16 Jan 2012

Liow, Lu Sendiri Ada Beranikah Lawan Lim Guan Eng?

Calon MCA Mampu Beri Saingan Kepada Guan Eng Pada PRU-13:Liow

BUTTERWORTH: MCA yakin calon yang dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti akan memberi saingan kepada pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata parti itu telah memilih calon yang mampu memberi saingan sengit di kawasan berkenaan.

"Calon untuk (parlimen) Bagan sudah ada, tetapi saya tidak boleh dedahkannya lagi.

"Penduduk di Bagan mahu calon yang mampu berkerja keras untuk mereka dan MCA percaya beliau boleh berkerja dan bertanggunjawab terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini malam Ahad.

Parlimen Bagan diwakili oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata MCA juga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi Parlimen Bagan pada PRU akan datang.

"Kita akan tentang habis-habisan calon DAP di sini, saya yakin penduduk di Bagan sudah terbuka dan nampak apa yang Barisan Nasional (BN) telah bagi kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata ramai penduduk di Parlimen berkenaan kecewa dengan sikap kerajaan negeri kerana tidak menunaikan janji mereka semasa berkempen pada PRU lepas.

"Penduduk golongan sederhana dan miskin di Parlimen Bagan kecewa kerana nasib mereka tidak dibela seperti yang dijanjikan oleh pembangkang, malah lebih teruk," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Untuk menandingi ketokohan Ketua Menteri Pulau Pinang, MCA perlu turunkan samada Presidennya, Chua Soi Lek atau Timbalan Presidennya, Liow Tiong Lai sendiri.

Cukup aneh apabila Liow mendakwa MCA mampu memberikan saingan sengit di Parlimen Bagan jika Liow sendiri takut untuk bertanding di situ.

Jika Presiden atau Timbalan Presiden MCA sendiri tidak yakin dengan kemampuan mereka, dan nak meletakkan calon lain (sekalipun anak Bagan) lupakan saja mimpi itu.

Alangkan GERAKAN yang telah memegang tampuk kerajaan Pulau Pinang berpuluh tahun tersungkur lebut, inikan pula MCA, kedua-dua parti yang sudah tidak lagi relevan di kalangan rakyat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CUBA TNGOK KAT SARAWAK... NEGERI YG TERKAYA SUMBER TAPI CAM MANA BOLEH TERMASUK NEGRI YG TERMISKIN DI MALAYSIA.. SIAL TOL. DAH LAMA TAIB MAHMUD PERINTAH SARAWAK TAPI KEBANYAKAN RUMAH PANJANG DISANA GUNA GENERATOR DAN AIR TAKUNGAN HUJAN. TAK CIAN KE KAT KAMI DI SINI.KALAU UNDI PILIHAN BOLEH SAMPAI KE HULU SEKALIPUN , KENAPA BEKALAN ASAS SPTI LETRIK DAN AIR TAK BOLEH ADA. FYI.. SARAWAK MASIH ADA GAJI BAWAH 300/SEBULAN. JADI BUAT APA NAK UNDI KRONI BN... SARAWAK AKAN UNDI PARTI ROKET DAP.... AGI NGIDUP, AGI NGELABAN ( SELAGI HIDUP, SELAGI BERJUANG )

Tanpa Nama berkata...

Ada sorang Hassan kulitnya cerah. Citarasanya setaraf anak Ali. Phd dia ialah atas kepandaian kiraan ilmu hisabnya yang amat tepat memcapai kepuasan kepada sesiapa didekatinya.

Hassan cerah nih pandai membelit pemimpin2 mengikutnya meracun otak. Percapaian tertingginya ialah apabila bosnya dengan serta merta pecat no.2 untuk diberi percuma kepada dia.

Dari situ, kerja dah jadi senang. Bayang naik haji dah makin cerah. Pakat sekali lagi bawak ramai2 ngange mulut sebesar buaya didepan bosnya dugong putih. Buih demi buih, janji tak akan berganjak dari dibelakang kalau bos dia londeh seluar tunjuk kelakian lawan undi tak percaya. Kelicinan Hassan cerah terselah hanya apabila bosnya baru terasa apabila semua yang berlainan dibelakang ikut sama.

Raja rasuah terpegun atas kehandalan Hassan cerah kalau berdiri dibelakang. Dibilang lebeh selamat kalau kerusi biar pelakon batang besi yang duduk. Raja rasuah punyai 1Hobi Malaysia tonton pilem kaler biru, tak cukup puas boleh diulang tayang bila2 masa.

Hassan cerah dah tak boleh citer hal pilem macam Hassan gelap sekarang duk sibuk, jadi maksud dia: LGE boleh ditumbangkan kalau dilawan dengan gu yang betul… bagi tip supaya bosnya orang kuat ubat batang besi pi gali kubur di Penang.

Sama jugak macam Hassan gelap. Tapi ilmu hisab Hassan gelap tak naik bahkan kena buang aka pecat serta merta.

Walau bagaimana pun Hassan gelap punyai ilmu Phd luar dari biasa atas kehandalan mengumpul satu pertemuan maha besar suatu ketika dulu. Dihadiri yang termaha besar, raja rasuah, raja lembu dan segala bos2nya yang dah kena ubat. Oleh kerana keras kepala sekeras lembu, dia tersalah kira memang wujub didunia ada manusia yang tak bisa dilembutkan dengan apa jua kemewahan, janji dan harta benda. Kalau bukan kerana ada sorang ketua yang teramat mulia setaraf nabi, Hassan gelap dah berjaya membawa jutaan ahli tertidor jadi milikan raja2 rasuah hari ini.