Akhbar perlu menambat hati para pembaca Melayu, tambahan pula dengan pendirian akhbar arus perdana yang kini dilihat sudah kurang menggali isu-isu yang menyentuh nurani rakyat.
"Realitinya, pembaca Harakah adalah orang Melayu," kata pengamal media Wan Hamidi Hamid dalam suatu sidang muhasabah bersama para petugas Harakah dengan beberapa pimpinan dan aktivis PAS di sini, hari ini.
Perbincangan itu diadakan untuk menggali beberapa permasalahan akhbar, media alternatif di samping mengenalpasti beberapa tindakan baru untuk mengatasi masalah tersebut.
Tambahnya, berdasarkan maklumat yang beliau perolehi setakat ini, kadar jualan Berita Harian dan Utusan Malaysia misalnya berada di bawah 170,000 naskhah pada 2009 berbanding lebih 200,000 pada 2006.
"Ini kerana, salah satu sebabnya, ialah akhbar-akhbar perdana tersebut tidak akan melaporkan seperti yang yang dikehendaki oleh masyarakat, khasnya hal yang benar melibatkan kes perbicaraan Anwar Ibrahim.
"Kita mesti ingat, bahawa hari ini, Anwar masih lagi de facto dalam masyarakat," kata Wan Hamidi yang juga Pembantu Pengarah Research For Social Advancement (Refsa), sambil menjelaskan bahawa saingan Harakah yang terkini adalah Suara Keadilan.
Berdasarkan rekod, hasil jualan Harakah sejak Reformasi 1998 adalah sekitar 400,000 dan kini menurun sehingga 105,000.
Selain itu, berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Harakah telah menyiarkan banyak bahan maklumat kepada pembaca, tapi para pembaca khasnya muslimat kurang fasih mendalami isu-isu semasa.
"Kita kena gerakkan semacam suatu sekretariat untuk mengatasi masalah-masalah yang berbangkit dalam akhbar ini. Dan, mungkin kita perlu gerakkan kempen membaca dalam kalangan aktivis parti. Ini kerana, kalau ada maklumat pun dalam akhbar pun, mereka tidak membacanya," kata Aiman Athirah lagi.
Untuk menjadikan akhbar ini lebih dinamik, kolumnis Harakah, Abdul Shukor Harun berkata, akhbar itu tidak lagi boleh menjadi alat kepada organ parti sepenuhnya, malah ia mesti lebih banyak menjuruskan kepada usaha-usaha menggali isu-isu dalam masyarakat.
"Saya difahamkan, ahli-ahli Pas ada lebih sejuta orang, tetapi kenapa hasil jualannya cuma 105,000 naskhah sahaja?" soal beliau lagi.
Menyentuh hal yang sama, Ketua Pengarang Harakah Daily Zulkifly Sulong berkata, muka depan akhbar parti ini tidak boleh diletakkan berita parti bagi tujuan menarik minat pembaca terhadap akhbar tersebut.
"Suatu masa dahulu, kita pernah memutuskan supaya isu-isu nasional itu diletakkan di muka depan agar ia dapat menarik perhatian khalayak ramai.
"Sementara itu, laporan yang memuatkan berita parti pula, kita letakkan di bahagian belakang seperti berita Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan para pimpinan parti yang lain," kata beliau.
Program dihabiskan awal kerana Mazlan Aliman ditahan polis
Dalam pada itu, penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata, antara kaedah yang boleh dibuat untuk menguatkan laporan akhbar ini, ialah dengan mengadakan program 'pertukaran' penulis dan penulisan antara akhbar-akhbar alternatif tersebut.
"Ini bermaksud, penulis Harakah boleh menulis di Roket, wartawan dan penulis di Suara Keadilan boleh menulis di Harakah dan sebagainya," kata beliau.
Selain itu, tambah Mohd Sayuti, akhbar Harakah ini perlu menjurus kepada laporan berbentuk 'human interest' yang boleh merakamkan kisah keperitan hidup masyarakat yang menyayatkan hati pembaca.
Pertemuan untuk sidang bedah siasat Harakah ditamatkan lebih awal tengah hari ini kerana panelis jemputan khas untuk sidang petang ini tidak dapat hadir, ekoran penahanan polis ke atasnya bermula semalam.
"Sepatutnya, sidang bedah siasat akhbar ini dijangka tamat pada 4 petang ini, tapi kita habiskan lebih awal kerana Mazlan Aliman yang dijangka dapat membentangkan syornya itu, telah ditahan polis dengan sebab ceramahnya baru-baru ini di Raub," kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui. -erapakatan
Ulasan GB
Beberapa hari sebelum ini, GB menulis rencana ini : Prestasi PAS Merosot Pada PRU13 Kerana Harakahdaily?
GB katakan
Dalam berita erapakatan di atas:
kolumnis Harakah, Abdul Shukor Harun berkata, akhbar itu tidak lagi boleh menjadi alat kepada organ parti sepenuhnya, malah ia mesti lebih banyak menjuruskan kepada usaha-usaha menggali isu-isu dalam masyarakat.
Benar, dan itu dilakukan oleh blogger termasuk blog GB ini, tetapi Harakah ketinggalan jauh beratus batu di belakang. Kisah-kisah penderitaan masyarakat, kritikan sosial, laporan mahkamah, sukan dan seumpamanya ternyata diabaikan oleh Harakah.
Dan GB bersetuju baik bercetak (Harakah) atau eletronik (Harakahdaily) perlu disusun semula jentera pengurusannya, harakah/harakahdaily perlu perekayasaan jika benar-benar ingin membantu parti. Namun tiba-tiba Allah menunjukkan...

Tiada komitmen yang bersungguh-sungguh. Kenapa perlu habiskan awal sidang bedah siasat hanya semata-mata seorang AJK Pusat ditahan? Tiada pengganti? Maka dengannya tak perlu teruskan agenda memperkasakan semula Harakah? Atau tangguhkan saja selepas PR / PAS kalah nanti pada PRU13?

Mengapa harakahdaily menjadi seperti yang ada pada hari ini?
Tidak dikemaskinikan secara sempurna. Bercampur baur artikelnya diantara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Iklannya berterabur. Tahap penulisan tidak bermutu. Susun-aturnya menelirukan sehingga para pembaca terpaksa menjeling kiri kanan kiri semula atas dan bawah untuk mencari-cari isu semasa dan berita serta artikel terkini.
Adalah amat tidak wajar sebuah badan yang mempunyai pekerja-pekerja bergaji tetap, yang kini dah tak terlibat dengan kerja-kerja IT di dalam membangunkan portal berita itu (kerana Harakahdaily telah menswastakan kerja-kerja I.T. kepada Altfa Solution) tetapi mutu harakahdaily semakin merosot!
Bukankah itu petanda-petanda PAS nak kalah dalam PRU13?
Dalam berita erapakatan di atas:
kolumnis Harakah, Abdul Shukor Harun berkata, akhbar itu tidak lagi boleh menjadi alat kepada organ parti sepenuhnya, malah ia mesti lebih banyak menjuruskan kepada usaha-usaha menggali isu-isu dalam masyarakat.
Benar, dan itu dilakukan oleh blogger termasuk blog GB ini, tetapi Harakah ketinggalan jauh beratus batu di belakang. Kisah-kisah penderitaan masyarakat, kritikan sosial, laporan mahkamah, sukan dan seumpamanya ternyata diabaikan oleh Harakah.
Dan GB bersetuju baik bercetak (Harakah) atau eletronik (Harakahdaily) perlu disusun semula jentera pengurusannya, harakah/harakahdaily perlu perekayasaan jika benar-benar ingin membantu parti. Namun tiba-tiba Allah menunjukkan...
Pertemuan untuk sidang bedah siasat Harakah ditamatkan lebih awal tengah hari ini kerana panelis jemputan khas untuk sidang petang ini tidak dapat hadir, ekoran penahanan polis ke atasnya bermula semalam.
Tiada komitmen yang bersungguh-sungguh. Kenapa perlu habiskan awal sidang bedah siasat hanya semata-mata seorang AJK Pusat ditahan? Tiada pengganti? Maka dengannya tak perlu teruskan agenda memperkasakan semula Harakah? Atau tangguhkan saja selepas PR / PAS kalah nanti pada PRU13?
16 ulasan:
Salam GB,
allow me to add one more factor contributing to the downward trend....
it is this feeling of "feel good" [like ntv7 i feel goood] in almost all the articles inside Harakah..
The most striking example was when there were really hot "talks" about ug and all that, but when we turned the pages, there were not much being said/commented/discussed about this perpaduang plot...as if this serious problem has been swept under the tikar
and always the pics would show just the leaders hugging, shaking hands and portrayed in hunky dory images...i'm not asking for the pics to show them folding up sleeves and punch one another hehe, but Harakah to me is always in the state of denial....
we all say that the rakyat is no more the fools any media can manipulate and lie, but when we rakyat read Harakah, we can sense that something is running deep but is seems that everyone is not bothered to raise it up and solve any problems cropping up in PAS.
fine, i can understand that some things are best left discussed just among the leaders/dewan/ whatever, but declaring Harakah is THE ORGAN , surely you would want it to work at its best efficiency level, betul tak? bayangkan kalau organ dalam tubuh pun tak berfungsi betul, sakit lah satu badan, kan?
my two sen...
tanda2 protes penyokong PAS dh terang lagi besuluh... tapi masih nk dinafikan oleh puak2 UG tu..
Aku rasa baik puak PAS UG tu pakat kluar PAS n tubuh PAS BARU... amacam?
Salam,
First time jot down dlm GB biarpun blog wajib baca bagi saya setiap hari.
Ye,selepas isu kerajaan perpaduan, saya hampir tidak menyentuh harakah, apatah lagi membacanya. Trend peminat PR sekarang pergi kepad SKeadilan dan KEPakatan. Web Harakah pun, macam saudara GB kata, semakin teruk, sebagaimana teruknya puak2 kerajaan perpaduan (ataupun bekas KPerpaduan),
So, baguslah mereka dah sedar, betapa pentingnya untuk menarik hati rakyat yang pelbagai bangsa dan etnik ni. Jangan ingat kita dah dalam jemaah Islam, cina India kena ikut kita, sedangkan kita tidak menunjukkan contoh keindahan dan kesyumulan Islam itu sendiri.
My name is Shay, and Iam not a terrorist. TQ,
shay1803@gmail.com
Kata post mortem tapi kenapa x sebut sebab UG. Sebab Pres kata isu UG dah tutup ke?
Isu UG memang sangat member kesan kepada PAS. Aku yang dulu pelanggan tetap harakah dan tak pernah miss dah jadi muak bila balik2 geng UG duk kat front page.
Dulu orang beli harakah dengan niat nak bantu parti. Sekarang orang berhenti beli sebab benci UG. Mengakulah !!
Harakah kurang laku sebab PAS kurang memperjuangkan Islam. Mcmana nak perjuangkan Islam kalau dasar PAKATAN RAKYAT tidak berlandaskan ISLAM. PAS agak terbatas dlm PAKATAN RAKYAT. PAS perlukan PAKATAN ISLAM dlm menegakkan isu2 Islam. Dlm isu2 rakyat PAS masih lagi boleh bekerjasama dlm PAKATAN RAKYAT.
PAS dah terlungkup esok baru nak sedar? Baru nak bertindak? Saya rasa waktu tu dah terlambat untuk bertindak.
Kenalah tunggu lagi 50 tahun baru nak naik balik itu pun kalau puak UG ni pupus. Kalau beranak pinak dia dalam PAS saya rasa PAS tak boleh pergi jauh.
jangan sokong UG, hentam saja UG, jualan harakah boleh meningkat
kalu protes suratkhabar pun puak UG tk faham2, lepas ni kena protes undi ler jawabnyer... kita tengok la nanti, time dh kalah adatak puak2 umno nk ajak PAS bermesra2 cm skarang nih!
Aku x beli harakah kerana benci ke Mustafa Ali pengerusi harakah....boikot sampai dia letak jawatan
Salam,
Dulu mmg saya membeli harakah, tapi sejak isu UG, malas nak baca bab... byk dah disebut diatas. Logik ke isu yg besar mengenai halatuju PAS tidak ada dlm liputan? Yg ada sumer berita pasai geng2 UG. Saya sarankan, stopa get out from harakah and let someone else take over. Kalau tak, sampai bila pun isu UG akan dikata dah lama tutup.....!!!!
jidiaz
bedah dan buang barua UG, dalam harakah dulu, baru naik jualan
harakah dah jadi macam utusan sebab dikawal barua UG, mana tak rugi
Harakah merudum sebab kurang penekanan terhadap menegakkan Islam. Isu negara Islam, pengharaman arak, hukum hudud sudah tidak ditekankan lagi dlm harakah. Harakah sudah terbatas utk membicarakan tentang menegakkan Islam di bumi Allah ini. harakah perlu kembali ke perjuangan asal. Iaitu menegakkan Islam walaupun dibenci oleh musuh2 Islam. Penyokong PAS sudak muak dgn pertelingkahan antara 2 team. Eloklah kembali ke ajaran Islam yg sebenar. Ingatlah BN, PAKATAN RAKYAT, PAKATAN MELAYU tidak akan berjaya. Kembalilah kepada ISLAM. Bersatulah di atas nama PAKATAN ISLAM.
Saya dah setahun tidak beli akhbar Harakah, kerana tak suka Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, Harun Din dan Hassan Ali. Harakah mengamalkan penulisan terpilih dan selalu meminggirkan kem berlainan, hanya kem Mustafa Ali diutamakan.
Harakahdaily pula jarang update, tulisan Presiden PAS pun terlalu lapuk. Pengurusan Harakah perlu dari golongan profesional yang tiada agenda sendiri atau agenda kem. Jangan perbodohkan ahli PAS dan pembaca Harakah.
hampa tak payah beli la...hampa tu, bukan pejuang PAS sangat..2x5 juga otak kat kepala lutut..termasuk la GB nii.. bukan main suka hentam orang yg. hampa tak suka..macam mana nak jadi pejuang PAS ni..piraahhhh..steady la beb...kadang2 hampa yang lebih-lebih. Depa tu org lama dlm PAS..susah payah depa dah rasa. Otak mada pakai..pakai fikir...dah belaku ka belum..hampa ni, bukan nak pebaikan PAS tp pelingkup pAS ada..aku pun heran la kat hampa ni..boleh main tunjuk2 pula yang ni UG yang ni tidak..hamap tu..memang hebat ka..
anon 11.34
awak suh org steady rupanya awak lagi tak steady, tokleh terima pendapat org yg anti-ug
apa, kepala hang dah penuh tahi umno ke sampai dah tak boleh terima pendpt mereka yg x setuju UG yang bilangan mereka lebih ramai dari kamu...
Catat Ulasan