1 Jun 2016

PAS Diperguna Atau Memang Tak Berguna?

'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoalkan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di muktamar dewan itu semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?


"Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.

"Justeru itu, soal PAS “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.

"Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966," tambahnya.

Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang "tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP".

"Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.

"Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat," tegas Loke lagi.

Hakikatnya, kata beliau, ialah PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR dan membantu PAS memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.

"Saya juga berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.

"Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar," tegasnya.


'Cukuplah Pas dipergunakan dulu'

KOTA BHARU - Pemuda Pas menyarankan pimpinan Pas mengkaji kembali agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Sekiranya pimpinan ambil langkah berani tanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dlm PRU lepas, Pemuda Pas ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada Pas," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.

Katanya-katanya itu disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.

Dalam pada itu, menurutnya pembahagian kerusi itu wajar mengambilkira aspek kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi disamping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.

Beliau juga mengingatkan ahlinya agar bersedia menyambut kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan mereka.

"Mereka sokong Pas tapi belum sedia jadi ahli. Mereka sinis dan cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.

"Justeru, Pemuda Pas meraikan hasrat tinggi anak muda yang mahu mendalami sistem politik Islam, evolusi dan penyesuaiannya dalam konteks moden dikembangkan melalui penubuhan sekolah politik di bawah kendalian kita, insya-ALLAH," katanya.

Tambahnya, Pemuda Pas mesti lebih memahami psikologi politik anak muda Melayu di bandar dan pengundi atas pagar dalam memberi kefahaman kepada mereka.
-SH


ULASAN GB

GB tak nak ulas panjang, tetapi umum mengatahui PAS itu PENGKHIANAT. Mengkhianati kepercayaan undi rakyat yang mana di dalam PRU13 dahulu rakyat mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat. Walaupun PR belum diluluskan oleh RoS, namun pada masa itu gelombang rakyat ingin menumbangkan BN dan justeru PAS berada di dalam PR maka dengan itu PAS menang di dalam beberapa kawasan DUN dan Parlimen.

Tetapi PAS merasa dirinya kuat jika bersendirian, tak perlu parti lain dan akhirnya tercampak keluar dari Pakatan Rakyat.

Mereka membawa lari kerusi yang dimenanginya di atas PR tetapi mereka menuduh AMANAH membawa lari kerusi PAS.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat akan terus menolak PAS. PAS kini terkontang-kanting terpaksa membentuk blok ketiga bersama IKATAN yang ahlinya 79 orang kemudian mendabik dada "kami blok yang tak boleh diperguna" oleh sesiapa.

Dan karikatur ini yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian amat menarik.




41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan ditinggalkan begitu saja...

Lihat ini :

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” 

Tanpa Nama berkata...

parti pas memang dh x berguna sgt dah pun GB..parti sampah..

Malaysiabaru berkata...

Azmin azming

Dah nampak pas nak hancurkan pakatan hRapan

Kenapa berdiam diri

Menurut laporan CIA dari mongolia kata umno dah befpecah dua dan juga pas. Bn pun sudah tak sehaluan bila hudud versi munafik undi d parlimen

Pru 14 akan menyaksikan hung parliment d mana mungkin pkr dan umno bgabung bentuk kerajaan tika itu mamakuty dan najis dan hadi pin dah tak relevan.

Jadi skrg azming... Hancurkan pas sementara masih belum terlembut... Hancurkan pas utk lemahkan umno

'bunoh pas' min 'jangan tak bunoh!!!

Angkat pkr jadi juara min !!! Utk ganti pas dan umno. Ini yg rakyat mahu...

Tanpa Nama berkata...

Di antara ahli parlimen paling merapu dan tak faham apa2 adalah nik abduh

meracau, melilau, merapu dan mengagau

mamat ni tak boleh beza auta dan fakta...semua bedal atas bibir asal manis


kewalaunta pengikut bertakbir juga menjelaekan mereka pun tak faham yang mereka lepas kena auta

Tanpa Nama berkata...

Langsung aku tak kan percaya dengan PAS ni apa lagi alim ulamaknya hanya menimbulkan ketidak percayaan kepada non muslim sahaja.. jangan harap non muslim ikut cakap ularmak yang hanya pentingkan dunia dan menipu agamanya

Tanpa Nama berkata...

Pas dipergunakan umno pulak

anuariun zaidin berkata...

Jawab pertanyaan anthony tu....kalau ada maruah diri

Tanpa Nama berkata...



lebai2 itu sgt berguna utk dipergunakan oleh sipenyamun dan pencuri, so mrk pun boleh sama2 mencuri agar dimata org2 melayu kampung dan pokcik mokcik difelda2 sipencuri2 lebai tanjak dan songkok tinggi itu akan kelihatan sopan santun warak dan suci sekali..

Saiful berkata...

Panglima rabun...mana ada panglima rabun...tok sah dok cakap mcm2.. mai turun kat rakyat.. buat survey brp byk rakyat suka kan pas..tgk kami suka ka tak..gwa tgk poster pun dah tak mau

omar daud berkata...

Salam:

PAS GEBANG aja lebih,masa akan menentukannya.

Tanpa Nama berkata...

Kesian lihat pas skrg...dah entah apa2 jadinya skrg...kalau dulu waktu zaman nik aziz amat dihormati dan disegani, kenapa kini jadi bahan kutukan di kanan dan kiri?

tanya sama itu hud hud berkata...

Panglima sarkas cakap bohong..
Auta saja lebih..
Dalam parlimen diam menyepi,elaun sapu.
Ajak berdebat,bacul.
Sembang depan walaun bedegar2..
Rata2 pemimpin pas kaya dengan sifat munafik,bila berkata mesti berbohong tapi tepuk dada mengaku ulamak..
Ni ulamak dajjal namanya

Pencolekhangek berkata...

Selagi tidak diberitahu kerusi mana yang dipinjamkan kepada DAP selagi itu cakap ini panglima janggut dua helai tidak boleh dipercayai. Kerusi yang dimaksudkan ialah kerusi parlimen atau kerusi DUN. Kerusi dibawah kemah tak masuk kira. Jawab panglima jangan tak jawab.

Tanpa Nama berkata...

PRU 14 PAS jadi GEMULAH[Almarhum]

Tanpa Nama berkata...

sebelom krisis anwar,pas hanya berlegar-legar kelate/ganu,ganu/kelate.ahli pun ta sampai 400,000 orang.Di pantai barat,pas umpama parti ajaran sesat.tak pernah menang satu kerusipun dun/parlimen.Bila umno berantakan sesama sendiri barulah PAS boleh bernapas.Bila Kebijaksanaan allahyarham ustaz fazhil nor dan allahyarham TGNA,Dilasanakan utk menguasai ahli-ahli umno dan orng2 atas yg menentang umno,ahli pas naik mencana hingga 1juta orang.Ahbar harakah laris macam goreng pisang panas.PAS banyak menguasai Parlimen/dun,malah negeri hasil dari kebijaksanaan anwar/tgna.

Ketiadaan tgna/anwar,bila pas dikuasai oleh golongan ustaz2 mesir,tak pernah bersusah payah,tak pernah kena penjara,menganggap islam/pas mak bapa dia punya,DISINILAH puncanya pas MERAPU tak tentu hala.

Tanpa Nama berkata...

Kajian terbaru pas bakal hilang ribu2 undi cina di sungai besar..ini peluang terbaek amanah utk memastikan kemenangan,kena strategi yg betul dan calon yg bagus insylh berjaya.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pas mutakhir ini sudah hilang signifikannya kepada perkembangan politik semasa tanah air. Banyak kenyataan-kenyataan mereka sekadar untuk memperbodohkan ahli-ahli walaqun mereka sahaja. Natizen melihat kenyataan-kenyataan pemimpin Pas sejak akhir-akhir ini sekadar retorik yang kononnya parti mereka semakin kuat. Sangat lucu apabila Pas meminta semua kawasan parlimen dan dun yang mereka serahkan kepada rakan sekutu semasa dalam Pakatan Rakyat satu ketika dahulu. Namun kini, Pakatan Rakyat telah dikuburkan oleh Pas sendiri. Pakatan Harapan yang baharu dibentuk tidak dianggotai oleh Pas. Lantaran itu, Pas boleh bertanding di semua dun yang berjumlah 576 dan 222 kawasan parlimen.

Tidak dapat dinafikan barisan pimpinan Pas memang pakar dalam bidang haid dan nifas, tetapi tidak yang lain. Pas tidak pandai berstrategi dan mengimplementasi statistik. Pas menganggap diri mereka terlalu kuat dan tidak perlu lagi bersefahaman dalam meletakkan calon. PRU 2004 membuktikan bahawa Pas telah menjadi parti yang terlalu lemah kerana bersendirian dan tidak mendapat sokongan dari kaum Tionghua. Pas juga dijangkakan akan mengulangi nasib yang sama pada pada PRU 14, terutama di pantai barat Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak Pas pastinya akan mendapat nul, dan kalau bernasib baik memenangi beberapa kerusi di pantai timur Semenanjung. "Siakap, senohong, gelama ikan duri. Pas cakap bohong akhirnya menggigit jari". Pas, kamu ini bagaimana?

mustapa m said berkata...

Jauh benar beza antara bapa (Arwah Nik Aziz) dangan anak (Nik Abduh).
Arwah cakap dgn bahasa yg lembut, tidak memaki hamun dan tidak merapu tak tentu pasal.

Kerusi PAS di manakah yg telah diberi dan dipinjamkan kpd DAP dan PKR?

Jika setakat bertanding pada setiap PRU tapi tak pernah menang, tak malukah PAS mengiktiraf itu kerusi mereka?

Sebelum PAS di bawah PR berapa kerusikah mereka telah menang pada setiap kali PRU sejak Merdeka. Pernahkah PAS menang di Selangor, N Sembilan, Johor dan Melaka, sbg contoh, semasa berjuang bersendirian dulu?

Unknown berkata...

Pas bukan setakat penghianat tetapi JAHAT.Mereka sengaja lupa dpt perintah kelantan kerana pas ambil kesempatan perpecahan umno yg sebilangan pengundi atas pagar memberi simpati kpd ku li. Kemudian pas menumpang tuah gelombang reformasi. Jng harap dgn kkuatan sendiri nik abduh dan puak cai dpt berdiri. Memang mereka lupa daratan setelah dapat harta dan jawatan. Aku dan keluarga ( pengundi di k bharu ) tidak akan mengundi pascai lagi. Dasar jahat jaja agama unt kberuntungan dunia.

wan amero berkata...

nik abodoh yg bodoh kohong!

Tanpa Nama berkata...

sembang di luar pagar,,,,,,begitulah.....
kita geng istiqomah le....

Tanpa Nama berkata...

malu malu teramat malu, bila en nik kata dia guna bahasa kiasan dan siap suruh cina dap belajar buku zaaba pulak. bila kita amati semula ucapan en nik tu tak nampak pula kat mana bahasa kiasan tu. nak tanya en nik ekau ni faham ke maksud bahasa kiasan atau ekau main bedal saja..ingat en nik, berbohong tu adalah satu dari sifat orang munafik...dan nampaknya sifat pembohong ni dah meresapi jiwa majoriti ketua ketua parti en nik.

Tanpa Nama berkata...

Tak nampak pun kat mana kiasannya...aku rasa itu ayat nak selamatkan diri jea tu... tapi walaunbutakayu memang akan pertahankan nik abodoh tu...

Tanpa Nama berkata...

Awat la pas jadi low life sampai lagu ni..

Tanpa Nama berkata...

Selalu org pgil dia nik bodoh tp aku xtau kenapa , menjelang muktamar ni br la aku tau apa sbb org gelar dia nik bodoh

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni miliki ulama pas suci mulia.

Siapa Cina kapir banding dengan ulama pas suci mulia?

Mari kita wala kepada ulama pas suci mulia

Tanpa Nama berkata...

istiqomah la hang sorg2 hj hadi terjon gaung dgn hang2 sekali ikot terjon..pru 14 pakat2 kasi talqin sama tahlil sama ini parti jual agama parti kapitalis bertopengkan jubahserban..

Tanpa Nama berkata...

Dalam buku Zaaba ada ke kiasan 'di pinjamkan' ada ke cerita kisah kan pilihanraya.

Bodo punya lebai. Kalau PAS bertanding kerusi yang mana pun, PH juga akan bertanding. Mana ada istilah atau kiasan 'di pinjamkan' yang ada lawan tiga penjuru.

Kalau 'di pinjamkan' kena pulang. Dah pulangkan yang meminjamkan tak boleh bertanding.

Ingat yang di pinjamkan betul-betul, tak ada kiasan-kiasan ialah dunia ini. Kalau ulamak jadi lah ulamak yang ikut garis-garis Islam.

Tanpa Nama berkata...

Yang dia cakap DAP bagi arak .. kiasan ke atau fitnah?

Pemuda parit kings berkata...

Semoga Allah membantu ularmak2 mcm ni...hidup diorg skrg ni hnya utk pertahankan ahli pas supaya jgn kluar Dan terapkan nilai benci pada kaum lain...APA nk jadi pascai skrg???haha...sedih...penyokong walaun tetap beranggapan pas yg ada ni...masih ada aura TGNA...Haha...jadi bahan lawak rakyat shj...

Mat Safian berkata...

Aku tahu kerusi mana yg dipinjamkan PAS kpd DAP...kerusi plastik kedai tomyam.

Mungkin masa berceramah sepentas dgn DAP, Nik Abduh bg kerusi plastik kat Anthony Loke utk duduk. Lepas tu, Nik Abduh mintak balik kerusi tu...tp sampa la tak dapat.

Tanpa Nama berkata...

Dlm byk2 parti melayu, setiously, yg nampak perjuangkan islam setakat ini ialah Pas. Cuma akhir2 ini Pas macam terkeluar dari landasan. Jika Pas balik ke pangkal jalan, inshaallah, Pas bakal mentadbir Malaysia.

Unknown berkata...

Sebenarnya nik bedoh ini boleh dikatake sudah mabuk dgn gelare dan jawate. Kalu dia budok juruh dia sedar akan asal usul mulo dio. Maso dio tanding di parlimen pasir mas dulu, ramai pengundi mace ambo ni, naik kesihe serta simpati ditambah lg dio anak tok guru.masa tu dia tampil dgn watak baik ala-ala budok pondok. Betul-betul nampak warak, baik dan "boleh tupe". Buke setakat ore atas pagar, ore umno pon ada yg mengundi dio. Tp ... setelah dia kenal tali leher dan bermobil berjenama hebat, rupo2nya budak ni jadi "menta", agah,sombong dan mulo lupo daratan. Cuba tanya ore pasir mas apo jasa dia. Apo dia buat ketika banjir besar akhir 2014 dulu. Tak seko ( tak sangka ) budok ni ruponya perangai tak sama dgn gemuloh tok guru. Tunggulah nik bedoh rakyat menunggu mu pd pru ake date.BENARLAH .. KEIMANAN TIDAK BOLEH DIWARISI OLEH KETURUNAN

Tanpa Nama berkata...

Jagalah bila berkata_kata atau menulis dalam komen ini kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..

Tanpa Nama berkata...

wahai Hadi , Nik Abduh & geng ulamak mesir lebih baik bertumpu didakwah sahaja politik tak sesuai utk anda semua , nanti kalah teruk Pru ni melatah pulak penyokong2 Pas.Jangan lupa sekarang zaman IT bukan zaman Gua nak kelentong pikir banyak kali.

Tanpa Nama berkata...

Masa yang paling sesuai untuk Husam mengistiharkan masuk AMANAH.

Tanpa Nama berkata...



Agaknya kiasan yg dimaksudkan kerusi bawah khemah.

Ramai org Dap pinjam kerusi duduk dgr ceramah Pas.

Kerusi Dun n Parlimen mana ada pinjamkan pd Dap.

Dulu Pas nak pinjamkan lambang Pas pd Dap jika parti Dap dibatalkan Pendaftar Pertubuhan. Klu jadi, Dap kena pulangkan kerusi yg dia menang. BN yg takut nak batalkan Dap.



andikbolong berkata...

dah kalilime je nick pemuda ngan pak preideng,,,bicara ngan kpala lutut semua belaka dah mcm kena wabak zika,,otak mengecik ,,, waliazubillah

Tanpa Nama berkata...

Bukan, sebenarnya pas kerja sama dengan unmo

Tanpa Nama berkata...

MP Pasir Mas sebelum dia nampaknya jauh lebih cerdik dalam membuat sebarang kenyataan. Inikah akibat berkawan dengan Pesaka? Bodoh Pesaka telah berjangkit kepada MP sekarang yang nampak bodohnya berganda-ganda. Pru 14 nanti pengundi Pasir Mas kenalah pilih wakil yang cerdik untuk masa Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan yang tidak bersandarkan bukti itu sebenarnya fitnah bukan kiasan. Contoh-contoh fitnah yang lain ialah barua,pengkhianat, anti islam, mati jahiliah, pil kuda, komunis dan lain-lain. Contoh maki hamun;babi, anjing, barua, lembu dan sebagaimy.