10 Mei 2009

Najib Altantuya Jangan Anggap Rakyat Bodoh - PKR

Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat tidak termakan dengan cubaan Barisan Nasional menutup pencabulan demokrasi di Perak dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pemimpin Hindraf.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata masyarakat tidak lupa bahawa Perdana Menteri Najib Razak sendiri mendalangi rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan krisis perlembagaan dan menghancurkan kestabilan politik di negeri itu.

Perlakuan samseng oleh polis dan Adun Barisan Nasional mengheret keluar Speaker V.Sivakumar keluar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.

Jonson berkata keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.

Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan politik semasa Perdana Menteri dan BN semata-mata.

“Kenapa hanya 13 orang dibebaskan,” Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka,” tanya Jonson. “Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita. Bukankah mereja juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah. Kenapa mereka tidak dibebaskan,” kata Jonson.

Jonson berkata pembebasan V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.

Menurut Jonson, Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.

Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah. -TVA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malaysians mudah lupa lah.
bagi RM50, semua dah ok. ayah ibu pun boleh dijual.