Vasanthakumar, setiausaha organisasi Hindraf yang telah diharamkan, adalah yang pertama dibebaskan dari kem tersebut.
Beliau dilihat turun dari van kem tersebut pada jam 2.05 petang dan menaiki sebuah kereta Proton Saga yang berkemudiannya bertolak menuju ke ibunegara.
Pembebasan Vasanthakumar itu dianggap sebagai hadiah hari ibu kepadanya ibunya, Manomani, 62.
Kira-kira setengah jam kemudiannya, Manoharan dilihat keluar dari kem tersebut dalam sebuah lagi kereta Proton Saga.
Kemunculan beliau disambut dengan laungan "Makkal Sakthi" (kuasa rakyat) dari sekumpulan kecil penyokong Hindraf di luar kem tersebut.
Kira-kira 100 orang yang berhimpun di luar kem tersebut menyambut pembebasan mereka dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan.
Uthaya tolak syarat pembebasan
Pada jam 2.55 petang, Uthayakumar muncul dan mengadakan sidang akhbar di pintu kem berkenaan.
Menurut Uthayakumar, beliau enggan menerima syarat-syarat pembebasannya, termasuk larangan berucap di majlis awam.
"Pada jam 9 pagi, pihak berkuasa penjara memaksa menandatangani syarat pembebasan, tetapi saya enggan.
"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa saya harus tandatanganinya? Saya mahu dibebaskan tanpa sebarang syarat," katanya.
Akhirnya, mereka membebaskan Uthayakumar tanpa menandatangani perjanjian tersebut.
Pada jam 3.20 petang, pihak berkuasa kem tersebut mengetuai sekumpulan penyokongnya menuju ke sebuah kuil dekat Kamunting untuk bersembahyang.
Beliau kemudiannya betolak balik ke Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan