Kes Hasan Ali tak perlu dipolemik oleh Subky Latif
KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.
Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.
Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.
Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.
Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.
Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.
Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.
Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.
Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.
Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.
Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.
Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.
Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.
Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.
Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.
Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.
Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik. Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.
Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.
Kata saya, ‘Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.’
Dia menang. Dia kata pada saya, ‘Orang cepat naik, cepat juga turun...!’
Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya. -HD
Ulasan GB
Membaca tajuk dan beberapa perenggan pertama, GB semacam tak percaya tulisan di atas adalah dari seorang penulis yang GB amat kenal iaitu Sdra. Subky Latif. Walaupun Subky tak pernah kenal siapa GB walaupun GB pernah sekali-sekala menggantikan tempatnya sebagai penulis tamu di WATAN puluhan tahun dahulu.
Sebagai seorang yang tidak sekadar membaca yang tersurat, GB mencari apa yang tersirat di sebalik tulisan seorang penulis veteran dan bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan di atas dan akhirnya GB dapat tersenyum juga.
Pertama, satu sindirin yang kemas dan tajam di perenggan ini:

Tinggi ya mertabat Hassan Ali berbanding dengan TG Nik Aziz!
Kedua, entah kesilapan menaip oleh beliau atau editor harakahdaily tak perasan.. di perenggan ini ada semacam lelucon terselit:

Kemungkinan ia typo, tetapi hakikatnya, itulah yang tertulis di harakahdaily. Kalau ia typo, maka Allah s.w.t. jua yang menyebabkan penulis atau jurutaipnya disilap sebegitu.
Ketiga, ayat penulis veteran ini penuh makna dan sinis. Al-maklum penulis veteran, yang pernah menulis teks ucapan perbahasan Ahli Parlimen tunggal PAS satu ketika dulu, Nik Abdullah Arshad, ayahanda kepada Nik Amar yang sekarang ini ahli exco PAS Kelantan. Perhatikan perenggan ini:
Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.
Masing-masing terutama ahli PAS kenal siapa dan apa "fikrah" Prof Zainal Kling. Ramai menggelarkan Prof itu sebagai professor kangkung, walaupun GB tidaklah sampai mengelar orang ke tahap itu. Sebab GB sentiasa bertemu dengan orang-orang yang dicapkan sebagai professor kangkung ini. Kebanyakan yang menjadi kangkung ini kerana kedudukan kerana pangkat kerana belum dapat hidayah.
Dan apabila Subky menyatakan Dr. Hassan Ali dikatakan disenangi oleh Prof Zainal Kling, maka fahamilah kita apa yang hendak disampaikan oleh Subky.
Sekangkungkah mereka berdua?
Keeempat di beberapa perenggan terakhir GB semakin senyum lebar.

Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.
Sekalipun usia Subky sudah agak lanjut, namun pena beliau masih tajam lagi rupa-rupaya.
Dan GB yakin Subky bukan jenis orang yang "berkecuali" kerana beliau tidak pernah bersetuju dengan sebarang "dasar berkecuali". Seingat GB, di dalam satu forum dengan Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid (bekas Naib Canselor UTM) mengenai dasar berkecuali Malaysia, Subky menyatakan bahawa dasar berkecuali ialah dasar orang yang tak tahu nak buat apa-apa!
Begitu juga dengan kes Dr. Hassan Ali, Subky sepastinya tidak berkecuali sekalipun tajuknya menyatakan isu Hasan Ali tak perlu dipolemikkan kerana, orang awam dah tahu tentangnya, jadi buat apa berpolemik lagi?: cepat naik cepat turunnya, tak begitu? Bukankah itu hukum kebenaran?
Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam. Hanya jauhari dapat melihat pena Subky yang semakin tajam.

18 ulasan:
Saya kurang faham.... Ape yang menjadi masalahnye dr. Hasan ali menghadiri perhimpunan tersebut..
Hassan Ali terasa dirinya lebih hebat dari sekalian pemimpin PAS yang lain termasuk TGNA dan TGHH.
Walaupun PAS tak halang pemimpin & ahlinya terlibat dalam HIMPUN, tetapi keputusan parti sudah cukup untuk memberi isyarat jelas: bahawa PAS tidak terlibat dengan HIMPUN. Maknanya walaupun tiada halangan tetapi sebaik-baiknya jangan terlibat sebab matlamat HIMPUN itu seperti Majlis Tahkim dalam Perang Siffin yang mengangkat Al-Quran untuk menewaskan khalifah Islam!
tu pasal dia leh duduk sepentas dengan zul nording dan ezam md nor... huhu
Ambo berpendapat Hassan Ali sebenarnya mahu cari pasal dengan jemaah Pas.Tindak tanduk beliau kebelakang ini menyerlahkan hati kecilnya yang sebenar.
Beliau seolah ingin dikenakan tindakan disiplin.Dikenakan sesuatu untuk menyenangkan beliau berundur.
Hassan Ali sudah ada regu.Beliau menjadi Zul Kulim sebagai contoh terdekat.
anon 11:16...
org yg bengap lagi bangang mcm hg ja yg tak paham dan tak mau paham....
bengong forever
Hassan Ali minta dia dipecat supaya dia boleh kata saya tak keluar dari PAS tapi PAS pecat saya. Allah dah tunjuk akhirnya kemana sebenarnya halatuju perjuangan Hassan Ali. Kasihan dia kerana menongkah arus.
Taat pada Allah, Taat pada Rasul, Taat pada Ketua (parti).
Salam GB
Saya hairan kenapa pimpinan PAS Pusat sentiasa lupakan tokoh2 veteran seperti Subku Latif ini. Beliau pernh menjadi PJ PAS Wilayah Persekutuan.
Beliau telah lama berjuang di dalam PAS. Tatkala orang lain baru sehari dua dah diangkat sebagai pemimpin, tokoh2 lama yg banyak berjasa seperti Subky diabaikan.
Kenapakah beliau tidak dicadangkan oleh PAS untuk menjadi senator?
orang2 pas ni suka buruk sangka yg akhirnya memakan diri. cuba la pandang positif tindakan dr hasan ali ni. saya tak rasa saudara subki ni ada maksud tersirat sebalik tersurat kecuali org yg buruk sangka. jangan samakan semua orang bila membuat kelainan tetapi/yang tidak bercanggah dgn prinsip. jangan soal murtad pun nak dipolitikkan, sepatutnya semua orang islam tidak tertakluk kepada fahaman politik, sama2 memerangi murtad. ini akan menunjukkan pada orang kafir khususnya, orang islam tetap bersatu apabila agama islam dicabar. tindakan pr menentang serbuan kegereja tempoh hari memberi kemenangan pada musuh islam. islam sama islam bercakaran, musuh islam tertawa terbahak2. sehingga kini saya sokong tindakan dr hasan ali.
Begitulah hebat insan yang diberi hidayah oleh Allh swt. Bercakap lembut tapi tepat, padat, tegas dan penuh bermakna. Semoga Allah swt rahmati pejuang-pejuang yang menegakkan agamaNya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
anon 10:08
awak yg paling byk buruk sangka terhadap PAS yg dah buat pendirian tidak terlibat dgn HIMPUN.
Pergilah awak join Hassan Ali, Zul Nordin & Ezam.
Kebenaran dah nyata tapi awak masih buta.
anon 10:08 menulis " jangan soal murtad pun nak dipolitikkan, sepatutnya semua orang islam tidak tertakluk kepada fahaman politik, sama2 memerangi murtad."
pendirian awak tu sama dgn UMNO, agama pisah dengan politik.
UMNo selama ini yg menggalakkan murtad berlaku, PAS sentiasa istiqamah memerangi murtad.
Jikalah HIMPUN itu bagus, sudah pasti TGNA dan TGHH telah turut serta. Tetapi semua pemimpin tertinggi PAS tak pergi.
Maka awak hendak tuduh keputusan TGNA & TGHH hanya politik semata-mata?
TGHH, Mustafa Ali, TITM, Idris Ahmad dll sudah balik ke pangkal jalan, sebab sudah tahu lubuk biawak dan dan tak akan terjerumus kali kedua.
Tapi Hassan Ali dan Pemuda PAS tak serik2 lagi - masih bermimpi untuk tidur sebantal dgn UMNO!
kepada Anon 10.08, tak perlu cakap pasal murtad. Ramai yang dah murtad bila berbicara pasal perlaksanaan hudud. Pi la masihat Che Det and the geng. Bukankah depa tu dah murtad bila memperlecehkan hukum Allah swt. Yang terang dan jelas, hang tak pi tegur. Yang dok perjuangkan Islam, hang kata depa buruk sangka. Piraaaaah. Podah maca'.
Manusia jenis Hassan Ali ni tak perlu "baik sangka".Dia memang senghaja menentang arahan parti untuk mencetuskan tindakan disiplin dan dengan itu senang dia buat rancangan dengan UMNO.Bukankah dia pernah bersekongkol dengan Khir Toyo untuk jadi MB Selangor? Hasrat untuk jadi MB Selangor tu tak pernah padam dari otak Hassan Ali.Anon 11.16 dan Anon 10.08,jangan lihat perbuatan Hassan Ali tapi lihat politik Hassan Ali.
Mana satu yang betul ni:
Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN
“Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak.”jelasnya.
Tetapi di masa yang lain:
SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu.
“Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu.
“Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di sini semalam. -kosmo 13/10/2011
Kalau tak terlibat kenapa lak dia tempah Stadium, pastu siap janji akan patuh semua peraturan.
Ini kalau bukan bohong apa pulak namanya menipu kot.
Kata nak bendung Murtad tapi bila orang nak berdakwah disuruh tangkap, kerana alasan tak da permit. Cuba tunjuk kat mana dalam Al Quran ALLAH suruh ambil permit untuk berdakwah.
Bukan ke rasul berkata "Samapikan dariku walau satu ayat", Rasul dan bagi izin kenapa lak nak minta izin dari Hassan Ali lagi.
Masa motivator pun over inikan dah jadi YB. Dia terlebih serba serbi cuma dia sendiri tercari2 apa ada pada nama.
kita sokong Ambiga mengenai BERSIH 2, soal dia nak sembah tokong atau apa-apa, dia punya pasallah, nauzubillah
Hasan Ali memang penyokong kuat UG?
Catat Ulasan