15 Jul 2016

Gencatan Senjata: Pemimpin PAS Bertelingkah

Gencatan serangan bukan pendirian Pas

KOTA BHARU - Cadangan supaya parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi tumpuan kepada "musuh sebenar" bukan pendirian Pas sebaliknya hanya lontaran idea daripada timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menegaskan parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.


"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, Ahad ini.

"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Takiyuddin mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam laman akaun Facebook miliknya semalam supaya parti-parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar, Umno-Barisan Nasional.

Tuan Ibrahim turut mencadangkan supaya parti pembangkang mencari titik kompromi, yang katanya tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Berikutan kenyataan Tuan Ibrahim itu, Takiyuddin berkata, ramai anggota Pas meminta pengesahan sama ada ia merupakan pendirian parti itu.

Di Kuala Terengganu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, Pas masih lagi dalam proses memperkasakan blok ketiga pembangkang yang kini melibatkan parti itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

"Pas tiada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara. Pas tetap dengan dasar dan prinsip perjuangannya, semoga pihak lain memahami dan menghormatinya," kata beliau.

Pada masa ini, Pas masih menjalin kerjasama dengan PKR. - Bernama


Tuan Ibrahim mesti dah dapat restu Hadi, kata ulama PAS

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed percaya cadangan timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan sesama parti pembangkang sudah mendapat restu pemimpin nombor satu parti itu.

"Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Ada orang tanya kenapa bukan presiden yang keluar (kenyataan). Takkanlah semua benda nak diurus oleh presiden," kata Mahfodz kepada Malaysiakini.

Mahfodz bagaimanapun berkata, pandangan Tuan Ibrahim adalah wajar supaya parti pembangkang tidak bercakaran sesama sendiri.

"Kalau objektif sama untuk jatuhkan BN, walaupun bukan dalam gabungan, kena kukuhkan parti (terlebih dulu).

"Kalau masing-masing kuat lawan dengan BN, mana-mana parti pembangkang boleh menang.

Tuan Ibrahim semalam menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Katanya, parti-parti pembangkang perlu berkompromi dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.

Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
-mk

'Tak mungkin PAS akan bersama HARAPAN'

Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.

Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.

"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.

"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.

Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.

"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.
-mk




ULASAN GB

Seperti dijangkakan, PAS berpecah lagi ... dah mula tembak-menembak sesama sendiri.

Itu sebab mengapa pemimpin AMANAH bijaksana di dalam mengeluarkan kenyataannya semalam. Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mahu satu pengesahan sebelum membuat komen sama ada kenyataan Timbalan Presiden Pas itu pendirian rasmi parti Islam itu atau hanya pandangan peribadinya sendiri.

"Saya minta satu pengesahan adakah kenyataan itu peribadi dia atau rasmi daripada Pas.

"Kalau itu pandangan Tuan Ibrahim secara peribadi, saya tak mahu ulas," katanya di dalam satu kenyataan semalam.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula meminta pemimpin PAS istiqamah dengan pendiriannya dan tidak u-turn mengenai "gencatan senjata" yang dicadangkan TITM.

UMNO pula yakin bahawa Hadi akan tolak cadangan gencatan senjata tersebut. Menurut seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan itu bukan pendirian rasmi PAS dan pasti akan ditolak oleh presidennya. Beliau menambah PAS rugi jika lakukan gencatan senjata dengan pakatan Harapan.

“Saya percaya tidak ada komen daripada pemimpin lain yang PAS tidak akan bersetuju sebab sejarah pun banyak membuktikan pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden,” katanya.

Guane PAS kini? Kata kawan, PAS betul-betul dah mereng dan amalkan politik kartun nampaknya...

37 ulasan:

Lelaki Dicermin berkata...

Kalau baca ulasan2 puak fanatik puak2 serban ni..sape yang baca kenyataan TITM..semua kita ni tak lulus BM masa spm..entah malas nak komen..

omar daud berkata...

Salam:


"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan."

Statement yg dibuat oleh ketua penerangan ulamak PAS, jika dihalusi umpama "Meludah kelangit/".Kononya dgn adanya banyak block pembangkang dapat menhindari pilih-kasih,dan berpilih-pilih.

Lupakah dia, laporan rasuah balak kelantan dah dilaporkan ka SPRM?tAKKAH ULAMAK2 pas MEMEJAMKAN MATA?
Bagaimana agaknya Mustafa Ali dari terengganu,dapat tanah ratusan ekar di Kelantan? Kenapa senyap saja.
dan banyak lagi contoh-contoh dah tak larat lagi nak diceritakan.

Ini maknanya,tak ada kena-mengena dgn dwi-parti ka,third parti ka,JIKA HATI DAN IMAN KITA TAK kuat,kita hanyut dgn kemewahan DUNIA.

Dan terbaru,Hadi cuba nak menjadi juara blok ka3..kononya SLOGAN."SELAMATKAN MALAYSIA BERSAMA ISLAM"."BOLEH PERCAYA KA!!"

Sekian.

Pencolekhangek berkata...

Dah agak dah. Mesti haru biru pasal statement TITM. Tak taulah apa mereka ramai tu hisap atau minum sebelum keluar kenyataan.

Pemuda parit kings berkata...

Bagi saya fokuskan agenda perkasakan PH..Bukan layan parti sejarah ni..semakla....tak guna sembang panjang2..org tak baca...

Tanpa Nama berkata...

Kat posting gencatan serangan dengan pembangkang yang terdahulu saya dah ulas parti PAS parti lidah bercabang, ha kan betul. Wahai pemimpin PH, janganlah pedulikan PAS lagi. Kalau hari ini dia tak gigit esok lusa pasti digigitnya PH. Jangan terpedaya dengan penampilan jubah dan serban mereka, Abu Jahal pun pakai jubah, serban lagi besar.
Go AMANAH Go

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni pas buat apa pun krn takut tindak balas penyokongnya, bukan krn takut kpd Allah. Semasa hayat TGNA, pimpinan pas yg ada skrg tak berani mengambil pendirian mcm skrg krn takut kpd TGNA. Jadi terpaksalah dia 'test the water' dulu. TITM lontar pandangan dulu, kemudian tgk reaksi penyokong pas, barulah boleh buat keputusan lps tu. Dia lebih takut hilang sokongan penyokongnya drpd takutkan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah gabung2 ngan parti PIS ni.. siapa rasa suka perjuangan PH silakan tinggalkan PIS.. Pilihlah Amanah atau PKR atau DAP.. kalau nak kekal dgn PIS.. dan yakin dgn perjuangan PIS.. teruskan istiqamah..

omar daud berkata...

Dok habaq dah,bila hampa dok percaya lebai balak,lebai tanah,lebai jin,lebai porn ni..satu sen pun aku tak percaya.Depa semuanya merapu.

Nak habaq mai,esok depa kata kami nak hudud,lepastu lusa depa kata boleh tangguh, depa kutuk orang kristian,lepastu depa bawa masuk orang kristian jadi calon mereka.Loqlak sungguh depa ni...Aku takkan percaya..dah.

Selamatkan malaysia bersama islam/piiiii rahhhhh mabuk/hang nak bagitahu kat kami selamatkan malaysia bersama fulus

Tanpa Nama berkata...

Gencatan senjata tu maksudnya berdamai, mudah saja nak faham. Bila berdamai mungkin dgn berbagai cara dan kaedah. Contoh paling senang, duduk bincang dlm pembahagian kerusi kawasan dun dan parlimen masa bertanding lawan bn dlm pru. Tak berlaku la bertindih lawan 3 penjuru. Tak semestinya genjatan senjata tu bergabung bawah satu bumbung.

Gb pun tak payah la berprasangka yg bukan bukan. Jgn la jadi mcm batu api pulak. Mudah2an bukan semua dlm pas tu buta kayu mcm tuang presideng. TITM beri satu idea yg menguntungkan byk pihak, lebih baik berbincang elok2 daripada buat andaian yg tak menguntungkan.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah. Geng tuang presideng dah bsuara. Nik beduh bila, ustaz jinkalogis, tuang candat tunggu ahad ni ya..sudahla ptaksub pas, istiqamah kpale hang, bila kua statement selitkn hadis bagai segala.

omar daud berkata...

salam

Ralat sikit,
kawan saya dari kedah bertandang rumah kebetulan geng kuat chek det.Melepaskan geramnya melalui accnt saya.terlupa nak select tanpa nama.

jika bahasa kurang manis,haraf maaf.

sekian.

Arouse Mah berkata...

Wahai penyokong tegar Pis

kamu ni bodoh tu jgn tunjuk sangat. kalau ph kalah, pas kalah sapa yang menang?.... BN kan, Bila bn terus memerintah, rasuah berterusan, harta negara di sapu pemimpin..,...boleh kah hudud dijalankan?

istiqamah kamu cara tolol,....kalau untuk keredhaan Allah semata....baik tak payah tanding PRU, duduk masjid, sembahyang, mengaji...lagi tak dosa..

nak tegakkan islam, strategi kena betul, jgn wala tak tentu hala. Hadi tu bukan nabi, bukan maksum.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 pas yg kayo pasti x setuju punya..hehehe..fhm2 je lah kn..

Fauzan Ahmad berkata...

apalah nasib titm lepas muktamar nnti

Tanpa Nama berkata...

Celaghu2...

Tanpa Nama berkata...

PAS bercakaran lagi..antara mereka tiada kesepakatan..ajaran islamkah yg Pas pakai?boleh ke kita ikut mereka?peraturan ape yg Pas guna bila saf pimpinan sendiri tak pasti

Tanpa Nama berkata...

tigo kosong satu ompek kosong duo tikit ka syaroga

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Pemimpin PAS terima lah genjatan senjata itu. Kalau tolak bermakna PAS memilih bermusuhan dengan Pakatan. Ini cuma genjatan senjata. Tuan Ibrahim pun tak sebut untuk menyertai PH.

Pemimpin PAS memang kepala otak masuk air bateri.. minyak hitam tak di tukar sebab hati tak pernah di servis ..

PAS minta PH jangan menyerang tetapi jadikan UMNO sebagai musuh bersama. PAS tidak faham antara menyerang dengan tidak bersetuju. Apabila PAS diamkan isu 1MDB dan berkecuali semasa di Parlimen, PH tentulah menunjukkan ketidak setujuan mereka. Apabila PAS bersendirian kemudian buat blok ketiga dan seterusnya lawan tiga penjuru yang menguntungkan UMNO tentu lah PH tidak setuju. Bila PH bagi pandangan atau menegur, itulah yang PAS kata menyerang.

Jika begini malang lah sungguh ahli PAS, sebab berdebat dan bertanya soalan pun akan ditafsir sebagai menyerang.

Siapa yang mula membuat kenyataan akan bertanding di semua kerusi. Ini menyerang namanya. Siapa yang kata DAP musuh Islam dengan tujuan supaya orang Islam benci pada AMANAH kerana berbaik dengan DAP.

Niat satu hal, tetapi KEADAAN dapat menunjukkan yang sebenarnya.
Wallahualam.

Kepada Allah di kembalikan.

mansor berkata...

Pas atau pis tak relevan lagi....tak ramai ustaz yg tak tahu siasah..

HIzamri Johari berkata...

Menurun la..

Tunggu apa lagi..

Tanpa Nama berkata...

Genjatan Senjata tidak semestinya berdamai. Ada pihak mengunakan genjatan senjata untuk melengahkan kemaraan musuh. Ada yang guna untuk buat serangan hendap. Ada yang untuk membenarkan misi membawa bekalan makanan dan dedak untuk binatang ternakan dalam pada itu menyeludup masuk senjata api sekali.

Genjatan Senjata selalunya ada peranan orang tengah yang boleh di percayai dan bersifat sementara untuk mengadakan rundingan.

Belum ada negara yang berperang bergabung menjadi satu selepas genjatan senjata. Ada negara yang tidak guna senjata merbahaya semasa genjatan senjata tetapi terus berperang. Mengapa pemimpin PAS terus membuat kesimpulan penerimaan PH untuk genjatan senjata adalah untuk bergabung. Tidak ada satu pun yang memberi reaksi yang positif.

Genjatan Senjata Tuan Ibrahim sesama pembangkang ada lah untuk menunjukkan dalam PAS ada orang yang baik-baik. Ini mengeliru seperti takti Polis menjalankan tugas. Ada Polis jahat.. tiba-tiba datang Polis yang baik.

Tuan Ibrahim sedar dia perlu berkuasa penuh untuk mengadakan genjatan senjata tetapi tanpa kedudukan dan jawatan dia menyuarakan untuk mengadakan genjatan senjata. Ini bukan kali pertama sehingga ramai percaya Tuan Ibrahim tidak bermusuh dengan PH ia itu AMANAH.



HIzamri Johari berkata...

HANYA Allah SWT menentukan kemenangan/kekalahan/kejayaan/kegagalan sesuatu usaha..


Bersabarlah..


Jangan memfitnah..
Jangan berdusta..

HIzamri Johari berkata...

Yang taksub sebenarnya..

Yang tempah dosa menfitnah / mencela secara percuma..

HIzamri Johari berkata...

Berdamai dengan musuh..

Memang banyak dugaan..


Kena banyak bersabar..

Kena banyak beristighfar..

Kena banyak tawakkal..

Sebab fitnah lebih banyak..

Tanpa Nama berkata...

datuk takiyuddin Hassan satu2nya pembangang yang CIUM tangan budak hitam mb perak. begitulah MULIANYA mb perak dimata pemimpin pas.

musyidul am pula (jawatang tertinggi dlm pas) jadi ketua cluster badan yg ditubuhkan oleh penguasa zalim.

org yg keluarkan lesen judi tambahan akan perjuangkan Islam??? begitulah bodohnya pemimpin2 pas. makan gaji dgn penguasa zalim.

bgmn pemimpin pas tganu boleh dpt tanah yg byk dikelantan? cari redha atau murka Allah?

siapa punya angkara botakkan gunung rembat balak hingga terjadi banjir besar - yg mn rakyat masih tinggal dlm khemah sdgkan pemimpin pas boleh beli rover evogue dbwh harga pasaran (dpt diskaun rm100ribu)?

Tanpa Nama berkata...

Slagi ada 2-3 bahlol trtinggi dlm PAS pusat..silap2 timbalan ni pun xpanjang umor jdi timbalan..nk lawan puak2 jumud tu..kalo presiden bahlol..hok bawoh..cucuk idung la...

Tanpa Nama berkata...

... dah nampakkan 'makhluq perosak' yg sebenar dlm PAS. Rasanya Timbalan Presiden tak panjang 'hayatnya' tuuuu... sekali lagi Muktamar 'kena halau' la dia. Tak wala'... SU Agong PIS dah mula 'menembak'..

Tanpa Nama berkata...

Selagi hadi bahalol tu kat atas..jgn harap lah..ulamak dedak..perut buncit..

wijaya kezuma berkata...

Masih bercelaru dan bersengketa serumah dan jiran..

wijaya kezuma berkata...

Sikap apa wahai ahli politik islam..mcmn nak tonjolkan islam yg syumul sbg syiar..politik siasah cara rasulullah??

Tanpa Nama berkata...

Balak kelantan pun dirompak pas lagi mau kata politik siasah rasulullah,?

Pemuda parit kings berkata...

Haha haha...jgn pandang belakang bro...inilah nasib pas...kena terima dgn hati terbuka...masalah sendiri yg Cari...jgn salah kan org lain klu parti sendiri x berjaya...klu bodoh tu...bodoh jugalah...parti sejarah x mampu pulih lagi dah...selamat kan Malaysia lagi baik Dari selamat kan parti sejarah...

Tanpa Nama berkata...

Walaun buta kayu pascai perlu ingat pas yg dulu di bawah nik aziz amat berbeza sekali dasarnya dgn pas yg di bawah teraju hadi awang skrg...
In shaa Allah pas yg skrg akan melingkup pada pru akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Amvbo dah komen sebelum ni Cakap TiTm tak laku GADAI .Piiiraaaaaaaah

Tanpa Nama berkata...

Takpe, lepas ludah boleh jilat balik. Takpe, lepas berak ramas pulak taik tu. Takpe, lepas pru14, hilang lagi satu negeri.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kelmarin Pas menerusi TITM menyarankan agar parti-parti pembangkang membuat gencatan senjata bertujuan sama-sama mengembleng tenaga mengalahkan BN pada PRU 14 kelak. Semalam pula Hadi Awang dengan tegas dan sinis menyatakan Pas hanya akan bekerjasa dengan parti-parti yang ideologinya memperjuanagkaan Islam. Kenyataan Hadi Awang ini membantutkan semua idea penggabungan semula Pas dengan Pakatan Harapan.

Umno terlalu gembira dengan kenyataan pusingan U Hadi Awang. Semua orang tahu bahawa Pas telah menjalin hubungan secara rasmi dengan Parti Ikatan Rakyat (Ikatan). Ikatan dengan tegas menyatakan bahawa parti mereka adalah parti sekular yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud. Berdasarkan kenyataan Hadi ini, membuatkan pencinta-pencinta politik bertambah keliru dengan sikap dan pendirian presiden parti yang ahli-ahlinya menganggap beliau adalah ulama muktabar yang bertaraf dunia. Persoalannya, apakah apabila seseorang ulama itu berkecimpung dalam arena politik, matlamat mengahalalkan cara boleh diimplementasikan? "Apakah politik suku dan agama suku?" (Meminjam kenyataan popular Hadi Awang suatu ketika dahulu).

Jika semua keputusan Pas diputuskan oleh presiden berseorangan, maka persefahaman parti pembangkang akan menjadi omong-omong kosong sahaja. Pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Bila berlaku pertembungan tiga penjuru, keputusan boleh diramal. BN akan menang dengan mudah. Hadi Awang lebih rela BN meneruskan kesinambungan pemerintahannya, walaupun dunia tahu bahawa kerajaan BN penuh dengan skandal dan korup. Walau apa pun hujah Hadi Awang, rakyat tetap menyatakan bahawa beliau bersubahat dengan kebobrokan Umno, jika BN kekal memerintah melalui PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tulah pascai tak perlu masuk umno, cukup sekadar jadi pemecah undi bagi pakatan pembangkang utk terus pastikan umngok be end berkuasa selamanya...