Gambar serta rakaman video lebih tepat daripada tulisan-tulisan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Zambry mahupun kesemua media di Malaysia melaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh umno dan bn tetapi bukan semua media sanggup menggadaikan maruah dan prinsip kewartawanan mereka.
Itulah sebabnya daripada awal lagi dia dan SUK tidak mahu membenarkan pihak media memasuki dewan untuk membuat liputan dan ulasan sidang dun Perak.
Perancangan mereka terbukti tidak berdaya mengatasi perancangan dan ketentuan Allah.
Kecoh: MB Perak kesal media buat laporan tidak adil-ajijoi
TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.
"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif.
"Gambar-gambar selektif yang portray (gambarkan)(Barisan Nasional (BN) mula kekecohan)... media tidak sokong (BN) tidak apa tetapi biarlah laporan dibuat secara adil. Kita tidak puas hati dengan akhbar tertentu yang tidak objektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Changkat Jering di sini.
Zambry berkata, suasana kecoh pada persidangan DUN hanya bermula apabila wakil-wakil pembangkang menyeberang dan berkumpul di sebelah kerusi wakil-wakil BN sebaik beliau mengemukakan usul.
"Siapa yang mulakan kekecohan... awal-awal lagi mereka serang kita (wakil BN) dan tindakan mereka itu tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun," katanya.
Menurut beliau, tindakan pembangkang yang berebut mengambil tempat duduk di sebelah kanan (kerusi wakil kerajaan) dengan mengubah sendiri tanda nama juga tidak dilaporkan.
"Pembangkang kini sibuk mengadakan ceramah kononnya kedudukan kerusi berkenaan serta tindakan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memanggil Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (naik berjumpa sebelum titah perasmian) sebagai pengiktirafan... saya harap media lapor dengan adil dan tidak melaporkan pembohongan dan kekeliruan yang sedang dilakukan mereka," katanya.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap media, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak tidak akan menyekat mana-mana akhbar kerana menghormati kebebasan media.
"Kita tidak sekat akhbar seperti Nizar (bekas MB Perak) yang menyekat Utusan Malaysia dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang (sekat New Straits Times)," katanya.
Khamis lepas, Raja Muda Perak terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan Sidang Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak berikutan kekecohan yang berlaku yang melibatkan bekas Speaker V. Sivakumar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN serta pembangkang. BERNAMA
6 ulasan:
saya harap zamry cermin muka dia dulu..kalau nanpaklah ..siapa yang tak bertamadun? siapa yang yang mengikut hukum rinba..malulah sikit semua manusia tengok apa yg terjadi ..sekarang bukan macam dulu boleh buat bohong sekarang orang mata dah buka...wahaiiii zamry hitam
Sudah le Zamri .hang tu boleh kawan dengan Sang lamri aje. teman memang tak gemor care mike tu. memang tak layak jadi MB. Kalu dah gelap tu. mane-,mane pun gelap.
teman tgk muka dia pun teman getik...
Teman pun same, negok muka dia teringat mamak pasembor kat kuala tu..
meluat habih aku tengok muka PENIPU u...
mamak oh mamak
Catat Ulasan