5 Sep 2015

Baiah Talak PAS Ditolak Oleh Majoriti Umat Islam ... -updated

Bai’ah: Jangan berpegang satu pandangan

SHAH ALAM – Semua ahli dan pimpinan Parti Pekerja Malaysia khususnya yang berasal dari Pas diingatkan supaya tidak hanya berpegang kepada satu pandangan sahaja dalam menghadapi isu bai’ah.

Demikian kata pengerusinya, Mohamad Sabu sambil menegaskan, mereka tidak perlu melatah apabila perkara tersebut digembar-gemburkan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai pandangan ulama lain sama ada dalam mahupun luar negara.

“Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulama atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

“Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai PPM (sebelum itu dikenali sebagai Harapan Baru).

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat Parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, ahli digesa berpegang kepada pandangan ulama yang paling ringan yang boleh diterima pakai dalam isu bai’ah.

“Saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai.

“Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi,” katanya lagi. -SH


KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

"HENTIKAN POLEMIK BAIAH TALAK TIGA: WANITA DAN KELUARGA MENJADI BARANG PERCATURAN POLITIK"

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar, iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan ini pula tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.

2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.

3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
4 September 2015



ISU BAI’AH & TAKLIQ TALAK TIGA

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam . Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.

Fadhlina Binti Dato' Siddiq
Naib Presiden ABIM (HELWA)



Politik “baiah” menganiayai WANITA!

Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama.

Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan “talaq” untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah.

Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti.

Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia.

YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan
4 Sept 2015




ULASAN GB

GB sudah ulas semalam bahawa Baiah Talak memaparkan wajah hodoh PAS. petikan:

Ia memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Allah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.


Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan semalam apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




27 ulasan:

My Kakak berkata...

Apa motif baiah PAS itu? Tidak lain takut kehilangan kerusi politik! Maka dimana pulak letaknya kata kata PAS hanya mahu redha Allah? Berbelit-belit. PAS makin gelabah dgn GHB parti nyamuk jebon . GBH, pedulikan mainan politik gelabah PAS, susun baik2 agar GBH merebak sepantasnya dan dengan kemas menerobosi setiap sempadan negeri2. Tingkatkan promosi terangkan misi dan luaskan kuasamu.

Tanpa Nama berkata...

Hadith 1420, talak tiga, bab thalaq, jilid 3, sahih muslim

Dari ibnu Thawus r.a. dari bapanya, katanya Abu Shabba' bertanya kepada ibnu Abbas r.a., "Tahukah kamu bahawa talak 3 yang diucapkan sekaligus, pada masa Rasulullah s.a.w. dihukumkan hanya talak 1, begitu juga semasa pemerintahan Abu Bakar. Kemudian pada masa pemerintahan Umar dinyatakan jatuh 3 kali?" Jawab ibnu Abbas r.a. "Ya, benar begitu".

Hadith 1421 juga meriwayatkan yg sama tetapi dgn tambahan dari ibnu Abbas.... "Soalnya pada masa Umar, org banyak mempermudah-mudahkan talak. Kerana itu Umar memperlakukan hukum menurut apa yang diucapkan".

Kalau menurut hadis di atas, talaq 3 sekaligus dalam satu waktu, adalah bidaah. Hanya umar saja yg mula sekali melakukannya.

Tanpa Nama berkata...

Hodohnya baiah Pas ini krn meletakkan kaum wanita/isteri sbg bahan dagangan dan cagaran demi survival politik yg sempit. Pas sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam yg sebenar berimamkan tuang presideng munafik kaki ponteng.

Malaysiabaru berkata...

Isu baiah

Ahli Pas skrg ikut amalan Ayoh Ping

Ya Allah jgn lah ayoh chik hadi awang jadi mcm ayoh ping atau almarhum ustaz ashaari abuya..

Takut seram aku tengok

Unknown berkata...

Aku menyesal mengundi pas. Rasa bersalah setelah mengetahui hudohnya perangai pimpinan pas. Kerana kuasa dan politik pas sanggup mempermainkan hukum agama. Wanita dijadi mangsa kerakusan. Aku dan keluarga tidak akan memgundi pascai lagi.

Tanpa Nama berkata...

Sumpah, boleh bayar kaffarah.
Bai'ah, kena dptkan pelepasan dr yg dibai'ahkan.
Cerai talak 3 sekaligus, kena rujuk mahkamah syari'ah.

Tu yg sepatutnya,
Walau pun aku tak sokong PAS skrg, hukum agama jgn dipermainkan.

Ibnu Sabil berkata...

hello anon 6:38

Baiah TERBATAL apabila pihak yang dibaiahkan menipu... menipu kerana baiah dilakukan semasa PR wujud, tetapi apabila PAS membunuh PR secara otomatiknya baiah jg terbatal.

Tanpa Nama berkata...

Naka kata pemimpin PAS cetek ilmu mereka semua dari kalangan agamawan nak kata tak berkelulusan boleh dikatakan semuanya belajar luar negara tapi mana isue bai'ah timbul pelbagai ulasan yang tidak berkesimpulan seorang kata begini dan seorang lagi kata begini tapi mereka lupa orang mereka dakwa gugur talak itu bukan bodoh macam yang mengeluarkan kenyataan si yang kena dakwa pun terlebih dulu telah merujuk kepada semua ulama muktabar dari luar negara dan dalam negara tapi jika ditanya pada ulama muktabar PAS sudah pastinya apa yang didakwa mereka itu benar seperti ulamak harun din demi untuk membenarkan dakwaan mereka sanggup buat sidang media lagi apakah itu caranya yang PAS selama ini amalkan,dimanakah kesyumulan islam ya ng dicanangkan oleh PAS itu,Allah Maha mendengar dan Maha Melihat syukur disebalik kebongkaran bai'ah ini kita sudah dapat melihat dan saksikan bagaimana PAS merendahkan martabat kaum hawa yang melahirkan diri mereka sendiri adakah PAS hendak kembali ke zaman Jahilliah membunuh anak perempuan tapi sekarang PAS tidak membunuh sebalik pergunakan perempuan untuk mengekalkan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Habis......Habis.......isteri dijadikan cagaran dalam mainan politik !

Tanpa Nama berkata...

Talak 3 hanya jatuh 1. Itu pendapat yang kuat. Wahai tuan mufti belajarlah menghormati khilaf. Adakah kamu lebih alim dari yusof qordowi. Kamu dah mengaji berapa mazhab atau mazhab shafie pun belum kahatam. Dengarlah pendapat dari uataz ahmad awang ustas ghani shamsudin mufti perlis dan banyak lagi. Jangan gelojoh sangat nanti makan diri.

Tanpa Nama berkata...

Isi bai'ah Pas ni macam cerita zaman arab jahilliah...Perempuan atau isteri jadi bahan mainan. Pas jadikan tahap isteri paling rendah. Hukum agama buat main-main untuk survival politik hodoh mereka. Parti agama macam ni nak tegakkan hukum hudud?

Tanpa Nama berkata...

Mengapa bai'ah di buat di hadapan Pesuruhjaya PAS? Sedangkan ini soal hal cerai yang di bawah tanggung-jawab Jabatan Agama. Jika Persuruhjaya PAS benar-benar bertanggung-jawab danbukan sekadar mengunakan bai'ah sebagai alat politik, perkara ini hendak lah di rujuk kepada Jabatan Agama sebelum angkat sumpat atau sebelum ahli PAS keluar dari parti. Bukan sekarang!!

Niat Pesuruhjaya dalam perkara ini amat meragukan. Ianya hanya di gunakan apabila memberi keuntungan kepada mereka . Malah TGNA sendiri tidak tahu menahu perkara ini kerana mereka yakin bai'ah tersebut akan di tolak oleh TGNA seperti mana di tolak oleh Ulamak-ulamak lain. Ini satu hal menunjukkan Pesuruhjaya pun tak berapa serious pada peringkat awal.

Apabila sesuatu itu meragukan maksudnya dan banyak pula tafsiran nya, lebih banyak merugikan kepada Islam, jangan lah di ungkit-ungkit.

Tanpa Nama berkata...

mujur ahmad maslan kata esok tak pilihanraya....kalu x aku dah x undi lagi pas....

Tanpa Nama berkata...


Yang mana lebih baik bagi PAScai?

Kumpulan 18 ini kekal di dalam PAScai atau keluar dari PAScai?

Mengapa sebelum ini Presiden halau semasa mereka didalam PAScai?

Dan sekarang mengapa PAScai mengunakan bai'ah, adakah PAScai mahu mereka membuat huru-hara dalam parti dengan bertelagah dengan Hj Hadi. Tak cukupkah Islam di malukan dengan melabel, dengan kejian dan penghinaan.

Tanpa Nama berkata...

anon 6.38.soalnya mengapa baiah itu digadaikan dengan wanita? ada hukum islam ke seperti itu.selam aku tak tahu .cuba kau atau ulamk Pas keluarkan hukum tersebut dari kitab mana? Kalau adun leleki bila berbaiah ditalaqkan isterinya dengan talaq 3.apa pula baiah adun muslimat ,adakah sumainya juga terduda 3 x.Ulamak Pas jangan diam ,sial jelaskan ,kalau muslimat tidak ada baiah ini asdalah tidak adil ,islam maha adil,

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke presiden yang suruh keluar dan buat parti baru, supaya dia dapat tidur lena.. presiden ni suka sangat ke orang bercerai berai,kalau tak suka, pecat je la hari tu.. cakap nak bersihkan parti, batalkan je la baiah tu supaya makin senang orang nk blah, baru la bersih berkilat parti pas..
Gb boleh start kempen cabar pas batal baiah untuk bersihkan pas, benda ni boleh jadi win-win situation..
1. Senang orang nk blah
2. Pas nampak berani n serius nk bersihkan parti (konon)
3. Pas dilihat komited tak perlukan kuasa (kerusi) tapi hanya redha tuhan

Tanpa Nama berkata...

PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
7. Jadi calon Pas kena Cagar BINI.....Baiah yg bidaah-kesesatan
8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Sheikh Ali Hassan al Halabi berfatwa baiah ciptaan Pss sdslah bidah.

tanya sama itu hud hud berkata...

Lebai merapu pas perasan seolah mereka mewakili Tuhan.pandai nak hukum itu haram,yg.ni tak sah.pandangan mazhab lain,ulama lain mereka tak pakai.
Tanpa disedari lebai2 malang ni dah tambah 1 lagi rukun iman,
Beriman dgn hadi awang

Tanpa Nama berkata...

Pas adalah parti milik haji hadi dan haron din dan beberapa kerat ulamak sombong bodoh pas. Bukan parti umat islam. Kata nak bersihkan. Pecat saja lah. Mengapa bercakap berbelit belit. Begitulah lambang kacaunya jiwa. Ikutlah pendapat yang lebih kuat yang mengatakan talak tiga jatuh satu. Bab talak pun belum faham. Wahai tuan mufti behentilah jadi mufti. Kamu tak layak. Statement kamu hanya menampakkan kesombongan dan kebodohan kamu. Ya allah jauhkanlah aku dari perangai ulamak ulamak yang sewaktu dengannya.

Abdul Said berkata...

Semua ini berlaku dalam PAS kerana ada satu kumpulan manusia yang baru perasaan bahawa KUASA boleh mendatangkan pelbagai keuntungan hidup di dunia seperti boleh berbini ramai, boleh berkenderaan mewah, boleh memiliki istana, memiliki jawatan yang kerjanya tidak seberapa tetapi mendatangkan gaji yang sangat lumayan dan boleh mempengaruhi manusia yang jahil, bingai, tidak boleh berfikir, malas berusaha dan rela menjadi hamba abdi. Membuat kerja kerana Allah dan untuk Allah s.w.t balasan didunia kadangkala ada, kadangkala lewat dan kadangkala tiada walau pun balasan diakhirat sudah pasti. Jadi bagi kumpulan ini fikir buat apa lepaskan peluang di dunia. Hendak juga merasa hidup senang lenang. Maka atas alasan tersebutlah pelbagai helah sepak terajang menggunakan alasan ugama dipraktikan untuk melayan nafsu sarakah masing-masing!!

Tanpa Nama berkata...

Bai'ah tu kpd Allah swt dan RasulNya saw, juga kpd amir Al Jama'ah muslimin (ulil amri). Ada ke kaedah utk membatalkannya ?
Jika membatalkan bai'ah kpd Allah swt dan RasulNya saw, boleh terkeluar agama. Jika membatalkan bai'ah kpd ulil amri dianggap membughat.
Bai'ah kpd firqah firqah tertentu, waAllahu'alam ! Pendpt aku jika mmg yakin firqah tu mmg salah, tak betul, mmg kena keluar dan membatalkan bai'ah berkenaan. Kena kaffarah ke ? Tak jumpa pulak hukum membatalkan bai'ah kpd firqah yg tersesat.

Sumpah pulak, bila ada pilihan lain yg dirasakan lbh baik, mmg boleh memilih yg lbh baik dgn membayar kaffarah.

Cerai taklik talak 3 sekaligus, tak berani aku nak komen, elok rujuk mahkamah syari'ah setempat di mana taklik tu dibuat. Sbb bg kita ASWJ, kita taat Allah swt, taat Rasullullah saw, dan ulil amri dr kalangan kita. Ulil amri kita dlm bab nikah kahwin ni, majlis agama dan mahkamah syari'ah.

Bab hukum agama ni kalau masing masing kita ikut kepala sendiri, celaru msykt dibuatnya. Tulah sbbnya ulama' ulama' kita karang kitab kitab utk jadi panduan kita yg dtg kemudian ni.

WaAllahu'alam !

Tanpa Nama berkata...

Apa macam Tindakan barua presideng ? Sokong penerima derma billion tu ok? Fitnah orang jual pill kuda ok? Beragama apa?

Anak Poksoh berkata...

kadangkala peraturan yang dicipta manusia itu akan memusnahkan diri dan puaknya sendiri.

Tanpa Nama berkata...


Baiah ni tidak jadi isu dah. Kenapa Pas dok kalut sangat.

Cuba teliti frasa yang menyatakan:

"patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam"


Apa kaitan frasa diatas dengan kumpulan yang menubuhkan GHB?

Sewaktu kumpulan ini masih berada dalam Pas, mereka menerima cacian, cemuhan dan kejian sejak muktamar ke 60 lagi. Pucuk pimpinan parti tidak melakukan sebarang tindakan memperbaiki suasana ini malah bersama-sama mencaci dan menghina Kumpulan ini.

Kemuncak daripada ini pucuk pimpinan parti telah dengan fikiran yang waras, dalam keadaan sedar, tanpa pengaruh makanan/minuman yang boleh melemahkan fungsi akal serta tidak dipaksa oleh sesiapa pun samaada secara individu atau berkumpulan oleh kumpulan 18 telah memberi keizinan yang boleh ditafsirkan sebagai arahan kepada kumpulan ini pada 5/9/2015 bertempat di Dewan Tok Guru Rusila, Marang dalam Negeri Trengganu disaksikan beratus-ratus hadhirin seperti berikut:

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)


Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.


"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Jelas dan nyata Haji Abdul Hadi Awang iaitu yang dirujuk sebagai pucuk pimpinan tertinggi dalam Pas dalam baiah itu telah melapaz bahkan menyeru kumpulan itu menubuhkan parti sendiri dan keluar daripada Pas kerana keberadaan mereka dalam Pas sudah tidak dikehendakki lagi.

Merujuk kepada frasa meletakkan jawatan apabila:
"saya keluar atau dipecat dari parti"

Kenyataannya mereka ini tidak dipecat atau keluar parti, sebaliknya yang berlaku ialah mereka diarahkan menubuh parti baru oleh pucuk pimpinan parti atas sebab pimpinan parti sendiri yang tahu.

Oleh itu fakta utamanya, tiada sebarang perlanggaran arahan oleh kumpulan 18 ini dan dengan itu mereka tidak melanggar mana-mana bahagian dalam baiah berkenaan.

Faktanya mereka hanya mematuhi arahan pucuk pimpinan parti pas supaya menubuhkan parti baru.

Tanpa Nama berkata...

''Allah Maha mendengar dan Maha Melihat syukur disebalik kebongkaran bai'ah ini kita sudah dapat melihat dan saksikan bagaimana PAS merendahkan martabat kaum hawa yang melahirkan diri mereka sendiri'' Anon Sept 4,2015 7.01pm

Berdasarkan kenyataan di atas, sebab itulah Presiden mereka dengan mudah memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuan Presiden PKR untuk diangkat menjadi MB Selangor semasa krisis MB Selangor dahulu kerana Presiden PKR itu seorang wanita.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan pendapat Anon Sept. 4, 2015 10:03pm