24 Feb 2009

DAP Akan Saman Utusan Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akbar Utusan Malaysia kononnya kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan agama lain menghina Islam.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, rakyat harus berwaspada terhadap jenis kewartawanan yang dipelupori oleh Utusan Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa kita sepatutnya mengikuti nasihat DYMM Yang Dipertuan Agong supaya semua pengamal media termasuklah blogger supaya tidak menimbulkan isu perkauman yang sempit, salahfaham ugama dan melaga-lagakan rakyat.

"Utusan Malaysia menyiarkan headline yang tidak tepat, mengelirukan dan bersifat menghasut."

Khalid berkata tindakan Utusan itu tidak lain untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat memantapkan persefahaman dikalangan penganut pelbagai ugama.

Bekas Ketua Pengarang NSTP, A.Kadir Jasin menasihati pengamal media supaya bertanggungjawab apabila menyiarkan berit amengenai ugama.

Utusan Malaysia di dalam riaksinya memetik Shabudin yang menjelaskan bahawa kenyataannya berhubung Majlis Perundingan Antara Agama adalah berdasarkan kepada laporan yang disiarkan di dalam akhbar sebelum ini.

Katanya beliau mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya semalam yang meminta penubuhan majlis itu dihentikan kerana ia meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

“Saya dapat maklumat mengenai majlis ini melalui laporan yang disiarkan dalam akhbar,” katanya selepas majlis menyerahkan peruntukan RM4.18 juta kepada 52 kontraktor untuk melaksanakan kerja menaik taraf 74 masjid dan surau di Pulau Pinang.

Ditanya mengenai hasrat Lim untuk menyaman akhbar Utusan Melaysia yang menyiarkan laporan berhubung penubuhan majlis itu, Shabudin berkata: “Kalau nak saman, saman lah, kita ada bukti.”



1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

uhuhu ini cubaan menjatuhkan PENANG lak dr si Ulat Main Nombor O(kosong), tak abih2 depa... kat orang PERAK cakap PAS di kuda CINA, dekat PENANG cakap DAP mengkuda MELAyu... saman n klu boleh mntak tutup je UTUSAN, lama sgt da kat MALAYSIA tu... da TUA cam si Ulat Main Nombor O.... ini bukan kes pertama kene saman kan...