10 Mei 2009

UMNO: Kebinatangannya Jelas! Kebaculannya Terserlah

Kepimpinan UMNO/BN hari ini bukan sahaja ketandusan pemimpin yang matang, berhemah, telus, beradap dan bertanggungjawab, tetapi yang lebih malang UMNO/BN dihuni dan dipenuhi dengan lembaga-lembaga bertubuh manusia yang berakal dan bersifat ala-ala binatang!!!. Kebinatangannya jelas!!! Kebaculannya terserlah!!!

Bertitik tolak daripada sifat membelakangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim menitipkan seperti berikut:

Saya kesal dengan tindakan rakus pihak keselamatan yang bertindak mengganggu perjalanan program Sambutan 10 Tahun Keadilan Bandar Tasik Puteri yang berlangsung sebentar tadi.

Permit telahpun diperolehi sebelumnya oleh pihak penganjur pada 5 Mei 2009, tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah. Pun begitu maklumat sahih mengesahkan ada arahan ‘politik atasan’ di sebalik tindakan rakus pihak keselamatan ini.

Apa yang dikesalkan ialah manipulasi instrumen kerajaan termasuklah FRU dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak menggagalkan sambutan program ini semenjak jam 2 petang.

Alhamdulillah majlis diteruskan juga di Masjid Tasik Puteri, Selayang dengan solat isyak berjamaah diikuti solat hajat dan tazkirah. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid yang berani walaupun jelas tekanan serta gangguan dikenakan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Saya dan pimpinan Keadilan lainnya membantah keras tindakan pihak berkuasa yang jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

Jika pihak berkuasa berterusan dimanipulasi sebegini rupa hanya demi melampiaskan nawaitu politik Umno-BN, janganlah sesekali kita pelik dan hairan kenapa jenayah ragut terus berleluasa, jenayah culik gagal dibanteras. Keselamatan politik Umno-BN nampaknya lebih penting daripada keselamatan rakyat terbanyak!

ANWAR IBRAHIM

-kerajaanrakyat

Tiada ulasan: