29 Okt 2016

Musibat Ini Sudah Ditangkap Polis - UPDATED

Polis Johor buru anggota SPRM pukul, ugut isteri

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan keganasan rumah tangga. Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang.

Katanya, susulan laporan itu polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Jasad Lelaki Terjun Jambatan Itu Sudah Ditemui

Jasad lelaki ucap selamat tinggal di Facebook dijumpai

Jasad seorang lelaki yang terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Rabu lalu, selepas meninggalkan catatan terakhir di Facebook, ditemui hari ini.

Dalam catatan yang panjang lebar dan tersebar meluas di laman sosial itu, Mohd Sukri Saad, 38, berkata dirinya tertekan oleh "kerajaan yang zalim" dan akan didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM360.

Berdepan dengan kemungkinan penjara dan denda yang besar, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah, namun hukuman berkenaan terlalu berat.

28 Okt 2016

Tolak RUU 355 Tak Jadi Kafir, Tapi Ahli PAS Dah Biasa Melabel Sana Sini....

PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi

PAS hari ini berkata parti itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat, Mei lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.

27 Okt 2016

Lelaki Bunuh Diri Akibat Tekanan Hidup, Minta Presiden PAS Jangan Tertipu Dengan UMNO

Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan mendakwa Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri.

26 Okt 2016

"Tak Dapat Digambarkan Keadaan Jika Api Merebak Ke Blok Pediatrik" - KP Kesihatan

KP Kesihatan kongsi cerita suka duka di HSA

Hari ini saya diingatkan mengapa kita - rakyat Malaysia - adalah yang terbaik. Seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah menceritakan kembali pengalamannya:

Hari ini adalah detik hitam untuk kita. Kita berdepan tragedi terburuk yang boleh terjadi ke atas sebuah hospital. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menghubungi dan meninggalkan pesanan untuk saya.

Ingatan anda kepada saya amat dihargai.

Siapa Sebenarnya Kaldai & Anjing Gila Itu?

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

25 Okt 2016

[VIDEO & GAMBAR] Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Terbunuh -updated

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap, lapor BH Online.

Dr.Rozaimi Dilempar Pelbagai Tuduhan Oleh Penyokong Tegar RUU 355

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle, seorang sarjana hadith yang juga seorang pensyarah kanan di UPSI mendakwa telah diserang dan dilabel sebagai munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak yang telah menonton video kuliahnya yang tersebar di media sosial.

Di dalam video berkenaan, Dr. Rozaime telah mengutarakan pandangannya berkaitan polemik pindaan RUU 355.

"Isu utama ialah jangan mengkafirkan sesama kita. Orang Islam yang setuju ada alasan. Pihak yang tidak setuju juga ada sebab," tulisnya di facebook.

24 Okt 2016

Tiba-tiba Najib Tak Hadir Parlimen Hari Ini...

'Kami dikritik keluar dewan, tapi Pekan tak hadir pun hari ini'

Ketua pembangkang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir mendengar ucapannya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini.

“Kami diselar kerana ‘keluar dewan’ tetapi hari ini apa yang amat ketara dan menjolok mata ialah YAB Pekan (Najib) tidak hadir pun ke dewan,” kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

PAS Hipokrit Tuduh Pembangkang Keluar Dewan Tidak Professional

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.

23 Okt 2016

BERSIH 5 Tak Lari Matlamat. Tapi PAS Yang Berhelah!

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.

"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.

22 Okt 2016

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri, MP Pakatan & PPBM Keluar Dewan

Semuanya bermula apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pertanyaan siapa yang main sandiwara dan siapa yang tak ada substance.

Pertanyaannya itu dijawab dengan spontan oleh Wakil rakyat pembangkang (kecuali PAS) yang bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.

Suasana Dewan Rakyat hingar bingar ketika itu.

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.

21 Okt 2016

Terbeliak Mata... Khairul Azwan Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar Kos RM73K Kepada Rafizi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

S Nantha Balan mengarahkan Khairul Azwan membayar kos sebanyak RM73,000 kepada Rafizi. Ia termasuk bayaran RM23,000 yang Rafizi terpaksa terpaksa tangungg untuk mendapatkan dokumen-dokumen dari Australia.

Khairul sebelum ini telah mengemukakan saman fitnah berkenaan dakwaan Rafizi melibatkan transaksi hartanah MARA bernilai RM63 juta.

AMANAH: "Idris Tiada Authoriti Wakili Majlis Raja-raja"

Idris Haron bukan 'Sultan Melaka'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron harus sedar dirinya bukanlah individu yang layak atau mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak Majlis Raja-Raja.

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata demikian ketika mengulas dakwaan Idris kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak Deklarasi Rakyat yang telah diusahakan parti pembangkang, wakil masyarakat dan beberapa NGO.

20 Okt 2016

Harga Minyak Masak Dijangka Naik, Rakyat Terus Tertekan

Laporan: Tiada lagi subsidi minyak masak

Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.

Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.