3 Nov 2016

Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.


"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.

ULASAN GB

Apakah kerana setelah dikencing oleh UMNO (seperti yang diakui sebelum ini oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad), PAS kini membuat kenyataan bersetuju untuk SATU LAWAN SATU?

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyataan PAS sedia untuk satu lawan satu.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
-Sinar Harian


Dan hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah lama membuka pintu perbincangan untuk mewujudkan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.

“Jangan kacau dalam rumah kami,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan PAS berbincang dengan DAP.
-malaysiakini


GB bersetuju dengan saranan AJK AMANAH Nasional, DS Nizar Jamaluddin bahawa PAS menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Ini kerana kesemua parti pembangkang (komponen Pakatan Harapan dan BERSATU) telah membuat keputusan menyertai BERSIH 5.0 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Justeru itu ini masanya PAS membuktikan kejujuran dan keikhlasannya menyertai blok pembangkang jika benar mereka berhasrat untuk menumbangkan UMNO BN yang telah mengencingkan mereka selama ini.

Jika tidak, bersedialah untuk dikencing lagi dan lagi oleh UMNO BN...



FEATURED ADS


48 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

YaHaDi kata nak kerjasama dgn pakatan

Setelah hudud sesat pas tak diterima umno Najib


Inilah pak lebai bodoh berpolitik


MONGOLIA DAH JADI NEGARA ASIA PERTAMA BANKRAP SETELAH MOHON PINJAMAN IMF!!!

najibullah gadai Malaysia utk dapat pinjaman 55b komunis xhina !!!

Tanpa Nama berkata...

Tapi aku kurang bersetuju lah wahai tuan gb sbb kita sudah tau perangai pas mcmne.skrg lebih jelas perangai buruk pas.apakah kita nk gabungan yg ada bertambah rosak...apakah ph rela dikencing pas lagi...bagi pendapat aku.sudah2 la pas tu...pas kini bukan lagi pas zaman nik aziz dulu...kita perlu move on tanpa pas..lama2 pas akan jadi kenangan..

Tanpa Nama berkata...

Habislah...

Awas...


Hidu sebelum telan...


Sama sama bau hencing nanti

air gunung berkata...

Ishhhh nizar neh.tak fhm2 lagi.
Mana boley joint dgn pengkhianat n kapir harbi...kang mati masa tgh demo tak psl2 kena tanam kat jirat..
Mereka tak ada kad no.ahli jaminan ke syurga.mana boley..nanti kotor baju keimanan..lagi pon letih dah salak kat utan bukit..kalo dpn mata n joint cmana nak salak2 lg..adussss..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat ini. Saban waktu PAS mengatakan mereka setuju satu lawan satu, namun tindakan mereka menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan sanggup menikam belakang, asalkan dapat apa yang dikehendaki. Sama macam Umno, yang akan menggapai apa saja asalkan hidup.
Cadangan saya biarkan PAS sendirian untuk pilihanraya kali ini. Andaikata mereka hilang Kelantan, baru mereka akan tersedar dari sikap angkuh itu.

sizzly7761 berkata...

Biarlah PAS asyik dengan hancingnya kencing UMNO..itukan pulihan dan kegianan mereka..tak payah ajak PAS..kalau perlu lawan 3 penjurupun lawanla....PAS dah takde halatuju selepas TGNA! Yang ada hanya ustaz nakan gaji buta dan jadi tunggul kayu dalam parlimen. Lagipun Hadi ni kaki U-turn...

Tanpa Nama berkata...

Ada yang tak kena apabila PAS bersetuju satu lawan satu tanpa komen-komen dari pemimpin UMNO termasuk agamawan.

Bila PAS berbaik dengan UMNO, ramai yang mengalu-alukan usaha PAS demi Islam dan orang Melayu.

Jadi sepatutnya mereka lah yang memujuk dan berunding dengan PAS supaya teruskan perjuangan Islam bersama UMNO sepertimana AMANAH dan PKR berkali-kali memujuk PAS sampai PAS mengatakan AMANAH akan melutut pada PAS.

Kalau ya pun buat lah kenyataan selepas satu pertemuan dengan PH dan dari situ lah mulakan langkah.

Macamana Hadi dengan Najib dulu. Ingat tak Hadi pakai se sedondon ?

Tanpa Nama berkata...

Sebelum mulakan perbincangan atau apa-apa rundingan tolong lah jangan menyalak dulu.

Jangan lupa kalau di kira ini kali entah ke berapa Tuan Haji buat U-turn.

Setakat nak tunjuk kejujuran dengan menyertai BERSIH, no hal lah. Keris panjang lagi kan ku pegang, ini kan pulak hanya genggam dan angkat tangan.

Jangan cabar PAS. Tapi cabar Presiden dan Ketua Pemuda nya.

Tanpa Nama berkata...

Balik-balik campurtangan.
Balik-balik aqidah dan agama Islam.
Yang berbaik dengan UMNO tu lagi teruk merosakkan Islam sampai ada yang mati terjun ke laut.

Pergi berbincang sebagai orang Islam macam TGNA dan Anwar Ibrahim. Potretkan wajah Islam yang sebenarnya.

Tolong lah .. pemimpin PAS merendah diri lah sikit. Tak luak sikit pun akidah kalau berdakwah dengan bijaksana.

Macamana kalau penyokong pulak mintak saman fitnah RM 90 juta dulu atau tangkap pencuri balak ? Kan dah tak sudah jadi nya.

Kami bukan Anwar Ibrahim dan bukan TGNA, terlalu banyak luka di hati kami.. susah nak di lupakan dan di maafkan kalau macam ini bahasa yang di gunakan.

Tanpa Nama berkata...

marakbar 'alal hadi al memerangi!! marakbar hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Lebai2 PIS ni spesis udang. BODOH piang!!!.. Otak di kepala. Bontot pun di kepala. Tahi pun di kepala. Mulut pun di kepala. Ada otak tak boleh pikir. Tu yg selalu kena kencing. Ada mulut suka mengkafirkan orang lain. Pastu suka buat u-turn.

Tanpa Nama berkata...

Yup.. Bagus 1 by 1..

Bn+pas vs ph..

Kalau pas gabung ph, sy undi umno. Tak buang masa.

Kalau undi ph, nanti pas lompat si katak lompat. buang masa. Umno dapat kerusi percuma.

Sy tak tau apa lagi ada dalam jubah, siku lutut silap2 ada pisau lipat.

Tanpa Nama berkata...

U-turn lagi.......

Tanpa Nama berkata...

Kalau pas dlm PH sebab nak satu lawan satu memang AMANAH cari nahas. Apa tidaknya, pas tidak akan benarkan parti gabungan PH apatah lagi AMANAH meletakkan calon di kawasan yang mana pas telah bertanding pada PRU 13. Jadi AMANAH nak bertanding di mana?
Pas parti yang dipimpin oleh ulamak kaki u turn, mereka dah biasa dikencing umno jangan nanti mereka kencing PH. PH ambil ketetapan untuk terus dengan parti komponen yang ada sekarang biarlah pas sekufu dengan umno. Ingat! pas adalah parti munafik yang bertopengkan serban, kupiah dan jubah.

Tanpa Nama berkata...

Politik adalah seni
Aku bkn ahli nujum.tapi....
Minggu lps masih hangat2 lagi hj hadi salahkan ph kerana ruu 355.yg ditolak.tetiba minggu ni dgn kenyataan dah lama buka pintu rundingan.adakah hj. Hadi sudah terlupa atau ada muslihat lain.firasat saya hj. Hadi ada muslihat lain iaitu menarik perhatian(ugut) najib dgn membuat kenyataan bertentangan yg tak diduga.konvensyen ph 12 nov .dalam seminggu lebih ni mungkin kenyataan dia akan di spin balik mcm minggu lepas.teknik spin maha hebat peringkat ke 8 hj hadi mmg tahap keramat sebab dah tepu dgn 13x dikencing.sedikit sebanyak dia menguasi hikmat tu melalui pengalaman beliau tq
#bodohbukansatujenayah

Poor Indon berkata...

PAS tak perlu undi munafiq...undi kafir dhimmi jauh lebih bernilai dari undi kau..soooshh hang pi undi DAPig jer...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun serba salah dan masih was was dgn perangai puak2 pas ni...boleh percaya ke? Ni u turn utk kali yg ke brp pulak ni? Nanti ditakdirkan PH menang pada pru bersama pas, adakah pas akan berpaling tadah umpama trojan horse yg bekerja utk umno? Aduhh...mcm2 bermain di fikiranku...ini membuktikan pas benar2 telah mengalami krisis kepercayaan...harap pimpinan PH peka dan cerdik dlm melaksanakan strategi agar akhirnya tidak memakan diri sendiri...wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Biarlah pas sorang2. Biar kelantan tumbang. Biar jadi pengajaran utk pas supaya tidak bodoh sombong.

Klu nak gabung kenakan syarat ketat. Jgn bagi hadi, nik abduh, nik amar, takiyudin, dan kaki takfiri dan kaki sapu balaj jadi calon pru24. Ikut nasihat Hussam yg byk pengalaman kena main oleh walaunta. Ambik iktibar.

Tanpa Nama berkata...

Ada kebarangkalian senario tersebut boleh terjadi. Tapi itu bukan politik seni.. itu politik kencing-kasi-kencing.

Buat cara Islam. Kalau buat untuk ugut, itu ego yang bernafsu jahat.

Tanpa Nama berkata...

Jika jadi satu lawan satu, pembahagian kerusi bukan sahaja menentukan parti. Selepas PR musnah dan ada nya usaha berbaik dengan UMNO, ramai orang PAS telah menunjukkan kebodohan dan besar kepala yang membuat pengundi menyampah dan tidak favour kepada mereka.

Silap-silap Hj Hadi dan Abduh pun tidak patut di namakan sebagai calun.

Tanpa Nama berkata...

Masuk pakatan tolak hudud. Baik x payah.

Tanpa Nama berkata...

Bahaya besar jika pas join Pembangkang utk satu lawan satu. kalau pas banyak menang mungkin dia akan bergabung dgn BN utk selamatkan umno. Kalau dia menang sikit kerusi dia akan join pakatan utk dapatkan jawatan. Pas selalu u turn dan inilah strategi politik matang pas sebagai gergaji dua mata. Tak percaya? Tunggu dan lihatlah nanti.

Tanpa Nama berkata...


“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah."

Silap besar PH nak terima pas ni.. PAs lebih baik sorang sorang.. Jadi kera sumbang.. Pas lebih sesuai gabung mca mic gerakan umno. Tiada kacau.

Kalau bergabung pasti akan pecah semula time pru14.

Kalau jadi gabung satu lawan satu. Kerusi mana pas tanding, bagi menang umno. Parti tumpang semangkuk ni kalau menang pun Slalu ponteng mesyuarat. Dia banyak aktiviti luar. Makan gaji buta. Undi dalam dewan pro umno.

Tanpa Nama berkata...

Adakah RM 90 termasuk u-turn untuk kali ini ?

Alahai PAS. Senang sangat kami U-turn. Lain kali marahkan orang dan maki orang simpan lah sikit.. Jadi kalau u-turn adalah lagi tolak ansur.

Jadi ahli politik pantang nya ialah menunjukkan marah terang-terangan. Jangan sampai muka nampak bengis dan cakap jangan terlalu kasar.

Tanpa Nama berkata...


baik kalah berdiri dari menang melutut dengan PASPISPUS


Setelah
barua,
babi atas bukit,
anjing,
munafik
munafik
jirat

setelah
sedondon sepentas
penasihat kerajaan
2.6 b? ada ke?

setelah
dikencing 13 kali
akan dikencing lagi berkali-kali
diperkotak katikkan di parlimen dengan umpan RUU355

biarlah mereka mereput dan lemas dengan takungan air kencing umno

Tanpa Nama berkata...

PAS dah buka pintu jadi kalau boleh GB pun buka lah pintu untuk 4 atau 5 komen walauta terutama yang cabar GB siarkan. Untuk artikel yang ini sahaja.

Mungkin ada yang tak setuju dengan keputusan pemimpin mereka . Atau mereka mungkin tahu tindakan pemimpin mereka ialah untuk kepentingan PAS di Selangor sebab Azmin buat kenyataan PAS sokong kerajaan penyamun.

Kalau tak ada, mungkin GB beri masa satu hari untuk mereka hantar komen ia itu sehingga tengah malam ini.

Terima kasih. Ahlanwahsalan.

Tanpa Nama berkata...

jgn percaya dgn pas. Islam dah pesan jgn terima kesaksian dr penipu munafiq.

pru lepas terbukti pas suka tikam belakang. pi letak calon dikerusi2 yg dipersetujui sbg kerusi pkr.

hadi ni trojan umno yg ditanam sbg senjata akhir geng munafiq. salah satu pemimpin pas yg tak pernah kena belasah oleh polis. kalau bekas pemimpin2 pembangkang yg lain (samada Islam atau kafir) pernah kena belasah polis, isa, lokap, penjara dsb, hadi tak pernah diusik oleh pdrm.

wlpn amanat hadi (yg dah terhumban kelongkang) memecahbelahkan umat hingga bercerai berai, solat dua imam dsb, hadi masih tak disoalsiasat. ada pernah hadi dibawa polis ke balai utk soalsiasat?

hudud dah bertukar pd ruu 355. inilah penipuan terbesar hadi kpd rakyat Malaysia. dia mencanangkan hudud Allah; tp yg dibentangkan diparlimen hanyalah undang2 manusia. yg perlu kpd approval perompak nombor wahid Negara ini utk dibahaskan.

HAHAHANAANAHAH....

undang2 "Islam" kena minta izin dr penyamun munafiq utk dilaksanakan...

betapa Islamnya negara ini...

aryuyu 355 dah jadi ayoyo yilek pucik

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pemimpin dan ahli PAS yang totok, cubalah muhasabah diri. Kalau dulu masa arwah TGNA pegang jawatan Mursidul Am, pemimpin PAS org ini juga termasuklah yg dah berhijrah ke Amanah. Pemimpin DAP pun orang yg sama juga malah mendiang Karpal dah tiada skrg. Masa itu tidak ada pun kacau bilau antara PAS dan DAP kenapa? Suara2 yg dilihat pro pemerintah pun tidak kedengaran, kalau ada pun secara senyap2 je. Tapi tak sampai sebulan pemergian arwah TGNA mula berlakulah titik2 kacau bilau terutama antara PAS dan DAP. Adakah arwah TGNA tu barua atau kuda tunganggan DAP kerana tidak timbul permusuhan antara dua parti tersebut pada masa itu? Aku rasa dalam sifat lemah lembut TGNA tu dia ada KETEGASAN yg tidak ada pada pemimpin PAS yg lain. Arwah TGNA adalah insan bukan jenis barua dan bukan boleh ditunggangi oleh sesiapa pun lebih2 lagi DAP, tapi kerana cara dan pendekatan yg dibuatnya disenangi ramai termasuk DAP. Oleh itu pemimpin PAS skrg cubalah muhasabah diri kenapa aku tidak disenangi tapi orang sebelum ku disenangi ramai orang. Cari kelemahan kita sebelum dipersalahkan kepada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Semasa PAS bersama UMNO di ingatkan supaya PAS jangan di patuk ular yang sama dalam lubang yang sama.

Sekarang aku nak bagi ingat pada PH khusus nya AMANAH, Presiden itu orang yang sama dan lubang itu cara yang sama. Bincang, setuju dan mungkir janji.

Orang PAS dah kena kencing berkali-kali, depa tak kisah tapi kita tak mau kena kencing macam itu.

Tak dapat aku nak bayang bila Abang Mat yang aku sayang habak gini.. 'aku tau dah yang Hadi akan kencing aku .. '

Tanpa Nama berkata...

PAS/Hadi telah kena kencing UMNO/BN, kenapa pulak PH hendak menjemput dikencing oleh PAS/hadi ?

PAS/hadi sudah tidak boleh dipercayai, takan pemimpin PH terutama sekali PKR tidak boleh melihat dengan jelas niat hadi yang tiba tiba sudi berbincang tentang satu lawan satu pada PRU akan datang,setelah berkali kali memberi berbagai alasan kenapa tidak akan berunding dengan pihak PH tetang hal yang sama, iaitu satu lawan satu.

Biar saya terangkan kalau pemimpin PKR masih "blurr" dengan niat hadi. ia tak lain tak bukan hanya hendak memberi tekanan kepada najib tentang RUU yang mungkin tidak dapat dibentangkan kali ini lagi, mengikut kenyataan azalina.

Bangun lah wahai pemimpin pemimpin PH, jangan hampakan kami yang sentiasa menyokong PH selama ini, kami sudah mula berasa muak dengan pemimpin pemimpin yang selama ini kami percayai.

Lupakan saja PAS/hadi once and for all, dan teruskan perjuangan tanpa pas/hadi.

Tanpa Nama berkata...

Aku hairan lah PH ni.nape terdesak sgt mahukan pas...dah tau pas busuk khianat sesama sendiri,lagi mau cari nahas...nt masuk dlm ph gaduh lagi pasal hudud...keluar balik...pastu lama2 masuk balik ph...kawan balik...politik busuk apa yg pH amalkan skrg ni???!!

Tanpa Nama berkata...

rasanya itu ayat pancing je tu. baru je hari tu pemimpin pas kutuk mcm2 pada peserta BERSIH. jadi kalau dia nak join BERSIH, maka umpama mereka menjilat dan menelan kembali ludah2 mereka. sebenarnya kita kini kena hati2 dgn keikhlasan pas. kerana sikap U-TURN mereka dan caci maki mereka. sampai hari ini ada pernah minta maaf. nak berjiwa besar pun masih kena berwaspada. jika dulu pakatan lama berpecah kerana ideologi semata. tiada maki hamun, melabel dan takfiri. sama2 masih pembangkang yg menentang UBN. kini berpecah sbb isu besar yg pada hemat saya, tidak mungkin akan ada lagi kesepakatan bersama selagi pihak yg main kayu tiga, U-Turn, melabel, takfiri, maki hamun dan khianat amanah pengundi dan penyokong demi mengharap janji palsu umno. percayalah selepas isu kafir harbi, penentang Islam dll, org belum Islam tidak akan mengundi pas. org melayu Islam pula, yg cerdik akalnya tidak akan juga mengundi pas yg dilihat sedondon dgn umno. pengundi pas hanya penyokong tegar mereka yg jumud pemikirannya. jadi kesepakatan satu lawan satu tidak akan berjaya pada hemat saya kerana kebencian rakyat pada pas akan menghasilkan undi protes yg memenangkan umno saja. dari kita sibuk nak menagih kekuatan pas. baik kita bina kekuatan sendiri. buat apa nak berharap kepada pemimpin2 cai pas itu. baik kita buat gerak kerja utk yakin2 ahli2 pas dan umno utk mengundi PH. sbb ahli2 kedua parti ini buat masa ini tidak boleh buat apa2 utk mengubah halatuju parti dan membetulkan pemimpin parti mereka. tapi sebagai individu, undi mereka boleh mengubah halatuju negara dgn memenangkan PH. menangnya PH akan memberikan manfaat pada semua.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn pdapat bahawa pas boleh join ph dgn syarat dan perlu akur dgn garis panduan yg ditetapkan oleh pimpinan ph selagi mana ianya tidak menyalahi syarak...

Satu lagi persoalan...adakah pas akan setuju utk calonkan Anwar Ibrahim sbg perdana menteri?

Harap2 jgn ph pulak yg akan dikencing oleh hadi dan puak2nya selepas ni...

akma berkata...

Lawak bodoh!..Pung pang pung pang duk tuduh pas gabung umno. Tiba2 sendiri nk undi umno kalu pas brsama PH. Tak ke bongok namanya tu? Kalu takut sngt apa dlm jubah..baik ko dduk je diam2 dlm songkok tinggi umno tu smpai mati..lg selamat.

Tanpa Nama berkata...

banayak nau u-turn nya... eksiden ni nanti
cer follow sifat keretapi laju.... terus menuju dgn yakin... tau halatuju
manada u-turn2.... ekseden babe

Tanpa Nama berkata...

http://gigitankerengga.blogspot.my/2016/11/satu-lawan-satu-pakatan-harapan-jangan.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

JANGAN KERAS SANGAT DENGAN LEBAI MARANG TU..... CUBA JINAK-JINAK SIKIT. YANG RAKYAT MAHU SATU LAWAN SATU. KALAU INI TERCAPAI.... BN AKAN TUMBANG.

BIARLAH PH BERLEMBUT SIKIT... TAK RUGI. LEBAI MARANG KENA PUJUK CARA INI.


Tanpa Nama berkata...

Cukuplah setakat ini .percaturan masa depan negara terletak ditangan kita.Ti ggalkan PAS sendiri sbb kita dah tak ada masa lagi teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Memang SIAL kalau terima pas join PH

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan tak PAYAH le nak jemput atau berbincang dgn PARTI DAKWAH ni.masa bersama dgn PAKATAN RAKYAT pun PAS dan memutar belitkan PR.PAS pun dah BERBAU HANCING Dek KENCING UMNGOK.tinggalkan lah HJ HADI dan GEROMBOLAN UG nye tu.

Tanpa Nama berkata...

maaf yer.. pas nak lawan satu dgn bn jer.. pas mgkin bg kerusi kepada BERSATU sbb muhiddin nak berbaik dgn pas, ttp pas xkan berikan kerusi kpd amanah dan pkr.... amanah kalo nak berbaik dgn pas pon.. serahkan kembali kerusi pas then, bertanding di kawasan lain. jgn bertanding di kota raja dan shah alam atau sepang.... sbb tu kerusi pas yang dicuri. jgan kata PAS yang melompat kepada bn, Ttp kerusi PAS yang dicuri dan melompat kepada Pkatan...

Tanpa Nama berkata...

Baru tersedar kot.. Perjuangan menuju ke penghujung jalan..

Sudah sudah lah PAS oii..

Komen dulu jiwa rakyat yg telah bunuh diri kat jambatan pulau pinang. Nama marang ada disebut.

Hidang lah kalam suci menyalahkan si mati, dan jangan lupa kenapa si mati kaitan kematiannya dengan presiden pas. Adakah yg hidup terlepas akan pertanggungjawaban dan hisab-nya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ph terima pas..aku dan keluarga aku xkan undi ph lg..kerana sma je ph Dan sanggup ambil parti jahat ni masuk ph maka sama lah ph spt bn x berbeza apa2...aku rs ramai sependapat mcm aku...pimpinan ph pikirlah baik2..jgn sia2kan kepercayaan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Memang la satu lawan satu.kerusi pas yang menang parlimen dan dun pru yang lalu dikekalkan,kerusi yg lain depa tak mau 'menyibuk' katanya.itu la namanya satu lawan satu bagi parti pis.rakyat dah tak mau/muak dengan perangai parti pis,tolong la jangan guna nama parti pembangkang pru nnti.masuklah dalam barisan nasional.dah la khianat,kencing,muntah cirit pada parti pembangkang lain,selepas menang pru lepas. Tiba2 berlagak macam dia hero parti pembangkang,taik kucing lagi wangi dari perangai busuk parti pis.haramjadah..

Saiful berkata...

Boleh blah..PAs lagi kaki auta..nak mai..jgn dok tehegeh2..ajak..tak sapa suka pas dah

Tanpa Nama berkata...

Pascai tk boleh dipercayai.. Islam rosak angkara Pascai

Unknown berkata...

Tak payahlah nak ajak PAS. Bila2...mereka boleh belit,putar kenyataan. Selagi mereka tak saman2 SR,
Selagi itulah...PAS tidak boleh dipercayai.

Berapa kali nak cakaplah....kuatkan kepimpinan AMANAH/PH diperingkat bawahan! Bergeraklah dengan kekuatan sendiri...In Shaa Allah, Allah akan membantu.

Anonymous berkata...

NAK BETULKAN AKIDAH MCM MANA, KALAU U PAS DAH SENGAT. INGAT RUKUN ISLAM ADA 5 PERKARA N 2 IF THEM AMAT BERKIAT RAPAT DGN KEHIDUPAN DUNIAWI. SAMPAI BILA NAK MENUNAIKAN ZAKAT KALAU HARI - HARI MINTA DERMA N TAKKAN NAK HARAP DERMA PERGI HAJI? SO LU FIKIRLAH SENDIRI,SBB AKIDAH U PAS PUN DAH TAK BETUL.