25 Mei 2011

Husam Sahkan Bertanding Naib Presiden

Kuala Lumpur – Ahli jawatankuasa kerjas PAS pusat Datuk Husam Musa mengumumkan akan kembali bertanding jawatan naib presiden parti pada pemilihan bulan depan. Gambar: Husam bersama Mohd Sabu

Bulan lepas beliau membuat pendirian bahawa tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi kecuali kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Husam pernah memegang jawatan naib presiden selama satu penggal iaitu daripada 2007 hingga 2009.

Pada 2009, beliau bertanding jawatan timbalan presiden tetapi gagal.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu berkata, beliau membuat keputusan untuk menimbang semula pendirian selepas salah seorang penyandang jawatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menyertai persaingan kerusi timbalan presiden.

“Pada mulanya saya hanya bercadang bertanding jawatan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap (pendirian) mutakhirnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.

“Oleh itu, di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan naib presiden pada pemilihan kepimpinan parti awal bulan depan,” kata Husam dalam satu kenyataan petang ini.

Pagi tadi, Tuan Ibrahim secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.

Selain Tuan Ibrahim, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu telah mengesahkan pendirian masing-masing.

Husam juga berkata, keputusan itu dibuat ekoran mendapat pencalonan yang memberangsangkan bagi jawatan nombor tiga itu.

“Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutamanya di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.

“Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan sebagai tapak utama PAS pada waktu ini dan juga secara keseluruhannya,” katanya.

Jelas Husam, gabungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS akan dapat diperkukuhkan dengan pendirian terbaru beliau itu.

“Saya percaya polisi PAS untuk menjalin gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.

“Dalam hal ini, kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, penyandang jawatan itu Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengesahkan mahu bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak untuk bertanding kerusi naib presiden. Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS Nik Zawawi Nik Salleh dan dua ahli jawatankuasa kerja Dr Mujahid Yusof Rawa dan Mazlan Aliman memutuskan untuk menarik diri.

Ketika ditemui pada sidang media tengah hari tadi, Mazlan mengumumkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden parti itu.

Beliau berkata tidak mahu bertanding jawatan itu kerana masih belum bersedia untuk memikul “tanggungjawab” itu walaupun mendapat pencalonan yang memberangsangkan.

Beliau sebaliknya memutuskan hanya akan mempertahankan jawatan yang disandang sekarang yang disandang sejak dua penggal lalu.

“Saya pada hari ini mengumumkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden PAS, sebaliknya saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ahli jawatankuasa kerja.

“Saya akan terus tumpukan komitmen dalam menyelesaikan isu tanah rakyat kerana ada banyak aduan dan salah laku yang dalam Felda dan Felcra termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya. -TMI



Husam Musa, satu-satunya nama yang dicalonkan kesemua jawatan

Satu-satunya nama yang dicalonkan untuk bertanding bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan pada Muktamar PAS awal Jun ini ialah Datuk Husam Musa.

Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Namun demikian Husam menolak pencalonan Pas Kawasan Bukit Bintang agar bertanding jawatan Presiden.

Husam pantas menolak pencalonan itu dan berikrar menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan pada ketika itu berkata: akan bertanding hanya bagi jawatan AJK PAS Pusat.

Perkembangan itu dilihat seolah-olah Husam cuba meminggirkan diri. Beberapa pemimpin seangkatan beliau melihat pendirian Husam itu juga merugikan parti yang dihimpit cabaran demi cabaran apa-tah lagi pada PRU13 yang semakin hampir.

Semasa PRU12, Husam yang ketika itu Naib Presiden PAS merupakan salah satu instrumen penting yang memainkan dalam mengatur strategi pilihanraya untuk Kelantan dan Nasional. Husam juga telah membuktikan kewibawaannya dalam menjana strategi ekonomi negeri Kelantan, malahan menjadi ikon ekonomi yang baik.

Husam yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi Universiti Malaya ternyata telah banyak melalui ujian getir di negeri cik siti wang kembang itu. Hubungan baik beliau dengan pimpinan saf utama PKR dan DAP juga menjadi aset penting kepada PAS.

Amatlah rugi bagi PAS untuk menolak dan meminggirkan Husam daripada arus persada utama PAS.

Benar Husam sekurang-kurangnya wajar menerima pencalonan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi jawatan Naib Presiden bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan dalam persada PAS dan menonjolkan kehebatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Empat belas orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS, namun setakat ini hanya mantan Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan Idris Ahmad mengesahkan kesediaan bertanding pada muktamar Pas awal Jun ini.

Dua calon sudahpun menarik diri bagi jawatan itu, iaitu Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak).

Dua lagi mantan naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memberikan jawapan. Namun Tuan Ibrahim turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang setakat ini memperlihatkan mantan Nasharuddin akan dicabar Mohamad Sabu.

Banyak desakan meminta Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Selain nama besar lain yang turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (juga layak bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat dan Menteri Besar Perak Ke-10 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (BendahariPAS Pusat). -ajijoi


32 ulasan:

mohamad berkata...

aku rasa kebolehan husam musa untuk mendaki tangga politik buat masa sedikit sukar selagi setiauasaha mustaffa ali ada. mainan nya licik tapi orang nampak. itulah stumbing block. tenguk saja nasib abang mat sabu kita. mustahil tiada pencalonan dari terengganu. tak kan orang terengganu tak tau nak lihat dan nilai kepeimpinan. tak kan orang terengganu tak tau balas jasa. inilah tangan ghaib, bisikan yang berupa arahan atau setidak-tidak jelingan signal melarang. aku berjuang sebagai ahli biasa pas terengganu, aku rasa malu apabila mustaffa ali main kerja sengelat macam ini. saling tak tumpah macam UMNO. aku tak kisah UMNO kerana parti nya tidah roh. tiada dosa pahala. kalau ada orang kata pas lebih teruk aku rasa macam betul. aku merasa amat rugi kalau ada orang berwibawa kita sekat dari mereka menjadi pemimpin. Aku bukan tak hurmat pada sesetengah yang dilabel Ulama. tapi sayang, pemikirannya terlalu lokal. kita kadang-kadang tersilau dan tertipu bila label ulama hanya tahu bab hukum hakam ugama. sedangkan itu hanya guideline allah sebagai panduan untuk bergerak. fahaman sekular masih menebal dalam PAS. masih ingin mengasing dan memisah golongan yang dari alairan arab dan bukan dari aliran arab ( disalah ertikan dengan perkataan golongan ugama dan golongan professional ). Sekarang ini pertarungan kita bukan pakai pedang atau senapang, tapi pakai hujah. bila berhujjah perlukan ilmu dan pengetahuan yang luas. otak yang cergas berfikir. bukan sekadar memori yang tinggi yang hanya boleh menghafal. lihat saja dalam parlimen atau dalam akhbar bila ada perbahasan atau polemik. siapa yang menjadi pejuang tampa senjata ini. itu belum lagi dalam merancang dan merangka program dan gerak kerja. bukan lagi setakat mengajar kitab tetapi mengaplikasi apa yang diajar. pelaksanaan. bukan setakat nak lawan UMNO tapi itu lah yang dituntut oleh agama. harap-harap ahli pas sedar. biar boleh menilai pemimpin. pilih lah yang berwibawa. jangan nak longgok satu golongan sahaja. biar ada yang mahir dalam bidang ugama dan semua perkara kehidupan didunia muga-muga akan menjadi bekal untuk menagih rahmat Allah di akhirat nanti.

aamz berkata...

GB,

fair article bg kupasan Husam offer diri bertanding NP.

and I just one to add her my dream team for PAS new leadership after Muktamar.

Presiden : TG Hj Hadi (ulama)
Timbalan : Tn Ibrahim (Ulama)
Naib : Husam, Nizar, Salahudin
SU Agung : Dr Mujahid (ulama)
Ketua Penerangan : Mahfuz
Bendahari : Hatta
Pengarah Pilihanraya : Dr Dzulkifli

Utk bahagian pengurusan ni 3 ulama dicadangkan. Tetapi tidak perlu risau sebab kita masih ada Majlis Syura Ulama' yg perlu diperkasakan.

Bahangian pengurusan memerlukan team yg ada idea2 innovatif, bernas yg baru utk lawan kelicikan APCO.

Ape komen GB

And what is your drem team for PAS leadership GB?

TQ

Zuones berkata...

Membangun bersama Islam.. Alhamdulillah Lihatlah keupayaan dan kejayaan mempertahankan kemenangan PAS di Kelantan. Ulamak...yang keluar PAS... seperti Nakhaie Hj Ahmad.. Mohd Noor Deris..sebahagian daripada ulamak yang meninggalkan PAS dan masuk umno dan menghentam PAS.. siapa pula bukan ulamak keluar PAS?

padwo berkata...

saya menunggu orang-orang yang mengutuk Tuan Ibrahim termasuk GB supaya mengutuk Husam juga sebagai cakap tak serupa bikin, tak tetap pendirian, lidah bercabang, pelawok, tak takut dosa, memecahbelahkan parti, binatang, suka fitnah, tikam belakang..

padwo berkata...

Zuones, Datuk Asri

Tanpa Nama berkata...

padwo, Datuk Asri dikategorikan ulamak ler.

"Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama."

Tanpa Nama berkata...

Sokong pandangan saudara mohammad diatas,tidak mungkin berlaku sampai langsong tiada pencalonan untuk abg mat dari Terengganu.

ambe pun teganu kiter jugak.

padwo berkata...

kelemahan saya, dah lama dalam PAS pon tak tahu latar belakang Datuk Asri.. saya hanya melihat penampilan luaran Allahyarham sahaja..

Tanpa Nama berkata...

ambe pung orang ganung gak... ambe dok mboh calong mat sabu...

Tanpa Nama berkata...

Akhi GB..

sajer nak tompang komen..

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/05/abang-mat-tak-kisah.html

Tanpa Nama berkata...

padwo, nak tanya pendapat kamu apakah kamu yakinsung lantiada konspirasi oleh Mustapha Ali untuk menentukan calon-calon yang bertanding dan meminta Tuan Ibrahim turut serta merebut jawatan Timbalan Presiden bagi menggantikan Ustadz Nasya?

padwo berkata...

saya juga sendiri tak setuju dia jadi SUA, tapi saya yakin melalui maklumat yang saya perolehi dia cuba jalankan amanah sebaik mungkin. Dia salah seorang pemimpin yang dah melalui banyak dugaan dan setia bersama PAS. dia pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri, kalau dia nak join Umno dah lama dia buat.
kalau anda ada bukti konspirasi Mustafa Ali, sila buktikan. Saya tak mahu campur hal-hal gossip ala-Umno ni, saya takut di Padang Mahsyar nanti saya tak dapat jumpa Mustafa Ali nak mintak maaf.

Tanpa Nama berkata...

padwo, bukankah dah jelas bahawa Mustapha merupakan orang yang mencanangkan gagasan Kerajaan Perpaduan? Dan bukankah gagasan itu yg menyebabkan PAS berpecah-belah sampai skrg?

padwo berkata...

isu UG ni pon banyak benda yang tak jelas dan masih belum didedahkan oleh pimpinan, tapi biarlah tutup buku.. semata-mata isu UG anda nak tuduh Mustafa Ali macam2 tanpa bukti, tak patut lah..

diod berkata...

undi pecah antara husam dgn mat sabu ? keduanya kalah ?

Tanpa Nama berkata...

mana komen aku...? GB x publish pun...?

ambe sokong UG berkata...

semalam di Dewan Himpunan Cina, Dato' KJ mengakui isu UG tidak diberi ruang untuk dibahaskan dan juga ditempelkan imej yang salah...

Unknown berkata...

anon 1:13

komen anda x publish sebab kalau nak berkahak pergi kahak ke tempat lain.

Tanpa Nama berkata...

ambe sokong UG said...

"semalam di Dewan Himpunan Cina, Dato' KJ mengakui isu UG tidak diberi ruang untuk dibahaskan dan juga ditempelkan imej yang salah..."

masih ada lagi org yg menyokong UG rupanya, kata UG dah mampos?

memang puak UG ni x boleh dipercayai dari atas sampai bawah

Tanpa Nama berkata...

ooo masa penyokong husam berkahak ke cikgu pa xper... aku berkahak ke husam x boleh...

ini tidak adil!!!

ambe sokong UG berkata...

hehehe, kira ok aper... menggigil gak Dato' KJ nak jawab soalan tu... Prof Aziz langsung x berani jawab... hahahaa...

Unknown berkata...

Buktikan dimana komen "penyokong husam berkahak ke cikgu pa xper". Ia akan terus di delete.

cengal berkata...

ambe sokong UG said...

"semalam di Dewan Himpunan Cina, Dato' KJ mengakui isu UG tidak diberi ruang untuk dibahaskan dan juga ditempelkan imej yang salah..."

siapa yg tak beri ruang utk bincang isu UG dulu?

Bukankah pimpinan UG sendiri? lansung tak bawa ke perbincangan, seminar atau forum bersama ahli.

padwo berkata...

UG seperti Hassan Ali jumpa Umno Selangor beberapa hari lepas PRU-12 memang patut dimatikan.. tapi UG idea asal TG Hadi - dengan mengambil contoh Indonesia sehingga Presiden boleh dilantik daripada parti minoriti - tidak pernah diberi peluang langsung untuk dibincangkan secara ilmiah dan tidak emosional.. saya yakin kalau dibincangkan secara ilmiah dan rasional, dan kemudian ditolak dengan cara baik, TGHH boleh terima dengan hati terbuka keputusan jemaah..

Tanpa Nama berkata...

harap2 Alalh kerat saja lidah orang yang berkahak itu GB.

padwo berkata...

cengal said...
"lansung tak bawa ke perbincangan, seminar atau forum bersama ahli."

yang terbaik ialah usrah, tapi sistem usrah dah hampir mati dalam PAS ni.. kalau ada pon, cuma one-way communication daripada naqib kepada ahli, dah jadi macam kuliah/tazkirah.. ahli suka dengar ceramah dan baca blog je, pimpinan pulak sibuk dengan meeting..

ambe sokong UG berkata...

satu ketika dahulu.. TGNA pernah berkata: kalau nak berpadu, berpadu sekali dengan PKR dan DAP..

inilah intipati UG sebenarnya yang telah dibawa oleh TGHH tetapi dipesongkan oleh puak2 tertentu... kononnya UG itu membawa PAS ke dalam BN.. inilah tempelan salah ke atas UG yang dilakukan oleh puak2 tersebut..

bila sebut UG jer... terus menyorok belakang TGNA sampai TGNA cadangkan EGM..

itu katanya diberi ruang perbahasan..? konon meraikan perbezaan pendapat, apabila pendapat TGHH tidak selari dengan mereka, mereka halang dari dibincangkan, melalak sana, melalak sini, berblog sana, berblog sini...

Memula prof aziz cakap "reverse gear" bila buat UG, bila ditanya: bukan ke "reverse gear" bila x bagi bincang? kenapa Prof Aziz tak jawab soalan tu semalam..? ketaq ka...? kesian tok KJ..

padwo berkata...

perpaduan dengan Ibrahim Ali yang sudah terbukti menikam diri sendiri tidak pula orang kecohkan.. bukan sedikit orang yang curiga tetapi sebab ia dicadangkan oleh TGNA, kita akur laksana akurnya para sahabat dengan keputusan Rasulullah saw semasa Perjanjian Hudaibiyah..
hakikatnya TGHH adalah antara pemimpin PAS yang paling keras dengan Umno.. semua ceramah politik dia yang saya pernah dengar dari dulu sampai sekarang tidak pernah tertinggal mengingatkan tentang kejahatan Umno.. bahawa Umno itu taghut.. masih se"keras" Amanat Haji Hadi..
Umno pula berkali-kali cuba bangkitkan semula Amanat Haji Hadi dalam isu takfir tetapi kurang berkesan untuk menjatuhkan imej TGHH .. akhirnya isu UG yang berjaya, bukan sahaja rakyat dan penyokong PR tapi ramai ahli PAS sendiri yang membenci presiden mereka sendiri..

Tanpa Nama berkata...

aura hadi pun skrg dah menurun. ceramahnya sudah x sehebat dulu. yg mendengar pun dah x sampai 50% dari dulu.

tanda hadi sudah hilang kewibawaan sebab gagasan perpaduaWANGnya.

Beliau cerita keburukan UMNO dari du sampai sekrg? Tapi beliau yg merestukan beberapa pimpinan PAS menemui UMNO untuk bincang mengenai kerajaan perpaduan. Mujur Pak Lah pecah rahsia. kalau tak sorang tak tahu.

hussin berkata...

anon 5:33 pm,

salah tu, kalau paklah tak pecah rahsia pun, yang konfirm tahu ialah mereka2 yang terlibat. dari pas, presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong (maklumat benar)!

Tanpa Nama berkata...

isk padwo ni, dia timbulkan isu Ibrahim Ali pulak.

Di zaman Rasulullah pun adalah Ibrahim Ali bernama Abdullah Ubai. Mula2 OK kemudian KO. Munafik.

Itu Rasulullah, sifat "harus bagi Rasul" ialah sama seperti kita, memiliki segala sifat kemanusiaan, lapar, dahaga, boleh ditipu, boleh diperdaya, boleh luka dalam perang dan sebagainya. Itu Rasul, apatah lagi TGNA.

Tak der kena-mengena dan tak boleh disamakan dengan rancangan UG TGHH.

Padwo ni kena belajar lagi ler bab TAUHID. Suka-suka berhujjah main tembak sembarangan.

Tanpa Nama berkata...

Tim Impianku:

Presiden : Hadi Awang
Tim.Presiden:
Mohammad Sabu
Naib Presiden:
Husam Musa
Mahfuz Omar
Nizar Jamaluddin
S/.U Agong:
Kamaruddin Jaafar
Ketua Penerangan:
Sallahuddin Ayub
Pengarah Pilihanraya:
Dr.Dzulkifli Ahmad