16 Jan 2012

Pemahaman Hassan Ali Salah, Beliau Dakwa Masih Ahli PAS [updated]

Hasan Ali: 'Secara teknikal saya masih ahli Pas'

PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.

Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco.

"Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini.

Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco.

Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta. -SH

Ulasan GB

Pemahaman Hassan Ali salah.

Apabila anda sudah dipecat dari PAS, maka dengan sendirinya keahlian PAS gugur sekalipun boleh merayu.

Jika merayu dan rayuan diterima barulah keahlian anda diterima semula, bermula fresh dari seorang ahli biasa.

Tanyalah mana-mana peguam sekalipun. Begitulah jawapannya.

Dan apabila pihak istana sendiri telah menghantar surat kepadanya perlantikan exconya dibatalkan, tiada soaljawab lagi di dalam hal tersebut kerana perlantikan exco adalah hak prerogatif istana, sementelah lagi parti sudah tidak perkenankan anda sebagai wakil PAS dalam kerajaan Selangor.

Anda sendiri yang menyatakan sebelum ini anda tidak akan membuat rayuan dan tak boleh kekal dalam PAS.

Masih hendak berdolak-dalik?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aiii dalam ucapan dia dirumah dia,masa buat sidang akhbar, kan dia bagitau yang dia ada PHD. Takkan orang ada PHD tak bole paham kutt dengan perkataan pecat sertamerta..
Dia reti kedak! baca sorat dari Istana nii!!!...Atau dia ni dah sasau dah kutt....

Tanpa Nama berkata...

banyaklah kau punya cekadak,kau je yg betul,jualah kau punya airliur

Tanpa Nama berkata...

Kalau DHA merayu untuk kekal dalam PAS mungkin pihak tertinggi PAS akan menerima beliau kembali sebagai ahli PAS. Bagi lantikan EXCO satu perkara lain, tak kan lah pihak PAS hendak lantik semula DHA jadi EXCO , sendiri mahu fahamlah.....

Tanpa Nama berkata...

masuk PAS boleh tapi jadi ahli biasa seumur hidup..tolong jadi macai pasang bendera...jawatan AJK Pun jgn dibagi kat dia..secara TEKNIKAL pasang benderapun masih ahli PAS..

Tanpa Nama berkata...

..hmmm....dah macam bunyi gila talak lah pulak......hehehe

Tanpa Nama berkata...

Nak komen salah tak komen lagi la salah..dah baligh kan gitu...waallahualam...

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah amek kau....padan muka pas kerana tak sabar2 nak lantik org cam dia nih ke jawatan tinggi parti walau pun belum berapa lama menjadi ahli parti serta belum terbukti keikhlasannya menyertai parti.

lain kali perlu diteliti setiap pencalonan ke jawatan tinggi dalam parti...setidak2nya mestilah menjadi ahli 15 hingga 20 tahun dalam parti baru boleh di calon ke sebarang jawatan penting dalam parti.

ni tidak, baru sehari dua dia masuk parti dah terus percaya pada keihlasan dan kejujurannya merencanakan perjuangan dan pergerakan pas....skarang apa dah jadi?

ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang yg ingin melihat islam memerintah negara...allahu akhbar
semoga pas berjaya besar dalam pru13 nanti insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Ahli motivasi konon! macam ambe katakan skmo, bila seseorang tu cakapnya berdegar-degar, suara je yang lebih tapi isi untuk dikunyah adalah "yilek".

opisboi berkata...

bunyi macam gila talak jer!

abu berkata...

apa nak dikata - xpdc...

Tanpa Nama berkata...

Hassan penakut yeh..yeh...Hassan penakut yeh..yeh...Hassan tak mcm Abang Ajis berani masuk askar...

Cot Bandaran berkata...

Alahai meroyan dah Assan ni. Secara TEKNIKAL / TAKTIKAL / / KLINIKAL PRAKTIKAL ke amende ke, Assan dah terkeluar dari PAS. kalau lulus rayuan baru masuk balik, itu pun sebagai ahli biasa. Heran, aku yang tukang angkat sampah pun paham !

Tanpa Nama berkata...

Ha ni dia fikir dia dah bagus da . tetwpi dia silap

tanda soal berkata...

mcm biasalah, dia terlebih motivasi.. dia rasa dia memang ahli pas.. tapi pas kat afrika @ Parental Alienation Syndrome...

hairan berkata...

lawak la pendekar melayu + islam kita nih makin mengarut... dah patut dipanggial abg hassan kita nih sebagai PAKAR FITNAH...

nampak sgt ego dia terlalu besau, tak langsung mencerminkan sebagai orang islam yang tunduk ke bumi. Nak menang aje... ala2 sikap sedara kita umno lak hehehehe

satu lagi nak komen, buat kerja tuh biarlah IKHLAS... kalo boleh jgn sampai orang tau bukan nak harap balasan dunia dan pujian... inilah contoh terbaik apabila balasan dunia yang dicari. Kesian gak abg hasan kita nih

Tanpa Nama berkata...

Ada PHd TAPI....tak tau ikut arahan dan peraturan....memang patut PAS pecat Hasan Ali sebab dlm PAS dia saja yg ada PHd...

Tanpa Nama berkata...

HASAN ALI PERASAN TERASA DIA LEBIH PAS DARI PAS

Tanpa Nama berkata...

kasihan sungguh si asan phd... pak hasan dungu.. usah di layan..

Tanpa Nama berkata...

Ni lah yg diperibahasakan dalam askar.. "sijil besar 'ponco', bodoh besar 'padang kawad'.

Tanpa Nama berkata...

sebagai exco., sebagai wakil PAS, bertindaklah secara berhemah, tunjuklah contoh yang baik, jadilah sebagai satu role model, setiap apa yang dipersetujui atau dipersepakati oleh satu-satu pertubuhan atau parti....tugas kamu adalah akur kepada setiap arahan dan suruhan. Ini dah ler tak mahu akur keputusan yang dipersepakati, lepas tu baling taik sembunyi tangan....kamu siapa, boleh membuat keputusan sendiri, wahai hasan ali,...kamu tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri, disini jelas membuktikan kamu hanyua berssandiwara...bermaksud kamu sengaja mengingkari perintah dari pihak atasan....pihak parti itu sendiri kemudian kamu cuba me ngalihkan pandangan tentang isu anwar pulak.......kamu ni nak jadi apa?

MNazri berkata...

TGNA dah cukup berlembut dgn ko asang oii.. Tapi Ko pulak kurang ajar dgn TGNA.. Dgn SOMBONG dan BONGKAK nya ko cakap ko tak pernah minta maaf dan ko masih nak panjangkan cerita.

Aku memang dari dulu nampak perangai sombong ko tu. Jumpa dgn kami, rakyat biasa di satu kenduri perkahwinan 6-7 tahun dahulu, duduk semeja dgn kami, tapi haram ko nak senyum kat kami yg pada mulanya gembira sebab dapat bertemu dgn pemimpin PAS. Rupanya ko pemimpin yg HAMPAS! Mulai saat itu, Aku hilang rasa hormat kat ko. Tapi sekarang aku bukan sahaja tak hormat ko, tapi aku juga MENYAMPAH tgk ko!

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali memiliki PhD yang bermaksud Perasaan Hasad Dengki.

Tanpa Nama berkata...

kronologi sebelum 901
1. hasan bgtau jgn ikut anwar n presiden pas pun tk kluar arahan
2. presiden kata dia sendiri akan join 901, hassan nk kenekan presiden tp hassan yg terkena.. haha
2. akibat makmum baca kuat dari imam, maka presiden pas umum pecat hassan..
3. hasan kata dia sanggup dipecat ahli pas n jawatan exco demi menegakkan islam..
4. MB tak nak pecat, tp MB nk hasan sendiri yg letak jawatan.. kene pulak dah.. hassan nk kene MB, tp diri sendiri yg kena.. hahaha... hassan plak masih diam seribu bhs..
5. bila lmbat sgt hassan buat keputusan, mb pun bg nasihat kt sultan dan sultan pun stuju.. baru dpt pingat dr sultan, tetiba sultan pun stuju gugurkan hasan.. haha.. kene lagi..
6 Hassan kata ada parasit dlm pas, tp pas plak jemput hassan utk bgtau sapa parasit tu,,, hassan kene lagi.. haha..
6. hari ni hassan ungkit cerita exco.. kata tak kisah tp awat diungkit?.. dh tak de kerja lain ke?.. skali lagi hassan kene lagi.. haha..