24 Feb 2009

Salahuddin Cabar Hishamuddin Debat Isu PPSMI

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk berdebat di dalam satu siaran lansung membincagkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Salahuddin menyerahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu untuk menetapkan masa dan tempat untuk tujuan debat berkenaan.

Menteir Pelajaran itu diberi seminggu untuk menyahut cabaran tersebut.

Di Dewan Rakyat, memorandum untuk mengadakan perdebatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur. Ini merupakan langkah pertama sebelum tindakkan undang-undang akan dibuat selepas ini. Gapena berpendapat PPSMI telah menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Ia juga bertentangan dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu untuk urusan rasmi.

Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin Tun Hussin tetap berdegil meneruskan dasar ini dengan mendabik dada bahawa dasar PPSMI telah meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan UPSR dan PMR.

Tiada ulasan: