. TULAH,MR HADI U HARI DUDUK DLM GUA CARA LU FIKIR MCM ORANG 4TH CLASS SBB 3RD CLASS PUN U TAK QUALIFY. SBB UMAT MELAYU KESAYANGAN U BERFIKIRKAN MCM U MAKA FOREVER EVER EVERLAH KENA PAU, DAN DITIPU OLH ORANG.

Dol berkata...

presiden nk perubahan masa PILIHANRAYA

timbalan nk pm ditukar selepas RAYA

Raya Puasa atau Raya Haji?

RAKYAT HENDAK NAJIB DITUKAR SERTA MERTA !

kenapa? sebab rakyat yg sedar masalah besar negara dgn sebab
tgn najib tidak boeh ditangguh2 lagi.

reduan tee yg dungu mengatakan org islam (PH) sekongkol dgn
kafir utk menjatuhkan pemerintahan islam.

rakyat tidak pernah menolak najib kerana agamanya. rakyat tolak kerana
perangai buruk nya yg meletakkan negara dalam kesusahan.

semenjak reduan tee masuk melayu, semakin dungu jadinya. org suruh masuk
Islam yg syumul dan progresif, dia masuk melayu umnu.


HJ HADI KATA HENDAK PERUBAHAN SELEPAS PRU

tidak disebut dgn jelas perubahan mcmana. dia masih beralas takut najib terasa hati. najib akan terasa yg hj hadi pun tk boleh dipercayai kerana ada niat utk menjatuhkannya juga, hanya masanya yg berbeza.

so jgn harap lah hadi nk merasa kuah RM2.6b dr najib. dgn PH hadi tk jelas, dgn umnu najib pun hadi tak jelas. mengenai hudud lagilah tak jelas. seorg yg tiada pendirian. yg jelas bagi hadi ialah utk menghapuskan Amanah.

selepas ini najib akan tolak hadi dan pasug kerana dianggap masih ada niat nk menjatuhkannya.


IMPLIKASI DEKLARASI RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA

suatu tindakan yg amat bagus. kita percaya najib bukan semudah itu utk letak jawatan hanya kerana tekanan deklarasi. dia muka tebal suami isteri. dia dh terlanjur jauh. dia kena teruskan penguasaannya. dia tk rela tunduk dan masuk penjara.

begitu juga PRU belum menjamin najib dan bn dapat diganti. dia berkuasa dan boleh buat apa saja utk kekal berkuasa. jadi utk meletakkan PRU sebagai sandaran utk buat perubahan bukan sesuatu yg terjamin.

makanya deklarasi amatlah penting. kita nk tunjuk pada dunia dan rakyat yg najib memang teruk dan perlu diganti. samada perjaya atau tidak bukan isunya. ia sudah cukup utk memberi gambaran yg najib ini memang tidak berwibawa dan perlu diganti segera.

samada YDP Agung memuji najib atau tidak itu hanyalah ucapan rasmi. adakalanya pujian hendaklah difahami sebagai sindiran. lagi melambug tinggi dipuji lagi kuat sindiran yg dimaksudkan.

BIARKAN PAS DENGAN DUNGUNYA. TITM BOLEH TERUSKAN MENYANGGAH PRESIDEN. IA AMAT BAIK SEKALI. ADAPUN PASCAI LAIN DLM PAS.. BOLEHLAH TERUSKAN MENONTON VIDEO YG BELUM HABIS DITONTON. ia adalah lebih baik dpd bersuara penuh membodek kosong.

Tanpa Nama berkata...



Anon 10.16

Masa perang dunia ke2, pope menyokong hitler melakukan kezaliman dan fasad.

Baru sekarang vatican mohon maaf.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah tonggang-langgang.. Hj Hadi cakap mcm org tgh mabuk pil kuda, "tidak akan sertai Deklarasi Anti Najib " tetapi pada 4 Mac yang lalu muncul pula Dato Pa dan Khairuddin kat situ, dgn alasan kedatangan mereka atas kapasiti peribadi.

Pastu, hari ini Nasruddin Tontonwi menyatakan hanya untuk meninjau apa yang berlaku (sbg talibarut UMNO) pada Deklarasi Anti Najib... Sementara Dato Takiyuddin pula, menyatakan mereka hadir tidak mewakili parti... jadi...mana satu yang betul ni... geng2 ni dah jadi "tolol" seperti Hj Hadi ucap dulu.

Abdul Said berkata...

Tak payah cakapla pasal PRU akan datang. Pada PRU akan datang bukan saja Najib ditolak (kalau masih bergayut lagi di Putrajaya sampai PRU) bahkan semua lebai-lebai malang juga akan ditolak bersama-sama kawan-kawan mereka dalam ameno!!