"Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian," katanya.
Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.
Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan.
"Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.
Beliau bagaimanapun membantah tindakan berkenaan dengan alasan anggota polis tidak mendapat kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.
"Polis berkata mereka mendapat kebenaran Speaker tetapi bila saya tanya dia Speaker mana, dia kata Ganesan lalu saya pun membantahnya dengan menyatakan ianya tidak sah," katanya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai insiden pelantikan Speaker Dun yang baru, R.Ganesan beliau menegaskan perlantikan itu sebagai tidak sah.
"Hal itu disebabkan Speaker Dun masih lagi wujud sewaktu sidang tersebut kononnya cuba dikendalikan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong daripada Sivakumar. Justeru, perlantikan itu tidak sah; malah sebelum itu kesemua mereka telah diarahkan keluar daripada dewan bererti segala apa yang berlaku tidak boleh diterima pakai," tegasnya.
Pada masa yang sama, Chang juga telah diarah meninggalkan dewan tersebut selepas bertengkar dengan Ganesan.
"Kesemua yang berlaku sekarang ini adalah tidak masuk akal seolah-olah BN bodoh dan tidak mengetahui selok belok prosedur serta undang-undang negeri," katanya.
Malah buat masa ini ujarnya, Pakatan Rakyat Perak telah membuat laporan polis mengenai rampasan kuasa ke atas speaker dan sidang Dun BN yang didakwa berstatus haram.
13 ulasan:
org pas/pkr/dap memang camtuh, dah kalah tuduh polis jaht, mahkamah tak adil, fru anjing, sentiasa cari salah org, salah diri sendiri memang tak pernah nampak.
ameno selalu betul itu pasai dia akan buat suka hati tak peduli org lain, dia ingat malaysia ni mak bapak dia punya
State Secretary ingat dia akan menungkat langit di jawatan tersebut. mari kita tengok kemana dia nak lari selepas ini.
Tengok muka SS tu pun dah tahu pembodek,
SS ni semasa PR memerintah lagi kena tukar yang baru,tapi kita PR tak lah sampai macam tu nak tukar ss kerjabatan lain , tapi orang ini jenis yang bodoh sumbung nie suka memjilat pada puak2 untuk kesenangan dia dan keluarga dia. Allah melihat apa yang anda buat...tunggulah seksa kubur nanti....aku doakan kau merasa seksanya dialam kubur nanti atau sebelum kau mati.
Nasihatkan supaya SS itu letak jawatan dan aktif dalam Politik dan terus bertanding atas tiket BN. Tengok kat mana sokongan yang dia dapat.
kita lwn lah dalam mana2 ada pilihanraya kechil kat perak nak ker..kita tgok pawer hang dg pawer aku..boleh ker ss
Ini SUK memang BIAWAK umno
ss ni aku kenai sangat.... memang penyamun tarbusssss barua umno..orang kampung pon meluat...
jumpa kat mana2.gereti aku ludah muka dia
teman tgk Speaker BN R.Ganesan tu mcm ahli gusti the king yg watak jahat tu.. the rock kena pukul
dgn orang suruhanya kat bawah pentas. pengadil tak nampak.. pastu dia pakai jubah angkat tali pinggang emas.. belagak plak aku dah menang... he..he.. hoi? jang bantai curi le hoi? orang xsuka cara mcm tu..
memang bodoh la BN ni kenape le atok aku suka kat umno ni aku pun xtau..
Media arus perdana pun terdiri daripada manusia yang fikir rezeki mereka bergantung pada BN UMNO. Itulah spesis manusia yang ada di Malaysia ini. Sia-sia Allah jadikan manusia sebagai semulia-mulia kejadian - tapi spesis manusia ini hanya fikirkan 'periuk nasi'. Peduli apa dengan dosa-pahala, dengan maruah sebagai manusia, dengan kebenaran, dengan pembalasan di Akhirat kelak. Asalkan perut aku dan anak-anak aku kenyang.....
salam...
AKU NIE...anak jati perak, sekarang ni aku rasa sungguh malu dgn apa yg berlaku kat perak,
sebenarnya aku tak fanatik sangat tentang politik tapi rasanya politik kat perak ni dah keterlaluan jadi aku pun hantar komen sebagai pandangan dan pendapat,
PM baru kita katanya nak wujudkan 1 MALAYSIA,
dan rakyat diutamakan. kalau betul kata dia secara gentelment la buat keputusan utk bubarkan DUN dan adakan pihihanraya kecil,dan dengar suara rakyat. barula betul rakyat diutamakan dan secara tak langsung rakyat akan respek kat keputusan yang dia buat...AKU RASA ITU BARU KEPUTUSAN BIJAK.
Kalau dah kalah buat la macam orang kalah. Ini kalau hakim yang sokong PKR dinamakan itulah keadilan, kalau raja sokong PKR itulah kena patuh dengan instusi di Raja. Ini kalau tak kena pada PKR semuanya dikatakan jahat. Apala jenis manusia macam ini. Ini bukan manusia, tapi manusia yang bertopengkan anjing
Catat Ulasan