16 Jan 2012

Pelajar USM Ditahan Kerana Tulis Dalam FB Nak Bom Helikopter Najib

Georgetown - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok. -SH

Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Menurut Bernama, dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

Sementara itu, Star Online, pula melaporkan pelajar berkenaan menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ...".

Portal itu juga memetik Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

"Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dicekup di kampus di Nibong Tebal.

"Kes ini masih perlukan siasatan lanjut. Kami akan umumkan jika ada apa-apa perkembangan, " katanya dipetik Star Online. -mk



9 ulasan:

MNazri berkata...

Kalau cakap cmtu sikit kat Najib / UMNO/BN, efisyen je org kena tangkap..
Cuba Pemimpin PR yg kena ugut cmtu, berpuluh report pun mcm xde apa2 jer..

Inilah yg dikatakan efisyen berpilih

Tanpa Nama berkata...

Biasa le. Polis cuma ada sebiji mata aje. Angle penglihatannya terhad.....macam mana nak bertindak atas puluhan bahkan ratusan report yg di buat ke atas pemimpin2 1Malaysia???

udang galah berkata...

buat apa nak letup helikopter Najib lak???? banyak betui ke orang Malaysia nie ada bom kat rumah depa??? Mercun bola pun susah nak dapat..porahhh... baik korang gi tutup rumah maksiat kat Penang tu...tangkap bebudak tu buat apa??? Mana dia nak cari bom atau orang yang ada bom??? Dah gila polis kat Malaysia nie...

abu berkata...

maka begitulah "adil"nya undang undang malaysia

Tanpa Nama berkata...

Wah! Bukan main cepatnya polis bertindak. Tapi .....ehm.. bagiamana dengan laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin-peminpin UMNO? Tak nak siasat ke?

Tanpa Nama berkata...

Be positif.
Kita tau kan, perkara2 ni akan mendatangkan kesusahan pada diri sendiri & kerisauan pada ibu bapa kita esp, tak baik ugut2 MELAMPAU begitu. Kan dah perjuangan disekat.

Tulis le misalnya, 'Klu PM dtg aku nak jumpa & berjabat tangannya & serahkan surat ttg hasrat supaya difikirkan ttg laksanakan hukum Allah, sbb dah banyak kes2 melampau mencuri, merogol dll skrg ni'.

Aku cakap ni bkn bermakna aku sokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Cuba cek...mungkin statementnya di edit oleh media UMNO. Mungkin statementnya nak bagi najib makan kuih Bom buatan saudaranya di Mongolia...mana tau??

Tanpa Nama berkata...

yang kat nak bunuh tg nik aziz dulu dah tangkap belum babi tu??

yang kutuk sultan kelantan tak kena tangkap... aduka tulis pasal sultan negeri amnu... terus kena buru serata alam...

Amin berkata...

Sebagai rakyat kita tak sepatutnya berkata begitu pada pemimpin kita, wpun kita tak suka padanya, sebab akan memberi ruang kepada anasir luar untuk serapkan agenda mereka, besok-besok kita rakyat yang rugi. hati hatilah bila berkata, ni Malaysia bukan India, yang mana di India semua PMnya mati kena bom. India bolehla!!!