9 Nov 2016

Berkecuali & Ponteng, PAS Dikecam Kerana Khianati Pengundi

Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.


Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.

Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. -MD


Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.

"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

"Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

"Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?" selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip "Hadi ponteng" di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal.
-MD


ULASAN GB

Ada dua isu yang signifikan. Pertama isu Hadi ponteng parlimen.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.

Lepas itu, suka pula memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

Ada yang berhujjah kononnya haji Hadi seorang yang kuat tahajjud. Kepadanya GB jawab, tahajjud ialah sunat, laksanakan amanah untuk hadir ke parlimen adalah WAJIB. Takkanlah hal sebegitu pun seorang ulamak dunia tak faham dan tak mengerti?

Kedua ialah isu mengenai perwakilan PAS yang berkecuali.

Seperti di dalam tahun sudah, PAS mengambil pendirian dengan mengisytiharkan untuk berkecuali - ertinya tidak ada pendiriaqn.

Sikap dan tindakan PAS tersebut ternyata membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi Blok Pembangkang, tetapi sudah seperti menjadi wakil Bebas yang mesra-UMNO BN.

Najib memang amat senang hati dengan PAS di era kepimpinan Haji Hadi. Itu sebab mengapa Haji Hadi mendapat pujian dari Najib.

Beberapa kenyataan dan pendirian Haji Hadi dan PAS mutakhir ini menampakkan keterasingan PAS dari perjuangan rakyat yang pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat mengundi Pakatan Rakyat.

PAS nampaknya menyongsang arus. Tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

Kenyataan-kenyataan Haji Hadi dan pimpinan PAS lebih ketara untuk "memisahkan diri" dari blok pembangkang di samping cuba mengambil hati Perdana Menteri, Najib Razak dan parti UMNO.

Sebelum ini PAS tidak bersama PH mengankat plakad menanya Najib "Mana Derma RM2.6 Bilion?", PAS tidak bersama Pakatan Harapan untuk dengan tegas mengusul undi tidak percaya kepada Najib", PAS juga tidak ikut keluar dewan kerana semasa Najib PAS kononnya diatas nama politik matang, tak gila kuasa tapi hanya mahu menjadi Penasihat UMNO BN dan yang terbaru PAS tidak bersama di dalam usul menolak bajet 2017.

Tidak mahu menyokong usul tolak bajet 2017 bererti PAS rela dan redha dengan penindasan dan kezaliman kerajaan UMNO BN yang penuh dengan korupsi itu.

Jika mengikut MP Temerloh, Nasruddin, kononnya ada beberapa hal yang menguntungkan rakyat di dalam Bajet 2016 adalah kerana "budak mentah" dalam politik ternampak dan terpedaya adanya "gulu-gula" yang diselitkan di dalam Bajet 2017.

Apa-apa hal pun, Najib pasti tersenyum girang dengan pendirian Haji Hadi dan PAS.

Penyatuan PAS dan UMNO yang kini sedang diusahakan oleh beberapa bekas pimpinan PAS sendiri kini berjalan baik dan yang malangnya ialah pimpinan tertinggi PAS enggan berterus-terang untuk mengelakkan ahli-ahli PAS meninggalkan parti berkeanaan.

Namun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang benar itu akan tetap terserlah jua akhirnya. Ia tidak dapat disembunyikan. Rakyat sudah membuka matanya...

p/s ooops nak kongsi satu kisah...










FEATURED ADS


30 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Lahanat punya pemimpin..angkat diri pemimpin parti agama islam..tp perangai haramjadah..meyalak ttg bajet 2017 pun tidak tp letak syarat jadi ketua utama..rakyat mcm mengemis utk dpt minyak masak sepeket bersubsidi.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang mampu aku kata kali ini ialah Hadi memang hampeh.

Timnajib Jomfikir berkata...

Letih kalau layan Hadi Awang ni...

contoh mcm dibawah:
Selalu ponteng sekolah, pastu nak jadi ketua darjah untuk kawal budak-budak pandai.

Kepada pemimpin Pakatan Harapan...
Kalau PAS setuju 1 lwn 1. Pastikan..
Mereka kena ikut peraturan setiakawan! Kalau mereka langgar peraturan tu....campak dlm laut.

Tanpa Nama berkata...

Nanti ruu 355 hanya 11 pembangkang yg akan undi sokong. 70 yg lain akan berkecuali. Apa nak susah, kita boleh guna alasan yg sama.

omar daud berkata...

Salam;

As Usual,Hadi Ponteng Bersiri.Tak tahu nak cakap apa lagi dah.kawan2 dah cakapkan.


sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dude, u fikir u perjuang hudud will resolve everthing? The other amcm. Hal semasa di m,sia pun u tak ambil tahu.

Tanpa Nama berkata...

"Hukum kena pada anda sahaja, kami maksum"

Maharajalela berkata...

PAS ni, dah banyak kali bersidang kat Parlimen/DUN, tapi masih tak reti2 @ bodoh!! Kat Parlimen/DUN cuma ada kerusi Kerajaan dan Pembangkang. Mana ada kerusi berkecuali!!!!
Kalau nak berkecuali, jgn terhegeh2 nak jadi wakil Parlimen/DUN.
Sah...kamu adalah pengkhianat AMANAH yg penyokong kamu beri. Kalau tak amanah dikira berdosa (berkali2 tambah dosa sebab ponteng), soalan :
1) Penyokong PAS...adakah penyokong kamu juga gembira dapat dosa???
2) Syaitan dan Iblis, drp api, pun takut masuk neraka....kamu manusia, ada berani ke? Dah kebal sangat ke kulit kamu?
3) Malas nak soal banyak2....sebab kamu memang bebal.

Zhuge Liang berkata...

Pelik betul bila ramai lagi pengikut pas yg tak paham2 yg pas sudah lari landasan memperjuangkan islam. Sudah2 la.. ag adi, stopa ali, zuhdi, dup pahang, amar dll tu sebenarnya dah bertanduk bawah kopiah.. (tanya cket) yg bertanduk ni selain otroman saper yer...?

tanya sama itu hud hud berkata...

banyak kali dah kantoi tp ramai org tak paham..
hadi ni barua umno,ejen dalaman dari dulu

Tanpa Nama berkata...

Setan dikenali... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Ejen yg kluar UMNO msk PAS, mcm yg lari pi PRK 2 org tu. itu baru betul. Betul2 ejen dh dikeluarkan termasuk yg tak Sunni.

Tanpa Nama berkata...

diharap pas akan berkecuali pd pru akan dtg, atau calon2 pas diminta ponteng pd hari penamaan calon.

berhenti mkn duit haram, samada dedak atau gaji elaun tak buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa eloklah ini kali terakhir pas dlm parlimen..tak berfungsi mcm wakil rakyat..rakyat pilih kamu utk menyuarakan masalah rakyat..tp kamu pilih diam..rakyat akan diamkan kamu utk selamanya..adios..parti politik bangang

Tanpa Nama berkata...

jangan cakap apa Ulama tuu

Tanpa Nama berkata...

Muka dah lali .. macam alas lap kaki.

TMJ yang tak duduk dalam parlimen pun mempersoalkan bajet pendidikan dan kesihatan kerana tidak di beri keutamaan berbanding bajet untuk yayasan.

Muka memang muka lap kaki.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik semua MP PAS ponteng atau keluar dari dewan semasa undian ..buang masa duduk lama-lama dalam parlimen tapi tak reti buat keputusan. Berkecuali bukan keputusan. Kalau mahkamah pakai sistem juri, semua kena buat keputusan. Kalau macam ini bila hukuman hudud di laksanakan pun ada yang 'terkecuali'.

Sepatutnya kalau dah matang, tahu lah buat keputusan dan pendirian sokong atau tidak.

Laknat lah ke atas PAS .

Tanpa Nama berkata...

Undi Pas = Undi Umno.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan PAS untuk berkecuali tidak ada kena mengena dengan bajet, percaya lah.

Tapi sebab Najib ada RM 9 billion lebihan dari perdagangan dengan China.


Tanpa Nama berkata...

PAS jgn jadi kerengga boleh tak????
klau mu dah tak layak & mampu nak tadbir negara
Bagilah laluan pd pakatan pembangkang..... buka ruang... tngok perubahan yg dibawa
takyah la tamak nau.... ni jadi kerengga plak....
dah dia tak mkn mangga tu... dok gigit plak org len yg boleh mkn mangga & jaga pokok tu

Malaysiabaru berkata...

Apa apa pun mari ucap tahniah kod trump sebagai presiden Amerika yg baru

Pakatan harus belajar cara trump menamg

Tanpa Nama berkata...

Dah jelas ini perangai huduh pas, kenapa ph masih beria2 nak pas...wahai ph buka lah mata..jgn jd bodoh mengharapkan pas...rakyat dh menyampah dgn pas tetiba ph masih nak pas...apa bebal btl ke pemimpin ph ni.kamonla ph...jgn terlalu ikut nafsu undi smpi merugikan parti..

Lelaki Dicermin berkata...

Bidalan tuan aku tabik spring.. tepat dan jitu..

Al-Ahmad Othman berkata...

Kepada kepimpinan Pakatan Harapan tolong ambil SERIUS tentang sikap wakil rakyat Pas yang ada sekarang.Jadi Ahli Parlimen hanya sekadar makan duit elaun,penuhkan kocek sendiri&terima pencen wakil rakyat(ahli bawahan kene keluar derma),isu rakyat entah ke mana (sendiri tanggung).Tolong jangan buang masa&tenaga kalian layan sikap mereka. Biarlah berapa penjuru sekalipun bertanding Pru nanti asalkan jangan kerjasama dengan GOLONGAN YANG TIADA PENDIRIAN NI!.Kalau begini Layakkah mereka mentadbir negara Malaysia?Tolong jangan kecewakan kami!"ISLAM UNTUK SEMUA DAN ISLAM BUKAN HAK MUTLAK PAS"

Tanpa Nama berkata...

entah apa halatuju PAS.... lebai Malang asyik hilang dari parlimen. Abbodoh pula cakap macam orang kena migraine...

mungkin tunggu umno melamar kok? nak jual mahal....

nak jadi pemimpin parti2 lain????? kerusi dalam parlimen tinggal 14. PU nanti mungkin tinggal 1. macam mana mahu jadi pemimpin? mungkin kepala dah masuk air....

PH dan Bersatu mesti beri kata dua kpd PAS.... bersama kita tanpa apa2 syarat. Kalau jual mahal.... jangan layan PAS. PH (Amanah, PKR dan Bersatu) Sediakan calon untuk bertanding di semua kerusi PAS.

PAS dah tentu akan lingkup di Kelantan, kecewa di Terengganu, dan akan dapat TELUR di Selangor. Maka habislah riwayat PAS

Tanpa Nama berkata...

Agaknya, apakah hukuman hudud yg akan dikenakan kepada orang yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan ponteng yang wajib tapi tunaikan yang kifayah. Atau hudud ada terkecuali untuk golongan pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Ha5...
Pedulikan Pas..Pis..Pus tu..
Kereta lama mmg selalu semput.

Ularmak bila cakap ...bila buat sauayu perkara mmg dia rasa dirinya maksum tak berdosa. Org lain dua alan kata dosa

Ha5...
Ular...ular....
Lidah mcm ular..

Tanpa Nama berkata...

Syukur Trump menang Presiden US.


Orang PAS dan mungkin umat Islam Malysia tidak ada sekatan masuk US sebab Trump lihat Islam Malaysia terutama yang dibawa oleh Naib Presiden Ulamak pelik sikit. Lain yang Islam suruh lain yang dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Cayalah Pakatan Pengecap. Sahih senang hati dapat caci nista parti lama ya? Setuju 100% plak dgn trump tu. Nnt blh JV la dgn anak Mao Ho Tang utk buat filem biru ya. Trump mmg suka. Blh la labur utk dpt duit cepat & Wujud wisma2 berikutnya. Sbb Wisma pertama tak sampai setahun dh wujud. Dahsyat glgn ni. Duit manyak & masyukkk bila kluar PAS ooo... Sbb PAS sikit2 haram2X...

Tanpa Nama berkata...

Hoi pascai 6:40 PG

Siapa yg setuju 100% dengan trump kalau bukan Najib dan rakan baiknya PAScai?

Cemburu plak kerana Amanah ada Wisma walau baru setahun ditubuhan.... siap tuduh duit manyak masuk sejak keluar dari PAS. Kamu tak tahu kisah hujung pangkal. Bangunan PAS di Jalan Raja Laut itu pun adalah dari usaha golongan progresif yang dah tinggalkan PAS. Pemegang amanahnya masih lagi dari golongan progresif, Tn Asmuni Awi. Kalau harapkan lebai PAS, PAS masih duduk terpencil di Taman Melewar.