24 Feb 2009

Satu Lagi Pilihanraya Kecil: Batang Ai Sarawak

Semakin ditakuti oleh BN, semakin banyak pula pilihanraya kecil yang terpaksa dihadapi.

Selepas Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kali ini, di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.

Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.

Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.

Pilihanraya kecil Batang Ai ini bakal menyaksikan satu babak menarik di dalam senario perkembangan politik mutakhir di Malaysia Timur dan menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.



Tiada ulasan: