10 Mei 2009

UMNO BN Memang Tidak Ikhlas Tangani Krisis Perak

Saranan PM Najib Abdul Razak supaya BN dan Pakatan bekerjasama menyelesaikan Krisis Perlembagaan Perak adalah saranan tidak ikhlas kerana dalang kemelut di negeri itu adalah BN sendiri.

Demikian dinyatakan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang menjelaskan tidak timbul soal kerjasama atau kerajaan campuran kerana Najib sendiri yang memulakan rampasan kuasa sehingga menimbulkan krisis politik di Perak.

Chang mengulas kenyataan Najib yang berkata kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran

Chang menyatakan apa yang perlu ialah persetujuan Najib untuk bubarkan DUN Negeri Perak supaya rakyat diberikan hak dan mandat untuk menentukan kerajaan yang hendak dipilih.

ADUN Teja itu merupakan ADUN yang membawa usul supaya DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya sewaktu persidangan di bawah pokok Februari lalu.

"Saya rasa Najib tidak ikhlas kerana kudeta ini memang dirancangkan oleh UMNO Barisan Nasional sendiri, jika mereka hendak selesaikan krisis ini dengan baik, mereka tak patut rancang kudeta ini," kata beliau.

Menurut beliau pakatan rakyat tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan BN dan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat, namun beliau kesal BN kembali kepada taktik permuafakatan yang sering digunakan apabila gagasan pemerintahan itu tersepit dengan jenayah yang telah mereka lakukan.

"Satu cara penyelesaian untuk masalah ini yang kami nampak ialah bubarkan DUN," tegasnya.



1 ulasan:

anti dap kafir harbi berkata...

Kami rakyat Perak sangat bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana telah dibebaskan daripada kerajan dap kairun harbi pro yahudi yang nizar hanya jadi kuli dap. ALLAHU AKBAR !