10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Hari ini ialah Hari Ibu. Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.

Sempena Hari Ibu ini, ilham datang untuk saya menulis sesuatu mengenainya. Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?

Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia di sambut pada tarikh 10 Mei 2009. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada anda untuk menentukannya. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka. - ubahsuai dari ohmalaysiaku.



Tiada ulasan: