28 Jun 2009

MANEK URAI : Komunis, apa lagi persamaan terbaik?

Kalau tidak mahu disamakan dengan komunis, UMNO mahu disamakan dengan apa lagi?" soal Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz berhubung tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya.

Pertanyaan beliau mendapat reaksi yang pelbagai dari ribuan ponyokong PAS yang hadir pada malam itu, dengan memberikan pelbagai perumpamaan dan analogi.

Nik Abdul Aziz menjelaskan isu kenyataan beliau yang menyamakan UMNO dengan komunis dalam ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai 26 Jun, baru-baru ini sebelum mengumumkan calon PAS di padang bola Manek Urai Lama malam tadi.

Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

"Sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis," Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Ketika ditanya tindakan polis berikutan laporan tersebut, beliau berkata tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "walaupun UMNO secara keseluruhannya tidak menyerupai komunis, tetapi satu persamaan yakni mengetepikan hukum Allah sudah cukup untuk menyamakan meraka dengan komunis," ujar Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Laporan Pemuda Umno Kelantan terhadap Mursyidul Am PAS itu menuntut beliau dikenakan tindakan kerana dakwaannya dikatakan berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. -prkn41



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TGNA....
Apakah menilai saorang itu pada zahirnya? kalau berpolitik jgn dibabetkan agama!!!
apakah hak TGNA untok menilaikannya!!
Kerana pas tu parti agama!!Kerana orangx pas bersarban,berjubah,berjanggut kambing itu dikatakan orangx yg berpegang pada agama!!
Tetapi bagaimana dengan berbuataan,percakapan saolah orangx PAS orang yg tidak berpegang pada agama!

Tanpa Nama berkata...

tokmod..
dari apa yg saya amati DAN fikirkan ORANGX PAS INI ADALAH PENGANUT ISLAM SAJA(islam adalah satu agama)TETAPI ORANGX UMNO TU ORANG MUKMININ(yg mengikut perintah agama)

saji berkata...

Ramai yang mungkin tak menyedari pembinaan projek2 mega oleh kerajaan UMNO seperti menara berkembar merupakan contoh pinjaman ideologi kominis yang suka menunjuk2 kekuatan negara dan kekuatan idea pemimpinnya walaupun masih ramai rakyatnya yang miskin dan pengeluaranan makanannya yang tidak mencukupi.

Unknown berkata...

Kepada anonymous yang pertama di atas

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya segala hukum adalah ditetapkan mengikut pada zahirnya, adapun Allah sendiri yang menguasai apa-apa yang ada di hati".

sb dehlawi berkata...

TGNA....
Apakah menilai saorang itu pada zahirnya? kalau berpolitik jgn dibabetkan agama!!!
apakah hak TGNA untok menilaikannya!!
Kerana pas tu parti agama!!Kerana orangx pas bersarban,berjubah,berjanggut kambing itu dikatakan orangx yg berpegang pada agama!!
Tetapi bagaimana dengan berbuataan,percakapan saolah orangx PAS orang yg tidak berpegang pada agama!

===============================================

Amat bodoh dan dungu sekali apabila ada yang mengata politik suku gama suku. Rasulullah Ketua agama, Ketua negara, Ketua perancangan kewangan, tempat rujukan masalah undang-undang (hakim). Ini semua sebahagian politik. pengurusan masyarakat yang bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. Jadi apa sebab kamu mahu asingkan agama dengan politik????

Tanpa Nama berkata...

DIA (ALLAH) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati"(al-Mukmin;19)

Berhati2 orang pas !

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
DIA (ALLAH) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati"(al-Mukmin;19)

Berhati2 orang pas !

================================================

benar firman Allah itu, tetapi realiti hari ini siapa yang cakap tak serupa bikin? langgar tatasusila undang-undang, hukum islama, Rampas perak siapa yang buat? pusat2 judi sapa yang lulus? pembunuhan ahli politik sapa yang lakukan?, siapa yang mempersendakan Hudud? sapa yang halang hudud dilaksanakan kelantan, siapa yang melahap royalti terengganu, siapa yang samun rayalti minyak@gas kelantan? tak malu mulut mengaku perjuangkan islam jugak tetapi tindakan macam puak jahiliah yag terang2 menentang rasulullah.. sedarlah wahai ahli umno

Tanpa Nama berkata...

sb dehlawi,
ada gak yg betul ko kata tu. umno bukannya betul semua. aku bukan kata umno tu baik. tp aku nk pas kalo betul2 perjuangkan islam, tunjukkanlah akhlaknya. ini cakap je. korang punya tok guru pun tak tunjuk akhlak islam. cmne?tu yg aku menyampah tu. aku nak kalo nk jd islam, tunjuk betul2 akhlak islam yg rasulullah saw ajarkan kita tu. ini tunjuk gedebe tak tentu pasal. aku hot gak dia pegi hina2 dan peleceh timb. pres ustaz nasa. walau pun aku bukan penyokong parti ko, tp aku ada perinsip. perkara tu tak patut. patut dia tunjuk cara islam. byk kan sabar. panggil dia personally. ini tak main belasah semacam je. dia tu bukan sebarang orang. korang tak terasa ke. ini ada pulak puji2 lg dia. sampai bila dia nak sedar dgn gedebe dia tu. kita kena jujur !!