16 Jan 2012

Guru PASTI Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia, 5 Cedera

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia

GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang.

Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi.

Guru berdedikasi

Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha.

Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi.

"Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara.

Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok. -hd

Guru PASTI Gelang Patah Kemalangan : Seorang Meninggal Dunia



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya mendapat panggilan telefon daripada Ketua Pemuda PAS Johor yang memaklumkan bahawa guru-guru PASTI kawasan Gelang Patah telah terlibat dalam kemalangan setelah pulang daripada satu program di Parit Raja dan salah seorang daripada guru tersebut telah meninggal dunia manakala lima lagi cedera. Empat dirawat sebagai peasakit luar di Hspital Besar Kulai dan seorang lagi cedera parah di rawat di Hospital Daerah Kluang.

Jenazah guru tersebut dan guru-guru yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Kluang. Saya telah memaklumkan kepada pimpanan PAS Kluang untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan keluarga mangsa di Hospital. Saya jangka akan tiba di Kluang sekitar jam 8 malam nanti.

Saya tiba di perkarangan bilik Mayat Hospital Daerah Kluang pada sekitar pukul 8.30 malam setelah Naib Yang Di Pertua PAS Kluang mengambil saya di Terminal Bas Kluang. Di Hospital saya bertemu dengan Hajah Atiah Ahmad selaku Ketus Dewan Mualimat PAS Johor, sdr Mahadzir Mat Zili Pengarah Pasti Johor, Puan Kamsiah Hassan iaitu Pengerusi MGP Johor dan pimpinan PAS Kluang yang setia membantu. Tokoh Siti Khadijah PASTI Malaysia yang juga mantan Pengerusi MGP Johor iaitu Hajah Siti Sarah turut haadir sama tadi.

Jenazah cikgu Zainon setelah siap dimandi dan disembahyangkan dibawa terus ke kampung halamannya di Felda Pasir Raja pada malam ini untuk disemadikan pada malam ini juga manakala seorang lagi guru yang cedera parah di bawa ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Saya mewakili PAS Kawasan Kluang mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan dan mudah-mudahan cikgu Ainon yang telah meninggal dunia dalam kemalangan ini akan dicucuri Rahmat ke atas rohnya.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
KM 199, Lebuhraya PLUS.
15 Januari 2012, 5.59 petang.



Ulasan GB

Semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah.
Alfatehah...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALfatihah....

Tanpa Nama berkata...

semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solehah dan mendapat ganjaran syurga....amin!!

Tanpa Nama berkata...

keta lani mmg x selamat. wish pun kalau seat 3 row kena sodok amat bahaya. tambah lagi kalau alza 3row seat. fikirkan la. baik pakai full size mpv atau keta sedan. 3row mini mpv mmg x selamat utk penumpang

Tanpa Nama berkata...

Tak sapa tau ajal masing2. Yg kita lihat dari mata kasar kemalangan tu ketika dari menghadiri pogram sangat mulia & disukai Allah.

Ya Allah sekirannya Kau matikan kami, matikan kami dlm iman.

Al Fatihah.

Tanpa Nama berkata...

MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KEPADA ROH ALMARHUMAH DAN DIGOLONGKAN SYUHADA' YANG BARU PULANG DARI PERJUANGAN ISLAM. BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MATI DALAM PERJUANGAN. KITA.... SAMA2 DOAKAN DAN TEKAD UNTUK MATI SYAHID DALAM PERJUANGAN ISLAM. AMIN