10 Mei 2009

Memang Sah Najib dan UMNO BN Takut Pilihanraya

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam, M.Manoharan, salah seorang daripada baki tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan dari tahanan ISA hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 24 April lalu menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai ADUN.

Beliau menyatakan beliau bercadang untuk mengumumkan perkara itu pada 19 Mei ini melalui Karpal Singh (Pengerusi DAP) kerana Karpal akan berjumpa dengannya pada hari tersebut, demikian dilaporkan MSTAR hari ini.

"Tetapi memandangkan ia telah tersebar lebih awal, saya terpaksa menjawabnya," katanya lagi.

Ketika ketiadaan beliau, khidmat sebagai ADUN Kota Alam Shah telah diuruskan oleh isterinya, S. Pushpaneela.

Manoharan percaya hasrat untuk mengosongkan jawatannya itu telah mempercepatkan pembebasan beliau kerana BN kemungkinan tidak mahu kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Sambil menyifatkan pembebasannya sebagai hadiah sempena Hari Ibu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Kota Alam Shah kerana bersabar menunggu 'kemunculannya'.

Ditanya sama ada beliau berterima kasih kepada kerajaan ekoran keputusan membebaskannya, Manoharan hanya menggelengkan kepala sambil berkata, "saya berterima kasih kepada kuasa rakyat."

"Saya rasa kerajaan harus belajar dan menghormati kuasa rakyat yang menyebabkan saya dibebaskan.


"Kalau tidak, saya tidak tahu bila saya akan dibebas," katanya lagi.

Dengan pembebasannya itu, maka tiada pilihan raya kecil di kawasan Kota Alam Shah. Beliau telah mengubah fikiran untuk tidak mengosongkan kerusi tersebut.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada saya.

"Mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan saya dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Bandar Kinrara di sini sebentar tadi.

Beliau tiba di rumahnya kira-kira pukuk 7 petang tadi dengan terus dipeluk oleh tiga anaknya sebaik sahaja beliau keluar dari kereta polis.

Kira-kira 20 orang anggota keluarga dan pekerja menunggu kepulangan beliau.

Beliau dibawa keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting kira-kira 2.30 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang sebelum dihantar ke rumahnya di sini.

Manoharan memperoleh 12,699 undi manakala Ching Su Chen calon BN-Gerakan mendapat 5,515 undi.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Beliau antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Malaysia boleh masuk dalam 'Guiness Book of Records'. Tahanan ISA menang begitu selesa dalam pilihanraya, 2 MB dan 2 Speaker dalam satu negeri, negara demokrasi yang menangkap dan memukul rakyat kerana berdemonstrasi, kerana tayang CD, kerana anjurkan solat hajat, kerana hantar kek, kerana pakai baju hitam dsbgnya. Dan sekarang kita juga Negara Islam yang ada acara lumba lari BOGEL!