Menurut beliau, semasa pilihan raya kecil P44, Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008 lalu, para pemimpin Umno menabur pelbagai janji kepada pengundi khususnya di kawaan Dun Penanti namun janji tersebut hanya tinggal janji, ia belum ditunaikan sehingga kini.
Itulah sebabnya, dakwa Azman Umno begitu sukar untuk membuat keputusan sama ada ingin meletakkan calon atau sebaliknya dalam pilihan kecil Dun berkenaan pada 31 Mei ini.
"Saya difahamkan oleh rakan-rakan di Penanti, Umno banyak menabur janji semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh yang belum ditunaikan lagi, mereka sangat bimbang pengundi akan membalas pembohongan/mungkir janji melalui kertas undi dan Umno akan kalah teruk," katanya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Temerloh.
Azman mendakwa perkara sama juga berlaku dalam pilihan kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu apabila menteri kewangan waktu itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini perdana menteri) menyerahkan Royalti minyak bernilai RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu.
Majlis penyerahan cek berkenaan dibuat secara besar-besaran dan disiar oleh semua media cetak dan eletronik pro Umno. Tetapi malangnya menurut Azman, sehingga kini cek berkenaan belum dapat dimanfaatkan oleh rakyat kerana ia belum dapat ditunaikan.
"Mereka hanya berlakon dengan membuat replika cek yang besar untuk tontonan rakyat dikaca televisyen sedangkan hakikatnya ia hanyalah replika sahaja," dakwa Azman. Berucap pada majlis sama ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusuf.
Zailah dalam ucapannya membidas tindakan kabinet yang didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM2juta ringgit bagi membeli dakwat untuk digunakan dalam pilihan raya umum 2008 lalu tetapi dibatalkan disaat akhir.
"Wang RM2juta ringgit hangus begitu sahaja apabila kabinet membatalkan penggunaan dakwat untuk menanda kuku pengundi yang selesai mengundi dalam pilihan itu.
"Kini, para pemimpin Umno-BN bercakap soal pembaziran dan meminta rakyat berjimat cermat tetapi pada masa sama para pemimpin Umno itulah yang hidup mewah dan bermegah dan merekalah juara pembaziran sebenarnya," kata beliau. -anakcucuadam
1 ulasan:
apa yang UMNO mampu lakukan sekarang ialah seboleh yang mungkin mengelakkan supaya pilihanraya kecil tidak berlaku di masa akan datang. Contohnya, membebaskan M. Monaharan.
Catat Ulasan