16 Jan 2012

Hassan Ali, Pergilah ke Angkasa Raya Sekalipun, Untuk Jadi Lembu Tunggangan

Hasan Ali akan menjelajah keseluruh negara perjelas isu pemecatan

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Bekas pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata dia akan menjelajah ke suluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar terhadap sebab pemecatannya oleh PAS yang disifatkan tidak adil.

Dalam sidang media di kediamannya, Hasan menuduh pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila dia tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menurut Hasan, pemecatannya adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan “autokratik” pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

“Saya tiada kepentingan tersendiri. Saya akan mulakan jelajah ke seluruh negara, dan setakat ini saya telah menerima jemputan di Sabah .... untuk menjelaskan keadaan sebenar institusi berkenaan, sama ada mereka mampu untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan kedaulatan institusi Raja.

“PAS seharusnya menjadi bertanggungjawab terhadap aspek-aspek terbabit, tetapi mereka gagal ... saya akan turut menjelaskan sejauh mana PKR dan DAP telah mempengaruhi PAS dalam jelajah tersebut,” katanya.

Hasan turut menuduh “parasit” berkenaan telah menyerap ke dalam parti dan menundukkannya terhadap kehendak mereka dan mengubah perjuangan Islam PAS.

“Pemecatan saya adalah kerana saya mengatakan perbicaraan pemimpin PKR itu adalah perkara peribadi beliau.

“(Tapi) sekarang, terdapat proses “pengAnwarisasi” berlaku dalam PAS,” kata Hasan, dan menuduh keputusan parti tersebut telah dipengaruji Anwar.

Hasan turut menjelaskan, pihaknya sudah menerima surat rasmi dari istana Selangor hati ini yang menyatakan pemecatannya sebagai exco negeri berkuatkuasa hari ini.

“Saya merasakan, pengguguran saya sebagai exco adalah bertentangan degan perundangan PAS, yang mana akan tamat pada hari terakhir rayuan saya ... (tapi) saya tiada sebarang masalah digugurkan sebagai exco,” tambahnya.

Tambah Hasan, dia akan gunakan kedudukannya sebagai orang kanan NGO Himpun sebagaiplatform baginya menyuarakan pendapatnya, dan dia belum terfikir untuk menyertai PAS semula buat masa ini.

“Bila PAS kembali ke landasan asalnya, kemudian baru Hasan Ali akan mengisi borang keahlianya,” tambahnya lagi. -TMI

Hasan boleh bebas melayang di angkasa raya Oleh Subky Latif,

SUDAH tentu PAS rasa amat dukacita memecat keahlian Dato Hasan Ali kerana ia amat jarang memecat ahlinya.

Bukan mudah untuk mendapatkan seorang Islam dan rakyat Malaysia menyertai parti itu dalam negara yang memberi banyak pilihan kepada setiap rakyat, maka tentulah tidak mudah pula ia memecat ahlinya, apa lagi ahli itu ada sedikit sebanyak jasa dan sumbangannya.

Sudah tentu pada PAS setiap yang menyertainya, diharapkan tidak menyertainya untuk satu ketika tetapi sebolah-bolehnya biarlah dia mati dalam parti itu.

Jika boleh kita mahu ada dalam PAS seorang ahli macam Dato Ibrahim Ali bagi UMNO, sesudah dihina dan dipecat dari ahli seumur hidup, dia tidak berubah setia pada UMNO, menunggu untuk diterima semula menjadi ahli UMNO. Ketika UMNO tidak bercadang untuk mengambilnya semula, dia buat macam-macam kegiatan untuk partinya yang membuangnya itu.

Apa pun Hasan tentu tidak dipecat sampai mati. Dia ada peluang untuk merayu kalau mahu, kalau dia rasa parti itu dapat menjadi saluran kepadanya memperjuangkan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan raja. Itu pun kalau dia mahu jadi macam kebanyakan ahli PAS yang bercita-cita untuk mati sebagai ahli PAS.

Tentu ramai yang pilu atas tindakan ke atasnya, bahkan mengeluarkan air mata, tetapi tidaklah air mata itu sampai menjadi sebatang sungai baru di Selangor. Justeru setiap ahli PAS ada juga jasanya disamping ada sebab musabab dia terpaksa dipecat.

PAS pernah memecat keahlian bekas Yang Dipertua Agungnya Dato Asri bersama beberapa orang ahli anggota Jawatankuasa Agung yang lain. Siapa kata Dato Asri tiada jasa dalam PAS? Bahkan besar jasanya kepada parti. Tetapi demi kepentingan parti, jasa-jasa yang besar dan banyak tidak menjadi sebab seseorang tidak boleh dipecat.

Pemecatan tidak dibuat atas kemahuan Mursyidul Am atau Presiden parti, tetapi dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tentunya ia tidak dibantah oleh Majlis Syura.


Saya pernah mewakili PAS ke Ijtimak Jamiatee Islami Bangladesh. Jamiatee adalah sama bagi Pakistan dan India. Tiada siapa boleh terus jadi ahli parti Islam itu melainkan setelah sepuluh tahun menjadi Rukun, satu nama bagi pemohon menjadi ahli. Sesudah 10 tahun jadi Rukun pun belum tentu diterima menjadi anggota Jamiatee Islami.

Dalam keadaan demikian berpuluh ribu anggota Rukun menunggu dengan sabar untuk menjadi ahli.

Tetapi PAS tidak seketat rakan-rakan parti Islam di benua kecil India. Hassan Ali tidak perlu menunggu 10 tahun untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pusat dan Naib Presiden parti. Dan diberi amanah selama lapan tahun jadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Di Selangor dia jadi orang PAS yang paling bertuah sepanjan sejarah, menjadi Exco kerajaan Negeri Selangor apabila Pakatan memerintah. Orang yang lebih besar dan lama perjuangannya di Selangor tidak sebertuah sepertinya.


Saya tahu sedikit sebanyak masalah dalaman parti. Penggal pertama Hassan menjadi pesuruhjaya, dia telah tidak menjadi calon tunggal untuk menyambung amanah itu. Dia sudah tidak dinamakan, tetapi Jawatankuasa PAS memberi peluang kepadanya untuk menjadi PJ lagi hinggalah ke tahun 2011.

Setakat dia mempertikai dasar terkini PAS secara terbuka, PAS tidak begitu segera untuk bertindak drastik, tetapi apabila dia boleh menserba-salahkan hubungan PAS dengan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat, maka PAS tidak banyak pilihan melainkan (memecatnya).

Sekarang Hasan sudah bebas, seperti burung dia boleh terbang melayang sejauh mana dan setinggi mana pun di angkasa raya. Dia boleh kata apa yang dia rasa perlu kata. Dia boleh hinggap di mana dahan yang ada.

Melepaskannya dari PAS adalah untuk membebaskannya bersuara bebas seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara.
-HD


Ulasan GB

Apa yang GB telah tuliskan sebelum ini benar. Pena Subky Latif sememangnya masih tajam.

Benar apa yang dikatakan. Hassan Ali boleh jelajah bukan saja ke seluruh negara malah ke seluruh dunia dan diperlebarkan oleh Subky, ke seluruh angkasa raya... untuk tujuan apa sekalipun...

Nak dedahkan parasit? Sedangkan dirinya sendiri tidak menyedari, adalah parasit paling merbahaya...

Tak siapa halang untuk anda mendedahkan. Sebab kini majoriti ahli PAS sudah mengenal kamu. Tak macam dulu, Subky terpaksa menulis secara halus, hanya dapat dikesani maknanya oleh si pembaca yang teliti, yang terpaksa mengasing permata daripada kaca.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat menjelajah ke seluruh negara.. kalau perlu jelajahlah ke seluruh dunia...buatlah penjelasan sejelas-jelasnya DAN JANGAN LUPA BILANG BERAPA ORANG YANG DATANG .....!

Tanpa Nama berkata...

Pepatah Cina: 3 orang pendek boleh kuasa langgit.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke dia sebat duit harakah 900 ribu?....tu belum jadi MB,klau angan2 jadi MB tercapai melalui keraaajaaang perpaduaaaaang,berapa agaknya dia nak sebat. Ni dia jiwa Amngooooook yg ada dalam diri dia.

Tanpa Nama berkata...

hehehe.....otak hasan ni sudah tak center!....apa da jadi ni.....hehehe.....nanti dia ni pi Mars,,,,,hehehe

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat tujuan DHA buat jelajah 1 Malaysia untuk peribadi bukan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-raja. Saya rasa Cikgu Azmi kena buat sesuatu dengan HIMPUN kerana nampaknya DHA memilih menggunakan gelanggang HIMPUN.

Tanpa Nama berkata...

J.R. Omar said,
Berapa ramaikah yang nak datang dengar kalau setakat menumpang program UMNO tu??? 50,000? 10,000? 7,000? 2,000? 900? 350? 129? 53?

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan salam semua.

Hasan Ali mencanang nak bercerita pasal perjuangannya. Hakikat sebenar menjelajah kerana nak jual 'motivasinya' yang dah lapuk dek kemodenan. Sambil mengutuk insan lain HA beharap akan mendapat seponser dari golongan manusia yang dahulunya dikatakan MUSUH dan kapir.

Hasan Ali, aku sangka kau sebijik permata, orang berilmu, lebih faham akan nikmat beragama dari orang seperti kebanyakan kami. Terbukti yang ada kau miliki hanya setakat ilmu sekular, itulah padahnya. Dah tua dah. Kalau tak nak ingat kat Allah ingat sajalah kat kawan seagama. Buruk2 orang Islam dapat juga sedekah fatihah kalau kamu pergi.

Kau perlu belajar dengan Pak A Kadir kami, kian lama kian berisi. Bacalah tulisannya. Penuh budi dan bahasa. Pun tak pernah mengaku dia ahli agama dan tak merapu macam kamu ni. Banyak sangat utang ke tuan ni ?. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

tak sabar rasanya nak tengok macamana sambutan kpd "jelajah satu 1 malaysia hassan ali" hehe...

dan tak sabar nak tengok reaksinya selepas tu.

Tanpa Nama berkata...

bila nak tiba masai....boleh juga k tengok muka yang tak reti malu tu,,,

Tanpa Nama berkata...

Maaf sy xboleh tgok gmbar d..agak menakutkn wajah d tu...
ank simpg rggam