24 Feb 2009

Abdullah Tegur SPRM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah telah meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya sebagai satu usaha menjanamakan semula BPR (Badan pencegah Rasuah) kepada SPRM tanpa perubahan ketara ke atas struktur dan keberkesanannya.

Berucap di majlis pelancaran rasmi SPRM pagi tadi Abdullah menyatakan:

"Kita sedar bahawa isu-isu berhubung persepsi ketidak-bebasan SPRM, tuduhan sebagai harimau tak bergigi, penguatkuasan berpilih, kelewatan bertindak serta tuduhan penyiasatan tidak profesyenal sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kredibiliti BPR (SPRM)."

Banyak pihak melihat teguran Abdullah yang disampaikan dihadapan semua pegawai SPRM itu tepat pada masanya setelah SPRM baru saja dikritik hebat ekoran tindak-tanduk dan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan baru-baru yang telah menyatakan SPRM mempunyai bukti kukuh di dalam kes pembelian 46 ekor lembu korban dan penyenggaran kereta peribadi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis perasmian SPRM ini entah mengapa tidak mendapat liputan atau laporan oleh akhbar-akhbar arus perdana di dalam edisi mutakhirnya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu telah menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak kerana didakwa telah bertindak melebihi bidang kuasa beliau.

Tan Sri Khalid telah pun menjawab semua tuduhan Ahamda Said Hamdan itu dan Menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak lari dan tidak takut dengan tuduhan yang dlemparkan berdasarkan aduan Khir Toyo dan Gerak.

SPRM telah dilihat sebagai lembu yang dicucuk hidungnya apabila melakukan tindakan secara selektif dengan mengabaikan ratusan aduan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bersabit dengan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO-BN.

Sehubungan dengan itu, Kelab GB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salehuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yang telah dilantik sebagai salah seorang ahli suhuhanjaya SPRM.



Tiada ulasan: