16 Jan 2012

Apabila SMS Sering Menjadi Punca Pergaduhan Dan Penceraian...

Cemburu SMS bawa padah

KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin. Gambar fail

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan.

Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa.

Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang.

“Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan,” katanya.

Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah.

Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang. -hm

Ulasan GB

Ini adalah kisah masyarakat, kisah rumahtangga. GB paparkan kes di atas untuk mencari moral (pelajaran) di sebalik isu berkenaan. Ia berkaitan dengan perlakuan tidak baik oleh pasangan dengan menggunakan teknologi yang ada sehingga hubungan suami isteri tergugat. Ia banyak berlaku dewasa ini.

GB pernah ulaskan hal ini di sini. Petikan:http://www.blogger.com/img/blank.gif

Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet melalui facebook dan lamanweb sosial yang lain seperti Friendster, MySpace, Wayn, menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian.

Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan media baru ini.

Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS.

Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran.

Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya.


4 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA KECANGGIHAN IT DISALAHGUNA ! DITANGAN ORANG YANG MAHU KEBAIKKAN AKAN JADILAH BAIK DAN JIKA DITANGAN HARAMI JADILAH HARAMI PUNYA KES !

Tanpa Nama berkata...

Btol2 GB. Klu baik, Allah akan pandu begitu sebaliknya.

Ni kes tak patuh sepenuhnya perintah Allah. Samada tak faham atau degil. Tak yakin Allah nampak apa segala perbuatn kita wlu org lain x tau.

Tu le, klu tngok citer2 kat tv, fb ke, laman web ke, You tube ke, kbnyakan yg sia2 & laro2. Yg ceramah agama, motivasi, majlis ilmu tak mau join.

Skrg ni aku dngar yg suka rancangan agama kat tv tu sbb suka ustaz Don, isteri2 jgn terlampau suka, para suami pun bole cemburu tau.

Hok yang ustazah2 beri ceramah, tak mau depa pi. Suami pun sama. Aku & keluarga aku pulak cam na, pandai aku ni tulis aje. Mudah2an Allah pelihara bagi yg sentiasa cari RedhaNya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

kes ini bukan mengenai rahsia sms atau apa. ianya cuma salah faham dan cemburu buta. kemungkinannya kawan si isteri bertanyakan soalan yg betul utk minta kepastian dan si isteri betul tiada kawan lelaki, atau kes khabar2 angin atau pelanduk dua serupa dll.

bayangkan jika suami yg cemburu begini membaca semua sms isterinya. perkara yg sepatutnya tiada apa apa pun mungkin akan mengakibatkan berlaku perceraian.

Tanpa Nama berkata...

BODOH SANGAT JANTAN TU..MEMANG PATUT REPOT POLIS...